Organised by: University Of Malaya, Malaysia
Kamarul Syahril Bin Kamal1, Prof. Madya Dr. A. Ghafar Bin Ahmad2, Lilawati Bte Ab. Wahab1 dan Mohd Azian Bin Zaidi1
¹Universiti Teknologi MARA, Malaysia
²Universiti Sains Malaysia
¹Universiti Teknologi MARA, Malaysia
²Universiti Sains Malaysia
ABSTRAK
Sebagaimana yang kita semua maklum, kebanyakan Rumah Melayu Tradisional yang terdapat di Malaysia yang diperbuat daripada bahan asas utamanya seperti kayu, buluh dan rotan tidak dapat lari dari mengalami sebarang masalah seperti kecacatan dan kerosakan. Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan telah dijalankan ke atas sebuah Rumah Melayu Tradisional dalam usaha untuk mengenalpasti punca penyebab kecacatan dan kerosakan ini dari sering berlaku, lokasi dimana kecacatan dan kerosakan umum ini sering berlaku dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagaimana untuk mengatasi masalah berkenaan. Sebuah Rumah Kutai yang terletak di Kampung Aji Bota, Perak telah dipilih sebagai bahan kajian memandangkan ciri-ciri dan keadaan struktur yang terdapat pada Rumah Kutai ini mempunyai banyak kesan kecacatan dan kerosakan. Secara umumnya kecacatan dan kerosakan boleh berlaku atas banyak sebab. Antaranya ialah tiada penjagaan dan penyelenggaraan berkala yang baik ke atas rumah berkenaan menyebabkan rumah ini mudah rosak. Bahan pembinaan yang digunakan seperti kayu membolehkan ia mudah diserang oleh serangga pemakan kayu seperti kumbang perosak dan anai-anai. Selain daripada itu, faktor cuaca di negara ini juga boleh menyebabkan struktur kayu sesebuah rumah mudah mereput dan dilitupi oleh cendawan serta kulat. Sehubungan dengan itu, lanjutan daripada penyelidikan yang telah dilakukan, kerja-kerja pengekalan dan pemuliharaan ke atas Rumah Kutai ini bolehlah dilakukan dengan kadar segera setelah hasil laporan disediakan. Sekiranya tiada tindakan susulan dilakukan dengan kadar segera, nescaya Rumah Kutai yang amat bernilai dari kesan sejarah dan senibinanya ini akan musnah dan pupus selamanya.
Kata kunci: kajian dilapidasi, kecacatan, kerosakan, pemuliharaan, rumah kutai.
PENGENALAN RUMAH KUTAI : RUMAH MELAYU TRADISIONAL NEGERI PERAK
Rumah Kutai adalah satu bentuk senibina tertua di Negeri Perak di mana ianya telah wujud hampir 200 tahun yang lalu. Rekabentuk Rumah Kutai juga hanya terdapat di Negeri Perak sahaja. Selain daripada itu, rekabentuk pembinaan Rumah Kutai yang tidak menggunakan paku sebaliknya dibina hanya dengan menggunakan seni ikatan sendi serta penggunaan bahan binaan seperti lantai jeria, struktur bumbung yang unik, bentuk pintu gelangsar dan bentuk tingkapnya yang tersendiri memang tidak pernah terdapat pada lain-lain unsur senibina Rumah Melayu Tradisional lain. Berdasarkaan kajian, penempatan Rumah Kutai adalah terhad di sekitar tebing Sungai Perak sahaja dan ini merupakan salah satu faktor utama mengapa kemusnahan mudah berlaku kepadanya seperti banjir besar yang pernah berlaku pada tahun 1926 telah memusnahkan begitu banyak Rumah Kutai yang terdapat di sepanjang tebing Sungai Perak (Abdul Halim Nasir, 1988). Mamandangkan jumlah bilangan Rumah Kutai yang semakin berkurangan, maka satu kajian telah dilakukan dalam usaha untuk mengenalpasti punca kecacatan dan kerosakan umum yang sering berlaku ke atas Rumah Kutai di Negeri Perak.

KAJIAN DILAPIDASI BANGUNAN
Merujuk kepada pendapat Dr. A. Ghafar Ahmad (2004), kajian dilapidasi bangunan adalah merupakan satu kerja pemeriksaan kerosakan dan kecacatan sesebuah bangunan sebelum sesuatu kerja pemuliharaan atau penyelenggaraan bangunan dibuat. Matlamat utama pemeriksaan adalah untuk membekalkan maklumat secukupnya sebagai panduan dan mengenalpasti tindakan lanjutan ke atas bangunan serta sumber yang diperlukan. Ia tidak terhad kepada bangunan lama atau bersejarah sahaja tetapi juga kepada bangunan–bangunan baru. Ia perlu dilakukan oleh profesion yang dilatih khas agar laporan yang dihasilkan komprehensif dan lengkap. Kajian dilapidasi ini boleh dilakukan dengan berpandukan kaedah-kaedah dan panduan yang telah ditetapkan supaya kualiti pemeriksaan yang dijalankan terjamin. Penyiasat perlulah memahami jenis-jenis dan penyebab sesuatu kerosakan atau kecacatan bangunan. Fakta dan maklumat pemeriksaan mestilah lengkap dan yang paling utama ialah ia mestilah mudah difahami untuk memudahkan semua pihak yang terlibat dalam kerja pemuliharaan atau pembaikan nanti. Laporan yang dihasilkan perlulah merangkumi prestasi semasa dan juga perkembangan kerosakan yang berlaku. Ini bertujuan bagi mendapatkan cara pembaikan bangunan yang betul dan ekonomi. Sekiranya pemeriksaan tidak dijalankan dengan baik kemungkinan pembaikan ekonomi dan efektif tidak dapat dihasilkan. Manakala Dr. Ahmad Ramly (2004) berpendapat bahawa antara tujuan utama sesuatu pemeriksaan dijalankan adalah untuk mengenalpasti keadaan fizikal, fabrik atau kerangka tertentu bangunan yang tersembunyi; menentukan luas kawasan fizikal yang rosak atau yang cacat; meramalkan baki kekuatan sesuatu elemen atau struktur yang telah lama; menyediakan asas bagi kerja-kerja pembaikan yang betul atau kerja-kerja penyambungan kepada bangunan lama atau sedia ada; menetapkan nilai sebenar sesuatu bangunan setelah diambilkira kecacatan yang ada; menyediakan asas dan maklumat rekabentuk masa hadapan; dan mengetahui jika bangunan telah melalui kerja-kerja rombakan, penyambungan atau perobohan di masa lalu. Manakala di antara ciri- ciri penyiasat kajian dilapidasi yang baik pula ialah seperti mempunyai penguasaan ilmu dan praktikal yang baik tentang kefahaman, proses pembinaan bangunan dan bahan-bahannya; mempunyai kemampuan untuk melakar atau melukis binaan bangunan dan pemasangan perkhidmatan yang terdapat dalam bangunan; memahami konsep rekabentuk dan asas struktur serta kemampuan daya tahan atau beban struktur; mengetahui tanda-tanda kerosakan serta penyebab dan kesannya; berpengetahuan menggunakan peralatan pemeriksaan kecacatan bangunan yang baik; dan memahami keperluan keselamatan pekerja ketika menjalankan kerja-kerja pemeriksaan bangunan.
KAEDAH PEMERIKSAAN DAN KELENGKAPAN PENGUKURAN
Kaedah pengukuran secara visual telah dikenalpasti sebagai kaedah terbaik dalam usaha untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sesebuah bangunan. Kaedah pengukuran secara visual ini juga telah terbukti keberkesanannya sepertimana yang telah dilakukan dalam Projek Pemuliharaan Balai Besar, Alor Setar Kedah. Kaedah ini menurut pendapat Zuraini Md Ali (2001) dapat memberi maklumat awalan yang baik terutama sekali pada keadaan fizikal bangunan, disamping maklumat keadaan bangunan secara keseluruhan. Dari segi kelengkapan pula, kajian dilapidasi ini melibatkan tugas menganalisa maklumat yang terperinci. Seseorang penyiasat itu merujuk kepada Dr. Ahmad Ramly (2004) perlu menggunakan semua medium yang ada mengikut kesesuaian bangunan yang akan diperiksanya. Antara pemeriksaan yang akan dilakukan adalah ke atas fabrik, struktur dan pemeriksaan masalah tapak. Dalam kerja pemeriksaan yang akan dijalankan, peralatan dan kelengkapan yang lengkap memainkan peranan penting bagi menghasilkan laporan yang baik. Kelengkapan dan peralatan perlu dimiliki bagi memenuhi empat tujuan iaitu:
1. Menjalankan pemeriksaan kecacatan atau kerosakan semasa.
2. Menjalankan kerja-kerja pemantauan prestasi ataupun masalah bangunan dalam jangkamasa yang panjang.
3. Bagi tujuan penyelidikan.
4. Bagi tujuan pengujian.
Bagi menjalankan kajian dilapidasi ke atas Rumah Kutai ini, beberapa peralatan telah digunakan dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Kamera - Kamera digital dengan kemudahan zoom telah digunakan. Ini merupakan bonus kerana ia lebih efisien bagi mengambil gambar elemen, bahan atau komponen bangunan yang jauh, tinggi atau sukar dirapati. Gambar-gambar juga boleh disalur terus ke komputer.
2 Alat pencahayaan - Sumber cahaya di dalam Rumah Kutai adalah terlalu terhad kerana dilindungi oleh pokok rimbun disekelilingnya. Oleh yang demikian lampu suluh digunakan bagi membantu menambah pencahayaan ketika kerja pemeriksaan dijalankan.
3. Teropong dan kanta pembesar - Teropong digunakan bagi melihat objek jauh dan sukar dirapati manakala kanta pembesar digunakan untuk objek dekat yang memerlukan pemeriksaan lebih terperinci seperti pemeriksaan ke atas kecacatan dan kerosakan kayu.
4. Pengukur rupabentuk - Alat pengukur yang digunakan di dalam melakukan kajian dilapidasi kali ini ialah alat teodolit, pengaras aras, kompas prismatik, batu ladong dan pengaras air yang mana ianya digunakan bagi mengukur kedudukan fizikal rumah kutai serta digunakan ketika membuat kerja pengukuran untuk menghasilkan lukisan terukur.
Kajian dilapidasi ini amat penting dilakukan sebelum sesuatu kerja pemuliharaan atau pembaikan dijalankan. Tanpa kajian dilapidasi yang baik dan lengkap, adalah sukar sesuatu kerja itu hendak dijalankan. Hasil kajian dilapidasi ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana spesifikasi kerja pemuliharaan dan pembaikan dapat dijalankan seterusnya (Yahaya Ahmad & Zuraini Md Ali, 2000). Selain daripada itu, penghasilan lukisan terukur dan lukisan terperinci yang lengkap yang mengandungi kesemua pelan lantai, bumbung, tampak dan keratan bangunan juga perlu disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan penyediaan laporan kajian dilapidasi. Ini adalah kerana segala butiran kecacatan dan kerosakan yang telah dikenalpasti sewaktu kerja pemeriksaan dilakukan dapat dicatatkan dalam lukisan terukur berkenaan.
PUNCA-PUNCA KECACATAN DAN KEROSAKAN UMUM : KAJIAN KES RUMAH KUTAI
Rumah Kutai yang terletak di Kampung Aji Bota ini telah dijadikan sebagai kajian kes memandangkan Rumah Kutai ini telah terbiar agak lama semenjak pemilik rumah berpindah. Walaupun struktur Rumah Kutai ini telah berusia lebih dari 100 tahun, namun begitu struktur rumah seperti tiang, rasuk, gelegar, tiang, tunjuk langit dan kasau masih berkeadaan baik jika diukur dari segi usia rumah. Walau bagaimanapun, sebahagian besarnya telah diserang oleh serangga pengorek kayu, dimakan anai-anai dan ditumbuhi cendawan reput lembab dan kering. Manakala komponen yang bukan membentuk struktur utama seperti bingkai pintu dan tingkap, siling dan kayu hiasan banyak yang telah reput, patah dan hilang. Tiang-tiang utama iaitu kesemua 16 tiang masih lagi kekal. Dari segi bahagian rumah yang asal, yang masih kekal adalah rumah ibu manakala ruang anjung dan ruang dapur telah musnah atau runtuh. Rumah Kutai yang tidak lagi diselenggara ini telah mengalami pelbagai kerosakan dan kecacatan akibat terdedah kepada kelembapan dan kepanasan. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan melalui pemerhatian dan pemeriksaan secara visual, didapati bahawa antara faktor-faktor yang telah menyebabkan kerosakan pada struktur kayu Rumah Kutai ini adalah seperti berikut:
1. Kerosakan kerana faktor cuaca.
2. Kerosakan kerana serangga pengorek kayu.
3. Kerosakan kerana serangan anai-anai.
4. Kerosakan kerana kulat atau cendawan reput lembab dan kering.
5. Kerosakan kerana faktor usia dan tiada penyelenggaraan.
1. Kerosakan Kerana Faktor Cuaca
Sebagaimana yang kita semua maklum, keadaan persekitaran memberi kesan yang besar terhadap ketahanan kayu terutamanya kayu-kayu di bahagian luar. Dalam cuaca yang lembab, kayu akan menyerap kelembapan persekitaran, dan kayu tersebut akan mengembang. Sebaliknya apabila cuaca kering, kayu akan mengecut. Proses pengeringan dan pengecutan mengakibatkan terjadinya keretakan pada permukaan kayu. Sinaran matahari dan tiupan angin pula akan mempercepatkan proses pengeringan permukaan kayu. Kayu yang pecah di bahagian permukaan ini akan membenarkan kelembapan meresap, akibatnya kayu akan menjadi rapuh dan berlakulah keretakan yang lebih besar. Seterusnya kelembapan di dalam kayu akan mempercepatkan proses pereputan daripada terjadi. Kerosakan dan kecacatan yang dapat dilihat kesan daripada kesan terdedah kepada faktor cuaca ialah kerosakan pada permukaan seperti perubahan warna, permukaan kasar, serabut kayu timbul dan menjadi lembut, dan terhakis apabila hujan. Akibat daripada pengecutan pula menyebabkan kecacatan seperti permukaan kayu retak, terbelah dan merubah bentuk asal seperti terpulas. Kesan-kesan kerosakan akibat terdedah kepada cuaca dapat dilihat pada hampir keseluruhan struktur kayu Rumah Kutai berkenaan.
2. Kerosakan Kerana Serangga Pengorek Kayu
Sebahagian kecil daripada kerosakan yang terdapat pada struktur kayu Rumah Kutai ini ialah disebabkan oleh terdapatnya larva beberapa jenis kumbang atau gegat kayu yang menghabiskan masa hidupnya di dalam batang kayu dan memakan tisu-tisu kayu. Saiz lubang yang dibuat oleh serangga ini adalah berubah-ubah dengan saiz pusat antara 5mm hingga 25mm dengan penjangnya beberapa sentimeter dan boleh dilihat dengan jelas pada permukaan atau struktur kayu yang diserang. Antara kumbang yang telah dikenalpasti terdapat pada struktur kayu Rumah Kutai ini ialah dari jenis ‘Powder Post’ (Lyctus Brunneus).
3. Kerosakan Kerana Serangan Anai-Anai
Serangan anai-anai secara umumnya boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk ke atas Rumah Kutai ini. Anai-anai membuat lubang di dalam tanah dan membiak di tempat yang lembab serta pada timbunan kayu. Anai-anai hidup dengan menggunakan kayu-kayu yang telah mati sebagai sumber bahan makanannya. Antara tempat yang sering diserang anai-anai adalah seperti bumbung, tingkap, pintu, rangka kayu, siling dan gelegar lantai. Struktur kayu akan hilang kekuatannya dan menjadi reput akibat daripada serangan anai-anai. Terdapat dua jenis anai-anai yang sering menyerang kayu iaitu yang pertama anai-anai bawah tanah iaitu ‘Subterranean Termites’ (Coptotermes Curvignathus) yang bersarang dan membiak di bawah tanah yang lembab. Kerosakan kayu akibat serangan anai-anai dapat dilihat pada tiang-tiang dan gelegar lantai Rumah Kutai serta anai-anai yang bersarang dan membiak dalam struktur kayu yang lembab. Anai-anai yang kedua ialah anai-anai kayu kering iaitu ‘Drywood Termites’ (Cryptotermes Cynocephalus) yang hidup dalam kawasan yang kering dan memakan tisu-tisu kayu kering. Anai-anai jenis ini sukar dikesan kerana memakan kayu di bahagian dalam sahaja. Ciri-ciri serangan oleh anai-anai ini secara umum dapatlah dikesan melalui bunyi kosong apabila kayu diketuk dari permukaan luar dan sisi permukaan kayu yang telah dimakannya adalah bersih dan licin. Keadaan ini terdapat pada sebahagian struktur tiang Rumah Kutai. Sisi permukaan tiang rumah kutai agak bersih dan nampak kukuh berbanding struktur yang lain.
4. Kerosakan Kerana Kulat atau Cendawan Reput Lembab dan Kering
Struktur kayu juga boleh menjadi reput apabila diserang atau ditumbuhi oleh kulat atau cendawan. Kulat atau cendawan ini merupakan sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai klorofil dan mereka mendapat bahan yang mengandungi zat makanan melalui tumbuhan atau organisme yang terdapat pada struktur kayu. Kulat atau cendawan yang menyerang kayu lembab akan menyebabkan reput lembab manakala kulat atau cendawan yang menyerang kayu kering pula boleh menyebabkan reput kering. Ciri-ciri permukaan kayu yang diserang oleh kulat atau cendawan ini boleh dilihat dengan jelas pada permukaan kayu yang mana keadaan kayu tersebut akan berubah menjadi lebih gelap. Sel-sel kayu yang diserang akan musnah, diikuti dengan pengecutan kayu, keretakan dan akhirnya reput serta runtuh. Ada juga yang menyebabkan permukaan kayu menjadi kehijauan seperti lumut dan lebih cerah serta berserabut.
5. Kerosakan Kerana Faktor Usia dan Tiada Penyelenggaraan
Rumah Kutai ini secara umumnya telah tidak lagi dihuni kerana warisnya telahpun berpindah. Keadaannya yang terbiar kepada faktor cuaca dan serangan serangga perosak, anai-anai dan kulat serta cendawan yang teruk telah mengakibatkan mutu struktur bahan binaan menjadi semakin merosot. Selain daripada masalah pereputan kayu, kayu pecah dan patah, masalah ketiadaan penyelenggaran ke atas rumah yang telah tua ini juga telah mengakibatkan beberapa bahagian dan komponen rumah telah musnah dan hilang. Kehilangan beberapa komponen rumah seperti rangka pintu, hiasan pada bingkai dan birai dinding termasuklah panel dinding rumah merupakan satu kerugian yang amat besar dari nilai bahan binaan Rumah Kutai ini. Selain daripada kerosakan akibat kelembapan dan serangan anai-anai, terdapat juga komponen-komponen asal rumah yang telah ditukar baru seperti papan lantai dan atap bumbung. Namun tanpa penyenggaraan bahan baru ini juga mengalami kerosakan.
Sehubungan dengan itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa Rumah Kutai ini semakin hari semakin usang serta berada dalam tahap bahaya kerana tiada penyelenggaraan setelah ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak sekian lama. Sehubungan dengan itu, adalah disarankan agar kerja-kerja pengekalan dan pemuliharaan perlu dilakukan dengan segera dalam usaha untuk memulihara Rumah Kutai ini sebelum ia pupus ditelan zaman.
CADANGAN PEMULIHARAAN
Bagi kajian kes Rumah Kutai Kampung Aji Bota Kiri ini, hasil daripada kajian yang telah dijalankan ke atasnya, didapati bahawa terdapat banyak elemen yang mengalami kecacatan dan kerosakan. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan agar kerja pengekalan, pemuliharaan dan pembaikan segera pada peringkat kerja yang seterusnya adalah perlu dilakukan seperti berikut:
1. Melindungi keseluruhan bangunan dan elemennya daripada terus rosak akibat faktor cuaca.
2. Menjalankan rawatan pencegahan anai-anai dengan kadar SEGERA pada keseluruhan struktur rumah untuk mematikan semua anai-anai yang ada termasuk serangga pengorek kayu.
3. Menjalankan kerja pencucian dengan kadar SEGERA ke atas struktur kerangka bangunan yang diserang kulat serta cendawan reput lembab dan kering.
4. Membuang dengan kadar SEGERA sarang anai-anai yang terdapat pada keseluruhan struktur rumah.
5. Mencuci dan membersih ruang dalam rumah yang dipenuhi dengan najis kelawar.
6. Membaiki struktur kerangka bumbung yang telah rosak teruk dimakan anai-anai dan serangan serangga pengorek kayu seperti pada tulang bumbung, alang panjang, alang pendek, alang lintang, kasau jantan, kasau betina dan tunjuk langit.
7. Menggantikan anyaman daun tepas yang terdapat pada peran rumah.
8. Menggantikan kepingan papan dinding yang telah tertanggal dan hilang.
9. Menanggal keluar kepingan daun tepas berkelarai pada muka tebar layarnya yang telah rosak.
10. Menggantikan jeriji bulat pada tingkap jenguk yang telah hilang.
11. Menggantikan daun tingkap yang telah tertanggal pada tingkap utama.
12. Menggantikan keseluruhan papan lantai yang telah tertanggal dan reput.
13. Menggantikan keseluruhan gelegar lantai yang telah rosak diserang kulat atau cendawan reput kering dan lembab.
14. Menggantikan tiang rumah yang telah rosak teruk dimakan anai-anai dan serangan serangga pengorek kayu.
15. Membersih dan membaiki para yang terdapat di bawah rumah.
16. Membina semula tangga hadapan rumah yang telah hilang.
17. Membina semula struktur rumah yang telah runtuh seperti di bahagian anjung dan dapur.
18. Membina semula struktur rumah yang telah runtuh seperti di bahagian dapur dan bilik air.
19. Membersihkan permukaan dinding dalam yang ditampal dengan surat khabar.
20. Membersihkan kawasan persekitaran rumah yang dipenuhi semak samun dan menjalankan kerja lanskap untuk mengindahkan kawasan persekitaran.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa di Negeri Perak masih terdapat satu rekabentuk senibina Rumah Melayu Tradisional yang berusia tua, iaitu Rumah Kutai. Saki-baki rumah tersebut yang masih ada kini tidak sampai 100 buah dan semuanya berusia tua antara 80-90 tahun dan ada yang telah menjangkau lebih dari 100 tahun. Umur yang setua ini pada hakikatnya sukar untuk bertahan lebih lama, sekurang-kurangnya antara 10 atau 20 tahun lagi. Jikalau tidak musnah oleh ketuaannya, mungkin ada sebab lain pula ia akan musnah seperti mungkin disebabkan oleh arus pembangunan yang menghimpitkan kawasan persekitarannya. Kawasan-kawasan yang terdapat penempatan Rumah Kutai, terutama sekali di Daerah Perak Tengah yang terkenal dengan kesan-kesan sejarah, sepatutnya hendaklah dimajukan sebagai pusat pelancongan. Rumah Kutai merupakan salah satu daya penarik yang difikirkan sesuai untuk dijadikan pusat tumpuan pelancong. Rumah yang dirasakan berpotensi hendaklah dibaiki dan dipulihkan supaya kelihatan lebih menarik. Kerja baik pulih ini hendaklah meliputi juga penggantian beberapa ragam hias pada senibina Rumah Kutai tersebut, seperti menambahkan ukiran pada tangga, bendul, jenang, tebar layar dan dindingnya tanpa menghilangkan identiti senibinanya. Sehubungan dengan itu satu langkah segera dan berkesan haruslah diambil dalam usaha untuk menyelamatkan senibina Rumah Kutai yang masih kekal ini. Jika tidak kita akan kehilangan satu warisan kebudayaan yang tiada gantinya.
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
1. Abdul Halim Nasir (1985) Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia. Darulfikir, Kuala Lumpur.
2. Abdul Halim Nasir (1988) Rumah Kutai : Satu Warisan Senibina Tertua Di Perak. Persatuan Muzium Malaysia Muzium Negara, Kuala Lumpur.
3. Ahmad Nizam Radzi (1998) Modern Architecture : The Encyclopedia Of Malaysia Architecture Volume 5. Archipelago Press, Singapore.
4. Badan Warisan Malaysia (1990) Handbook Malaysian Architectural Heritage Survey. Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur.
5. Dr. A. Ghafar Ahmad (1994) Why Building Decay. http://www.hbp.usm.my/conservation/SeminarPaper/DECAY.html.
6. Dr. A. Ghafar Ahmad (2004) The Dilapidation Survey Report. http://www.hbp.usm.my/conservation/DilapidationSurvey.htm.
7. Dr. Ahmad Ramly (2003) Panduan Kerja-Kerja Pemeriksaan Kecacatan Bangunan. Building & Urban Development Institute (BUDI), Kuala Lumpur.
8. Dr. Zulkifli Hanafi (1996) Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu. Amber Solara Publication, Kedah.
9. Ismail Said & Ahmad Saifuddin Abdullah (2001) Spesis-Spesis Kayu Dalam Seni Ukiran Melayu. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
10. Jabatan Rekabentuk Dalaman (1997) Projek Rumah Angkat. ITM Cawangan Perak, Perak.
11. Kamarul Syahril Kamal, Lilawati Abdul Wahab, Mohd Fareh Majid (2005) Projek Dokumentasi Rumah Kutai, Rumah Angkat UiTM Cawangan Perak. Institut Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan UiTM, Shah Alam.
12. Mat Lazim Zakaria (2001) Bahan Dan Binaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
13. Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (2004) The Encyclopedia Of Malaysia Early History. Archipelago Press, Singapore.
14. Yahaya Ahmad & Zuraini Md Ali (2000) Skop Kerja Konservasi Bangunan Balai Besar Alor Setar, Kedah. Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM), Kuala Lumpur.
15. Zuraini Md Ali (2001) Penilaian Keadaan Bangunan Dan Kerja-Kerja Pengukuran Struktur Kayu (Bahagian 1): Pemuliharaan Bangunan Istana Balai Besar, Alor Setar, Kedah. Artikel The Malaysian Surveyour.

do you know any old houses in brunei in the year 1950's, such as rumah belah bumbung, rumah tungkup, etc? thank you
ReplyDelete-anne (brunei darussalam)
Like this article. Conservation is my passion. But, I'm now doing building maintenance and PAM (Pengurusan Aset Menyeluruh) which conservation is a part of it. Tapi, conserving old buildings is much more exciting.
ReplyDelete