Monday, March 05, 2007

Analisa 'Pilot Survey' ke atas Tahap Kecacatan dan Pendekatan Pemuliharaan Pada Bangunan Bersejarah di Malaysia

PROCEEDINGS OF 7th. ANNUAL CONFERENCE MANAGEMENT IN CONSTRUCTION RESEARCHERS' ASSOCIATION (MICRA) 2008, 18-19th. JUNE 2008, KULLIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIRONMENTAL DESIGN, INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

Abstrak Sebagaimana yang kita semua maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Namun begitu, dicelah-celah arus pembangunan yang pesat ini terdapatnya bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik disamping reka bentuk seni bina yang unik yang terdiri daripada bangunan seperti pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, institusi kewangan, sekolah, masjid, tokong, gereja dan lain-lain lagi. Hasil daripada lawatan penyelidik ke atas bangunan bersejarah berkenaan, didapati bahawa ada di antara bangunan bersejarah ini tidak dipulihara dengan baik malah ada yang telah dirobohkan dan diabaikan oleh pemilik asalnya. Disamping itu juga, pada bangunan bersejarah yang dilawati, didapati terdapat banyak kesan kecacatan berlaku pada dan keadaan seumpama ini telah mencacatkan keindahan dan keunikan rupa bentuknya. Sehubungan dengan itu, adalah dirasakan bahawa perlunya satu kajian dilakukan ke atas bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia dalam usaha untuk megenalpasti tahap kecacatan yang berlaku pada bangunan bersejarah ini dan pendekatan pemuliharaan yang telah dilakukan ke atasnya. Hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajrnya ke atas bangunan bersejarah ini agar ianya terus dipulihara dengan baik. Sekiranya usaha pemuliharaan tidak dilakukan dari sekarang, nescaya pada masa yang akan kebanyakan bangunan bersejarah ini akan menyembah bumi dan pupus ditelan arus pembangunan.

Kata kunci: kecacatan bangunan, pendekatan pemuliharaan, bangunan bersejarah.

Pengenalan
Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Merujuk kepada hasil Kajian Inventori Bangunan-bangunan Warisan Malaysia yang telah dilakukan oleh Muzium Negara pada tahun 1992, terdapat lebih daripada 35,000 bangunan sebelum perang di dalam 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara yang wajar dipulihara (Idid, 1995). Keunikan seni bina bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad (1897) dan Stesen Keretapi (1911) di Kuala Lumpur, Bangunan Stadthuys (1641-1660) dan Christ Church (1753) di Melaka serta bangunan-bangunan bersejarah lain di seluruh negara menampakkan bahawa negara kita Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah yang tidak ternilai harganya (Ahmad, 1997). Kesedaran mengenai kepentingan memulihara bangunan bersejarah adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat. Ini adalah kerana bangunan bersejarah memiliki elemen estetik dan ciri senibina yang unik serta harus diwarisi hingga ke generasi yang akan datang. Jesteru itu, usaha pemuliharaan bangunan bersejarah perlu dilakukan agar generasi yang akan datang berpeluang untuk melihat dan menikmatinya.

Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Menurut pendapat (Ahmad, 2006 dan Fileden, 2000), antara kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah:
1. Bangunan bersejarah mempunyai nilai nostalgia, senibina, estetik, simbolik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani.
2. Bangunan bersejarah berupaya memberi imej dan identiti pada rupabentuk bandar dan budaya setempat.
3. Lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah berupaya untuk menarik minat para pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.
4. Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam tanahair serta meningkatkan semangat patriotisma.

Penyataan Isu dan Masalah
Terdapat pelbagai isu dan masalah semasa yang berkaitan dengan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia yang perlu di beri perhatian khusus oleh pihak yang bertanggungjawab. Namun begitu dalam kertas kerja ini, penyelidik hanya ingin menekankan dan memberi perhatian terhadap tiga isu dan masalah utama di dalam bidang pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia sebagaimana yang telah dikenalpasti sebelum ini. Tiga isu dan masalah berkenaan adalah khusus berkaitan dengan kecacatan dan pendekatan dalam pemuliharaan bangunan bersejarah iaitu:
1. Bangunan bersejarah di Malaysia kebanyakannya sedang mengalami kecacatan dan tidak dipulihara dengan sebaiknya.
2. Kurang kefahaman berkaitan prinsip asas pemuliharaan bangunan bersejarah oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan kerja pemuliharaan sehinggakan pendekatan yang digunakan ada yang berlawanan atau bercanggah dengan prinsip asas, falsafah dan etika pemuliharaan.
3. Ketiadaan satu garispanduan sebagai asas rujukan kepada pihak yang terlibat dalam kerja pemuliharaan tentang bagaimana untuk merawat kecacatan umum yang sering berlaku pada bangunan bersejarah.

Matlamat dan Objektif Penyelidikan
Matlamat dan objektif utama penyelidikan ini dilakukan ialah untuk mengenalpsti sejauh mana tahap kecacatan yang berlaku pada bangunan bersejarah di Malaysia dan seterusnya mengkaji pendekatan kaedah pemuliharaan yang dirasakan paling sesuai untuk digunakan oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang pemuliharaan. Bagi mencapai matlamat utama penyelidikan ini, beberapa objektif telah dibentuk iaitu:
1. Untuk mengenalpasti lokasi kecacatan umum yang sering berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia.
2. Untuk mengenalpasti jenis kecacatan umum yang sering berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia.
3. Untuk mengenalpasti punca kecacatan umum yang sering berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia.
4. Untuk menghasilkan pendekatan pemuliharaan dalam bentuk penyataan kaedah dalam pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.

‘Pilot Survey’ ke Atas Bangunan Bersejarah di Malaysia
Bagi memastikan matlamat dan objektif penyelidikan ini tercapai, satu ‘pilot survey’ telah dilakukan terlebih dahulu ke atas bangunan bersejarah di Malaysia. Antara tujuan utama ‘pilot survey’ ini dilakukan adalah untuk mendapatkan gambaran jelas tentang beberapa aspek penting seperti skop penyelidikan, keperluan penyelidikan dan kesahihan penyelidikan sebelum penyelidikan sebenar yang lebih mendalam dijalankan. Sehubungan dengan itu, sebanyak 209 buah bangunan bersejarah telah dipilih sebagai kajian kes di empat buah bandar. Pemilihan bangunan ini adalah merujuk kepada senarai data maklumat sebagaimana yang terdapat dalam Jejak Warisan Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dan Bandar Hilir sebagaimana yang telah disediakan oleh Badan Warisan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak, Pertubuhan Warisan Pulau Pinang dan Perbadanan Muzium Melaka. Maklumat ringkas mengenai kesemua bangunan yang telah diselidik adalah seperti berikut:

Jadual 1: Senarai nama bangunan, lokasi kajian dan tahun bangunan dibina
1 Masjid Jamek Kuala Lumpur 1909
2 Jabatan Ukur Lama Kuala Lumpur 1910
3 Dewan Bandaran Lama Kuala Lumpur 1904
4 Mahkamah Tinggi Lama Kuala Lumpur 1915
5 Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur 1897
6 Pejabat Pos Lama Kuala Lumpur 1907
7 Mahkamah Industri Kuala Lumpur 1905
8 Muzium Tekstil Kuala Lumpur 1905
9 Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur 1888
10 Perpustakaan Memorial Kuala Lumpur Kuala Lumpur 1899
11 Kelab DiRaja Selangor Kuala Lumpur 1890
12 Gereja St Mary Kuala Lumpur 1895
13 Bangunan PAM Kuala Lumpur 1903
14 Rumah EKRAN Kuala Lumpur 1937
15 Pasar Budaya Kuala Lumpur 1936
16 32 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
17 34 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
18 36 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
19 38 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
20 40 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909

21 42 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
22 44 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
23 46 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
24 48 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
25 50 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
26 52 Jln Hang Kasturi Kuala Lumpur 1909
27 Bangunan OCBC Kuala Lumpur 1938
28 Medan Pasar Kuala Lumpur 1937
29 2 Medan Pasar Kuala Lumpur 1906
30 4 Medan Pasar Kuala Lumpur 1906
31 6 Medan Pasar Kuala Lumpur 1906
32 Bangunan Gian Singh Kuala Lumpur 1909
33 Bank Bumiputra Kuala Lumpur 1930
34 16 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
35 18 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
36 24 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
37 26 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
38 28 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
39 30 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
40 32 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930

41 85 Lebuh Ampang Kuala Lumpur 1930
42 34 Jln Tun HS Lee Kuala Lumpur 1880
43 36 Jln Tun HS Lee Kuala Lumpur 1880
44 38 Jln Tun HS Lee Kuala Lumpur 1880
45 40 Jln Tun HS Lee Kuala Lumpur 1880
46 Bangunan Gudang Persekutuan Lama Kuala Lumpur 1905
47 Syarikat MS Ally Kuala Lumpur 1907
48 Bank Simpanan Lama Kuala Lumpur 1914
49 Tokong Sze Ya Kuala Lumpur 1864
50 Bangunan Lee Rubber Kuala Lumpur 1930
51 Persatuan Kwong Siew Kuala Lumpur 1888
52 Kuil Sri Mahamariamman Kuala Lumpur 1920
53 Balai Polis Lama Jln Tun HS Lee Kuala Lumpur 1895
54 Institusi Victoria Kuala Lumpur 1893
55 Pejabat Pos Lama Jln Panggung Kuala Lumpur 1886
56 Cafe Cina Lama Kuala Lumpur 1930
57 Persatuan Chan See Shu Yuen Kuala Lumpur 1906
58 Kedai Peralatan Sembahyang & Pengebumian Kuala Lumpur 1900
59 Colonial Hotel Kuala Lumpur 1930
60 Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng Kuala Lumpur 1920

61 Persatuan Tukang Pekedai Runcit Selangor Kuala Lumpur 1920
62 Masjid India Kuala Lumpur 1863
63 23 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
64 25 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
65 27 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
66 29 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
67 31 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
68 33 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
69 35 Jln Melayu Kuala Lumpur 1870
70 1 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
71 3 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
72 5 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
73 7 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
74 9 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
75 11 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
76 13 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
77 15 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
78 17 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
79 19 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1915
80 PH Hendry Kuala Lumpur 1920

81 8 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1900
82 32 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1900
83 42 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1900
84 106 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1900
85 Pawagam Coliseum Kuala Lumpur 1921
86 Rex & Tivoli Hotel Kuala Lumpur 1930
87 150 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
88 152 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
89 154 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
90 156 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
91 158 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
92 160 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
93 162 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
94 164 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
95 Pawagam Odeon Kuala Lumpur 1936
96 Lee Wong Kee Kuala Lumpur 1926
97 233 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
98 235 Jln Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 1939
99 Globe Kuala Lumpur 1930
100 P Lal Kuala Lumpur 1930

101 Chotirmall Kuala Lumpur 1930
102 Bangunan Dewan Bandaran Ipoh 1916
103 Stesen Keretapi Ipoh Ipoh 1917
104 Bangunan Chung Thye Pin Ipoh 1907
105 Mahkamah Tinggi Ipoh 1928
106 Bangunan Perdagangan Selat Ipoh 1907
107 SPH De Silva Ipoh 1950
108 Firma Peguam Leong Yew Ipoh 1913
109 Pejabat Kesihatan & Perubatan Negeri Ipoh 1920
110 Tempat Letak Kenderaan MBI Ipoh 1962
111 Bangunan Perak Hydro Ipoh 1930
112 Bangunan Bank Saudagar Ipoh 1931
113 Bank Chartered Ipoh 1924
114 Balai Polis Central Ipoh 1911
115 Gereja St John Ipoh 1912
116 Asrama Dramatis Ipoh 1920
117 Hongkong & Shanghai Bank Ipoh 1931
118 Persatuan Ku Kong Chow Kung Wu Perak Ipoh 1928
119 Kian Aik Chan Ipoh 1930
120 Masjid Pakistan Ipoh 1930

121 Pejabat & Kediaman Peguam Seenivasagam Ipoh 1900
122 Rumah Bandar Ali Pitchay Ipoh 1940
123 Akhbar Harian Kin Kwok Ipoh 1930
124 Pejabat Jan Sahib Ipoh 1930
125 Villa Jaya Ipoh 1930
126 Kedai Gambar Mikasa Ipoh 1908
127 Kelab & Padang DiRaja Ipoh Ipoh 1898
128 Lorong Panglima Ipoh 1890
129 Sekolah Perdagangan Kinta Ipoh 1950
130 Kelab Yat Loo & Persatuan Perlombongan Ipoh 1935
131 Kinta Aerated Water Ipoh 1930
132 Kerja Percetakan Star Ipoh 1930
133 Gudang Syarikat Perdagangan Selat Ipoh 1930
134 Pejabat Hartanah Ambika Ipoh 1930
135 Institusi St Michael Ipoh 1923
136 Bar & Restoran FMS Ipoh 1923
137 Eu Tong Seng Ipoh 1907
138 Masjid Padang Bandar Ipoh 1908
139 Bangunan Oversea Ipoh 1930
140 Tokong Guan Yin Ipoh 1878

141 Villa Foong Seong Ipoh 1931
142Bar Sinhalese Ipoh 1930
143 Rumah Melayu Kampung Jawa Ipoh 1886
144 Han Chin Pet Soo Ipoh 1929
145 Bazaar Lam Looking Ipoh 1933
146 Masjid Kampung Paloh Ipoh 1912
147 Jabatan Bomba Kinta Lama Ipoh 1913
148 Cold Storage Singapura Ipoh 1930
149 Rumah Kelab Rotary King George Ke 5 Ipoh 1935
150 Bangunan Chua Cheng Bok Ipoh 1930
151 Tokong Pa Lo Ku Miao Ipoh 1872
152 Pejabat Warta Kinta Ipoh 1940
153 Pusat Maklumat Ipoh 1940
154 Bangunan Times of Malaya Ipoh 1930
155 Hotel Oriental Ipoh 1930
156 Rumah Mo Ching Ipoh 1930
157 Rumah Dato' Sri Adika Raja Ipoh 1910
158 Rumah Syabil Kathigasu Ipoh 1930
159 Masjid Dato' Panglima Kinta Ipoh 1898
160 Persatuan Drama Amatur Cina Perak Ipoh 1939

161 Bazaar Yau Tet Shin Ipoh 1961
162 Gereja St Michael Ipoh 1924
163 Sekolah Convent Ipoh 1927
164 Sekolah Perempuan Melayu Ipoh 1920
165 Villa Lam Look Ing Ipoh 1930
166 Bangunan Persatuan Cina Ipoh 1930
167 Rumah Kampung Kuchai Ipoh 1903
168 Ibu Pejabat Perisikan Jepun Ipoh 1930
169 Kota Cornwallis George Town 1808
170 Dewan Undangan Negeri George Town 1874
171 Dewan Bandaraya George Town 1906
172 Dewan Bandaran George Town 1883
173 Bangunan Mahkamah George Town 1905
174 Sekolah Convent George Town 1852
175 Muzium Negeri George Town 1821
176 Gereja St George George Town 1818
177 Kediaman Peranakan Penang George Town 1890
178 Tokong Tua Pek Kong George Town 1900
179 Tokong Goddess of Mercy George Town 1800
180 Rumah Kedai Little India George Town 1900

181 Kuil Mahamariamman George Town 1833
182 Tokong Teochew George Town 1870
183 Masjid Kapitan Kling George Town 1801
184 Tokong Kongsi Yap George Town 1924
185 Markas Dr Sun Yat Sen George Town 1880
186 Kediaman Syed Alatas George Town 1850
187 Masjid Melayu Lebuh Acheh George Town 1808
188 Rumah Kongsi Khoo George Town 1906
189 Rumah Kongsi Cheah George Town 1900
190 Gereja Assumption George Town 1861
191 Institusi St Xavier George Town 1954
192 Rumah Penginapan Pelaut Keturunan Hainan George Town 1900
193 Tokong Persatuan Sekerja Tukang Kayu George Town 1850
194 Tokong Persatuan Sekerja Tukang Emas George Town 1903
195 Rumah Chan Kim Boon George Town 1900
196 Persatuan King Wan George Town 1900
197 Tokong Hainan George Town 1895
198 Masjid Benggali George Town 1803
199 Kediaman Cheong Fatt Tze George Town 1890
200 Kediaman Leong Fee George Town 1907

201 Kediaman Ku Din Ku Meh George Town 1900
202 Gereja St Francis Xavier George Town 1867
203 Warisan Baba & Nyonya Bandar Hilir 1896
204 Tokong Cheng Hoon Teng Bandar Hilir 1646
205 Masjid Kampung Kling Bandar Hilir 1748
206 Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Bandar Hilir 1781
207 Gereja Christ Bandar Hilir 1753
208 Gereja St Paul Bandar Hilir 1553
209 Memorial Kemerdekaan Malaya Bandar Hilir 1911

Jumlah Bangunan
209 Buah

Bentuk Soalan ‘Pilot Survey’
Sebanyak sepuluh (10) buah soalan telah dikemukakan dalam borang soalselidik yang telah disediakan dan soalan-soalan berkenaan adalah seperti berikut:
Soalan 1. Lokasi kajian lapangan?
Soalan 2. Tahun dibina?
Soalan 3. Kategori bangunan?
Soalan 4. Kegunaan semasa bangunan?
Soalan 5. Keadaan semasa bangunan?
Soalan 6. Adakah bangunan ini dipulihara dengan baik?
Soalan 7. Adakah terdapat kecacatan pada elemen bangunan?
Soalan 8. Jika ya, pada elemen apa?
Soalan 9. Adakah bangunan ini memerlukan usaha pemuliharaan?
Soalan 10. Adakah pendekatan pemuliharaan yang digunapakai sekarang bersesuaian?

Keputusan Analisa ‘Pilot Survey’
Keputusan hasil ‘pilot survey’ telah dianalisa dan diringkaskan dalam betuk rajah (carta bar yang menunjukkan jumlah) dan (carta pai yang menunjukkan peratus) seperti berikut:
Rajah 1: Kepurtusan analisa soalan 1 – lokasi kajian lapangan
Rajah 2: Keputusan analisa soalan 2 – tahun dibina (purata)
Rajah 3: Kepurtusan analisa soalan 3 – kategori bangunan
Rajah 4: Kepurtusan analisa soalan 4 – kegunaan semasa bangunan
Rajah 5: Kepurtusan analisa soalan 5 – keadaan semasa bangunan
Rajah 6: Kepurtusan analisa soalan 6 – adakah bangunan ini dipulihara dengan baik
Rajah 7: Kepurtusan analisa soalan 7 – adakah terdapat kecacatan pada elemen bangunan
Rajah 8: Kepurtusan analisa soalan 8 – jika ya, pada elemen apa
Rajah 9: Kepurtusan analisa soalan 9 – adakah bangunan ini memerlukan usaha pemuliharaan
Rajah 10: Kepurtusan analisa soalan 10 – adakah pendekatan pemuliharaan yang digunapakai sekarang bersesuaian

Rumusan Analisa Data
Hasil daripada 209 buah bangunan bersejarah yang telah dilawati dan diselidik di empat buah bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dan Bandar Hilir dalam usaha untuk mengenalpasti tahap keadaan semasa bangunan bersejarah dan seterusnya menilai tahap kecacatan yang tedapat pada keseluruhan bangunan bersejarah berkenaan, dapatlah dirumuskan bahawa:
1. Purata usia kebanyakan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia ialah dibina pada tahun 1903.
2. Kebanyakan bangunan bersejarah yang diselidik terdiri dari rumah kedai iaitu sebanyak 45%.
3. Sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang dilawati masih digunakan iaitu sebanyak 90%.
4. Terdapat sebahagian kecil bangunan bersejarah iaitu sebanyak 4% telah musnah sama sekali disebabkan arus pembangunan dan kurangnya kesedaran dikalangan masyarakat setempat untuk mengekal dan memuliharanya.
5. 39% daripada bangunan bersejarah yang diselidik berada dalam keadaan buruk dan 74% daripadanya tidak dipulihara dengan baik.
6. Sebanyak 83% daripada bangunan bersejarah ini mengalami kecacatan dan kebanyakan nya pada elemen dinding luar dan bumbung.
7. 87% daripada bangunan bersejarah yang diselidik memerlukan usaha pemuliharan dilakukan ke atasnya.
8. 78% daripada bangunan bersejarah yang diselidik menunjukkan bahawa usaha pemuliharaan yang dilakukan ke atasnya tidak menepati prinsip asas pemuliharaan sebagaimana yang sepatutnya dari segi pengekalan reka bentuk seni bina dan penggunaan bahan binaaan yang tidak sesuai.

Kesimpulan
Sungguhpun usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia masih berada di peringkat awal dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kebanyakan negara maju seperti di Eropah, namun segala usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pelbagai pihak baik kerajaan mahupun badan bukan kerajaan serta orang perseorangan haruslah mendapat pujian walaupun bukan pada tahap yang begitu membanggakan tetapi sebagai permulaan ia adalah sesuatu tindakan yang positif ke arah yang lebih baik. Adalah diharapkan agar melalui usaha yang berterusan dari semua pihak di negara ini, kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam usaha pemuliharaan bangunan bersejarah akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Seterusnya adalah diharapkan juga agar bangunan bersejarah ini turut bebas dari sebarang kecacatan melalui pendekatan kaedah kerja pemuliharaan yang berkesan. Akhir sekali, segala usaha yang berterusan sebagaimana yang telah dan sedang dilakukan oleh semua pihak seperti kementerian warisan, pertubuhan warisan, orang perseorangan dan yang paling penting sekali pihak berkuasa tempatan adalah wajar diberi pujian kerana mereka adalah merupakan tulang belakang kepada segala usaha pemuliharaan dan pengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia daripada terus diancam kemusnahan dan diabaikan.

Rujukan
Ahmad, A.G. (1997) British Colonial Architecture in Malaysia 1800-1930. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.
Ahmad, A.G. (2006) Rangka kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ms.1-12.
Burden, E. (2004) Illustrated Dictionary of Architectural Preservation: Restoration, Renovation, Rehabilitation and Reuse. New York: McGraw Hill.
Fielden, B.M. (2000) Conservation of Historic Buildings. Oxford: Architectural Press.
Idid, S.Z.A. (1995) Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar: Panduan mengenali Warisan Rupa Bandar berasaskan Inventori Bangunan Warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.
Keromo, P. (2006) Konservasi secara umum: garispanduan konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah di Malaysia. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ms.1-13.
Nasution, K.S. dan Lubis, A.R. (1999). Risalah panduan terhadap bangunan dan tapak warisan bagi ibu negeri Perak, Ipoh: bandar yang dibina oleh timah. Perak: Kerajaan Negeri Perak.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih!
thank you very much!!

Powered By Blogger