Back to Front Pages

Sunday, May 22, 2011

Deraf Disertasi PhD: Kandungan

Kerosakan Bangunan dan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia oleh Kamarul Syahril Kamal, Universiti Sains Malaysia 2011

oleh

KAMARUL SYAHRIL BIN KAMAL

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah

Jun 2011

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan disertasi penyelidikan peringkat doktor falsafah ini dalam tempoh masa seperti yang telah dirancang. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan baik secara langsung mahupun tidak langsung di sepanjang pengajian saya untuk menyiapkan disertasi penyelidikan ini. Penghargaan yang teristimewa ditujukan kepada penyelia saya, Professor Dr. A Ghafar Ahmad yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang tidak ternilai harganya kepada saya. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang tersayang serta kedua ibu bapa atas doa, kesabaran dan dorongan yang telah diberikan disepanjang tempoh pengajian ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak di Badan Warisan Malaysia, Built Heritage, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Perbadanan Muzium Melaka, Persatuan Warisan Pulau Pinang, Pusat Warisan Pulau Pinang, Dekan dan semua kakitangan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Dekan dan semua kakitangan Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Dekan dan semua kakitangan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA, kesemua pihak kontraktor bangunan dan perunding projek yang terlibat dengan kajian kes projek pemuliharaan bangunan bersejarah serta lain-lain lagi pihak yang tidak dapat dinyatakan kesemuanya di sini atas segala kerjasama, sumbangan, ide, kepakaran, pendapat dan komen yang telah diberikan oleh mereka selama ini.

SUSUNAN KANDUNGAN BAB Muka surat
PENGHARGAAN ii
SUSUNAN KANDUNGAN BAB iii
SENARAI RUJUKAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI GAMBAR xxiii
SENARAI SINGKATAN xxx
SENARAI ANUGERAH xxxii
SENARAI PENERBITAN DAN SEMINAR DI PERINGKAT ANTARABANGSA xxxiii
SENARAI PENERBITAN DAN SEMINAR DI PERINGKAT KEBANGSAAN xxxv
ABSTRAK xxxvi
ABSTRACT xxxvii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1
1.1 Penyataan Isu dan Masalah 11
1.2 Sorotan Penyelidikan Terdahulu 12
1.3 Pembentukan Skop Penyelidikan 15
1.3.1 Skop Penyelidikan yang Merangkumi Pemuliharaan dan Bangunan Bersejarah 16
1.3.2 Skop Penyelidikan yang Merangkumi Pemeriksaan dan Kerosakan Bangunan 16
1.3.3 Skop Penyelidikan yang Merangkumi Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah dan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 17
1.4 Matlamat dan Objektif Penyelidikan 18
1.5 Hipotesis Penyelidikan 19
1.6 Batasan Penyelidikan 19
1.6.1 Batasan Penyelidikan yang Merangkumi Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah 20
1.6.2 Batasan Penyelidikan yang Merangkumi Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan 21
1.6.3 Batasan Penyelidikan yang Merangkumi Kajian Kes ke atas Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 22
1.7 Perancangan Penyelidikan 24
1.8 Organisasi Disertasi 26
1.8.1 Bab Satu iaitu Pendahuluan 26
1.8.2 Bab Dua iaitu Kajian Literatur 26
1.8.3 Bab Tiga iaitu Bangunan Bersejarah di Malaysia 27
1.8.4 Bab Empat iaitu Pemeriksaan dan Kerosakan Bangunan Bersejarah 27
1.8.5 Bab Lima iaitu Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah 27
1.8.6 Bab Enam iaitu Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah 28
1.8.7 Bab Tujuh iaitu Metodologi Penyelidikan 28
1.8.8 Bab Lapan iaitu Kajian Kes 28
1.8.9 Bab Sembilan iaitu Analisa Data dan Rumusan 29
1.8.10 Bab Sepuluh iaitu Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 29
1.8.11 Bab Sebelas iaitu Penemuan dan Kesimpulan 30
1.9 Kesimpulan 31

BAB DUA: KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 33
2.1 Definisi Pemuliharaan 34
2.2 Usaha Pemuliharaan 35
2.3 Kepentingan Pemuliharaan 39
2.4 Prinsip Pemuliharaan 41
2.5 Falsafah Pemuliharaan 46
2.6 Etika Pemuliharaan 47
2.7 Sejarah Pemuliharaan 49
2.7.1 Sejarah Pemuliharaan di Peringkat Antarabangsa 50
2.7.2 Sejarah Pemuliharaan di Peringkat Kebangsaan 53
2.8 Pihak yang Berkaitan dengan Pemuliharaan 55
2.8.1 Pihak yang Berkaitan dengan Pemuliharaan di Peringkat Antarabangsa 56
2.8.2 Pihak yang Berkaitan dengan Pemuliharaan di Peringkat Kebangsaan 59
2.9 Sejarah Peraturan dan Perundangan Pemuliharaan 63
2.9.1 Sejarah Peraturan di Peringkat Antarabangsa 64
2.9.2 Sejarah Perundangan di Peringkat Kebangsaan 66
2.10 Garis Panduan Pemuliharaan 68
2.10.1 Garis Panduan Pemuliharaan di Peringkat Antarabangsa 69
2.10.2 Garis Panduan Pemuliharaan di Peringkat Kebangsaan 70
2.11 Kesimpulan 71

BAB TIGA: BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

3.0 Pengenalan 73
3.1 Definisi Warisan 74
3.2 Klasifikasi Warisan 75
3.3 Definisi Bangunan Bersejarah 79
3.4 Klasifikasi Bangunan Bersejarah 82
3.5 Reka Bentuk Seni Bina Bangunan Bersejarah 86
3.6 Penyenaraian Bangunan Bersejarah 93
3.6.1 Dari Segi Signifikasi Sejarah 93
3.6.2 Dari Segi Signifikasi Seni Bina 94
3.7 Pewartaan Bangunan Bersejarah 94
3.8 Kesimpulan 101

BAB EMPAT: PEMERIKSAAN DAN KEROSAKAN BANGUNAN BERSEJARAH

4.0 Pengenalan 102
4.1 Definisi Pemeriksaan Bangunan 103
4.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Bangunan 104
4.3 Tujuan Pemeriksaan Bangunan 105
4.4 Skop Kerja Pemeriksaan Bangunan 106
4.5 Persediaan Awalan Pemeriksaan Bangunan 107
4.5.1 Melakukan Kaji Selidik Bangunan 107
4.5.2 Menjalankan Tinjauan Awalan seperti Lawatan Tapak 108
4.5.3 Mengatur Jadual Pemeriksaan 108
4.5.4 Mengatur Jumlah Tenaga Kerja yang Diperlukan 108
4.5.5 Mengatur Khidmat Pakar yang Diperlukan 108
4.5.6 Menyediakan Senarai Peralatan yang Bersesuaian 109
4.6 Peralatan Pemeriksaan Bangunan 109
4.7 Lokasi Pemeriksaan Bangunan 111
4.8 Kaedah dan Etika Pemeriksaan Bangunan 111
4.9 Definisi Kerosakan Bangunan 114
4.10 Punca dan Agen Kerosakan Bangunan 114
4.10.1 Agen Semula Jadi 117
4.10.2 Agen Tiruan 118
4.11 Jenis-jenis Kerosakan Bangunan 119
4.11.1 Kerosakan Bangunan pada Elemen Dinding Luar 121
4.11.2 Kerosakan Bangunan pada Elemen Dinding Dalam 122
4.11.3 Kerosakan Bangunan pada Elemen Pintu dan Kelengkapan 124
4.11.4 Kerosakan Bangunan pada Elemen Tingkap dan Kelengkapan 125
4.11.5 Kerosakan Bangunan pada Elemen Lantai Bawah dan Atas 127
4.11.6 Kerosakan Bangunan pada Elemen Tangga 128
4.11.7 Kerosakan Bangunan pada Elemen Siling 130
4.11.8 Kerosakan Bangunan pada Elemen Bumbung 131
4.11.9 Kerosakan Bangunan pada Elemen Kemudahan Bangunan 133
4.11.10 Kerosakan Bangunan pada Lain-lain Elemen 134
4.12 Diagnosis Kerosakan Bangunan 136
4.13 Laporan Kerosakan Bangunan 140
4.14 Kesimpulan 143

BAB LIMA: KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH

5.0 Pengenalan 145
5.1 Definisi Kerja Pemuliharaan 146
5.2 Pendekatan Kerja Pemuliharaan 147
5.2.1 Pengekalan 149
5.2.2 Pencegahan 150
5.2.3 Pengukuhan 150
5.2.4 Pengembalian Semula 151
5.2.5 Pemulihan 152
5.2.6 Pengeluaran Semula 153
5.2.7 Pembinaan Semula 153
5.2.8 Ubah Suai Semula 154
5.2.9 Kegunaan Sepadan 155
5.2.10 Penyelenggaraan 155
5.3 Rangka Kerja Pemuliharaan 160
5.3.1 Penyelidikan Awal 160
5.3.2 Kajian Dilapidasi 161
5.3.3 Penyediaan Dokumen Tender 162
5.3.4 Kerja Pemuliharaan Bangunan 163
5.3.5 Pengurusan Warisan 164
5.4 Kesimpulan 167

BAB ENAM: PENYATAAN KAEDAH KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH

6.0 Pengenalan 168
6.1 Definisi Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 169
6.2 Kepentingan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 169
6.3 Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 170
6.4 Rangka Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 171
6.4.1 Rangka Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pencucian Bahan Binaan 172
6.4.2 Rangka Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bumbung 180
6.4.3 Rangka Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Dinding 183
6.5 Contoh Laporan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 185
6.6 Contoh Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 186
6.6.1 Projek Pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak 188
6.6.2 Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang 191
6.6.3 Projek Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang 195
6.7 Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan 197
6.8 Kesimpulan 198

BAB TUJUH: METODOLOGI PENYELIDIKAN

7.0 Pengenalan 200
7.1 Definisi Penyelidikan 201
7.2 Keperluan Penyelidikan 201
7.3 Klasifikasi dan Bentuk Penyelidikan 202
7.3.1 Penyelidikan Tulin dan Gunaan 202
7.3.2 Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif 202
7.4 Gaya Penyelidikan 204
7.5 Proses Penyelidikan 205
7.5.1 Mengenalpasti Masalah dan Tajuk Penyelidikan 205
7.5.2 Membentuk Hipotesis 206
7.5.3 Memungut Data 206
7.5.4 Memproses dan Menganalisa Data 208
7.5.5 Mengemuka Kesimpulan 209
7.5.6 Menulis Laporan Disertasi 210
7.6 Kaedah Penyelidikan yang Digunakan 211
7.6.1 Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah 213
7.6.2 Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan 221
7.7 Kesimpulan 226

BAB LAPAN: KAJIAN KES

8.0 Pengenalan 227
8.1 Tujuan Utama Kajian Kes 228
8.2 Perkara Utama yang Diberi Perhatian dalam Kajian Kes 228
8.3 Gaya Penyelidikan Kajian Kes 229
8.4 Jenis Sampel Kajian Kes 229
8.5 Jangka Masa dan Kriteria Pemilihan Kajian Kes 230
8.5.1 Kajian Kes 1: Projek Pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya Blok A, B dan C, Batu Gajah, Perak 231
8.5.2 Kajian Kes 2: Projek Pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak 240
8.5.3 Kajian Kes 3: Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang 249
8.5.4 Kajian Kes 4: Projek Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang 257
8.6 Senarai Lengkap Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan yang Telah Dikenal Pasti dalam Kajian Kes 265
8.7 Kesimpulan 266

BAB SEMBILAN: ANALISA DAN RUMUSAN DATA

9.0 Pengenalan 268
9.1 Kaedah Menganalisa Data 269
9.2 Keputusan Analisa Data Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah 271
9.3 Rumusan Analisa Data Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah 277
9.4 Keputusan Analisa Data Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan 279
9.5 Rumusan Analisa Data Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan 286
9.6 Keputusan Analisa Data Kajian Kes ke atas Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 293
9.7 Rumusan Analisa Data Kajian Kes ke atas Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 305
9.8 Kesimpulan 315

BAB SEPULUH: CADANGAN PENYATAAN KAEDAH KERJA PEMULIHARAAN

10.0 Pengenalan 317
10.1 Asas Penyediaan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan 318
10.2 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan untuk Merawat Kerosakan Umum Bangunan 321
10.2.1 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Kemasan Cat pada Elemen Pintu, Tingkap dan Kelengkapan 325
10.2.2 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Kemasan Cat pada Elemen Dinding Luar dan Dalam 328
10.2.3 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Rawatan Kelembapan pada Elemen Dinding Luar dan Dalam 330
10.2.4 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Rawatan Penyahgaraman pada Elemen Dinding Luar 332
10.2.5 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pelupusan Tumbuhan Liar dan Organik pada Elemen Dinding Luar 334
10.2.6 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Kemasan pada Elemen Lantai Bawah dan Atas 336
10.2.7 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Lepa Dinding pada Elemen Dinding Luar 340
10.2.8 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Kepingan Siling pada Elemen Siling 347
10.2.9 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Genting Bumbung pada Elemen Bumbung 348
10.2.10 Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Kerangka serta Daun Pintu dan Tingkap pada Elemen Pintu, Tingkap dan Kelengkapan 350
10.3 Kesimpulan 352

BAB SEBELAS: PENEMUAN DAN KESIMPULAN

11.0 Pengenalan 354
11.1 Penemuan Penyelidikan dan Rumusan 355
11.1.1 Penemuan Penyelidikan Pertama 355
11.1.2 Rumusan Penemuan Penyelidikan Pertama 358
11.1.3 Penemuan Penyelidikan Kedua 359
11.1.4 Rumusan Penemuan Penyelidikan Kedua 362
11.1.5 Penemuan Penyelidikan Ketiga 363
11.1.6 Rumusan Penemuan Penyelidikan Ketiga 366
11.1.7 Penemuan Penyelidikan Lain 366
11.2 Rumusan Penemuan Penyelidikan Keseluruhan 367
11.3 Kesimpulan dan Cadangan 368

SENARAI RUJUKAN 374

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Senarai Pihak yang Berkaitan dengan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Peringkat Antarabangsa 397
Lampiran B Senarai Peraturan yang Berkaitan dengan Pemuliharaan Warisan Budaya di Peringkat Antarabangsa 399
Lampiran C Senarai Tapak Warisan untuk Diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) 403
Lampiran D Senarai 50 Warisan Kebangsaan 2007 di bawah Kategori Tapak Warisan Bangunan 405
Lampiran E Senarai 173 Warisan Kebangsaan 2009 di bawah Kategori Tapak Warisan Bangunan 406
Lampiran F Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Dataran Merdeka) 407
Lampiran G Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Lebuh Pasar) 409
Lampiran H Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Chinatown) 411
Lampiran I Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Jalan Tuanku Abdul Rahman) 413
Lampiran J Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Ipoh 415
Lampiran K Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Pulau Pinang 1 (George Town) 422
Lampiran L Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Pulau Pinang 2 (George Town) 424
Lampiran M Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah untuk Jejak Warisan Melaka 426
Lampiran N Gambar Sampel Kaji Selidik Kajian Kes ke atas Kerosakan Bangunan pada Bangunan Bersejarah 427
Lampiran O Senarai Lengkap Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan ke atas Kajian Kes pada Projek Pemuliharaan Bangunan Bersejarah 432
Lampiran P Borang Kaji Selidik Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah 435
Lampiran Q Borang Kaji Selidik Kajian Kes ke atas Kerosakan Bangunan 436

SENARAI JADUAL Muka surat

4.1 Senarai uji kaji yang boleh dijalankan di tapak bangunan bersejarah 138
4.2 Senarai uji kaji yang boleh dijalankan di makmal bahan 138
5.1 Pendekatan kerja memulihara elemen dan komponen bangunan bersejarah 158
6.1 Kaedah pencucian secara mekanikal 176
6.2 Kaedah pencucian menggunakan bahan pencuci 177
6.3 Kaedah pencucian menggunakan bahan pelarut 178
6.4 Kaedah pencucian menggunakan bahan pembunuh 179
6.5 Kaedah pencucian menggunakan bahan pembakar 179
7.1 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Dataran Merdeka) 215
7.2 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Lebuh Pasar) 216
7.3 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Chinatown) 217
7.4 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Kuala Lumpur (Zon Jalan Tuanku Abdul Rahman) 218
7.5 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Ipoh 219
7.6 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Pulau Pinang 1 (George Town) 220
7.7 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Pulau Pinang 2 (George Town) 221
7.8 Senarai sampel kaji selidik kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah untuk Jejak Warisan Melaka (Banda Hilir) 221
7.9 Senarai sampel bangunan bersejarah untuk kaji selidik kajian kes ke atas kerosakan bangunan mengikut lokasi kajian 225
8.1 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang telah disediakan untuk Projek Pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya Blok A, B dan C, Batu Gajah, Perak 236
8.2 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang telah disediakan untuk Projek Pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak 245
8.3 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang telah disediakan untuk Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang 254
8.4 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang telah disediakan untuk Projek Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang 262
9.1 Petunjuk tahap kerosakan bangunan 287
9.2 Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap sangat tinggi (80%-100%) 289
9.3 Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap tinggi (60%-79%) 290
9.4 Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap sederhana (40%-59%) 291
9.5 Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap rendah (20%-39%) 292
9.6 Senarai jenis kerosakan bangunan pada tahap sangat rendah (0%-19%) 292
9.7 Petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut elemen kerja pemuliharaan 294
9.8 Petunjuk tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut projek pemuliharaan 302
9.9 Perbandingan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk keseluruhan elemen kerja pemuliharaan 307
9.10 Perbandingan tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk keseluruhan projek pemuliharaan 309
9.11 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap tidak memuaskan (0%-19%) 309
9.12 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap kurang memuaskan (20%-39%) 310
9.13 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap sederhana memuaskan (40%-59%) 311
9.14 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap memuaskan (60%-79%) 312
9.15 Senarai penyataan kaedah kerja pemuliharaan pada tahap sangat memuaskan (80%-100%) 314
10.1 Senarai 20 jenis kerosakan umum bangunan pada 7 elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia pada tahap sangat tinggi (80%-100%) 321
10.2 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kemasan cat pada elemen pintu, tingkap dan kelengkapan 327
10.3 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kemasan cat pada elemen dinding luar dan dalam 329
10.4 Cadangan penyataan kaedah kerja rawatan kelembapan pada elemen dinding luar dan dalam 331
10.5 Cadangan penyataan kaedah kerja rawatan penyahgaraman pada elemen dinding luar 333
10.6 Cadangan penyataan kaedah kerja pelupusan tumbuhan liar dan organik pada elemen dinding luar 335
10.7 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kemasan pada elemen lantai bawah 338
10.8 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kemasan pada elemen lantai atas 339
10.9 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan lepa pada elemen dinding luar 342
10.10 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kepingan siling tetap pada elemen siling 345
10.11 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kepingan siling gantung pada elemen siling 346
10.12 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan genting bumbung pada elemen bumbung 348
10.13 Cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kerangka serta daun pintu dan tingkap 351
11.1 Penemuan penyelidikan pertama iaitu 20 jenis kerosakan umum bangunan yang sering berlaku pada 10 elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia 356
11.2 Penemuan penyelidikan kedua iaitu 3 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang didapati berada pada tahap tidak memuaskan (0%-19%) 360
11.3 Penemuan penyelidikan ketiga iaitu 25 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang didapati berada pada tahap kurang memuaskan (20%-39%) 361
11.4 Penemuan penyelidikan ketiga iaitu 22 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang didapati berada pada tahap sederhana memuaskan (40%-59%) 362
11.5 Penemuan penyelidikan ketiga iaitu cadangan 10 buah penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai bagi merawat 20 kerosakan umum bangunan bersejarah yang dipulihara di Malaysia 364

SENARAI RAJAH Muka surat

1.1 Perancangan penyelidikan 25
1.2 Ringkasan organisasi disertasi 31
2.1 Kepentingan pemuliharaan 40
2.2 Prinsip asas pemuliharaan 42
2.3 Prinsip utama pemuliharaan iaitu keaslian 42
2.4 Pihak yang terlibat dalam usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia 63
3.1 Klasifikasi warisan ketara 75
3.2 Klasifikasi warisan tidak ketara 77
3.3 Klasifikasi warisan budaya 78
3.4 Nilai yang terdapat pada bangunan bersejarah 81
3.5 Kriteria warisan kebangsaan 82
3.6 Butiran 50 Warisan Kebangsaan pada 2007 95
3.7 Butiran 173 Warisan Kebangsaan pada 2009 98
3.8 Proses penetapan tapak warisan 100
5.1 Rangka kerja pemuliharaan bangunan bersejarah 166
6.1 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pencucian bahan binaan peringkat pertama 173
6.2 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pencucian bahan binaan peringkat kedua 174
6.3 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pencucian bahan binaan peringkat ketiga 175
6.4 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan genting bumbung 181
6.5 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kerangka bumbung 182
6.6 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan lepa dinding 184
6.7 Rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan cat dinding 185
6.8 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan broken edges dan cornice untuk Projek Pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak (muka surat 1) 188
6.9 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan broken edges dan cornice untuk Projek Pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak (muka surat 2) 189
6.10 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan jubin Marseilles untuk Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang (muka surat 1) 191
6.11 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan jubin Marseilles untuk Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang (muka surat 2) 192
6.12 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan jubin Marseilles untuk Projek Pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang (muka surat 3) 193
6.13 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan balustrade untuk Projek Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang (muka surat 1) 195
6.14 Penyataan kaedah kerja pemuliharaan balustrade untuk Projek Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang (muka surat 2) 196
7.1 Proses penyelidikan 210
7.2 Kaedah penyelidikan yang digunakan 212
9.1 Carta pai keputusan analisa data soalan 1: Lokasi kajian lapangan 271
9.2 Carta pai keputusan analisa data soalan 2: Purata tahun bangunan dibina 272
9.3 Carta pai keputusan analisa data soalan 3: Kategori bangunan 272
9.4 Carta pai keputusan analisa data soalan 4: Kegunaan semasa bangunan 273
9.5 Carta pai keputusan analisa data soalan 5: Keadaan semasa bangunan 274
9.6 Carta pai keputusan analisa data soalan 6: Adakah bangunan dipulihara dengan baik? 274
9.7 Carta pai keputusan analisa data soalan 7: Adakah terdapat kerosakan pada elemen bangunan? 275
9.8 Carta pai keputusan analisa data soalan 8: Jika ya, pada elemen apa? 276
9.9 Carta pai keputusan analisa data soalan 9: Adakah bangunan ini memerlukan usaha pemuliharaan? 276
9.10 Carta pai keputusan analisa data soalan 10: Adakah pendekatan pemuliharaan yang digunapakai sekarang bersesuaian? 277
9.11 Carta pai keputusan analisa data 1: Jenis kerosakan bangunan pada elemen dinding luar 279
9.12 Carta pai keputusan analisa data 2: Jenis kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam 280
9.13 Carta pai keputusan analisa data 3: Jenis kerosakan bangunan pada elemen pintu dan kelengkapan 281
9.14 Carta pai keputusan analisa data 4: Jenis kerosakan bangunan pada elemen tingkap dan kelengkapan 281
9.15 Carta pai keputusan analisa data 5: Jenis kerosakan bangunan pada elemen lantai bawah dan atas 282
9.16 Carta pai keputusan analisa data 6: Jenis kerosakan bangunan pada elemen tangga 283
9.17 Carta pai keputusan analisa data 7: Jenis kerosakan bangunan pada elemen siling 283
9.18 Carta pai keputusan analisa data 8: Jenis kerosakan bangunan pada elemen bumbung 284
9.19 Carta pai keputusan analisa data 9: Jenis kerosakan bangunan pada elemen kemudahan bangunan 285
9.20 Carta pai keputusan analisa data 10: Jenis kerosakan bangunan pada lain-lain elemen 285
9.21 Carta pai keputusan analisa data 11: Elemen dan kerosakan keseluruhan bangunan 286
9.22 Carta pai rumusan analisa data 1: Klasifikasi bangunan mengikut tahap kerosakan bangunan 287
9.23 Carta pai rumusan analisa data 2: Klasifikasi kerosakan bangunan mengikut tahap kerosakan bangunan 288
9.24 Carta pai rumusan analisa data 3: Klasifikasi elemen bangunan mengikut tahap kerosakan bangunan 289
9.25 Carta pai keputusan analisa data 1: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja awalan 295
9.26 Carta pai keputusan analisa data 2: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja meroboh, menanggal dan memecah 295
9.27 Carta pai keputusan analisa data 3: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dinding luar dan dalam 296
9.28 Carta pai keputusan analisa data 4: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan pintu dan kelengkapan 297
9.29 Carta pai keputusan analisa data 5: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan tingkap dan kelengkapan 297
9.30 Carta pai keputusan analisa data 6: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan lantai bawah dan atas 298
9.31 Carta pai keputusan analisa data 7: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan tangga luar dan dalam 299
9.32 Carta pai keputusan analisa data 8: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan siling 299
9.33 Carta pai keputusan analisa data 9: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bumbung 300
9.34 Carta pai keputusan analisa data 10: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan kemudahan bangunan 301
9.35 Carta pai keputusan analisa data 11: Tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan lain-lain elemen 301
9.36 Carta pai keputusan analisa data 12: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya, Batu Gajah, Perak 303
9.37 Carta pai keputusan analisa data 13: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak 303
9.38 Carta pai keputusan analisa data 14: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang 304
9.39 Carta pai keputusan analisa data 15: Tahap penyediaan penyataan kaedah projek pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang 305
9.40 Carta pai rumusan analisa data 1: Tahap penyediaan penyataan kaedah keseluruhan elemen kerja pemuliharaan 306
9.41 Carta pai rumusan analisa data 3: Tahap penyediaan penyataan kaedah keseluruhan projek pemuliharaan 308
10.1 Carta alir proses penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dan perlaksanaan kerja pemuliharaan di tapak projek pemuliharaan bangunan bersejarah 320

SENARAI GAMBAR Muka surat

1.1 Bangunan Stadthuys di Melaka (1641) (1); Balai Besar di Kedah (1735) (2); Dewan Bandaraya di Pulau Pinang (1883) (3); dan Restoran Warisan di Kuala Lumpur (1888) (4) 3
1.2 Pejabat Pos Lama di Kuala Lumpur (1); Istana Bukit Zaharah di Johor (2); Istana Bendahara di Perak (3); dan Rumah Dato’ Seri Adika Raja di Perak (4) 6
1.3 Isu perobohan Bok House di Kuala Lumpur (1); isu kebakaran Ibu Pejabat KTMB di Kuala Lumpur (2); isu kerosakan Loke Mansion di Pulau Pinang (3); dan isu penyelenggaran menara Masjid Tengkera di Melaka (4) 7
1.4 Kemasan cat menggelupas (1); tumbuhan liar (2); kelembapan dinding (3); dan lepa dinding tertanggal (4) 9
1.5 Kerja meroboh elemen dinding asal yang sepatutnya dikekalkan (1); dan kerja melepa tiang bangunan menggunakan lepa simen dan bukannya lepa kapur (2) 11
2.1 Kerja pemuliharaan Bangunan Jabatan Kerja Raya Batu Gajah di Perak (1); kerja pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh di Perak (2); kerja pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister di Pulau Pinang (3); dan kerja pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Pulau Pinang (4) 35
2.2 Kerja pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur pada 2008 iaitu kerja membaiki kerosakan pada bahagian luar bangunan (1); dan kerja membaiki kerosakan pada bahagian dalam bangunan (2) 36
2.3 Bangunan bersejarah di Malaysia yang dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada 2009 seperti Projek Pemuliharaan Rumah No. 138, Jalan Hutton di Pulau Pinang (1); Projek Pemuliharaan Bangunan Sanitary Board di Perak (2); Projek Pemuliharaan Ibu Pejabat Pos Lama di Perak (3); dan Projek Pemuliharaan Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia di Terengganu (4) 38
2.4 Reka bentuk seni bina bangunan bersejarah yang diancam kemusnahan tetapi telah berjaya dipulihara seperti Rumah Agam Syed Al-Attas di Pulau Pinang sebelum (1); dan selepas kerja pemuliharaan (2); Suffolk House di Pulau Pinang sebelum (3); dan selepas kerja pemuliharaan 41
2.5 Bangunan No. 31, Station Road di Perak yang mengekalkan keaslian reka bentuk seni bina Straits Electric (1); keaslian bahan-bahan binaan seperti jubin dinding (2); keaslian teknik pembuatan seperti seni ukiran kayu pintu luar (3); dan keaslian pencipta seperti kerja pertukangan dari China 43
2.6 Sebahagian daripada peninggalan bangunan bersejarah yang telah dipulihara dengan baik di kotaraya Rome seperti Roman Forum (1); Colosseum (2); Pantheon (3); dan Castel Sant’ Angelo (4) 51
2.7 Lukisan bangunan di sekitar Banda Hilir di Melaka pada 1845 (1); Banda Hilir di Melaka pada 2009 setelah dipulihara (2); Pasar Basah di Kuala Lumpur pada awal 1937 (3); dan Pasar Seni di Kuala Lumpur pada 1986 setelah dipulihara (4) 55
3.1 Tapak tanah bersejarah seperti Candi Lembah Bujang di Kedah (1); bangunan seperti Istana Kenangan Kuala Kangsar di Perak (2); alam semula jadi seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak (3); dan artifak seperti Batu Nesan Makam Tengku Syed Hussein I di Pulau Pinang (4) 76
3.2 Acara perayaan seperti Tahun Baru Cina (1); seni persembahan seperti pertunjukan gamelan (2); seni tampak seperti lukisan (3); dan sukan/permainan tradisional seperti wau (4) 77
3.3 Tapak warisan budaya seperti Banda Hilir di Melaka (Tapak Warisan Dunia UNESCO) (1); kota bersejarah seperti Kota Kuala Kedah di Kedah (2); tradisi lisan seperti penglipurlara Tuan Haji Ali Badron Bin Haji Sabor (Tokoh Orang Hidup) (3); dan seni persembahan seperti Gendang 24 Perayaan (4) 79
3.4 Bangunan bersejarah di Malaysia yang berusia lebih 100 tahun iaitu Masjid Kampung Hulu di Melaka (1728) (1); Gereja St. George Anglican di Pulau Pinang (1817) (2); Muzium Perak di Perak (1883) (3); dan Balai Seni di Kedah (1893) (4) 81
3.5 Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka (1); Stesen Keretapi Kuala Lumpur di Kuala Lumpur (2); dan Balai Besar di Kedah (3) 83
3.6 12 klasifikasi bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia mengikut kategori kegunaan 85
3.7 7 pengaruh reka bentuk seni bina bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia 89
3.8 11 pengaruh reka bentuk seni bina rumah kedai dan rumah bandar yang terdapat di Malaysia 90
3.9 20 pengaruh reka bentuk seni bina Colonial yang terdapat di Malaysia 92
3.10 3 pengaruh reka bentuk seni bina Modern yang terdapat di Malaysia 92
3.11 16 buah bangunan dan monumen bersejarah yang terdapat di Malaysia yang tersenarai di dalam 50 Warisan Kebangsaan pada 2007 di bawah kategori tapak warisan bangunan 97
3.12 13 buah bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia yang tersenarai di dalam 173 Warisan Kebangsaan pada 2009 di bawah kategori tapak warisan bangunan 99
4.1 Kerja pemeriksaan struktur kemasan bumbung pada Bangunan Stesen Keretapi Ipoh di Perak (1); kerja pemeriksaan struktur kerangka bumbung pada Suffolk House di Pulau Pinang (2); kerja pemeriksaan struktur kemasan lantai pada St. Joseph’s Novitiate and National Shrine of the Boy Jesus di Pulau Pinang (3); dan kerja pemeriksaan struktur dinding dalam pada Bangunan Suluh Budiman (Universiti Pendidikan Sultan Ibrahim) di Perak (4) 104
4.2 Peralatan pemeriksaan bangunan seperti pen, buku nota, pelakat label berwarna dan kamera digital/video untuk tujuan perekodan (1); pita ukur, kayu pembaris dan pembaris siku untuk tujuan pengukuran (2); moisture meter (3); dan dampness kit untuk tujuan pengujian kelembapan (4) 110
4.3 9 punca kerosakan bangunan pada bangunan bersejarah di Malaysia 117
4.4 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada bangunan bersejarah di Malaysia 119
4.5 10 elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia yang sering mengalami masalah kerosakan bangunan 120
4.6 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen dinding luar bangunan bersejarah di Malaysia 122
4.7 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen dinding dalam bangunan bersejarah di Malaysia 123
4.8 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen pintu dan kelengkapan bangunan bersejarah di Malaysia 125
4.9 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen tingkap dan kelengkapan bangunan bersejarah di Malaysia 126
4.10 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen lantai bawah dan atas bangunan bersejarah di Malaysia 128
4.11 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen tangga bangunan bersejarah di Malaysia 129
4.12 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen siling bangunan bersejarah di Malaysia 131
4.13 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen bumbung bangunan bersejarah di Malaysia. 132
4.14 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen kemudahan bangunan bersejarah di Malaysia 134
4.15 10 jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada lain-lain elemen bangunan bersejarah di Malaysia 135
4.16 Ujian kelembapan pada Bangunan No. 57, Jalan Macalister di Pulau Pinang (1); ujian kelembapan pada Bangunan Suluh Budiman di Perak (2); ujian kekuatan bahan pada Bangunan No. 57, Jalan Macalister di Pulau Pinang (3); dan ujian pengenalpastian spesis kayu pada Bangunan St. Joseph's Novitiate and National Shrine of the Boy Jesus di Pulau Pinang (4) 139
4.17 Laporan Kajian Dilapidasi untuk Cadangan Menaik Taraf Pasar Awam, Lebuh Campbell di Pulau Pinang (1); Laporan Kerja Pemuliharaan untuk Cadangan Membaik Pulih Bangunan No. 57, Jalan Macalister di Pulau Pinang (2); Laporan Kajian Dilapidasi untuk St. Joseph's Novitiate and National Shrine of the Boy Jesus di Pulau Pinang (3); dan Laporan Kajian Dilapidasi untuk Bangunan Suluh Budiman di Perak (4) 143
5.1 Kerja mengecat dinding luar Stesen Keretapi Ipoh di Perak (1); kerja mencuci dinding luar Stesen Keretapi Ipoh di Perak (2); kerja memulihara genting bumbung Suffolk House di Pulau Pinang (3); dan kerja merawat daun pintu Bangunan Seri Mutiara di Pulau Pinang (4) 147
5.2 10 pendekatan kerja pemuliharaan yang melibatkan bangunan bersejarah di Malaysia 157
6.1 Laporan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan atau Tatacara Kerja (Method Statement) untuk Cadangan Membaik Pulih Bangunan No. 57, Jalan Macalister di Pulau Pinang (1); dan Cadangan Pengubahsuaian dan Pindaan Bangunan Mahkamah 2 Tingkat sedia ada di Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Pulau Pinang (2) 186
8.1 Bangunan Jabatan Kerja Raya Blok A, B dan C, Batu Gajah sebelum projek pemuliharaan (1); semasa projek pemuliharaan (2); dan selepas projek pemuliharaan dilaksanakan (3); dan (4) 232
8.2 Kerosakan bangunan seperti keusangan pada papan lantai dan gelegar kayu (1); serangan anai-anai (2); serangan garam (3); dan kemasan cat menggelupas (4) 234
8.3 Kerja mengecat dinding luar (1); kerja pemasangan daun pintu kayu (2); kerja memasang jubin lantai (3); dan kerja melepa rasuk (4) 238
8.4 Pengekalan reka bentuk seni bina bangunan bersejarah sebagaimana asal seperti pada bahagian fasad hadapan (1); ruang dalam mahkamah (2); plaster siling (3); dan kemasan papan lantai (4) 240
8.5 Stesen Keretapi Ipoh sebelum projek pemuliharaan (1); semasa projek pemuliharaan (2); dan selepas projek pemuliharaan dilaksanakan (3); dan (4) 242
8.6 Kerosakan bangunan seperti keretakan pada kubah bumbung (1); genting bumbung yang telah hilang dan pecah pada kemasan bumbung (2); lumut yang telah tumbuh pada permukaan siling dan dinding dalam (3); dan lapisan kemasan cat yang telah menggelupas dan tertanggal pada daun pintu kayu (4) 244
8.7 Kerja penggantian kerangka dan kemasan bumbung (1); kerja mengecat permukaan dinding luar (2); kerja membaiki kerangka dan daun tingkap kayu (3); dan kerja memasang jubin lantai (4) 247
8.8 Pengekalan reka bentuk seni bina bangunan bersejarah sebagaimana asal seperti pada fasad hadapan (1); ruang kaki lima bangunan (2); reka bentuk gerbang dan komponen tingkap (3); dan ruang platform (4) 249
8.9 Bangunan No. 57, Jalan Macalister, George Town sebelum projek pemuliharaan (1); semasa projek pemuliharaan (2); dan selepas projek pemuliharaan dilaksanakan (3); dan (4) 251
8.10 Serangan anai-anai pada kerangka bumbung dan kehilangan jubin kemasan bumbung (1); komponen daun tingkap yang telah tertanggal (2); komponen tangga kayu yang telah usang (3); dan lepa tangga luar yang telah tertanggal (4) 252
8.11 Kerja mengikis lapisan cat pada permukaan tiang (1); kerja rawatan anai-anai pada kerangka pintu kayu (2); kerja mengecat daun tingkap kayu (3); dan kerja membaik pulih dinding bata (4) 255
8.12 Pengekalan reka bentuk seni bina bangunan sebagaimana asal seperti pada fasad hadapan bangunan (1); kemasan siling (2); komponen pintu (3); dan komponen tingkap (4) 257
8.13 Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town sebelum projek pemuliharaan (1); semasa projek pemuliharaan (2); dan selepas projek pemuliharaan dijalankan (3); dan (4) 259
8.14 Kemasan cat dan lepa yang telah tertanggal pada tiang bangunan (1); keretakan pada dinding luar bangunan (2); kemasan papan lantai kayu yang telah usang (3); dan komponen tangga kayu yang telah diserang anai-anai (4) 260
8.15 Kerja pemuliharaan Logan Memorial (1); kerja pemuliharaan tangga kayu (2); kerja pemuliharaan kubah (3); dan kerja pemuliharaan jubin lantai (4) 263
8.16 Pengekalan reka bentuk seni bina bangunan bersejarah sebagaimana asal seperti pada fasad hadapan (1); butiran tiang dan rasuk (2); komponan tangga (3); dan dinding dalam (4) 265
10.1 Contoh 10 pendekatan kerja pemuliharan yang diamalkan di tapak projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia 324
10.2 Kerja menanggal kemasan cat pada permukaan kerangka pintu (1); dan kerangka serta daun pintu yang telah dicat dengan warna cat asal (2) 328
10.3 Kajian skima warna untuk pemadanan warna cat asal bangunan (1); dan kerja mengikis lapisan cat pada permukaan lepa dinding luar (2) 330
10.4 Bahan cecair kimia damp-proof course untuk menggantikan bahan lapisan kalis lembab yang telah rosak (1); dan kerja menuang damp-proof course ke dalam lubang pada struktur dinding batu-bata (2) 332
10.5 Bahan cocoon untuk merawat kandungan garam yang tinggi dalam struktur dinding batu-bata (1); dan kerja melepa bahan cocoon pada permukaan kemasan dinding batu-bata (2) 334
10.6 Pokok tumpang yang telah diracun untuk membunuh akarnya (1); dan sisa akar pokok tumpang yang telah diracun (2) 336
10.7 Kerja pemasangan kepingan jubin lantai baru (1); dan kerja menanggal kemasan cat dengan menggunakan kaedah pembakaran (2) 340
10.8 Lapisan lepa dinding yang telah ditanggalkan (1); dan kerja melepa permukaan dinding luar bangunan (2) 343
10.9 Kerja memasang kepingan kemasan siling tetap daripada jalur kayu (1); dan kerja menanggalkan kepingan kemasan siling gantung (2) 347
10.10 Kerja pembinaan bumbung sementara (1); dan kerja mencuci genting bumbung yang telah ditanggalkan (2) 349
10.11 Kerja pemuliharaan komponen kayu yang telah rosak pada daun pintu (1); dan daun pintu yang telah dibaik pulih siap sedia untuk dipasang kembali pada kedudukan asalnya (2) 352
11.1 20 jenis kerosakan umum bangunan yang telah berjaya dikenal pasti sering berlaku pada 10 elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia 358
11.2 10 kaedah kerja pemuliharaan yang telah dikenalpasti sering diamalkan di tapak projek pemuliharaan untuk merawat kerosakan umum bangunan bersejarah yang dipulihara di Malaysia 365

SENARAI SINGKATAN

1.0 Akta Warisan Kebangsaan (AWK)
2.0 Badan Warisan Malaysia (BWM)
3.0 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
4.0 Federal Malay State (FMS)
5.o Historic American Building Survey (HABS)
6.0 Historic American Engineering Record (HAER)
7.0 Historic American Landscape Survey (HALS)
8.0 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
9.0 International Centre for the Study and Preservation and Restoration of Cultural Property (ICCROM)
10.0 International Council of Monuments and Sites (ICOMOS)
11.0 Jabatan Kerja Raya (JKR)
12.0 Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA)
13.0 Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
14.0 Jabatan Perdana Menteri (JPM)
15.0 Jabatan Warisan Negara (JWN)
16.0 Japan International Cooperation Agency (JICA)
17.0 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa)
18.0 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK)
19.0 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)
20.0 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
21.0 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
22.0 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
23.0 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
24.0 Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
25.0 Pegawai Penguasa (PP)
26.0 Penang Heritage Centre (PHC)
27.0 Penang Heritage Trust (PHT)
28.0 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
29.0 Perwira Al-Shura Consulting Engineers Sdn. Bhd. (PACE)
30.0 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
31.0 The Society for the Protection of Ancient Building (SPAB)
32.0 United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)
33.0 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
34.0 Urban Redevelopment Authority (URA)
35.0 Yayasan Warisan Johor (YWJ)

SENARAI ANUGERAH

1.0 Anugerah Penyelidikan Terbaik Doktor Falsafah (Ph.D) Kategori Kluster Sains Gunaan. Malam Persada Kencana 2008, 19hb. Disember 2008, The Gurney Hotel & Residents, Pulau Pinang. Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

SENARAI PENERBITAN DAN SEMINAR DI PERINGKAT ANTARABANGSA

1.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2006). Rumah Kutai: Warisan Seni Bina Melayu Negeri Perak yang Semakin Pupus. Proceedings of the 2nd. ASEAN Postgraduate Seminar in Built Environment, 4-6hb. Disember 2006, Kuala Lumpur. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ms.157-166.
2.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2006). Kecacatan dan Kerosakan Umum pada Rumah Melayu Tradisional. Proceedings of the 2nd. ASEAN Postgraduate Seminar in Built Environment, 4-6hb. Disember 2006, Kuala Lumpur. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ms.189-198.
3.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Method of Statement in Acessing Risk for the Refurbishment of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia: A Case Study. Dalam: Suraya Abdul Rashid, et al. (ed). Proceedings of the 2nd. International Engineering Convention (IntEC) 2007, ‘Globalisation in Growing Economies: Building Capacity’, 10-14hb. Mac 2007, Jeddah. Federation of Engineering Institutions of Islamic Countries (FEIIC), Jeddah. Ms.618-628.
4.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Maintenance Approach of Historic Buildings in Malaysia. Bulletin of the Building Engineer International News. Spring 2007. Ms.8-11.
5.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Conservation Issues in the Colonial Built Heritage of Malacca, Malaysia. Online Proceedings of the Fifth International Conference on Science and Technology in Archaeology and Conservation, 7-11hb. Julai 2007, Granada-Baeza. [Ditalian]. [Capaian 20hb. Julai 2007]. Ms.40-41. Diperolehi dari Laman Sesawang:
http://conference.legadoandalusi.es/en/Abstracts.htm/
6.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Prinsip, Falsafah dan Etika dalam Kerja-kerja Pemuliharaan Warisan di Malaysia. CD-ROM Proceedings of the 2nd. International Conference on Tourism and Hospitality, ‘Planning and Managing Heritage for The Future’, 30hb. Julai-1hb. Ogos 2007, Putrajaya. Marriot Hotel, Putrajaya. Ms.375-384.
7.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Understanding the Common Building Defects in Malaysia’s Historic Buildings. Proceedings of the International Conference on Built Environment in Developing Countries 2007 (ICBEDC 2007), ‘Towards Sustainable Transformation’, 3-4hb. Disember 2007, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ms.437-443.
8.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2008). The Refurbishment of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia: A Case Study. Delegate Manual of the Oxford Conference 2008, ‘50 Years On–Resetting the Agenda for Architectural Education’, 22-23hb. Julai 2008, Oxford. University of Oxford, United Kingdom. P04.04.
9.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2008). Preserving the Architectural Heritage in the Refurbishment of Batu Gajah District Court Complex, Perak, Malaysia. Delegate Manual of the Oxford Conference 2008, ‘50 Years On–Resetting the Agenda for Architectural Education’, 22-23hb. Julai 2008, Oxford. University of Oxford, United Kingdom. P04.05.
10.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2008). Pilot Survey on the Conservation of Historical Buildings in Malaysia. Proceedings of the 2nd. International Conference on Built Environment in Developing Countries 2008 (ICBEDC 2008), ‘Sustainable Built Environment: Bridging Theory & Practice’, 3-4hb. Disember 2008, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ms.30-31.

SENARAI PENERBITAN DAN SEMINAR DI PERINGKAT KEBANGSAAN

1.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Pendekatan dalam Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia: Satu Tinjauan Umum. CD-ROM Proceedings of the Post-Graduate Research Colloquium, 30-31hb. Januari 2007, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
2.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Risk Assessment and Refurbishment: The Case of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia. Proceedings of the Management in Construction Research Conference (MICRA) 2007, 28-29hb. Ogos 2007, Selangor. Universiti Teknologi MARA, Selangor. Ms.B-47-1-9.
3.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2007). Kecacatan Bangunan dan Kepentingan Pemuliharaan di Bandaraya Ipoh. Prosiding Seminar Kebangsaan Rupabandar Malaysia, ‘Mengekal Warisan Membina Identiti’, 28-29hb. November 2007, Perak. Orient Star Hotel, Perak. Ms.432-441.
4.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2008). Analisa ‘Pilot Survey’ ke atas Tahap Kecacatan dan Pendekatan Pemuliharaan pada Bangunan Bersejarah di Malaysia. Dalam: Khairuddin Abdul Rashid, (ed). Proceedings of the Research in the Malaysian Construction Industry and Built Environment, 7th. Annual Conference Management in Construction Researchers’ Association (MICRA) 2008, 18-19hb. Jun 2008, Selangor. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor. Ms.733-755.
5.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2008). Kecacatan Bangunan dan Penyataan Kaedah dalam Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia. Poster of the Postgraduate Research Exhibition, 27hb. November-1hb. Disember 2008, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
6.0 Kamarul Syahril Kamal et al. (2008). Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah di Malaysia dari Aspek Kecacatan Bangunan dan Pemuliharaan. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, 4-5hb. Disember 2008, Perak. Universiti Teknologi MARA, Perak. Ms.459-471.
7.0 Kamarul Syahril Kamal (2010). Pengenalan Kepada Pemuliharaan Bangunan Bersejarah. Dalam: Wan Nordiana Wan Ali et al., (ed). Proceedings of the 2nd. Builder’s Symposium (BuSY 2010), ‘Broadening Horizon Through Built Environment’, 25th. March 2010, Perak. Universiti Teknologi MARA, Perak. Ms.16-24.

KEROSAKAN BANGUNAN DAN PENYATAAN KAEDAH KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

ABSTRAK

Kerosakan bangunan yang sering berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia adalah merupakan satu masalah yang boleh diatasi sekiranya semua pihak yang terlibat dalam bidang pemuliharaan telah mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Isu dan masalah berkaitan kerosakan bangunan perlu diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan segera kerana ia boleh merosakkan keaslian reka bentuk seni bina dan bahan binaan yang terdapat pada sesebuah bangunan bersejarah untuk jangka masa yang panjang. Sehingga kini, terdapat pelbagai pihak telah menjalankan kerja pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti pengekalan, pencegahan, pengukuhan, pemulihan, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Namun begitu, terdapat pendekatan kerja pemuliharaan yang diamalkan di tapak projek pemuliharaan yang tidak menepati prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh piawaian antarabangsa. Seringkali kerja pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah dilaksanakan tanpa merujuk kepada penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang betul. Sehubungan dengan itu, kajian lapangan, kaji selidik dan kajian kes telah dijalankan ke atas bangunan bersejarah dan tapak projek pemuliharan yang terdapat di Malaysia. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti jenis kerosakan umum bangunan yang sering berlaku serta memeriksa tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan oleh pihak kontraktor bangunan dan perunding pemuliharaan serta untuk mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan yang ada padanya. Hasil daripada penyelidikan ini dicadangkan beberapa bentuk penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai untuk merawat kerosakan umum bangunan yang telah dikenal pasti sebelum ini agar bangunan bersejarah di Malaysia terus terpulihara dengan baik untuk jangka masa yang lebih panjang.
BUILDING DEFECTS AND WORK METHOD STATEMENT OF HISTORICAL BUILDINGS CONSERVATION IN MALAYSIA

ABSTRACT

Building defects usually occur in most historical buildings in Malaysia. It is a problem that can be overcome if all the parties involved in the field of conservation have taken preventive measures accordingly. Issues and problems related to building defects should be given serious attention and addressed promptly as they may damage the original architectural designs and materials that are applicable to the historical buildings in the long run. To date, there have been various parties to carry out conservation works on historical buildings by using various approaches such as preservation, prevention, consolidation, rehabilitation, reconstruction and others. However, it is found that there are some conservation work approaches adopted in the project site which do not meet the conservation principles, philosophy and ethics as required by the international standard. Often, conservation work on historical buildings is undertaken without reference to the correct method of conservation approach. Due to this oversight, field studies, surveys and case studies on the right conservation method have been carried out on historical buildings and conservation site projects. The objectives are to identify the location and types of building defects that often occur for many historical buildings and to assess the level of preparation method statement of the conservation work as provided by the contractor and the building conservation consultant. The final objectives are to identify any weaknesses and deficiencies therein. The findings from this research is to suggest some form of appropriate conservation work method statements in ensuring that historical buildings in Malaysia are well conserved.

Deraf Disertasi PhD: Bab 1 Pendahuluan

Kerosakan Bangunan dan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia oleh Kamarul Syahril Kamal, Universiti Sains Malaysia 2011

BAB SATU
PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan
Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Merujuk kepada hasil kajian inventori bangunan-bangunan warisan Malaysia yang telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1992, dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995). Namun begitu, sebahagian besar daripada bangunan bersejarah ini menurut A Ghafar Ahmad (2009) tidak dipulihara dengan sebaik mungkin dan sebahagian daripadanya berada dalam keadaan usang disebabkan oleh faktor kerosakan bangunan. Lebih malang lagi ada di antara bangunan bersejarah ini sedang diancam kemusnahan kerana diabaikan oleh pemilik asal dan dirobohkan atas desakan pembangunan serta kurangnya keperihatinan masyarakat dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah berkenaan (Hamilton dan Zuraini Md Ali, 2002; Hobson, 2003; Imaduddin Abdul Halim dan Brit Kayan Kayan, 2007). Nasib bangunan bersejarah seperti binaan rumah Melayu tradisional, deretan rumah kedai, rumah banglo Kolonial dan lain-lain lagi juga sedang mengalami masalah kepupusan kerana tidak dipulihara dengan baik (Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin et.al., 2004).

Namun begitu, dengan pengiktirafan dan penyenaraian Bandaraya Melaka dan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO yang juga dikenali sebagai The Historic Cities of the Straits of Malacca di bawah kategori Tapak Warisan Budaya pada 7hb. Julai 2008 (Jabatan Warisan Negara, 2008), telah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat umum di Malaysia tentang kepentingan untuk memulihara dan menghargai warisan yang terdapat di negara ini terutama sekali bangunan bersejarah. Sehubungan itu sudah tiba masanya usaha pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah yang banyak terdapat di negara ini dilakukan dalam skala yang besar dan menyeluruh serta terancang demi untuk memanjangkan usia dan seterusnya menyelamatkannya daripada terus diancam kemusnahan (Cohen, 2001; Greffe, 2004; Leask dan Fyall, 2006).

Secara umumnya kesedaran terhadap kepentingan untuk memulihara bangunan bersejarah adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat dan bukannya dibebankan ke atas pihak kerajaan semata-mata (Macdonald, 2001). Menurut Miele (2005), ia perlu dimulakan dari tahap pendidikan rendah lagi di peringkat sekolah seperti mana yang telah dan sedang dilakukan kini hinggalah ke peringkat universiti dan peringkat kebangsaaan. Pelbagai program berbentuk pameran, penerangan, kempen dan galakan kepada orang ramai hendaklah dilakukan secara berterusan dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk menerangkan tentang betapa pentingnya usaha pemuliharaan warisan khususnya bangunan bersejarah di Malaysia dalam menempuh era globalisasi (Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin et.al., 2005b). Selain daripada itu, penglibatan generasi muda juga dalam usaha pemuliharaan adalah penting kerana merekalah yang akan mewarisi segala peninggalan khazanah warisan negara ini pada masa akan datang.

Bangunan bersejarah yang terdapat pada sesebuah negara menurut A Ghafar Ahmad (1994), Fielden (1995) dan Yahaya Ahmad (2006b) wajar dipulihara kerana ia memiliki nilai emosi, budaya dan kegunaan yang tidak ternilai harganya. Tanpa usaha pemuliharaan yang berterusan, dikhuatiri bangunan bersejarah ini akan terus lenyap ditelan zaman (Fladmark, 2002; Hobson, 2004; Ashurst, 2006). Jesteru itu, usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia perlu dilakukan dalam apa cara sekalipun dari masa ke semasa agar generasi yang akan datang dapat berpeluang untuk melihat dan menikmatinya dalam bentuk sedia ada sebagaimana ia dibina ratusan tahun dahulu atau sekurang-kurangnya dalam bentuk yang telah disuai guna semula seperti muzium, galeri, hotel dan lain-lain lagi, dan bukannya dalam lipatan sejarah, buku rujukan yang terdapat di perpustakaan atau gambaran dalam poskad kenangan (Harvey, 2001; Bridgwood et al., 2008; Highfield dan Gorse, 2009).

Antara contoh bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia yang wajar dipulihara dengan baik bagi mengekalkan ciri-ciri reka bentuk seni binanya iaitu Bangunan Stadthuys di Melaka, Balai Besar di Kedah, Dewan Bandaraya di Pulau Pinang dan Restoran Warisan di Kuala Lumpur seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1.1.

Gambar 1.1: Bangunan Stadthuys di Melaka (1641) (1); Balai Besar di Kedah (1735) (2); Dewan Bandaraya di Pulau Pinang (1883) (3); dan Restoran Warisan di Kuala Lumpur (1888) (4).

Namun begitu, didapati segala usaha yang telah dan sedang dilakukan sehingga kini masih belum terlaksana sepenuhnya untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan untuk memulihara bangunan bersejarah. Ini adalah kerana masih kelihatan banyak lagi bangunan bersejarah di Malaysia yang berada dalam keadaan usang dengan terdapat pelbagai jenis kerosakan bangunan berlaku ke atasnya. Selain daripada itu, terdapat juga di antara bangunan bersejarah ini yang pada dasarnya tidak dipulihara dengan baik dan diabaikan oleh pemiliknya kerana tiada usaha yang berterusan dilakukan untuk memuliharanya (Paiman Keromo, 2002; Siti Norlizaiha Harun et al., 2007).

Isu pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia bukan sahaja berlaku ke atas bangunan milik swasta atau orang perseorangan malah ia turut melibatkan bangunan milik kerajaan. Mungkin disebabkan oleh masalah kelemahan dari segi perancangan, kekurangan sumber kewangan, kekurangan kepakaran dan kefahaman terhadap pendekatan kerja pemuliharaan yang betul, usaha pemuliharaan bangunan bersejarah ini masih belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan usaha pemuliharaan di kebanyakan negara di Eropah (Watt dan Colston; 2003, Dann dan Cantell, 2005). Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada di antara pemilik dan pengguna bangunan bersejarah itu sendiri yang telah mengabaikan aspek pemuliharaan dan penyelenggaraan kerana tahap kesedaran mereka yang masih terlalu rendah terhadap betapa pentingnya nilai bangunan bersejarah pada sesebuah negara (Mohamad Shawali Badi, 2000; A Ghafar Ahmad, 2007a).

Di kebanyakan negara Eropah sebagai contohnya, bangunan bersejarah telah dipulihara dengan sebaik mungkin kerana keperihatinan dan kepekaan masyarakat di sana terhadap kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah. Selain daripada menjadi ikon dan mercu tanda pada sesebuah bandar atau negara, bangunan bersejarah ini telah berupaya untuk menarik kehadiran jutaan pelancong untuk melawatnya dan memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada negara berkenaan dari segi tukaran mata wang asing dan terhadap sektor pelancongan. Boleh dikatakan bahawa sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang terdapat di kebanyakan negara berkenaan telah dipulihara dengan baik dan bebas dari sebarang masalah kerosakan bangunan yang serius. Walaupun kerosakan bengunan tetap berlaku tetapi skalanya adalah kecil dan ia seringkali dibaik pulih dengan baik dan sempurna. Selain daripada itu, keaslian yang terdapat pada reka bentuk seni bina dan bahan binaannya juga telah berjaya dipulihara seperti mana asal sejak ia dibina ratusan tahun dahulu (Jokilehto, 1999; Croci, 2000; Shacklock, 2006; Orbasli; 2008).

Sebaliknya di Malaysia, masih kelihatan lagi bangunan bersejarah yang berada dalam keadaan usang, tidak dipulihara dengan baik dan hilang ciri-ciri keaslian pada reka bentuk seni bina dan bahan binaannya kerana tidak dipulihara dan diselenggara dengan baik dan telah diubah suai pada skala yang menyeluruh (Mohd Syahril Said, 2007; Mohd Azami Idris, 2009). Keadaan seumpama ini secara tidak langsung akan mempercepatkan lagi proses kerosakan bangunan dari berlaku ke atas sesebuah bangunan bersejarah di samping memusnahkan identitinya yang asli. Antara contoh bangunan bersejarah yang sedang mengalami banyak masalah kerosakan bangunan iaitu Pejabat Pos Lama di Kuala Lumpur, Istana Bukit Zaharah di Johor, Istana Bendahara dan Rumah Dato’ Seri Adika Raja di Perak seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1.2.

Gambar 1.2: Pejabat Pos Lama di Kuala Lumpur (1); Istana Bukit Zaharah di Johor (2); Istana Bendahara di Perak (3); dan Rumah Dato’ Seri Adika Raja di Perak (4).

Secara umumnya terdapat banyak lagi isu dan masalah yang sedang dihadapi oleh bangunan bersejarah di Malaysia sebagaimana yang telah diutarakan sebelum ini oleh pelbagai pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1996b), Japan International Cooperation Agency (JICA) (2002), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) (2005) serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) (2008) seperti berikut:
i. Bangunan bersejarah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
ii. Bangunan bersejarah musnah disebabkan oleh kebakaran.
iii. Bangunan bersejarah tidak dipulihara dan diselenggara dengan baik.
iv. Bangunan bersejarah banyak mengalami masalah kerosakan bangunan.
v. Bangunan bersejarah dipulihara dengan pendekatan kerja pemuliharaan yang salah dan lain-lain lagi.

Antara contoh beberapa isu dan masalah yang berkaitan dengan bangunan bersejarah di Malaysia iaitu isu perobohan bangunan, kebakaran, kerosakan dan penyelenggaraan seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1.3.

Gambar 1.3: Isu perobohan Bok House di Kuala Lumpur (1); isu kebakaran Ibu Pejabat KTMB di Kuala Lumpur (2); isu kerosakan Loke Mansion di Pulau Pinang (3); dan isu penyelenggaran menara Masjid Tengkera di Melaka (4).

Namun di sebalik pelbagai isu dan masalah yang telah diutarakan sebelum ini, terdapat 2 isu yang paling penting sedang dihadapi oleh kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan ditangani dengan kadar segera oleh pihak yang bertanggungjawab. 2 isu yang dimaksudkan berkenaan adalah isu kerosakan bangunan dan isu pendekatan kerja pemuliharaan yang salah dari segi prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan. Secara umumnya, kebanyakan daripada bangunan bersejarah di Malaysia memerlukan usaha pemuliharaan yang berterusan dilakukan ke atasnya. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada bangunan bersejarah ini tidak dapat lari dari mengalami sebarang masalah kerosakan bangunan lebih-lebih lagi ke atas bangunan bersejarah yang telah menjangkau usia ratusan tahun dan tidak dipulihara serta diselenggara dengan baik.

Menurut Collings (2004), kerosakan bangunan yang berlaku ke atas sebahagian atau keseluruhan elemen utama pada sesebuah bangunan bersejarah secara tidak langsung berupaya melemahkan struktur dan fabriknya. Selain itu, ia turut merosakkan pemandangan dan seterusnya memberikan gambaran yang negatif terhadap usaha pemuliharaan di mata orang awam dan para pelancong dari dalam dan luar negara lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku di kawasan tumpuan pelancongan seperti Bandaraya Melaka dan George Town yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Keadaan kerosakan bangunan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan negatif berkaitan tanggapan umum terhadap usaha pemuliharaan yang telah dijalankan sebelum ini oleh pihak yang bertanggungjawab di Malaysia seperti Jabatan Warisan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain lagi pihak yang berkenaan (Khor, 2008). Antara contoh kerosakan bangunan yang telah dikenal pasti berlaku berlaku pada bangunan bersejarah di Bandaraya Melaka di Melaka dan George Town di Pulau Pinang iaitu kemasan cat menggelupas, tumbuhan liar, kelembapan dinding, lepa dinding tertanggal dan lain-lain lagi seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1.4.

Gambar 1.4: Kemasan cat menggelupas (1); tumbuhan liar (2); kelembapan dinding (3); dan lepa dinding tertanggal (4).

Selain daripada isu dan masalah berkaitan kerosakan bangunan, isu pendekatan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah yang tidak mengikut prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Terdapat banyak pihak yang telah melaksanakan kerja pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia baik dipihak kerajaan mahupun swasta dengan baik sekali malah ada di antaranya telah mendapat peingiktirafan serta anugerah daripada badan dunia seperti UNESCO. Sebagai contonya pada 2000, banglo Cheong Fatt Tze di Pulau Pinang telah menerima Anugerah Warisan Asia-Pasifik UNESCO yang julung-julung kali dianugerahkan kerana terpilih sebagai Projek Paling Hebat di Lingkaran Asia-Pasifik berikutan kerja-kerja pemuliharaan bangunan berkenaan. Pada 2008 anugerah ini turut diberikan ke atas Suffolk House di Pulau Pinang atas usaha yang sama bagi bagi kategori Culture Heritage Conservation.

Kebanyakan pendekatan kerja pemuliharaan yang dilaksanakan ke atas bangunan bersejarah ini telah dilakukan dengan baik sekali. Namun begitu, jika diamati dan diteliti dengan lebih mendalam dari sudut pendekatan kerja pemuliharaan ke atas kebanyakan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia, didapati bahawa ada di antaranya telah dilaksanakan tanpa merujuk kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul dari segi konsep, reka bentuk, bahan binaan dan lain-lain lagi. Keadaan seumpama ini berlaku mungkin disebabkan oleh kurangnya tahap pengetahuan pihak yang terlibat secara langsung dengan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah ini lebih-lebih lagi di pihak perunding projek dan kontraktor bangunan terhadap prinsip, falsafah dan etika pemuliharan yang betul.

Hasil dari tinjauan dan pemerhatian yang telah dilakukan ke atas beberapa buah projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia sebagai contohnya, didapati bahawa terdapat beberapa pendekatan kerja pemuliharaan yang dilaksanakan tidak merujuk kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul seperti penggantian daun tingkap dan genting bumbung yang tidak mengikut reka bentuk asal serta tidak menggunakan bahan binaan asal. Lebih malang lagi penggunaan simen sebagai bahan lepa dan kemasan juga digunakan secara berleluasa. Ia jelas menunjukkan bahawa pendekatan kerja pemuliharaan yang diamalkan pada projek pemuliharaan berkenaan adalah berlawanan dengan prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul. Sepatutnya pendekatan kerja pemuliharaan yang lebih sesuai perlu diamalkan oleh pihak kontraktor bangunan dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar oleh pemulihara bangunan terlebih dahulu dalam setiap projek pemuliharan yang dilaksanakan. Sebagai contohnya, jika perlu digantikan sesuatu bahan binaan yang telah mengalami kerosakan dengan yang baru, pemilihannya hendaklah dari jenis dan tekstur yang sama atau yang hampir sama dengan yang asal. Antara contoh pendekatan kerja pemuliharaan yang salah iaitu kerja meroboh dan meruntuhkan dinding serta penggunaan bahan binaan yang salah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1.5.

Gambar 1.5: Kerja meroboh elemen dinding asal yang sepatutnya dikekalkan (1); dan kerja melepa tiang bangunan menggunakan lepa simen dan bukannya lepa kapur (2).

Secara dasarnya pendekatan kerja pemuliharaan yang salah ini perlu diperbetulkan dari masa ke semasa oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Wrisan Negara melalui seminar, bengkel dan kursus bagi membudayakan etika kerja pemuliharaan yang betul. Salah satu cara untuk memperbetulkan pendekatan kerja pemuliharaan yang salah ini ialah dengan menyedia dan memperkenalkan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang berlandaskan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaaan yang betul. Ini adalah kerana melalui penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang betul, kebarangkalian pihak kontraktor bangunan untuk melakukan sebarang kesilapan sewaktu kerja pemuliharaan sedang dijalankan di tapak projek pemuliharan akan berkurangan.

1.1 Penyataan Isu dan Masalah
Merujuk kepada penyataan isu yang telah diterangkan sebelum ini, terbukti bahawa terdapat pelbagai isu semasa yang perlu diberi perhatian khusus dan ditangani dengan segera oleh semua pihak yang bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dengan usaha pemuliharaan bangunan bersejarah baik di pihak kerajaan mahupun swasta. Namun begitu dalam penyelidikan ini, hanya 2 isu dan masalah utama akan ditekankan seperti mana yang sedang dihadapi oleh kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia seperti berikut:
i. Kebanyakan daripada elemen bangunan bersejarah sedang mengalami masalah kerosakan bangunan yang serius dan tidak dipulihara dengan baik oleh pemilik dan pengguna bangunan berkenaan.
ii. Pendekatan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah tidak dilaksanakan berpandukan kepada penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang berlandaskan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul sehingga boleh menjejaskan keaslian reka bentuk seni bina dan bahan binaan asal.

1.2 Sorotan Penyelidikan Terdahulu
Hasil daripada kajian literatur yang telah dijalankan, didapati terdapat banyak penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pemuliharaan warisan telahpun dilakukan oleh para penyelidik di Malaysia khususnya di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di pelbagai universiti baik di dalam mahupun di luar negara. Antara penyelidikan terawal berkaitan bidang pemuliharaan warisan yang telah dikenal pasti telah dilakukan oleh Koh (1978) berjudul Conservation: Case Study of Malacca Town, diikuti oleh Kamaruddin Md Ali (1983) bertajuk A Vanishing Heritage, Dasimah Omar (1990) bertajuk Proposal for Urban Conservation Guidelines for the Historic City of Malacca dan A Ghafar Ahmad (1993) berkaitan dengan Conservation of British Colonial Buildings Built Between 1800 and 1930 in Malaysia. Para penyelidik ini telah memberikan satu impak yang sangat besar dalam bidang penyelidikan yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan umumnya dan bangunan bersejarah khususnya di Malaysia kerana pada ketika itu, tahap pemahaman dan kesedaran masyarakat umum berkaitan bidang pemuliharaan adalah amat cetek sekali.

Berikutan daripada penyelidikan yang telah dilakukan oleh segelintir kecil cendekiawan ini, ianya telah menjadi ikutan kepada lebih banyak penyelidik lain yang berminat untuk menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam terhadap bidang pemuliharaan dan skopnya pula secara tidak langsung telah berkembang menjadi lebih besar dan meluas. Daripada pemilihan sebuah bandar seperti Melaka sebagai subjek kajian kes, skop penyelidikan dalam bidang pemuliharaan juga telah mula berkembang kepada pemuliharaan warisan, pelancongan warisan, pemuliharaan bangunan bersejarah dan lain-lain lagi topik yang masih belum diterokai sepenuhnya. Antara penyelidikan yang dimaksudkan ialah seperti penyelidikan yang memberi penumpuan terhadap skop bandar warisan sebagai kajian kes mereka seperti yang telah dilakukan oleh Zaidar Din (1990), Yeap (1998), Fong (1999), Teong (2000), Lee (2001) dan Robiah Rashid (2002) yang telah memilih Bandaraya George Town di Pulau Pinang sebagai bahan kajian kes mereka.

Secara umumnya, penyelidikan yang telah dilakukan oleh mereka telah memberi fokus terhadap aspek seperti usaha pemuliharaan, strategi perancangan pemuliharaan, kawasan pemuliharaan, zon pemuliharaan warisan, pelancongan warisan dan pembentukan bandar warisan sebagai warisan negara. Begitu juga dengan beberapa penyelidik lain seperti Siti Norlizaiha Harun (1994) yang telah memilih Bandar Kota Baharu di Kelantan, Marsita Ahmad (2001) dengan Bandar Alor Setar di Kedah, Hanita Alang Ismail (2001) dengan Bandar Taiping di Perak, Norma Abdul Latip (2003) dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar di Perak dan Faridatul Akma Abdul Latif (2004) dengan Kampung Pulau Duyong di Terengganu sebagai kajian kes mereka dengan memberi fokus terhadap aspek berkaitan pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan pelancongan di bandar warisan.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa penyelidik lain yang telah menjalankan penyelidikan mereka berkaitan bidang pemuliharaan tetapi dengan memberi penekanan terhadap skop yang berbeza daripada apa yang telah dilakukan sebelum ini seperti penggunaan Global Positioning System ke atas bangunan warisan oleh Zahrullaili Yahya (2000), pengurusan projek pemuliharaan oleh Kartina Alaudin (2001), dilema pemilik bangunan warisan oleh Cheong (2001), keselamatan kebakaran pada bangunan warisan oleh Hazatul Iffah Hamid (2003), lanskap bangunan warisan oleh Nadiyanty Mat Nayan (2003), keberkesanan Jejak Warisan Melaka oleh Raja Norashekin Raja Othman (2003), aplikasi Piagam Burra di Malaysia oleh Salleh Hassan (2003), amalan kerja pemuliharaan oleh Siti Norlizaiha Harun (2004), amalan pengurusan pemuliharaan oleh Mukram Idris (2005) dan lain-lain lagi.

Namun begitu, hasil daripada kajian literatur yang telah dijalankan ke atas penyelidikan terdahulu ini didapati bahawa tidak banyak yang menyentuh skop yang berkaitan dengan kerosakan bangunan bersejarah di Malaysia sebelum ini. Antara penyelidikan yang telah dijalankan hanyalah oleh A Ghafar Ahmad (1993) yang telah memberi penekanan terhadap aspek kerosakan bangunan yang terdapat pada bangunan bersejarah di Malaysia. Manakala Brit Kayan (2003) pula menyentuh aspek yang berkaitan dengan kerosakan bangunan tetapi skop beliau terbatas pada bangunan lama kerajaan dan sekolah di Kuala Lumpur sahaja dan dari aspek pengurusan penyelenggaraan. Manakala untuk skop yang berkaitan dengan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia pula, hasil kajian literatur yang telah dijalankan mendapati bahawa tidak banyak penyelidikan secara terperinci lebih-lebih lagi di peringkat Doktor Falsafah telah dilakukan dengan menyentuh skop berkenaan.

Antara penyelidikan yang telah dilakukan seperti oleh Norhelmi Mohd Nor (2004) yang memberi penekanan terhadap kerja pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah di Bandar Hilir, Melaka secara umum sahaja dan kebanyakan daripada penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang terdapat dalam disertasi beliau adalah merupakan tatacara kerja yang terdapat dalam Garis Panduan Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah di Malaysia yang telah disediakan oleh Paiman Keromo (2000). Manakala satu lagi penyelidikan yang telah dilakukan oleh Mohd Yusof Ismail (2003) berjudul Rehabilitation of Heritage Building in Malaysia hanya memberi penekanan terhadap prinsip, proses dan garis panduan pemuliharaan secara umum tetapi tidak terhadap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan secara khusus. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ke atas skop kerosakan bangunan dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan perlu dilakukan sebagai salah satu usaha untuk memantap dan mengembangkan ilmu yang berkaitan dengan bidang pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.

1.3 Pembentukan Skop Penyelidikan
Pembentukan skop penyelidikan adalah penting dalam usaha untuk membantu seseorang penyelidik membezakan dan seterusnya memberi tumpuan yang khusus terhadap subjek yang diselidik agar ia tidak bertindih dengan yang lain (Naoum, 2001). Jika dirujuk kepada penyataan isu dan masalah yang telah diterangkan sebelum ini maka secara tidak langsung ianya akan dijadikan sebagai asas kepada pembentukan skop penyelidikan ini. Disokong dengan sorotan penyelidikan terdahulu yang dengan jelas membuktikan bahawa skop yang diselidik belum pernah dijalankan dengan mendalam sebelum ini. Secara khususnya terdapat 3 skop penyelidikan telah dikenal pasti yang merangkumi liputan seperti berikut:

i. Pemuliharaan dan bangunan bersejarah.
ii. Pemeriksaan dan kerosakan bangunan.
iii. Kerja pemuliharaan bangunan bersejarah dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan.

1.3.1 Skop Penyelidikan yang Merangkumi Pemuliharaan dan Bangunan Bersejarah
Dalam skop penyelidikan yang pertama ini, liputan penyelidikan adalah dari segi kajian literatur terhadap segala aspek yang perlu diketahui dan berkait rapat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang pemuliharaan dan bangunan bersejarah. Kajian literatur ini merangkumi 2 bahagian utama yang mana bahagian pertama menyentuh aspek yang berkaitan dengan pemuliharaan secara umum. Ia diterangkan dalam Bab Dua (kajian literatur) berkenaan segala aspek yang berkaitan dengan pemuliharaan bangunan bersejarah di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Seterusnya bahagian yang kedua pula menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia secara khusus dan diterangkan dalam Bab Tiga (bangunan bersejarah di Malaysia).

1.3.2 Skop Penyelidikan yang Merangkumi Pemeriksaan dan Kerosakan Bangunan
Dalam skop penyelidikan yang kedua ini, liputan penyelidikan adalah dari segi kajian literatur berkenaan segala aspek yang berkaitan dengan pemeriksaan dan kerosakan bangunan bersejarah seperti yang diterangkan dalam Bab Empat (pemeriksaan dan kerosakan bangunan bersejarah). Kajian literatur ini merangkumi 2 bahagian utama yang mana bahagian pertama menyentuh aspek yang berkaitan dengan pemeriksaan bangunan secara umum. Seterusnya bahagian yang kedua menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan kaedah pemeriksaan bangunan bersejarah secara khusus. Selain daripada kajian literatur, liputan penyelidikan ini juga turut melibatkan kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah dan kaji selidik ke atas kerosakan bangunan bersejarah di Malaysia dibuat secara spesifik sebagaimana yang diterangkan dalam Bab Tujuh (metodologi penyelidikan).

Hasil penemuan penyelidikan melalui kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah seterusnya diguna pakai dalam Bab Satu (pendahuluan) untuk membantu dalam menyokong pembentukan matlamat dan objektif penyelidikan manakala hasil penemuan penyelidikan melalui kaji selidik ke atas kerosakan bangunan pula diguna pakai dalam Bab Sembilan (analisa data dan rumusan) untuk menjawab objektif dan hipotesis penyelidikan yang disediakan dalam Bab Sebelas (penemuan dan kesimpulan).

1.3.3 Skop Penyelidikan yang Merangkumi Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah dan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
Dalam skop penyelidikan yang ketiga ini, liputan penyelidikan adalah dari segi kajian literatur dan kajian kes terhadap segala aspek yang berkaitan dengan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia yang diterangkan dalam Bab Lima (kerja pemuliharaan bangunan bersejarah). Kajian literatur ini menyentuh aspek yang berkaitan dengan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia secara umum seperti pendekatan kerja pemuliharaan dan rangka kerja pemuliharaan.

Seterusnya Bab Enam (penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah) menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia secara khusus. Antaranya ialah seperti kepentingan, penyediaan, rangka dan bentuk penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang baik. Selain daripada kajian literatur, liputan penyelidikan ini juga turut melibatkan kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia dibuat secara spesifik yang diterangkan dalam Bab Lapan (kajian kes). Hasil penemuan penyelidikan melalui kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah ini telah diguna pakai untuk menyediakan cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai untuk merawat kerosakan bangunan yang terdapat pada bangunan bersejarah di Malaysia sebagaimana yang disediakan dalam Bab Sepuluh (cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan).

1.4 Matlamat dan Objektif Penyelidikan
Matlamat dan objektif utama penyelidikan ini dilakukan ialah untuk mengenal pasti sejauh mana tahap kerosakan bangunan berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia dari aspek lokasi dan jenis kerosakan bangunan berkenaan berlaku. Selain daripada itu, matlamat dan objektif penyelidikan ini juga akan meninjau penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang dilaksanakan dalam projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia dari aspek tahap penyediaannya mengikut elemen kerja pemuliharaan secara spesifik dan ke atas projek pemuliharaan secara menyeluruh. Ianya adalah bertujuan untuk mencadangkan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai bagi merawat kerosakan umum bangunan bersejarah. Bagi mencapai matlamat utama dalam penyelidikan ini, sebanyak 3 objektif penyelidikan telah dibentuk seperti berikut:
i. Menyenaraikan jenis kerosakan umum bangunan yang sering berlaku pada elemen utama bangunan bersejarah di Malaysia.
ii. Menyemak tahap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan mengikut elemen kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.
iii. Mencadangkan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk merawat kerosakan umum bangunan bersejarah yang dipulihara di Malaysia.

1.5 Hipotesis Penyelidikan
Hipotesis bagi penyelidikan ini ialah kerosakan umum yang berlaku pada bangunan bersejarah di Malaysia hanya dapat dipulihara dengan berkesan melalui pemahaman yang mendalam terhadap penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang sesuai mengikut amalan kerja pemuliharaan di tapak projek pemuliharaan yang berlandaskan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul.

1.6 Batasan Penyelidikan
Batasan penyelidikan adalah merupakan satu bentuk deklarasi tanggungjawab seseorang penyelidik terhadap penyelidikan yang dijalankan. Batasan penyelidikan adalah amat penting kerana ia akan menghadkan bidang dan skop selaras dengan jangka masa yang ditetapkan. Tanpa batasan penyelidikan, dikhuatiri penyelidikan yang dijalankan akan melampaui bidang dan skop serta jangka masa yang diperuntukkan. Oleh yang demikian, dalam setiap penyelidikan yang dijalankan, selain daripada menentukan matlamat dan objektif yang spesifik, batasan penyelidikan juga perlu ditentukan pada peringkat awal sebelum ia dijalankan bertujuan untuk memastikan agar ia sentiasa berada dalam bidang dan skop penyelidikan yang diselidik.

Dalam pada masa yang sama, batasan penyelidikan yang sudah ditentukan lebih awal dapat digunakan sebagai hujah untuk menyangkal segala persoalan yang dikemukan kelak sekiranya ada berkaitan dengan kaedah penyelidikan yang digunakan seperti dari segi gaya penyelidikan, sampel penyelidikan dan jangka masa penyelidikan. Selaras dengan matlamat dan objektif penyelidikan yang telah ditetapkan, batasan penyelidikan berbentuk diskriptif ini merangkumi 3 peringkat seperti berikut:
i. Kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah.
ii. Kaji selidik ke atas kerosakan bangunan.
iii. Kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan.

1.6.1 Batasan Penyelidikan yang Merangkumi Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah
Dalam batasan penyelidikan pada peringkat yang pertama ini, telah ditetapkan bahawa penyelidikan yang dijalankan akan hanya meliputi bangunan bersejarah yang terdapat di 4 buah kawasan kajian di Semenanjung Malaysia iaitu Jejak Warisan Kuala Lumpur, Jejak Warisan Ipoh, Jejak Warisan George Town dan Jejak Warisan Melaka. Pemilihannya dibuat adalah kerana keempat-empat jejak warisan ini tersenarai bangunan bersejarah yang sedia ada dan ia dapat memudahkan serta menjimatkan masa penyelidikan. Manakala dari segi jangka masa penyelidikan yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah ini ialah selama 2 bulan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah dengan mengaplikasikan kaedah bancian yang mudah.

Pemilihan sebanyak 209 buah bangunan bersejarah sebagai sampel kajian lapangan di 4 buah kawasan kajian dibuat berdasarkan kepada fakta kesesuaian pemilihan bangunan bersejarah berkenaaan dengan kaedah sampel kawasan dan berkelompok yang dipilih iaitu dengan merujuk kepada senarai bangunan bersejarah yang telah disediakan sebelum ini oleh Badan Warisan Malaysia, Majlis Bandaraya Ipoh, Penang Heritage Trust dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Manakala batasan penyelidikan dari segi skop penyelidikan pula hanya akan menyentuh 10 aspek yang berkaitan dengan bangunan bersejarah dan pemuliharaan seperti berikut:
i. Penentuan lokasi bangunan bersejarah.
ii. Tahun bangunan bersejarah dibina.
iii. Kategori bangunan bersejarah.
iv. Kegunaan semasa bangunan bersejarah.
v. Keadaan semasa bangunan bersejarah.
vi. Tahap pemuliharaan bangunan bersejarah.
vii. Tahap kerosakan bangunan bersejarah.
viii. Elemen bangunan bersejarah yang mengalami kerosakan.
ix. Keperluan usaha pemuliharaan.
x. Kesesuaian pendekatan pemuliharaan yang telah digunakan.

1.6.2 Batasan Penyelidikan yang Merangkumi Kaji Selidik ke atas Kerosakan Bangunan
Dalam batasan penyelidikan pada peringkat yang kedua ini, telah ditetapkan bahawa penyelidikan yang dijalankan akan hanya meliputi bangunan bersejarah yang terdapat di 10 buah bandar di Semenanjung Malaysia iaitu Batu Gajah, Tanjung Malim, Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Banda Hilir, Kuala Lumpur, George Town, Alor Setar dan Johor Bahru. Pemilihannya dibuat berdasarkan kepada fakta kesesuaian pemilihan kawasan bandar berkenaaan dengan kaedah sampel kawasan dan berkelompok kerana di bandar ini terdapat banyak bangunan bersejarah yang boleh dijadikan sebagai sampel kaji selidik. Manakala dari segi jangka masa penyelidikan yang diperuntukkan untuk menjalankan kaji selidik ke atas kerosakan bangunan ini ialah selama 6 bulan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan pula ialah dengan mengaplikasikan kaedah tinjauan yang menyeluruh.

Pemilihan sebanyak 50 buah bangunan bersejarah sebagai sampel kaji selidik dibuat berdasarkan kepada fakta kesesuaian pemilihan bangunan bersejarah berkenaan dengan kaedah sampel rambang dan berstrata yang dipilih iaitu dengan hanya merujuk kepada senarai bangunan bersejarah yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan setempat. Manakala batasan penyelidikan dari segi skop penyelidikan pula hanya akan menyentuh aspek yang berkaitan dengan jenis kerosakan bangunan yang berlaku pada 10 elemen utama bangunan bersejarah seperti berikut:
i. Elemen dinding luar.
ii. Elemen dinding dalam.
iii. Elamen pintu dan kelengkapan.
iv. Elemen tingkap dan kelengkapan.
v. Elemen lantai bawah dan atas.
vi. Elemen tangga.
vii. Elemen siling.
viii. Elemen bumbung.
ix. Elemen kemudahan bangunan.
x. Lain-lain elemen.

1.6.3 Batasan Penyelidikan yang Merangkumi Kajian Kes ke atas Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
Dalam batasan penyelidikan pada peringkat yang ketiga ini, telah ditetapkan bahawa penyelidikan yang dijalankan akan hanya meliputi projek pemuliharaan bangunan bersejarah yang terdapat di 2 buah bandar di Semenanjung Malaysia iaitu Bandaraya Ipoh dan George Town. Manakala dari segi jangka masa penyelidikan yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan ini pula ialah selama 9 bulan dan ia melibatkan jumlah sampel sebanyak 4 buah projek pemuliharaan bangunan bersejarah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan pula ialah dengan mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian dokumentasi.

Pemilihan projek pemuliharaan bangunan bersejarah sebagai sampel kajian kes dibuat berdasarkan kepada fakta kemudahan untuk menjalankan kajian kes yang dekat dengan lokasi tempat tinggal kerana ia memerlukan penglibatan individu untuk turut berada di lokasi kajian kes secara sepenuh masa serta kemudahan untuk mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian kes di lokasi berkenaan. Projek pemuliharaan bangunan bersejarah yang dipilih juga hendaklah melibatkan kerja pemuliharaan yang menyeluruh dilaksanakan ke atas sebahagian besar elemen utama yang terdapat pada bangunan bersejarah berkenaan. Manakala batasan penyelidikan dari segi skop penyelidikan pula hanya menyentuh aspek yang berkaitan dengan kerja pemuliharaan ke atas projek pemuliharaan bangunan bersejarah seperti berikut:
i. Latar belakang sejarah bangunan.
ii. Maklumat ringkas projek pemuliharaan.
iii. Perlaksanaan kerja pemuliharaan yang diamalkan.
iv. Senarai dan bentuk penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan.
v. Kelemahan yang terdapat dalam penyataan kaedah kerja pemuliharaan.
vi. Hasil penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan.

Sehubungan itu, segala perkara yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan bangunan bersejarah, kerosakan bangunan, projek pemuliharaan dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang tidak dinyatakan secara terperinci dalam batasan penyelidikan seperti yang telah diterangkan dengan jelas sebelum ini adalah di luar bidang dan skop penyelidikan yang telah ditetapkan. Seterusnya ia tidak akan dipertimbangkan untuk dibincangkan dalam penyelidikan ini kerana berada di luar batasan penyelidikan. Berpandukan kepada deklarasi penyelidikan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini, maka secara tidak langsung ia telah menghadkan batasan penyelidikan kepada bidang dan skop yang lebih kecil dan spesifik. Oleh yang demikian, penyelidikan ke atas kerosakan bangunan dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia ini telah dijalankan tanpa berlakunya bias ke atas sampel penyelidikan yang dipilih serta dapat mengecilkan ralat ke atas keputusan analisa data yang diperolehi.

1.7 Perancangan Penyelidikan
Perancangan adalah amat penting dalam setiap penyelidikan kerana ia dapat dijadikan sebagai asas rujukan kepada seseorang penyelidik untuk menjalankan penyelidikan. Perancangan yang disediakan juga akan memudahkan penyelidikan dibuat bermula dari peringkat untuk mendapatkan tajuk hinggalah ke peringkat penulisan disertasi. Menurut Naoum (2001), tanpa perancangan yang terancang, berkemungkinan besar seseorang penyelidik akan menghadapi pelbagai masalah di peringkat menjalankan penyelidikan nanti. Oleh yang demikian, dalam setiap penyelidikan yang dijalankan, selain daripada menentukan batasan penyelidikan yang spesifik, perancangan juga perlu ditentukan pada peringkat awal sebelum sesuatu penyelidikan itu dijalankan.

Perancangan adalah bertujuan untuk memastikan agar penyelidikan yang dijalankan sentiasa berada dalam bidang dan skop yang diselidik. Serta yang paling penting dapat menghasilkan penemuan yang pada akhirnya dapat menjawab semua matlamat dan objektif serta hipotetsis penyelidikan yang telah ditetapkan sebelum ini dengan disertakan fakta dan bukti yang jelas tanpa sebarang keraguan. Perancangan bagi penyelidikan ini ada diterangkan dengan lebih mendalam dalam Bab Tujuh (metodologi penyelidikan). Rajah 1.1 menunjukkan secara ringkas perancangan penyelidikan yang dilaksanakan.

Rajah 1.1: Perancangan penyelidikan.

1.8 Organisasi Disertasi
Kandungan disertasi ini terdiri daripada beberapa bab. Pembahagian antara bab ini dibuat berdasarkan kepada kesesuaian kandungannya mengikut bidang serta skop penyelidikan dengan merujuk kepada garis panduan penyediaan disertasi yang telah ditetapkan oleh Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malysia (Ramli Mohamed et al. (ed.), 2004). Sebanyak 11 bab telah disediakan dalam disertasi ini. Ringkasan kandungannya adalah seperti berikut:

1.8.1 Bab Satu iaitu Pendahuluan
Bab satu ini menerangkan mengenai isu pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia dan diikuti dengan penyataan isu dan masalah yang berkaitan dengan pemuliharaan. Seterusnya dalam bab ini menerangkan mengenai sorotan penyelidikan terdahulu yang akan membawa kepada pembentukan skop penyelidikan, matlamat dan objektif penyelidikan serta hipotesis penyelidikan. Selain daripada itu, batasan penyelidikan juga ada diterangkan dalam bab ini dan diakhiri dengan perancangan penyelidikan serta organisasi disertasi.

1.8.2 Bab Dua iaitu Kajian Literatur
Bab dua pula adalah mengenai maksud pemuliharaan dan diikuti dengan usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Seterusnya dalam bab ini menerangkan kepentingan pemuliharaan, prinsip pemuliharaan, falsafah pemuliharaan dan etika pemuliharaan. Selain daripada itu, sejarah pemuliharaan, pihak yang berkaitan dengan pemuliharaan, peraturan dan perundangan pemuliharaan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan juga ada diterangkan dalam bab ini dan diakhiri dengan garis panduan pemuliharaan.

1.8.3 Bab Tiga iaitu Bangunan Bersejarah di Malaysia
Seterusnya bab tiga menjelaskan mengenai maksud warisan dan klasifikasi warisan. Seterusnya dalam bab ini menerangkan maksud bangunan bersejarah diikuti dengan klasifikasi bangunan bersejarah dan reka bentuk seni bina bangunan bersejarah di Malaysia. Selain daripada itu, penyenaraian bangunan bersejarah juga ada diterangkan dalam bab ini dan diakhiri dengan pewartaan bangunan bersejarah.

1.8.4 Bab Empat iaitu Pemeriksaan dan Kerosakan Bangunan Bersejarah
Manakala bab empat menghuraikan mengenai maksud pemeriksaan bangunan dan diikuti dengan jenis-jenis pemeriksaan bangunan, tujuan dan skop pemeriksaan bangunan. Seterusnya dalam bab ini menerangkan persediaan awalan pemeriksaan bangunan, peralatan pemeriksaan bangunan, lokasi pemeriksaan bangunan dan kaedah pemeriksaan bangunan. Selain daripada itu, maksud kerosakan bangunan, punca dan agen kerosakan bangunan serta jenis-jenis kerosakan bangunan yang berlaku pada bangunan bersejarah di Malaysia juga diterangkan dalam bab ini. Akhir sekali kaedah diagnosis kerosakan bangunan serta laporan kerosakan bangunan turut diterangkan dalam bab ini.

1.8.5 Bab Lima iaitu Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Bab lima pula menyatakan mengenai maksud kerja pemuliharaan secara umum. Seterusnya dalam bab ini menerangkan pendekatan kerja pemuliharaan yang sering di amalkan oleh pemulihara bangunan yang meliputi kaedah kerja yang pelbagai. Selain daripada itu, rangka kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia yang sering menjadi amalan pada kebanyakan projek pemuliharaan turut diterangkan dalam bab ini.

1.8.6 Bab Enam iaitu Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Dalam bab enam ia menjelaskan mengenai maksud penyataan kaedah kerja pemuliharaan, kepentingan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dan penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Seterusnya dalam bab ini menerangkan rangka penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dan diakhiri dengan bentuk penyataan kaedah kerja pemuliharaan.

1.8.7 Bab Tujuh iaitu Metodologi Penyelidikan
Seterusnya bab tujuh adalah berkaitan maksud penyelidikan dan diikuti dengan keperluan penyelidikan, klasifikasi dan bentuk penyelidikan, gaya penyelidikan dan proses penyelidikan. Seterusnya dalam bab ini menerangkan kaedah penyelidikan yang digunakan iaitu kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah dan kaji selidik ke atas kerosakan bangunan bersejarah di Malaysia. Antara perkara yang diterangkan ialah tujuan utama penyelidikan, perkara utama yang diberi perhatian, gaya penyelidikan, jenis sampel penyelidikan, jangka masa penyelidikan dan diakhiri dengan senarai sampel bangunan bersejarah yang diselidik.

1.8.8 Bab Lapan iaitu Kajian Kes
Manakala bab lapan menjelaskan mengenai tujuan utama kajian kes dijalankan dan diikuti dengan perkara utama yang diberi perhatian dalam kajian kes. Seterusnya dalam bab ini menerangkan gaya penyelidikan kajian kes, jenis sampel kajian kes dan jangka masa kajian kes dijalankan. Antara perkara yang diterangkan ialah latar belakang sejarah bangunan, maklumat ringkas projek pemuliharaan, perlaksanaan kerja pemuliharaan, senarai dan bentuk penyataan kaedah kerja pemuliharaan, kelemahan yang terdapat dalam penyataan kaedah kerja pemuliharaan, hasil penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dan diakhiri dengan senarai lengkap penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang telah dikenalpasti dalam kajian kes projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia yang diselidik.

1.8.9 Bab Sembilan iaitu Analisa dan Rumusan Data
Dalam bab sembilan ia menghuraikan mengenai kaedah menganalisa data. Seterusnya dalam bab ini menerangkan segala keputusan analisa data dan rumusan analisa data untuk kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah serta kaji selidik ke atas kerosakan bangunan. Ia diakhiri dengan segala keputusan analisa data dan rumusan analisa data untuk kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.

1.8.10 Bab Sepuluh iaitu Cadangan Penyataan Kaedah Kerja Pemuliharaan
Bab sepuluh pula adalah berkaitan asas penyediaan penyataan kaedah kerja pemuliharaan dan diikuti dengan cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan untuk merawat kerosakan umum bangunan. Antara 10 cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang disediakan ialah untuk kerja pemuliharaan kemasan cat pada elemen pintu, tingkap dan kelengkapan; kerja pemuliharaan kemasan cat pada elemen dinding luar dan dalam; kerja rawatan kelembapan pada elemen dinding luar dan dalam; kerja rawatan penyahgaraman pada elemen dinding luar; kerja pelupusan tumbuhan liar dan organik pada elemen dinding luar; kerja pemuliharaan kemasan lantai pada elemen lantai bawah dan atas; kerja pemuliharaan lepa dinding pada elemen dinding luar; kerja pemuliharaan kemasan siling pada elemen siling; kerja pemuliharaan genting bumbung pada elemen bumbung; dan diakhiri dengan kerja pemuliharaan kerangka serta daun pintu dan tingkap pada elemen pintu, tingkap dan kelengkapan.

1.8.11 Bab Sebelas iaitu Penemuan dan Kesimpulan
Akhir sekali bab sebelas menerangkan mengenai penemuan penyelidikan berkaitan kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia, kaji selidik ke atas kerosakan bangunan, kajian kes ke atas penyataan kaedah kerja pemuliharaan dan cadangan penyataan kaedah kerja pemuliharaan bagi menjawab ketiga-tiga matlamat dan objektif penyelidikan yang telah ditetapkan sebelum ini. Selain daripada itu, hipotesis penyelidikan yang telah berjaya diselesaikan juga ada diterangkan dalam bab ini dan diakhiri dengan kesimpulan dan cadangan penyelidikan. Rajah 1.2 menunjukkan ringkasan organisasi disertasi yang dilaksanakan.

Rajah 1.2: Ringkasan organisasi disertasi.

1.9 Kesimpulan
Bangunan bersejarah yang terdapat di negara ini mempunyai reka bentuk seni bina yang menarik dan ada di antaranya memang terkenal sebagai ikon pada sesebuah bandar tersebut seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys di Melaka, Istana Kenangan di Perak, Balai Nobat di Kedah dan lain-lain lagi. Namun begitu, sehingga kini masih terdapat sebahagian daripada bangunan bersejarah ini yang tidak dipulihara dengan baik dan sedang mengalami masalah kerosakan bangunan yang boleh dianggap membimbangkan. Sungguhpun usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia telah dan sedang dijalankan secara berterusan namun begitu ia masih berada di peringkat awal dan belum mencukupi.

Sehubungan dengan itu, segala isu dan masalah yang sedang dihadapi oleh bangunan bersejarah di Malaysia sewajarnya diberi perhatian yang khusus oleh semua pihak dalam usaha untuk memuliharanya dari terus diancam kemusnahan yang berpunca daripada masalah kerosakan bangunan. Selain daripada itu, sudah tiba masanya pendekatan kerja pemuliharaan yang salah yang selama ini menjadi amalan kerja pemuliharaan di kebanyakan projek pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia diperbetulkan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi membudayakan etika kerja pemuliharaan yang baik. Salah satu pendekatannya ialah dengan cara memperkenalkan penyataan kaedah kerja pemuliharaan yang berlandaskan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaaan yang betul.

Melalui pendekatan ini secara tidak langsung ianya dapat membantu pihak kontraktor bangunan dan perunding pemuliharaan dalam usaha untuk merawat kerosakan bangunan yang sering terjadi pada kebanyakan elemen bangunan bersejarah di Malaysia. Adalah diharapkan melalui disertasi penyelidikan ini ianya berupaya untuk mengenal pasti jenis kerosakan umum yang sering berlaku pada kebanyakan bangunan bersejarah di Malaysia dan seterusnya mencadangkan penyataan kaedah pemuliharaan yang betul dalam usaha untuk merawat kerosakan bangunan berkenaan. Melalui penyelidikan ini juga diharap dapat menyumbang dalam membudaya dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.