Official Website : http://penerbit.uitm.edu.my/
Tel : 03-5522535 Fax : 03-55225403
Address : UiTM Press
Universiti Teknologi MARA
Block 9, 4th Floor, INTEKMA Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda, Section 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
KEROSAKAN DAN PENYATAAN KAEDAH KERJA PEMULIHARAAN
BANGUNAN BERSEJARAH
Dr. Kamarul Syahril Kamal
___________________________________________
University Publication Centre (UPENA)
Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2013
© Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM 2013
Hak Cipta
Terpelihara, Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
e-mel: upena@salam.uitm.edu.my
Perpustakaan
Negara Malaysia Data
Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Kerosakan dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan
bangunan bersejarah / Kamarul Syahril Kamal & Lilawati Ab Wahab.
Mengandungi indek
ISBN XXXXXXXX
1. Building defects – Conservation and preservation – Malaysia. I. Kamarul
Syahril Kamal. II. Lilawati Ab Wahab.
_________________________________________________________________
Malaysia
merupakan antara negara yang kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah.
Bangunan bersejarah adalah antara sebahagian daripada khazanah warisan negara
yang wajar dipulihara dari masa ke semasa untuk tatapan generasi akan datang.
Dengan arus pembangunan negara yang semakin pesat kini, kebanyakan daripada
bangunan bersejarah ini ada yang telah dipulihara dengan baik dan ada yang
telah musnah ditelan arus pembangunan. Antara isu-isu yang sedang dialami oleh
bangunan bersejarah ini ialah seperti kurangnya usaha masyarakat umum dalam
usaha untuk memulihara bangunan bersejarah, bangunan bersejarah tidak
diselenggara dan dupilihara dengan baik,bangunan eggrsejarah diroboh untuyk
tujuan pembangunan, pendekatan kerja pemuliharaan dan pengubahsuaian yang tidak
mengikut prinsip asas pemuliharaan, dan masalah kerosakan yang melanda
kebanyakan bangunan bersejarah itu sendiri disebabkan oleh faktor usia dan
keusangan.
Sehubungan dengan
itu, buku ini dihasilkan dengan tujuan untuk merungkai segala persoalan dan
permasalahan yang berkaitan dengan kerosakan yang sering berlaku pada bangunan
bersejarah dan seterusnya menerangkan secara teknikal tentang bagaimana untuk
memulihara bangunan bersejarah. Kandungan buku ini telah disusun dengan teliti
bagi memudahkan para pembaca memahami apa itu bangunan bersejarah, kaedah
pemeriksaan kerosakan pada banunan bersejarah, punca dan agen kerosakan serta
jenis-jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku ke atas kebanyakan bangunan
bersejarah di Malaysia. Seterusnya buku ini juga akan menerangkan secara
terperinci tentang penyataan kaedah bagaimana untuk memulihara bangunan
bersejarah ini dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul dan terbukti
berkesan. Penyataan kaedah pemuliharaan yang betul adalah amat penting dan
perlu dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam industri pemuliharaan bangunan bersejarah kerana
sekiranya kaedah pemuliharaan itu dilakukan dengan cara yang salah, maka
dikhuatiri bukan sahaja kerosakan bangunan itu tidak dapat dibaiki dengan baik
malah ia turut akan menjejaskan keaslian reka bentuk, seni bina dan bahan
binaan serta nilai sejarah yang terdapat pada bangunan bersejarah berkenaan.
Akhir kata,
sejuta penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan
baik secara langsung atau tidak langsung sehingga terhasilnya buku ini. Adalah
diharapkan agar buku ini dapat dijadikan ebagai rujukan dan meberi manfaat
kepada semua pihak yang berkecimpung dalam industri pemuliharaan bangunan
bersejarah serta dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan utama kepada
mahasiswa universiti dalah usaha untuk menimba ilmu pengetahuan yang tak
terbatas ini.
Dr. Kamarul Syahril Kamal.
No comments:
Post a Comment