Friday, May 01, 2009

Bangunan Usang Cemar Pemandangan, Ipoh, Perak, Malaysia

Salah sebuah bangunan usang di Jalan Sultan Idris Shah (Brewster Road), Ipoh, Perak yang dimaksudkan oleh wartawan Utusan Malaysia. Namun begitu, sekiranya semua bangunan rumah kedai warisan (heritage shophouse) seumpama ini di negara ini dirobohkan, apa lagi yang akan tinggal untuk tatapan generasi yang akan datang.
.
Cadangan untuk merobohkan bangunan warisan seumpama ini hanya kerana ia kelihatan usang bukan suatu cadangan yang baik dan dapat menyelesaikan isu yang telah lama dibangkitkan sejak sekian lama ini. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti menaiktaraf kawasan dan bangunan persekitaran sepertimana yang telah dilakukan di Kuala Lumpur (Heritage Row), George Town (Heritage Row) dan Melaka (Heritage Row) dalam usaha untuk menyelamatkan bangunan-bangunan rumah kedai warisan ini.
.
Berikut adalah petikan artikel yang diambil dari Arkib Utusan Malaysia bertarikh 10/04/2009.
.
IPOH 9 April - Bangunan lama bercirikan reka bentuk zaman penjajah yang banyak terdapat di sini menjadikan Ipoh kelihatan unik dan klasik. Sayangnya keunikan itu sedikit tercemar apabila sebuah bangunan lama yang terletak bersebelahan Wisma Maju UMNO dan simpang lampu isyarat Jalan Sultan Idris Shah ditinggalkan usang begitu sahaja. Keadaan bangunan yang dipercayai ditinggalkan akibat satu kebakaran itu menimbulkan tanda tanya sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut.
.
Seorang kakitangan swasta, Mohd. Zabidi Yusof, 32, berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sewajarnya merobohkan sahaja bangunan seperti itu. ''Bangunan ini sudah bertahun lamanya ditinggalkan sehingga menjadi usang kerana tidak diselenggarakan. Keadaan ini mencacatkan pemandangan bandar raya Ipoh yang sering menjadi tumpuan pelancong luar. ''Lagipun serpihan zink atau kayu dari bangunan ini jika diterbangkan angin, boleh membahayakan orang yang lalu lalang," katanya. Sementara itu, M. Kathiraven, 35, juga meminta MBI bertindak dengan merobohkan segera bangunan-bangunan yang tidak digunakan kerana bimbang ia akan menjadi sarang penagih-penagih dadah dan kejadian tidak bermoral lain. ''Kita tak pasti apa yang boleh berlaku selepas ini, kerana orang ramai khususnya pejalan kaki sering menggunakan jalan itu dan sudah pasti mereka bimbang dengan keselamatan masing-masing. ''Saya berharap MBI melihat perkara ini dan mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan pengguna jalan serta mengembalikan keceriaan di bandar raya Ipoh," katanya.

2 comments:

Sr Dr Kartina Alauddin said...

bagi laporan mcm ni kena tanya 2 pihak...1)public 2)conservation practitioners ....tapi kalau betul MBI ambil keputusan utk dirobohkan....sayang kerana bangunan lama ada nilai sejarahnya...dan kita perlu memastikan ianya tetap ditapaknya..cara terbaik adalah
'adaptive re-use' ... sekadar pandangan...

Anonymous said...

Ada apa nilai sejarah yang boleh dibanggakan bila semua nama jalan jalan di Bandaraya Ipoh ditukar? Semua nama jalan inggeris habis ditukar...identititi sejarah pun sudah lama hilang. MBI langsung tak tahu apa yang dia bikin. Sedih.

Powered By Blogger