Wednesday, August 25, 2010

Buku Pemuliharaan Bangunan Bersejarah




Judul Buku: Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Penerbit: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA
Bilangan Mukasurat: 170
Harga Tidak Termasuk Pos: RM 42.00
Untuk Pembelian Hubungi Kamarul: 012-5263769 @ kamarul_uitm@yahoo.co.uk


PRAKATA

Pemuliharaan bangunan bersejarah merupakan satu bidang yang kian berkembang di Malaysia. Banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan individu bagi terus memelihara bangunan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang. Namun hanya segelintir golongan yang memahami konsep dan amalan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Jesteru, buku “Pemuliharaan Bangunan Bersejarah” ini diterbitkan bagi memberikan gambaran tentang penjagaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah berdasarkan kepada amalan dan pendekatan yang telah dijalankan di Malaysia.

Buku ini ditulis oleh beberapa orang ahli akademik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam amalan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Ilham menerbitkan buku ini tercetus ketika para penulis berseminar di Lumut, Perak pada November 2007. Buku ini ditulis bagi mencetuskan kesedaran dan minat para pembaca tentang bidang pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.

Sebanyak 8 bab telah ditulis di dalam buku ini merangkumi pelbagai aspek pemuliharaan bangunan dari konsep dan rangka kerja pemuliharaan bangunan, kecacatan bangunan dan kaedah memulihara hinggalah ke aspek penyenggaraan, keselamatan kebakaran dan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah.

Akhir kata, segunung penghargaan diberikan kepada barisan penulis, pihak berkuasa tempatan dan individu lain yang telah memberikan kerjasama menjayakan penerbitan buku ini. Terima kasih juga kepada para pembaca buku ini yang sudah pastinya dapat menimba ilmu dan seterusnya meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penjagaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.

Siti Norlizaiha Harun
A Ghafar Ahmad
Brit Anak Kayan
Kamarul Syahril Kamal
Robiah Abdul Rashid
Amir Fasha Mohd Isa
Lilawati Ab Wahab
Nurul Hamiruddin Salleh

PENULIS

Dr. Siti Norlizaiha Harun ialah pensyarah kanan di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seri Iskandar, Perak sejak Januari 1996. Mendapat Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dari ITM, Ijazah dan Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Sains Malaysia. Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pemuliharaan Bangunan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Profesor Madya Dr. A Ghafar Ahmad ialah pensyarah di Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sejak Januari 1994. Mendapat Ijazah Seni Bina dari University of Wisconsin-Milwaukee, Sarjana Seni Bina dari Kent State University, Ohio, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pemuliharaan Bangunan dari University of Sheffield, United Kingdom.

Sr. Brit Anak Kayan ialah pensyarah di Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya. Mendapat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Ukur Bangunan dan Sarjana Sains (Bangunan) dari Universiti Malaya. Seorang ahli profesional Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM).

Kamarul Syahril Kamal ialah pensyarah kanan di Jabatan Bangunan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah sejak 1996. Mendapat Diploma Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Bangunan (kepujian) dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Pemuliharaan Bangunan dari Portsmouth University, United Kingdom pada tahun 2001.

Sr. Robiah Abdul Rashid ialah pensyarah di Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Mempunyai kelayakan akademik dalam bidang seni bina dan ukur bangunan dari UiTM dan pemuliharaan seni bina dari Edinburgh College of Art-Heriot Watt University, United Kindom. Seorang ahli profesional Institut Juruukur Malaysia (ISM).

Sr. Amir Fasha Mohd Isa ialah pensyarah di Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak sejak 1997. Mempunyai kelayakan akademik Diploma Lanjutan Ukur Bangunan ITM pada tahun 1994 dan Sarjana Pengurusan Warisan dari Sheffield Hallam University, United Kingdom pada tahun 2002. Seorang ahli profesional Institut Juruukur Malaysia (ISM) Building Surveying Division.

Lilawati Ab Wahab ialah pensyarah kanan di Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah sejak 1999. Mendapat Diploma Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1996 dan Ijazah Sarjana Ukur Bahan (kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1999. Seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Pemuliharaan Bangunan dari Portsmouth University, United Kingdom pada tahun 2001.

Nurul Hamiruddin Salleh merupakan arkitek dan pensyarah di Jabatan Senibina di Kulliyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau adalah ahli berdaftar Lembaga Arkitek Malaysia sejak tahun 2000. Berpendidikan Diploma Seni bina dan Sarjana Muda (kepujian) Seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Pengajian Pemuliharaan (Bangunan dan Tempat Bersejarah) dari University of York, United Kingdom pada tahun 2003.

ISI KANDUNGAN

PRAKATA
PENULIS
ISI KANDUNGAN

BAB 1
DEFINISI, KONSEP DAN PRINSIP PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Siti Norlizaiha Harun

Pengenalan
Definisi
Konsep Pemuliharaan Bangunan
Keaslian Dalam Bahan Binaan
Keaslian Dalam Reka Bentuk
Keaslian Dalam Kerja Binaan dan Pertukangan
Keaslian Dalam Susun Atur
Matlamat dan Pelaksanaan Pemuliharaan
Prinsip Pemuliharaan
Pendekatan Pemuliharaan
Pengekalan
Pemuliharaan
Pengembalian Semula
Pembinaan Semula
Kesimpulan
Rujukan

BAB 2
RANGKA KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA
A Ghafar Ahmad

Pengenalan
Kepentingan Pemuliharaan Bangunan
Sejarah
Nilai Seni Bina
Pelancongan
Pendidikan
Pembentukan Minda
Prinsip Kerja Pemuliharaan Bangunan
Meminimakan Gangguan
Menjalankan Kajian Saintifik dan Ujian Makmal
Mendokumentasi Kerja-kerja Pemuliharaan
Mengaplikasi Kaedah dan Teknik
Rangka Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Peringkat Pertama: Penyelidikan Awalan
Peringkat Kedua: Kajian Kecacatan Bangunan
Peringkat Ketiga: Penyediaan Dokumen Tender
Peringkat Keempat: Kerja-kerja Pemuliharaan Bangunan
Peringkat Kelima: Pengurusan Warisan
Bangunan Bersejarah Sebagai Produk Pelancongan Warisan
Kesimpulan
Rujukan

BAB 3
KECACATAN BANGUNAN
Brit Anak Kayan

Pengenalan
Kecacatan Biasa Pada Bangunan Bersejarah
Keretakan
Tompok Kotoran, Tumbuhan Biologi dan Pelunturan Warna
Perlunturan Jubin
Penghabluran
Kecacatan Bahan Cat
Kecacatan Sambungan Mortar
Kecacatan Lapisan Simen dan Lepa
Mutu Kerja Rendah
Kerosakan Pada Komponen Saliran Air Hujan
Pereputan dan Kerosakan pada Bahan Kayu
Serangan Serangga dan Anai-anai pada Bahan Kayu
Kecacatan Struktur dan Elemen Bumbung
Lembapan
Kecacatan dan Kerosakan Disebabkan Pemendapan Tanah
Kesimpulan
Rujukan

BAB 4
TEKNIK DAN KAEDAH PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Kamarul Syahril Kamal

Pengenalan
Teknik dan Kaedah Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Pelupusan Pokok Tumpang dan Tumbuhan Mikrobiologi
Pencucian Dinding Batu-Bata
Rawatan Penyahgaraman dan Rawatan Kelembapan
Pemuliharaan Dinding Batu-Bata
Pemuliharaan Cat
Pemuliharaan Pintu dan Tingkap Kayu
Pemuliharaan Lantai Kayu
Pemuliharaan Tangga Kayu
Pemuliharaan Kerangka Bumbung Kayu
Pemuliharaan Genting Bumbung Tanah Liat
Kesimpulan
Rujukan

BAB 5
PENYENGGARAAN BANGUNAN
Robiah Abdul Rashid

Pengenalan
Definisi Penyenggaraan
Konsep Penyenggaraan Bangunan
Jenis-jenis Penyenggaraan
Penyenggaraan Terancang
Penyenggaraan Terancang Pencegahan
Penyenggaraan Terancang Pembaikan
Penyenggaraan Tidak Terancang
Kerja-Kerja Penyenggaraan
Pembersihan dan Perkhidmatan
Pembaikan dan Pengubahsuaian
Penggantian
Program Penyenggaraan
Program Jangka Panjang
Program Jangka Pertengahan
Program Jangka Pendek
Skop Penyenggaraan Bangunan Bersejarah
Perancangan
Penyediaan Laporan dan Rekod
Pengawalan dan Pelaksanaan Kerja
Penyelarasan
Faktor-faktor yang Diambil Kira Dalam Kerja-kerja Penyenggaraan
Kepentingan Penyenggaraan Bangunan Bersejarah
Kesimpulan
Rujukan

BAB 6
PENDEKATAN PENYENGGARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Amir Fasha Mohd Isa

Pengenalan
Pendekatan Pemuliharaan
Manual Pemuliharaan
Buku Log
Pemeriksaan Berkala
Laporan
Penyenggaraan Rutin dan Penjagaan Harian
Perlindungan Kebakaran
Kesimpulan
Rujukan

BAB 7
PENYESUAIGUNAAN SEMULA BANGUNAN BERSEJARAH
Lilawati Ab Wahab

Pengenalan
Sebab-sebab Pemilihan Konsep Penyesuaigunaan Semula Bangunan
Masa Pembinaan yang Singkat
Kos dan Ekonomi
Ketiadaan Tanah atau Tapak untuk Pembinaan Bangunan Baru
Pertambahan Kepadatan Penduduk
Kemudahan Kelulusan dari Pihak Berkuasa
Keindahan dan Keunikan Reka Bentuk Seni Bina Bangunan Lama
Memelihara Warisan Bangsa
Kriteria Penyesuaigunaan Semula Bangunan
Selamat untuk Digunakan
Kos yang Perlu Dikeluarkan
Elemen atau Fungsi Bangunan Asal
Ekonomi
Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah di Malaysia
Pihak yang Mengguna Pakai Konsep Penyesuaigunaan Semula Bangunan
Bersejarah di Malaysia
Contoh Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah di Malaysia
yang Berjaya
Pasar Seni, Kuala Lumpur
Rumah Kedai di Jalan Hang Jebat, Melaka (Jonker Street)
Muzium Sejarah dan Etnografi Melaka (Bangunan Stadhuys)
Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah Sebagai Tarikan Industri Pelancongan
Kesimpulan
Rujukan

BAB 8
PENGENALAN KESELAMATAN KEBAKARAN UNTUK BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA
Nurul Hamiruddin Salleh

Pengenalan
Konsep Keselamatan Kebakaran Bangunan
Keselamatan Kebakaran di Bangunan Bersejarah
Kebakaran dan Bangunan Bersejarah
Akta Keselamatan Kebakaran Bangunan dan Warisan di Malaysia
Keselamatan Kebakaran Bangunan
Bangunan Bersejarah
Langkah-langkah Meningkatkan Tahap Keselamatan
Kebakaran untuk Bangunan Bersejarah
Langkah 1: Memahami Kepentingan Bangunan Bersejarah Terbabit
Langkah 2: Menjalankan Audit Keselamatan Kebakaran Sedia Ada
Langkah 3: Mengenal Pasti Kehendak Keselamatan Kebakaran
Langkah 4: Penilaian Cadangan Pilihan
Langkah 5: Menyediakan Polisi Keselamatan Kebakaran
Langkah 6: Menyediakan Pelan Tindakan
Cadangan
Pihak Pengurusan atau Majikan
Pihak Kakitangan atau Pekerja
Pihak Berkuasa
Kesimpulan
Rujukan

INDEKS
Powered By Blogger