Sunday, May 22, 2011

Deraf Disertasi PhD: Bab 9 Analisa dan Rumusan Data

Kerosakan Bangunan dan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia oleh Kamarul Syahril Kamal, Universiti Sains Malaysia 2011

BAB SEMBILAN
ANALISA DAN RUMUSAN DATA

9.0 Pengenalan
Merujuk kepada Bab Tujuh (metodologi penyelidikan) dan Bab Lapan (kajian kes), kesemua data yang diperlukan dalam penyelidikan ini telah dikumpul dan diperolehi melalui 3 cara iaitu kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah dalam usaha untuk mendapatkan gambaran awal keadaan bangunan bersejarah di Malaysia. Kaedah kedua pula ialah melalui kaedah kaji selidik ke atas kerosakan bangunan dalam usaha untuk menyenaraikan jenis kerosakan umum bangunan yang sering berlaku pada elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia. Akhir sekali melalui kaedah kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan dalam usaha untuk menyemak tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut elemen kerja pemuliharaan bangunan bersejarah dan seterusnya mencadangkan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk merawat kerosakan umum bangunan bersejarah yang dipulihara di Malaysia.

Kesemua data yang telah diperolehi ini terdiri dari data berbentuk kuantitatif dan kualitatif yang mana data kuantitatif ini adalah merupakan data utama yang diperolehi melalui kajian lapangan dan kaji selidik yang telah dijalankan sebelum ini. Manakala data kualitatif pula terbahagi kepada 2 iaitu data utama dan data sekunder yang telah diperolehi dari kajian kes yang dibuat ke atas 4 buah projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Setelah kesemua data ini diperolehi maka proses yang dijalankan seterusnya ialah mengenal pasti bagaimana data-data ini hendak diproses bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang dikehendaki. Penggunaan perisian komputer yang sesuai diperlukan dalam usaha untuk memastikan data yang telah diperolehi itu tadi dapat diproses dengan jitu dan tepat.

9.1 Kaedah Menganalisa Data
Kaedah untuk menganalisa data adalah penting dalam setiap penyelidikan. Ini adalah kerana kesemua data yang diperolehi dari sumber utama dan sumber sekunder sebelum ini adalah merupakan data mentah yang belum diproses. Kaedah memproses data secara umumnya perlu dilakukan untuk memudahkan kerja penganalisaan data bagi tujuan menguji hipotesis yang telah dikemukakan dan yang penting ialah menyelesaikan masalah yang diselidik bagi memenuhi matlamat dan objektif penyelidikan itu sendiri. Penganalisaan data terutama sekali data utama adalah penting memandangkan data ini diperolehi dalam bentuk tidak teratur. Kaedah untuk menganalisa data banyak bergantung kepada jumlah data yang diperolehi dan cara bagaimana data itu hendak diinterpretasi.

Untuk menganalisa data yang diperolehi dari kaedah kaji selidik yang banyak, para penyelidik perlulah menggunakan perisian komputer yang sesuai dengan data yang diperolehi serta bidang penyelidikan yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, dalam peyelidikan ini, perisian komputer jenis UNISTAT for Exel telah digunakan untuk menganalisa data kerana perisian ini mudah dan senang dikendalikan serta data yang dipindahkan dari borang kaji selidik dapat dianalisa dengan cepat dan tepat. Proses menganalisa data ini telah dilakukan sebaik sahaja kesemua data telah diperolehi. Ia telah dilakukan dalam 3 peringkat seperti berikut:
i. Analisa data peringkat pertama dilakukan untuk menganalisa data utama yang diperolehi hasil daripada kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia. Data utama ialah data yang dicerap dari borang kaji selidik yang telah diperolehi sebelum ini yang melibatkan sebanyak 209 buah sampel bangunan bersejarah dengan menggunakan kaedah seperti yang telah diterangkan dalam Bab Tujuh (metodologi penyelidikan) sebelum ini.
ii. Analisa data peringkat kedua dilakukan untuk menganalisa data utama yang diperolehi hasil daripada kaji selidik ke atas kerosakan bangunan yang terdapat pada bangunan bersejarah di Malaysia. Data utama di sini ialah data yang dicerap dari borang kaji selidik yang telah diperolehi sebelum ini yang melibatkan sebanyak 50 buah sampel bangunan bersejarah dengan menggunakan kaedah seperti yang telah diterangkan dalam Bab Tujuh (metodologi penyelidikan) sebelum ini.
iii. Analisa data peringkat ketiga dilakukan untuk menganalisa data utama dan data sekunder yang diperolehi hasil daripada kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan. Data utama ialah data yang telah diperolehi hasil kajian kes melibatkan sebanyak 4 buah sampel projek pemuliharaan bangunan bersejarah. Manakala data sekunder pula ialah data yang telah diproses iaitu analisa ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan seperti yang telah disediakan oleh pihak kontraktor bangunan dan perunding pemuliharaan yang melibatkan sebanyak 152 buah sampel dokumen yang terdiri dari penyataan kaedah kerja pemuliharaan sebagaimana yang telah diterangkan dalam Bab Lapan (kajian kes) sebelum ini.

Kesemua data yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan kaedah statistik dan hasil keputusan analisa data diterangkan dengan lebih lanjut pada bahagian yang berikutnya yang mana keputusannya dipaparkan dalam bentuk visual iaitu carta pai dan dalam bentuk jadual agar maklumat yang hendak disampaikan mudah untuk difahami. Seterusnya satu rumusan juga telah dibuat bagi merumuskan secara keseluruhan keputusan analisa data berkenaan.

9.2 Keputusan Analisa Data Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah
Analisa data telah dibuat ke atas 10 buah soalan yang telah dikemukakan dalam borang kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah yang ditunjukkan pada Lampiran P. Hasil daripada analisa data yang telah dibuat terhadap kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah ini, sebanyak 10 buah keputusan analisa data telah diperolehi dan antaranya adalah seperti berikut:
i. Keputusan analisa data 1 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.1, dari segi lokasi kajian lapangan didapati bahawa bilangan bangunan bersejarah yang paling banyak diselidik ialah di Kuala Lumpur 49%, diikuti dengan Ipoh 32%, George Town 16% dan Bandar Hilir 3%.

Rajah 9.1: Carta pai keputusan analisa data soalan 1: Lokasi kajian lapangan.

ii. Keputusan analisa data 2 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.2, dari segi usia bangunan bersejarah didapati bahawa purata usia bangunan bersejarah yang diselidik di Kuala Lumpur dibina pada sekitar 1911, manakala di Ipoh dibina pada sekitar 1923, seterusnya di George Town dibina pada sekitar 1872 dan di Bandar Hilir dibina pada sekitar 1755. Manakala purata keseluruhan usia bangunan bersejarah yang diselidik dibina pada sekitar 1903 dan usianya telah menjangkau lebih 100 tahun.

Rajah 9.2: Carta pai keputusan analisa data soalan 2: Purata tahun bangunan dibina.

iii. Keputusan analisa data 3 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.3, dari segi kategori bangunan didapati bahawa kebanyakan bangunan bersejarah yang diselidik terdiri daripada rumah kedai 45%, diikuti dengan keagamaan (rumah ibadat) 18%, residensi (rumah kediaman) 9%, pentadbiran kerajaan (bangunan pejabat) 8%, institusi (kewangan dan perbankan) 8%, perniagaan (pasar dan pasaraya) 5%, muzium 2%, sekolah 2%, hotel 1%, kelab 1%, panggung wayang 1%, stesen keretapi 0.1%, kota 0.1%, lain-lain bangunan (tempat letak kenderaan) 0.1% dan istana yang tiada dalam senarai sampel 0%.

Rajah 9.3: Carta pai keputusan analisa data soalan 3: Kategori bangunan.

iv. Keputusan analisa data 4 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.4, dari segi kegunaan semasa bangunan didapati bahawa hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang diselidik iaitu 90% masih digunakan, manakala 6% lagi sudah kosong dan yang selebihnya iaitu 4% sudah roboh.

Rajah 9.4: Carta pai keputusan analisa data soalan 4: Kegunaan semasa bangunan.

v. Keputusan analisa data 5 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.5, dari segi keadaan semasa bangunan didapati bahawa bangunan bersejarah yang diselidik yang masih berada dalam keadaan baik hanyalah 15%, diikuti dengan 42% berada dalam keadaan biasa, manakala 39% lagi berada dalam keadaan buruk dan yang selebihnya iaitu 4% sudah roboh.

Rajah 9.5: Carta pai keputusan analisa data soalan 5: Keadaan semasa bangunan.

vi. Keputusan analisa data 6 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.6, dari segi kaedah pemuliharaan bangunan didapati bahawa hanya 22% daripada keseluruhan bangunan bersejarah yang diselidik telah dipulihara dengan baik manakala kebanyakannya pula iaitu 74% tidak dipulihara dengan baik dan yang selebihnya iaitu 4% sudah roboh.

Rajah 9.6: Carta pai keputusan analisa data soalan 6: Adakah bangunan dipulihara dengan baik?

vii. Keputusan analisa data 7 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.7, dari segi kerosakan bangunan didapati bahawa kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang diselidik terdapat kesan kerosakan pada elemen bangunannya iaitu 83%, manakala 13% lagi tidak terdapat kesan kerosakan dan yang selebihnya iaitu 4% sudah roboh.

Rajah 9.7: Carta pai keputusan analisa data soalan 7: Adakah terdapat kerosakan pada elemen bangunan?

viii. Keputusan analisa data 8 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.8, dari segi elemen bangunan yang mengalami kerosakan didapati bahawa hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang diselidik terdapat kesan kerosakan pada elemen bangunannya. Elemen dinding luar mewakili elemen yang terbanyak iaitu 15%, diikuti dengan elemen pintu dan kelengkapan 13%, elemen bumbung dan kemudahan 13%, elemen dinding dalam 12%, elemen tingkap dan kelengkapan 12%, elemen lantai bawah dan atas 12%, elemen siling 8%, elemen kemudahan bangunan 7%, elemen tangga 6% dan lain-lain elemen 2%.

Rajah 9.8: Carta pai keputusan analisa data soalan 8: Jika ya, pada elemen apa?

ix. Keputusan analisa data 9 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.9, dari segi keperluan usaha pemuliharaan didapati bahawa hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang diselidik memerlukan usaha pemuliharaan dilakukan ke atasnya iaitu 87% manakala yang selebihnya iaitu 13% lagi tidak memerlukan sebarang usaha pemuliharaan.

Rajah 9.9: Carta pai keputusan analisa data soalan 9: Adakah bangunan ini memerlukan usaha pemuliharaan?

x. Keputusan analisa data 10 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.10, dari segi pendekatan pemuliharaan yang digunakan didapati bahawa pendekatan pemuliharaan yang diguna pakai sekarang ke atas kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang diselidik adalah tidak bersesuaian iaitu 78% manakala yang selebihnya iaitu 22% lagi telah menggunakan pendekatan pemuliharaan yang bersesuaian.

Rajah 9.10: Carta pai keputusan analisa data soalan 10: Adakah pendekatan pemuliharaan yang digunapakai sekarang bersesuaian?

9.3 Rumusan Analisa Data Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah
Merujuk kepada keputusan analisa data seperti yang telah diperolehi sebelum ini, beberapa rumusan analisa data telah dibuat dan antara rumusan analisa data berkenaan adalah seperti berikut:
i. Rumusan analisa data 1 iaitu kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia terletak di dalam kawasan bandar utama dengan purata keseluruhan bangunan ini dibina pada 1903 dan kebanyakannya telah berusia lebih dari 100 tahun.
ii. Rumusan analisa data 2 iaitu hampir separuh daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia terdiri daripada rumah kedai yang mewakili 45% daripada keseluruhan bangunan dan 90% daripada bangunan bersejarah ini masih digunakan.
iii. Rumusan analisa data 3 iaitu hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia terdapat kesan kerosakan pada elemen bangunannya iaitu sebanyak 83% dan kebanyakan daripada kesan kerosakan ini terdapat pada elemen bangunan seperti dinding luar sebanyak 15%, pintu dan kelengkapan sebanyak 13%, elemen bumbung dan kemudahan sebanyak 13%, elemen dinding dalam sebanyak 12%, elemen tingkap dan kelengkapan sebanyak 12%, elemen lantai bawah dan atas sebanyak 12%, elemen siling sebanyak 8%, elemen kemudahan bangunan 7%, elemen tangga 6% dan akhir sekali lain-lain elemen 2%. Keputusan analisa data ini telah berjaya membuktikan dan seterusnya menyokong pembentukan objektif penyelidikan yang pertama iaitu untuk mengenal pasti jenis kerosakan umum bangunan yang sering berlaku pada elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia.
iv. Rumusan analisa data 4 iaitu hampir separuh daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia berada dalam keadaan biasa iaitu sebanyak 42% dan 39% lagi berada dalam keadaan buruk manakala 74% daripada keseluruhan bangunan bersejarah ini tidak dipulihara dengan baik dan mengalami banyak kesan kerosakan bangunan.
v. Rumusan analisa data 5 iaitu hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia iaitu sebanyak 87% memerlukan usaha pemuliharaan dilakukan ke atasnya dan 78% daripada bangunan bersejarah ini tidak menggunakan pendekatan kerja pemuliharaan yang bersesuaian berlandaskan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul. Keputusan analisa data ini telah membuktikan dan seterusnya menyokong pembentukan objektif penyelidikan yang kedua dan ketiga iaitu untuk memeriksa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut elemen kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia dan seterusnya untuk mencadangkan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai bagi merawat kerosakan umum bangunan bersejarah yang dipulihara di Malaysia.

9.4 Keputusan Analisa Data Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan
Analisa data telah dibuat ke atas 10 elemen bangunan bersejarah yang mewakili 100 jenis kerosakan bangunan yang telah dikenal pasti melalui kajian literatur dan kajian lapangan yang telah dijalankan sebelum ini. Seterusnya ia telah dikemukakan dalam borang kaji selidik kajian kes ke atas kerosakan bangunan seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran Q. Hasil daripada analisa data yang telah dibuat terhadap kaji selidik ke atas kerosakan bangunan adalah seperti berikut:
i. Keputusan analisa data 1 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.11, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen dinding luar ialah kemasan cat menggelupas 12%, diikuti dengan permukaan lembap dari bawah 12%, serangan garam sebanyak 11%, lain-lain seperti tumbuhan liar 11%, lepa menggelupas 11%, permukaan berlumut 11%, permukaan lembab dari atas 10%, lepa retak 10%, mortar pecah 7% dan batu-bata retak 5%.

Rajah 9.11: Carta pai keputusan analisa data 1: Jenis kerosakan bangunan pada elemen dinding luar.

ii. Keputusan analisa data 2 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.12, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen dinding dalam ialah kemasan cat menggelupas 16%, diikuti dengan kemasan cat pudar 15%, permukaan lembap dari bawah 14%, lepa tertanggal 13%, komponen kayu rosak 12%, permukaan berlumut 10%, bata retak 6%, lain-lain seperti tumbuhan liar 5%, jubin retak 5% dan jubin tertanggal 4%.

Rajah 9.12: Carta pai keputusan analisa data 2: Jenis kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.

iii. Keputusan analisa data 3 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.13, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen pintu dan kelengkapan ialah kemasan cat pudar 17%, diikuti dengan kemasan cat menggelupas 15%, kerangka kayu mereput 15%, bentuk berubah 14%, kelengkapan rosak 13%, panel tertanggal 9%, besi berkarat 9%, serangan serangga 4%, kaca pecah 3% dan lain-lain seperti panel pecah 1%.

Rajah 9.13: Carta pai keputusan analisa data 3: Jenis kerosakan bangunan pada elemen pintu dan kelengkapan.

iv. Keputusan analisa data 4 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.14, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen tingkap dan kelengkapan ialah kemasan cat pudar 17%, diikuti dengan kemasan cat menggelupas 14%, kerangka kayu mereput 14%, bentuk berubah 13%, kelengkapan rosak 12%, kaca pecah 9%, panel tertanggal 8%, besi berkarat 8%, serangan serangga 5% dan lain-lain seperti permukaan berlumut 0%.

Rajah 9.14: Carta pai keputusan analisa data 4: Jenis kerosakan bangunan pada elemen tingkap dan kelengkapan.

v. Keputusan analisa data 5 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.15, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen lantai bawah dan atas ialah kemasan berlubang 16%, diikuti dengan kemasan retak 16%, jubin retak 11%, jubin tertanggal 11%, lantai kayu rosak 10%, lain-lain seperti tumbuhan liar 9%, kerangka kayu mereput 9%, permukaan lembab 8%, kerangka kayu melendut 7% dan serangan serangga 3%.

Rajah 9.15: Carta pai keputusan analisa data 5: Jenis kerosakan bangunan pada elemen lantai bawah dan atas.

vi. Keputusan analisa data 6 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.16, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen tangga ialah bentuk berubah 14%, diikuti dengan jejak rosak 14%, penaik rosak 13%, kemasan cat menggelupas 12%, kekisi rosak 11%, susur tangan rosak 10%, kerangka kayu mereput 9%, lepa menggelupas 9%, lain-lain seperti kemasan cat pudar 5% dan serangan serangga 3%.

Rajah 9.16: Carta pai keputusan analisa data 6: Jenis kerosakan bangunan pada elemen tangga.

vii. Keputusan analisa data 7 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.17, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen siling ialah kemasan cat pudar 18%, diikuti dengan kesan kelembapan 17%, kemasan cat menggelupas 13%, kerangka kayu mereput 11%, kepingan pecah 9%, permukaan berlumut 8%, lepa tertanggal 7%, kepingan hilang 7%, lepa berlubang 7% dan lain-lain seperti sarang burung 3%.

Rajah 9.17: Carta pai keputusan analisa data 7: Jenis kerosakan bangunan pada elemen siling.

viii. Keputusan analisa data 8 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.18, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen bumbung dan kemudahan ialah permukaan merosot 14%, diikuti dengan paip turun rosak 12%, papan bumbung rosak 11%, tumbuhan liar 11%, kerangka kayu mereput 10%, permukaan berlumut 10%, talang rosak 9%, jubin pecah 8%, lain-lain seperti kesilapan reka bentuk 8% dan jubin hilang 7%.

Rajah 9.18: Carta pai keputusan analisa data 8: Jenis kerosakan bangunan pada elemen bumbung dan kemudahan.

ix. Keputusan analisa data 9 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.19, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada elemen kemudahan bangunan ialah penyambungan sesalur bocor 18%, diikuti dengan penyambungan paip bocor 17%, perkakasan elektrik tidak berfungsi 11%, perkakasan sistem kumbahan tidak berfungsi 10%, perkakasan sistem bekalan air tidak berfungsi 10%, paip kumbahan rosak 9%, paip bekalan air rosak 9%, paip kumbahan tersumbat 6%, tangki air bocor 5% dan lain-lain seperti kemasan cat menggelupas 5%.

Rajah 9.19: Carta pai keputusan analisa data 9: Jenis kerosakan bangunan pada elemen kemudahan bangunan.

x. Keputusan analisa data 10 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.20, didapati bahawa jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi pada lain-lain elemen ialah hiasan seni bina rosak 17%, diikuti dengan tiang rosak 17%, longkang rosak 15%, tangga luar rosak 15%, rasuk rosak 14%, gerbang rosak 8%, kubah rosak 5%, asas rosak 4%, lain-lain seperti menara rosak 3% dan bumbung rata rosak 2%.

Rajah 9.20: Carta pai keputusan analisa data 10: Jenis kerosakan bangunan pada lain-lain elemen.

xi. Keputusan analisa data 11 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.21, didapati bahawa secara keseluruhannya jenis kerosakan bangunan yang paling kerap terjadi ialah pada elemen dinding luar iaitu sebanyak 15%, diikuti dengan elemen bumbung dan kemudahan bangunan 11%, elemen tingkap dan kelengkapan 11%, elemen dinding dalam 11%, elemen lantai bawah dan atas 11%, elemen pintu dan kelengkapan 10%, elemen siling 9%, elemen tangga 8%, lain-lain elemen 7% dan elemen kemudahan bangunan 7%.

Rajah 9.21: Carta pai keputusan analisa data 11: Elemen dan kerosakan keseluruhan bangunan.

9.5 Rumusan Analisa Data Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan
Bagi memudahkan rumusan analisa data berkaitan kaji selidik ke atas kerosakan bangunan ini dibuat, 1 petunjuk tahap kerosakan bangunan dalam 5 warna berbeza yang mewakili julat tahap kerosakan bangunan yang berbeza telah dibuat. Petunjuk tahap kerosakan bangunan ini direka bentuk untuk mengklasifikasikan tahap kerosakan bangunan dari segi jenis bangunan, elemen dan jenis kerosakan bangunan pada 5 peringkat yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Petunjuk tahap kerosakan bangunan.

Petunjuk: Tahap Kerosakan Bangunan
0%-19%: Sangat rendah.
20%-39%: Rendah.
40%-59%: Sederhana.
60%-79%: Tinggi.
80%-100%: Sangat tinggi.

Merujuk kepada keputusan analisa data yang telah diperolehi sebelum ini dan berpandukan kepada petunjuk tahap kerosakan bangunan yang telah disediakan, dapat dirumuskan bahawa:
i. Rumusan analisa data 1 iaitu sebanyak 30% daripada keseluruhan 50 buah sampel bangunan bersejarah yang diselidik berada pada tahap sederhana diikuti dengan 28% berada pada tahap rendah. Manakala sebanyak 22% lagi berada pada tahap tinggi dan 16% pula berada pada tahap yang sangat tinggi. Selebihnya pula iaitu sebanyak 4% sahaja berada pada tahap yang sangat rendah seperti ditunjukkan dalam Rajah 9.22.

Rajah 9.22: Carta pai rumusan analisa data 1: Klasifikasi bangunan mengikut tahap kerosakan bangunan.

ii. Rumusan analisa data 2 iaitu sebanyak 27% daripada keseluruhan 100 jenis kerosakan bangunan yang terdapat pada 50 buah sampel bangunan bersejarah yang diselidik berada pada tahap sederhana diikuti dengan 22% berada pada tahap tinggi. Manakala sebanyak 20% lagi berada pada tahap sangat tinggi dan 19% pula berada pada tahap rendah. Selebihnya pula iaitu sebanyak 12% sahaja berada pada tahap yang sangat rendah seperti ditunjukkan dalam Rajah 9.23.

Rajah 9.23: Carta pai rumusan analisa data 2: Klasifikasi kerosakan bangunan mengikut tahap kerosakan bangunan.

iii. Rumusan analisa data 3 iaitu sebanyak 60% daripada keseluruhan 10 jenis elemen bangunan yang terdapat pada 50 buah sampel bangunan bersejarah yang diselidik berada pada tahap sederhana. Elemen-elemen bangunan berkenaan ialah elemen tingkap dan kelengkapan 58%, elemen dinding dalam 58%, elemen lantai bawah dan atas 56%, elemen pintu dan kelengkapan 54%, elemen siling 50% dan elemen tangga 43%. Seterusnya sebanyak 20% elemen bangunan berada pada tahap rendah iaitu lain-lain elemen 39% dan elemen kemudahan bangunan 35%. Manakala sebanyak 10% elemen bangunan berada pada tahap tinggi iaitu elemen bumbung dan kemudahan 60% dan 10% lagi elemen bangunan berada pada tahap sangat tinggi iaitu elemen dinding luar 80%. Tiada jenis elemen bangunan berada pada tahap sangat rendah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.24.

Rajah 9.24: Carta pai rumusan analisa data 3: Klasifikasi elemen bangunan mengikut tahap kerosakan bangunan.

iv. Rumusan analisa data 4 iaitu terdapat 20 jenis kerosakan bangunan berada pada tahap sangat tinggi (80%-100%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap sangat tinggi (80%-100%).

Bil. Jenis Kerosakan Bangunan Elemen Bangunan %Kerosakan
1 Kemasan cat pudar. Pintu dan kelengkapan. 98%
2 Kemasan cat menggelupas. Dinding luar. 96%
3 Kemasan cat pudar. Tingkap dan kelengkapan. 96%
4 Permukaan lembab dari bawah. Dinding luar. 94%
5 Serangan garam. Dinding luar. 92%
6 Lain-lain (tumbuhan liar). Dinding luar. 90%
7 Kemasan cat menggelupas. Dinding dalam. 90%
8 Kemasan berlubang. Lantai bawah dan atas. 90%
9 Lepa mengelupas. Dinding luar. 88%
10 Kemasan cat pudar. Dinding dalam. 88%
11 Kemasan retak. Lantai bawah dan atas. 88%
12 Kemasan cat pudar. Siling. 88%
13 Permukaan merosot. Bumbung dan kemudahan. 88%
14 Permukaan berlumut. Dinding luar. 86%
15 Kemasan cat menggelupas. Pintu dan kelengkapan. 84%
16 Kemasan cat menggelupas. Tingkap dan kelengkapan. 84%
17 Kesan kelembapan. Siling. 84%
18 Permukaan lembab dari bawah. Dinding dalam. 82%
19 Kerangka kayu mereput. Tingkap dan kelengkapan. 82%
20 Kerangka kayu mereput. Pintu dan kelengkapan. 80%

v. Rumusan analisa data 5 iaitu terdapat 22 jenis kerosakan bangunan berada pada tahap tinggi (60%-79%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.3 seperti berikut:

Jadual 9.3: Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap tinggi (60%-79%).

Bil. Jenis Kerosakan Bangunan Elemen Bangunan %Kerosakan
1 Permukaan lembap dari atas. Dinding luar. 78%
2 Lepa retak. Dinding luar. 76%
3 Lepa tertanggal. Dinding dalam. 76%
4 Bentuk berubah. Tingkap dan kelengkapan. 76%
5 Bentuk berubah. Pintu dan kelengkapan. 74%
6 Paip turun rosak. Bumbung dan kemudahan. 74%
7 Komponen kayu rosak. Dinding dalam. 72%
8 Hiasan seni bina rosak. Lain-lain elemen. 72%
9 Kelengkapan rosak. Tingkap dan kelengkapan. 70%
10 Kelengkapan rosak. Pintu dan kelengkapan. 68%
11 Kemasan cat menggelupas. Siling. 66%
12 Papan bumbung rosak. Bumbung dan kemudahan. 66%
13 Tiang rosak. Lain-lain elemen. 66%
14 Jubin retak. Lantai bawah dan atas. 64%
15 Tumbuhan liar. Bumbung dan kemudahan. 64%
16 Penyambungan sesalur bocor. Kemudahan bangunan. 64%
17 Bentuk berubah. Tangga. 62%
18 Kerangka kayu mereput. Bumbung dan kemudahan. 62%
19 Jubin tertanggal. Lantai bawah dan atas. 60%
20 Jejak rosak. Tangga. 60%
21 Permukaan berlumut. Bumbung dan kemudahan. 60%
22 Longkang rosak. Lain-lain elemen. 60%

vi. Rumusan analisa data 6 iaitu terdapat 27 jenis kerosakan bangunan berada pada tahap sederhana (40%-59%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.4.

Jadual 9.4: Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap sederhana (40%-59%).

Bil. Jenis Kerosakan Bangunan Elemen Bangunan %Kerosakan
1 Motar pecah. Dinding luar. 58%
2 Lantai kayu rosak. Lantai bawah dan atas. 58%
3 Penaik rosak. Tangga. 58%
4 Penyambungan paip bocor. Kemudahan bangunan. 58%
5 Tangga luar rosak. Lain-lain elemen. 58%
6 Permukaan berlumut. Dinding dalam. 56%
7 Rasuk rosak. Lain-lain elemen. 56%
8 Kaca pecah. Tingkap dan kelengkapan. 54%
9 Kerangka kayu mereput. Siling. 54%
10 Lain-lain (tumbuhan liar). Lantai bawah dan atas. 52%
11 Kemasan cat menggelupas. Tangga. 52%
12 Talang rosak. Bumbung dan kemudahan. 52%
13 Kerangka kayu mereput. Lantai bawah dan atas. 50%
14 Panel tertanggal. Pintu dan kelengkapan. 48%
15 Jubin pecah. Bumbung dan kemudahan. 48%
16 Besi berkarat. Pintu dan kelengkapan. 46%
17 Panel tertanggal. Tingkap dan kelengkapan. 46%
18 Kekisi rosak. Tangga. 46%
19 Lain-lain (hiasan seni bina rosak). Bumbung dan kemudahan. 46%
20 Besi berkarat. Tingkap dan kelengkapan. 44%
21 Permukaan lembab. Lantai bawah dan atas. 44%
22 Susur tangan rosak. Tangga. 44%
23 Jubin hilang. Bumbung dan kemudahan. 44%
24 Kepingan pecah. Siling. 42%
25 Bata retak. Dinding luar. 40%
26 Kerangka kayu melendut. Lantai bawah dan atas. 40%
27 Kerangka kayu mereput. Tangga. 40%

vii. Rumusan analisa data 7 iaitu terdapat 19 jenis kerosakan bangunan berada pada tahap rendah (20%-39%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.5.

Jadual 9.5: Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap rendah (20%-39%).

Bil. Jenis Kerosakan Bangunan Elemen Bangunan %Kerosakan
1 Lepa mengelupas. Tangga. 38%
2 Permukaan berlumut. Siling. 38%
3 Perkakasan elektrik tidak berfungsi. Kemudahan bangunan. 38%
4 Lepa tertanggal. Siling. 36%
5 Perkakasan tidak berfungsi (sistem kumbahan). Kemudahan bangunan. 36%
6 Kepingan hilang. Siling. 34%
7 Perkakasan tidak berfungsi (sistem bekalan air). Kemudahan bangunan. 34%
8 Bata retak. Dinding dalam. 32%
9 Lepa berlubang. Siling. 32%
10 Paip kumbahan rosak. Kemudahan bangunan. 32%
11 Lain-lain (permukaan lembab dari atas). Dinding dalam. 30%
12 Serangan serangga. Tingkap dan kelengkapan. 30%
13 Paip bekalan air rosak. Kemudahan bangunan. 30%
14 Gerbang rosak. Lain-lain elemen. 30%
15 Jubin retak. Dinding dalam. 28%
16 Jubin tertanggal. Dinding dalam. 26%
17 Serangan serangga. Pintu dan kelengkapan. 20%
18 Lain-lain (jubin rosak). Tangga. 20%
19 Paip kumbahan tersumbat. Kemudahan bangunan. 20%

viii. Rumusan analisa data 8 iaitu terdapat 12 jenis kerosakan bangunan berada pada tahap sangat rendah (0%-19%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.6.

Jadual 9.6: Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap sangat rendah (0%-19%).

Bil. Jenis Kerosakan Bangunan Elemen Bangunan %Kerosakan
1 Serangan serangga. Lantai bawah dan atas. 18%
2 Tangki air bocor. Kemudahan bangunan. 18%
3 Kubah rosak. Lain-lain elemen. 18%
4 Kaca pecah. Pintu dan kelengkapan. 16%
5 Lain-lain (kepingan gipsum rosak). Siling. 16%
6 Lain-lain (kemudahan bangunan rosak). Kemudahan bangunan. 16%
7 Asas rosak. Lain-lain elemen. 16%
8 Serangan serangga. Tangga. 12%
9 Lain-lain (lukisan dinding pudar). Lain-lain elemen. 10%
10 Bumbung rata rosak. Lain-lain elemen. 8%
11 Lain-lain (kelengkapan tertanggal). Pintu dan kelengkapan. 4%
12 Lain-lain (kelengkapan tertanggal). Tingkap dan kelengkapan. 2%

9.6 Keputusan Analisa Data Kajian Kes ke atas Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
Analisa data telah dilakukan ke atas 152 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang telah disediakan oleh pihak kontraktor bangunan dan perunding pemuliharaan pada 4 buah projek pemuliharaan yang telah dipilih sebagai kajian kes. Analisa data yang dibuat ini terbahagi kepada 2 bahagian utama seperti berikut:
i. Analisa data terhadap tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut 11 elemen kerja pemuliharaan iaitu;
a. Kerja awalan.
b. Kerja meroboh, menanggal dan memecah.
c. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam.
d. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan.
e. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan.
f. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas.
g. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam.
h. Kerja pemuliharaan siling.
i. Kerja pemuliharaan bumbung.
j. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan.
k. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen.

ii. Analisa data terhadap tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut 4 buah projek pemuliharaan iaitu;
a. Projek Pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak.
b. Projek Pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak.
c. Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang.
d. Projek Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang.

Bagi memudahkan rumusan analisa data berkaitan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan ini dibuat, 1 petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharan mengikut elemen kerja pemuliharaan dalam 5 warna berbeza yang mewakili julat yang berbeza telah dibuat. Petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah mengikut elemen kerja pemuliharaan ini direka bentuk untuk mengklasifikasikan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan ini pada 5 peringkat yang berbeza seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.7 seperti berikut:

Jadual 9.7: Petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut elemen kerja pemuliharaan.

Petunjuk: Tahap Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Mengikut Elemen Kerja Pemuliharaan
0%-19%: Tidak memuaskan.
20%-39%: Kurang memuaskan.
40%-59%: Sederhana memuaskan.
60%-79%: Memuaskan.
80%-100%: Sangat memuaskan.

Hasil daripada analisa data yang telah dibuat terhadap tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut elemen kerja pemuliharaan adalah seperti berikut:
i. Keputusan analisa data 1 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.25, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 80% adalah sederhana memuaskan dan selebihnya pula iaitu 20% lagi adalah kurang memuaskan. Terdapat 3 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja awalan ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.25: Carta pai keputusan analisa data 1: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja awalan.

ii. Keputusan analisa data 2 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.26, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 39% adalah sangat memuaskan, diikuti dengan 23% memuaskan, seterusnya 20% sederhana memuaskan dan selebihnya pula iaitu 18% lagi adalah kurang memuaskan. Terdapat 26 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja meroboh, menanggal dan memecah ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.26: Carta pai keputusan analisa data 2: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja meroboh, menanggal dan memecah.

iii. Keputusan analisa data 3 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.27, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 60% adalah sangat memuaskan, diikuti dengan 26% memuaskan, seterusnya 9% sederhana memuaskan dan selebihnya pula iaitu 5% lagi adalah kurang memuaskan. Terdapat 16 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.27: Carta pai keputusan analisa data 3: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam.

iv. Keputusan analisa data 4 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.28, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 61% adalah memuaskan, diikuti dengan 22% sangat memuaskan dan akhir sekali 17% lagi adalah sederhana memuaskan. Terdapat 9 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.28: Carta pai keputusan analisa data 4: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan.

v. Keputusan analisa data 5 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.29, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 61% adalah memuaskan, diikuti dengan 22% sangat memuaskan dan akhir sekali 17% lagi adalah sederhana memuaskan. Terdapat 9 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.29: Carta pai keputusan analisa data 5: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan.

vi. Keputusan analisa data 6 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.30, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 44% adalah sangat memuaskan, diikuti dengan 40% memuaskan dan akhir sekali 16% lagi adalah sederhana memuaskan. Terdapat 11 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.30: Carta pai keputusan analisa data 6: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas.

vii. Keputusan analisa data 7 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.31, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 37% adalah kurang memuaskan, diikuti dengan 27% sangat memuaskan, seterusnya 18% sederhana memuaskan dan selebihnya pula iaitu 18% lagi adalah memuaskan. Terdapat 7 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.31: Carta pai keputusan analisa data 7: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam.

viii. Keputusan analisa data 8 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.32, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 59% adalah sangat memuaskan, diikuti dengan 29% memuaskan dan akhir sekali 12% lagi adalah sederhana memuaskan. Terdapat 7 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan siling ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.32: Carta pai keputusan analisa data 8: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan siling.

ix. Keputusan analisa data 9 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.33, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 58% adalah sangat memuaskan, diikuti dengan 27% memuaskan, seterusnya 8% sederhana memuaskan dan selebihnya pula iaitu 7% lagi adalah kurang memuaskan. Terdapat 11 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan bumbung ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.33: Carta pai keputusan analisa data 9: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bumbung.

x. Keputusan analisa data 10 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.34, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 85% adalah memuaskan dan selebihnya pula iaitu 15% lagi adalah kurang memuaskan. Terdapat 6 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan kemudahan bangunan ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.34: Carta pai keputusan analisa data 10: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kemudahan bangunan.

xi. Keputusan analisa data 11 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.35, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah yang disediakan menunjukkan 30% adalah kurang memuaskan, diikuti dengan 30% sederhana memuaskan, seterusnya 25% sangat memuaskan dan selebihnya pula iaitu 15% lagi adalah memuaskan. Terdapat 15 jenis penyataan kaedah perlu disediakan untuk kerja pemuliharaan lain-lain elemen ini seperti ditunjukkan pada Lampiran O.

Rajah 9.35: Carta pai keputusan analisa data 11: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan lain-lain elemen.

Seterusnya bagi memudahkan rumusan analisa data berkaitan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan ini dibuat, 1 petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut projek pemuliharaan dalam 5 warna berbeza yang mewakili julat yang berbeza telah dibuat. Petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah mengikut projek pemuliharaan ini direka bentuk untuk mengklasifikasikan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan ini pada 5 peringkat yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.8.

Jadual 9.8: Petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut projek pemuliharaan.

Petunjuk: Tahap Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Mengikut Projek Pemuliharaan
0%-19%: Tidak lengkap.
20%-39%: Kurang lengkap.
40%-59%: Sederhana lengkap.
60%-79%: Lengkap.
80%-100%: Sangat lengkap.

Hasil daripada analisa data yang telah dibuat terhadap tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut projek pemuliharaan adalah seperti berikut:
xii. Keputusan analisa data 12 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.36, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk projek pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya di Batu Gajah, Perak yang disediakan menunjukkan 62% adalah lengkap, diikuti dengan 12% sederhana lengkap, seterusnya 10% sangat lengkap, selebihnya pula iaitu 8% tidak lengkap dan akhir sekali 8% lagi adalah kurang lengkap manakala hanya sebanyak 50 daripada 103 atau 49% sahaja jumlah penyataan kaedah telah disediakan dalam projek pemuliharaan ini.

Rajah 9.36: Carta pai keputusan analisa data 12: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak.

xiii. Keputusan analisa data 13 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.37, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk projek pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh di Ipoh, Perak yang disediakan menunjukkan 43% adalah lengkap, diikuti dengan 29% sederhana lengkap, seterusnya 14% kurang lengkap dan selebihnya pula iaitu 14% lagi adalah sangat lengkap manakala hanya sebanyak 44 daripada 84 atau 52% sahaja jumlah penyataan kaedah telah disediakan dalam projek pemuliharaan ini.

Rajah 9.37: Carta pai keputusan analisa data 13: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak.

xiv. Keputusan analisa data 14 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.38, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk projek pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister di George Town, Pulau Pinang yang disediakan menunjukkan 57% adalah sangat lengkap, diikuti dengan 25% sederhana lengkap, seterusnya 16% lengkap dan selebihnya pula iaitu 2% lagi adalah tidak lengkap manakala hanya sebanyak 67 daripada 102 atau 66% sahaja jumlah penyataan kaedah telah disediakan dalam projek pemuliharaan ini.

Rajah 9.38: Carta pai keputusan analisa data 14: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang.

xv. Keputusan analisa data 15 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.39, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk projek pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang yang disediakan menunjukkan 71% adalah sangat lengkap dan selebihnya pula iaitu 29% lagi adalah lengkap manakala hanya sebanyak 89 daripada 111 atau 80% sahaja jumlah penyataan kaedah telah disediakan dalam projek pemuliharaan ini.

Rajah 9.39: Carta pai keputusan analisa data 4: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang.

9.7 Rumusan Analisa Data Kajian Kes ke atas Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
Dengan merujuk kepada keputusan analisa data yang telah diperolehi sebelum ini dan berpandukan kepada petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah mengikut elemen kerja pemuliharaan dan petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah mengikut projek pemuliharaan, dapat dirumuskan bahawa:
i. Rumusan analisa data 1 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.40, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan untuk keseluruhan elemen kerja pemuliharaan menunjukkan 39% berapa pada tahap sangat memuaskan, diikuti dengan 35% berada pada tahap memuaskan, seterusnya 16% lagi berada pada tahap sederhana memuaskan, selebihnya pula iaitu 10% berada pada tahap kurang memuaskan dan akhir sekali 0% berada pada tahap yang tidak memuaskan manakala sebanyak 250 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan dalam projek pemuliharaan ini.

Rajah 9.40: Carta pai rumusan analisa data 1: Tahap penyediaan penyataan kaedah keseluruhan elemen kerja pemuliharaan.

ii. Rumusan analisa data 2 iaitu dengan merujuk kepada Jadual 9.9, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan untuk keseluruhan elemen kerja pemuliharaan menunjukkan 250 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan daripada 400 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sepatutnya disediakan pada 4 buah projek pemuliharaan yang diselidik. Sehubungan dengan itu, tahap penyediaan penyataan kaedah untuk kerja pemuliharaan siling berada pada tahap sangat memuaskan iaitu 81%. Manakala tahap penyediaan penyataan kaedah yang berada pada tahap memuaskan ialah kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam 77%, kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas 76%, kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan 72%, kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan 72%, dan kerja pemuliharaan bumbung 70%. Selebihnya pula berada pada tahap sederhana memuaskan iaitu tahap penyediaan penyataan kaedah untuk kerja pemuliharaan kemudahan bangunan 57%, kerja meroboh, menanggal dan memecah 51%, kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam 50%, kerja pemuliharaan lain-lain elemen 44% dan kerja awalan 42%. Tiada satupun elemen kerja pemuliharaan yang berada pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.9.

Jadual 9.9: Perbandingan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk keseluruhan elemen kerja pemuliharaan.

Bil. Elemen Kerja Pemuliharaan Penyataan Kaedah yang Disediakan Penyataan Kaedah yang Sepatutnya Disediakan Peratus (%) Tahap Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
1 Kerja awalan. 5 12 42% Sederhana memuaskan.
2 Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 44 87 51% Sederhana memuaskan.
3 Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 43 56 77% Memuaskan.
4 Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 23 32 72% Memuaskan.
5 Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 23 32 72% Memuaskan.
6 Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 25 33 76% Memuaskan.
7 Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 11 22 50% Sederhana memuaskan.
8 Kerja pemuliharaan siling. 17 21 81% Sangat memuaskan.
9 Kerja pemuliharaan bumbung. 26 37 70% Memuaskan.
10 Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 13 23 57% Sederhana memuaskan.
11 Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 20 45 44% Sederhana memuaskan.
Jumlah Keseluruhan 250 400
Purata Keseluruhan 66% Memuaskan

iii. Rumusan analisa data 3 iaitu dengan merujuk kepada Rajah 9.41, didapati bahawa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan untuk keseluruhan projek pemuliharaan menunjukkan 45% adalah sangat lengkap, diikuti dengan 35% adalah lengkap, seterusnya 14% lagi adalah sederhana lengkap, selebihnya pula iaitu 4% adalah kurang lengkap dan hanya 2% adalah tidak lengkap. Sebanyak 250 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan dalam projek pemuliharaan ini.

Rajah 9.41: Carta pai rumusan analisa data 3: Tahap penyediaan penyataan kaedah keseluruhan projek pemuliharaan.

iv. Rumusan analisa data 4 iaitu dengan merujuk kepada Jadual 9.10, didapati bahawa perbandingan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan untuk keseluruhan projek pemuliharaan menunjukkan sebanyak 80% penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan pada projek pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang yang membawa kepada tahap sangat lengkap, diikuti dengan 66% penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan untuk projek pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister di George Town, Pulau Pinang yang membawa kepada tahap lengkap, seterusnya 52% penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan untuk projek pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh di Ipoh, Perak yang membawa kepada tahap sederhana lengkap dan hanya 49% penyataan kaedah kerja pemuliharaan telah disediakan untuk projek pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya di Batu Gajah, Perak yang turut membawa kepada tahap sederhana lengkap seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.10.

Jadual 9.10: Perbandingan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk keseluruhan projek pemuliharaan.

Bil. Projek Pemuliharaan Penyataan Kaedah Yang Disediakan Penyataan Kaedah Yang Sepatutnya Disediakan Peratus (%) Tahap Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
1 Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak. 50 103 49% Sederhana lengkap.
2 Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak. 44 84 52% Sederhana lengkap.
3 Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang. 67 102 66% Lengkap.
4 Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang. 89 111 80% Sangat lengkap.
Jumlah Keseluruhan 250 400
Purata Keseluruhan 62% Lengkap

v. Rumusan analisa data 5 iaitu terdapat 3 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan berada pada tahap tidak memuaskan (0%-19%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.11.

Jadual 9.11: Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap tidak memuaskan (0%-19%).

Bil. Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Elemen Kerja Pemuliharaan (%)
1 Memecah lantai apron. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 0%
2 Memecah longkang. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 0%
3 Membaik pulih gerbang. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 0%

vi. Rumusan analisa data 6 iaitu terdapat 25 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan berada pada tahap kurang memuaskan (20-39%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.12.

Jadual 9.12: Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap kurang memuaskan (20%-39%).

Bil. Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Elemen Kerja Pemuliharaan (%)
1 Dokumentasi laporan dilapidasi. Kerja awalan. 25%
2 Menanggal komponen pintu dan kelengkapan. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 25%
3 Menanggal kemasan siling. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 25%
4 Menanggal tangki air. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 25%
5 Menanggal paip bekalan air. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 25%
6 Menanggal paip saluran kumbahan. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 25%
7 Menanggal peralatan elektrik. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 25%
8 Membaik pulih jubin dinding. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 25%
9 Membaik pulih perhiasan. Kerja pemuliharaan bumbung. 25%
10 Membaik pulih talang dan sesalur air hujan. Kerja pemuliharaan bumbung. 25%
11 Penggantian sistem pendawaian elektrik. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 25%
12 Penggantian peralatan elektrik. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 25%
13 Membaik pulih hiasan seni bina. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 25%
14 Membaik pulih lantai apron. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 25%
15 Membaik pulih longkang. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 25%
16 Menanggal komponen tangga kayu dalam. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 33%
17 Menanggal gelegar siling. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 33%
18 Membaik pulih hiasan seni bina. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 33%
19 Penjagaan tangga. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 33%
20 Mencuci dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 33%
21 Menanggal cat sedia ada. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 33%
22 Mengecat tangga. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 33%
23 Membaik pulih balustrade. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 33%
24 Membaik pulih tiang pagar. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 33%
25 Membaik pulih tembok pagar. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 33%

vii. Rumusan analisa data 7 iaitu terdapat 22 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan berada pada tahap sederhana memuaskan (40%-59%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.13.

Jadual 9.13: Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap sederhana memuaskan (40%-59%).

Bil. Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Elemen Kerja Pemuliharaan (%)
1 Ekskavasi arkeologi. Kerja awalan. 50%
2 Uji kaji bahan. Kerja awalan. 50%
3 Menanggal komponen tingkap dan kelengkapan. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 50%
4 Menanggal kerangka bumbung. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 50%
5 Menanggal kelengkapan sanitari. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 50%
6 Menanggal sistem pendawaian elektrik. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 50%
7 Menanggal perabut. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 50%
8 Membuang pokok tumpang. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 50%
9 Menanggal cat sedia ada. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 50%
10 Menanggal cat sedia ada. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 50%
11 Membaik pulih kelengkapan pintu. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 50%
12 Menanggal cat sedia ada. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 50%
13 Membaik pulih kelengkapan tingkap. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 50%
14 Membaik pulih lantai konkrit. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 50%
15 Membaik pulih jubin lantai. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 50%
16 Membaik pulih tangga batu. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 50%
17 Mengecat siling. Kerja pemuliharaan siling. 50%
18 Pencegahan masalah burung, kelawar dll. Kerja pemuliharaan bumbung. 50%
19 Membaik pulih asas. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 50%
20 Membaik pulih tiang. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 50%
21 Membaik pulih rasuk. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 50%
22 Membaik pulih papan tanda. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 50%

viii. Rumusan analisa data 8 iaitu terdapat 33 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan berada pada tahap memuaskan (60%-79%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.14.

Jadual 9.14: Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap memuaskan (60%-79%).

Bil. Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Elemen Kerja Pemuliharaan (%)
1 Menanggal gelegar lantai tingkat atas. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 67%
2 Meroboh siling gantung. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 67%
3 Menanggal lepa dinding. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 67%
4 Penjagaan pintu. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 67%
5 Penjagaan tingkap. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 67%
6 Membaik pulih gelegar lantai. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 67%
7 Mengecat lantai. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 67%
8 Membaik pulih tangga kayu. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 67%
9 Membaik pulih gelegar siling. Kerja pemuliharaan siling. 67%
10 Mencuci dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan bumbung. 67%
11 Aplikasi rawatan anti karat. Kerja pemuliharaan bumbung. 67%
12 Penggantian tangki air. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 67%
13 Menanggal kemasan dinding. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 75%
14 Memecah kemasan dan lantai tingkat bawah. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 75%
15 Mencuci dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 75%
16 Membaik pulih dinding sekatan. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 75%
17 Membaik pulih bucu dinding. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 75%
18 Membaik pulih kerangka pintu. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 75%
19 Membaik pulih daun pintu. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 75%
20 Mengecat pintu. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 75%
21 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 75%
22 Membaik pulih kerangka tingkap. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 75%
23 Membaik pulih daun tingkap. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 75%
24 Mengecat tingkap. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 75%
25 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 75%
26 Pemasangan lapisan kalis lembab. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 75%
27 Pemasangan kemasan lantai baru. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 75%
28 Membaik pulih siling gantung. Kerja pemuliharaan siling. 75%
29 Aplikasi rawatan anti kulat. Kerja pemuliharaan bumbung. 75%
30 Penggantian kelengkapan sanitari. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 75%
31 Penggantian paip bekalan air. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 75%
32 Penggantian paip saluran kumbahan. Kerja pemuliharaan kemudahan bangunan. 75%
33 Membaik pulih lain-lain elemen. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 75%

ix. Rumusan analisa data 9 iaitu terdapat 37 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan berada pada tahap sangat memuaskan (80%-100%) seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.15.

Jadual 9.15: Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap sangat memuaskan (80%-100%).

Bil. Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Elemen Kerja Pemuliharaan (%)
1 Meroboh dinding dalam. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
2 Meroboh dinding sekat. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
3 Menanggal kemasan lantai tingkat atas. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
4 Menanggal kemasan bumbung. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
5 Menanggal kemasan bumbung rata. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
6 Menanggal papan tanda. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
7 Meroboh dan menanggal lain-lain elemen. Kerja meroboh, menanggal dan memecah. 100%
8 Membuang tumbuhan organik. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
9 Aplikasi rawatan cocoon atau salt desalination. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
10 Aplikasi rawatan rising damp. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
11 Aplikasi rawatan peter cox. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
12 Membaik pulih dinding batu-bata. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
13 Membaik pulih lepa dinding. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
14 Mengecat dinding. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
15 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam. 100%
16 Membersih dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 100%
17 Pemasangan jeriji pintu baru. Kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan. 100%
18 Membersih dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 100%
19 Pemasangan jeriji tingkap baru. Kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan. 100%
20 Penjagaan lantai. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 100%
21 Mencuci dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 100%
22 Aplikasi rawatan cement grout. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 100%
23 Membaik pulih papan lantai. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 100%
24 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas. 100%
25 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam. 100%
26 Membersih dan menanggal kekotoran. Kerja pemuliharaan siling. 100%
27 Membaik pulih lepa siling bercorak. Kerja pemuliharaan siling. 100%
28 Membaik pulih papan siling. Kerja pemuliharaan siling. 100%
29 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan siling. 100%
30 Pembinaan bumbung sementara. Kerja pemuliharaan bumbung. 100%
31 Membaik pulih kerangka bumbung. Kerja pemuliharaan bumbung. 100%
32 Membaik pulih genting bumbung. Kerja pemuliharaan bumbung. 100%
33 Membaik pulih bumbung rata. Kerja pemuliharaan bumbung. 100%
34 Aplikasi rawatan mencegah anai-anai. Kerja pemuliharaan bumbung. 100%
35 Membaik pulih fasad. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 100%
36 Membaik pulih kubah. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 100%
37 Membaik pulih monumen. Kerja pemuliharaan lain-lain elemen. 100%

9.8 Kesimpulan
Kesemua data yang telah diperolehi hasil dari kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah, kaji selidik ke atas kerosakan bangunan dan kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia telah dianalisa dengan teliti dalam usaha untuk mendapatkan keputusan analisa data dan seterusnya membuat rumusan berkaitan keputusan analisa data yang diperolehi. Keputusan dan rumusan analisa data yang diperolehi ini adalah amat penting kerana ia akan menjawab ketiga-tiga objektif dan hipotesis penyelidikan yang telah ditetapkan sebelum ini. Sehubungan dengan itu, dengan merujuk kepada hasil analisa data yang telah diperolehi, dapat dirumuskan bahawa kerosakan bangunan memang berlaku pada kebanyakan elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia. Selain daripada itu, sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia tidak dipulihara dengan baik dan amat memerlukan usaha pemuliharaan dilakukan ke atasnya. Di samping itu juga, didapati bahawa tahap kerosakan bangunan pada bangunan bersejarah di Malaysia secara keseluruhannya adalah sederhana manakala tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sering diamalkan pada projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia adalah memuaskan.

Namun begitu, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti berlaku sewaktu kerja pemuliharaan dijalankan pada peringkat perlaksanaan kerja di tapak projek pemuliharaan. Kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti ini hendaklah diperhalusi dan diperbetulkan agar pada masa akan datang agar segala masalah yang berkaitan dengan penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dapat diatasi sepenuhnya dan dalam pada masa yang sama tahap penyediaan penyataan kaedah pemuliharaan ini dapat diperkemaskan dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, beberapa buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai dicadangkan pada Bab Sepuluh (cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan) dalam usaha untuk menangani masalah kerosakan umum bangunan yang sering berlaku pada elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia.

No comments:

Powered By Blogger