Back to Front Pages

Friday, February 06, 2015

Latest Publication Book For Sale

Get it now while stock last : uitmpressbookshop.blogspot.com
Official Website : http://penerbit.uitm.edu.my/
Tel : 03-5522535 Fax : 03-55225403
Address : UiTM Press
Universiti Teknologi MARA
Block 9, 4th Floor, INTEKMA Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda, Section 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan



KEROSAKAN DAN PENYATAAN KAEDAH KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH



Dr. Kamarul Syahril Kamal



___________________________________________

University Publication Centre (UPENA)

Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2013



© Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM 2013


Hak Cipta Terpelihara, Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.



Perpustakaan Negara Malaysia    Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Kerosakan dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah / Kamarul Syahril Kamal & Lilawati Ab Wahab.

Mengandungi indek

ISBN XXXXXXXX

1. Building defects – Conservation and preservation – Malaysia. I. Kamarul Syahril Kamal. II. Lilawati Ab Wahab.


 PRAKATA

_________________________________________________________________


Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah. Bangunan bersejarah adalah antara sebahagian daripada khazanah warisan negara yang wajar dipulihara dari masa ke semasa untuk tatapan generasi akan datang. Dengan arus pembangunan negara yang semakin pesat kini, kebanyakan daripada bangunan bersejarah ini ada yang telah dipulihara dengan baik dan ada yang telah musnah ditelan arus pembangunan. Antara isu-isu yang sedang dialami oleh bangunan bersejarah ini ialah seperti kurangnya usaha masyarakat umum dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah, bangunan bersejarah tidak diselenggara dan dupilihara dengan baik,bangunan eggrsejarah diroboh untuyk tujuan pembangunan, pendekatan kerja pemuliharaan dan pengubahsuaian yang tidak mengikut prinsip asas pemuliharaan, dan masalah kerosakan yang melanda kebanyakan bangunan bersejarah itu sendiri disebabkan oleh faktor usia dan keusangan.


Sehubungan dengan itu, buku ini dihasilkan dengan tujuan untuk merungkai segala persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan kerosakan yang sering berlaku pada bangunan bersejarah dan seterusnya menerangkan secara teknikal tentang bagaimana untuk memulihara bangunan bersejarah. Kandungan buku ini telah disusun dengan teliti bagi memudahkan para pembaca memahami apa itu bangunan bersejarah, kaedah pemeriksaan kerosakan pada banunan bersejarah, punca dan agen kerosakan serta jenis-jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku ke atas kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia. Seterusnya buku ini juga akan menerangkan secara terperinci tentang penyataan kaedah bagaimana untuk memulihara bangunan bersejarah ini dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul dan terbukti berkesan. Penyataan kaedah pemuliharaan yang betul adalah amat penting dan perlu dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri pemuliharaan bangunan bersejarah kerana sekiranya kaedah pemuliharaan itu dilakukan dengan cara yang salah, maka dikhuatiri bukan sahaja kerosakan bangunan itu tidak dapat dibaiki dengan baik malah ia turut akan menjejaskan keaslian reka bentuk, seni bina dan bahan binaan serta nilai sejarah yang terdapat pada bangunan bersejarah berkenaan.


Akhir kata, sejuta penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan baik secara langsung atau tidak langsung sehingga terhasilnya buku ini. Adalah diharapkan agar buku ini dapat dijadikan ebagai rujukan dan meberi manfaat kepada semua pihak yang berkecimpung dalam industri pemuliharaan bangunan bersejarah serta dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan utama kepada mahasiswa universiti dalah usaha untuk menimba ilmu pengetahuan yang tak terbatas ini.


Dr. Kamarul Syahril Kamal.

No comments:

Post a Comment