Wednesday, March 27, 2013

Deraf Disertasi PhD: Isi Kandungan

Aplikasi Prinsip Pemuliharaan Terhadap Kerja Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town oleh Lilawati Ab Wahab, Universiti Sains Malaysia 2013


PENGHARGAAN

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan disertasi penyelidikan peringkat doktor falsafah ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia utama saya, Profesor Dr. A Ghafar Ahmad di atas dedikasi dan kesabaran beliau memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang tidak terhingga nilainya kepada saya selama ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat penyelia kedua saya, Profesor Dr. Badarudin Mohamed atas segala sumbangan idea dan nasihat yang telah diberikan.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) merangkap majikan dan penaja utama pengajian saya atas sokongan fizikal dan kewangan yang diberikan selama ini. Tidak ketinggalan ucapan jutaan terima kasih kepada Dekan dan kakitangan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia dan Dekan dan kakitangan Insitut Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia atas segala kerjasama yang telah diberikan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada kakitangan Unit Konservasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Muzium Melaka, Jabatan Warisan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, pihak-pihak yang terlibat di dalam industri perhotelan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town, Badan Warisan Malaysia, Jabatan Warisan Negara dan semua pihak dan individu yang telah sudi membantu saya secara langsung dan tidak langsung terutamanya bagi mereka yang telah bekerjasama di dalam memberikan informasi, komen dan ide untuk menjayakan penyelidikan ini. Akhir sekali, tidak dilupakan ucapan terima kasih buat suami dan anak-anak tersayang kerana sentiasa memahami dan memberi sokongan padu sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

ISI KANDUNGAN

BAB 1: PENDAHULUAN

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

BAB 3: PENYESUAIGUNAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO MELAKA DAN GEORGE TOWN

BAB 4: METODOLOGI PENYELIDIKAN

BAB 5: KAJIAN KES: HOTEL PURI DAN HEEREN HOUSE DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO MELAKA

BAB 6: KAJIAN KES : RUMAH AGAM CHEONG FATT TZE DAN HUTTON LODGE DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO GEORGE TOWN

BAB 7 : ANALISIS DATA DAN PENEMUAN

BAB 8 : CADANGAN DAN KESIMPULAN

SENARAI RUJUKAN                                                                                             

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI GAMBAR

SENARAI SINGKATAN

SENARAI PENERBITAN DAN SEMINAR KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

1.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2006) Rumah kutai: Warisan seni bina Melayu negeri Perak yang semakin pupus. 2nd. ASEAN Postgraduate Seminar in Built Environment, 4/6hb. Disember 2006, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya. Ms.157-166.
2.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2006) Kecacatan dan kerosakan umum pada rumah Melayu tradisional. 2nd. ASEAN Postgraduate Seminar in Built Environment, 4/6hb. Disember 2006, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya. Ms.189-198.
3.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Pendekatan dalam kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia: Satu tinjauan umum. Post-Graduate Research Colloquium, 30/31hb. Januari 2007, Pulau Pinang Pulau Pinang: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia.
4.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Method of statement in acessing risk for the refurbishment of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia: A Case Study. Dalam: Suraya Abdul Rashid, (et al.) (ed). 2nd. International Engineering Convention (IntEC) 2007 ‘Globalisation in Growing Economies: Building Capacity’, 10/14hb. Mac 2007, Jeddah, Arab Saudi. Arab Saudi: Federation of Engineering Institutions of Islamic Countries (FEIIC). Ms.618-628.
5.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Maintenance Approach of Historic Buildings in Malaysia. Building Engineer International News. Spring 2007, Ms.8-11.
6.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Conservation issues in the Colonial Built Heritage of Malacca, Malaysia. Fifth International Conference on Science and Technology in Archaeology and Conservation, 7-11hb. Julai 2007, Granada-Baeza, Spain [Online]. [Capaian 20hb. Julai 2007]. Ms.40-41. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://conference.legadoandalusi.es/en/Abstracts.htm/
7.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Prinsip, falsafah dan etika dalam kerja-kerja pemuliharaan warisan di Malaysia. The 2nd. International Conference on Tourism and Hospitality ‘Planning and Managing Heritage for The Future’, 30/1hb. Ogos 2007, Putrajaya Kedah: Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Universiti Utara Malaysia. Ms.375-384.
8.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Risk assessment and refurbishment: The case of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia. Management in Construction Research Conference (MICRA) 2007, 28-29hb. Ogos 2007, Selangor.Selangor: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA. Ms.B-47-1-9.
9.     Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Kecacatan bangunan dan kepentingan pemuliharaan di Bandaraya Ipoh. Seminar Kebangsaan Rupabandar Malaysia ‘Mengekal Warisan Membina Identiti’, 28-29hb. November 2007, Perak. Perak: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA. Ms.432-441.
10.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2007) Understanding the common building defects in Malaysia’s historic buildings. International Conference on Built Environment in Developing Countries 2007 (ICBEDC 2007) ‘Towards Sustainable Transformation’, 3-4hb. Disember 2007, Pulau Pinang. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia. Ms.437-443.
11.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2008) Analisa ‘Pilot Survey’ ke atas tahap kecacatan dan pendekatan pemuliharaan pada bangunan bersejarah di Malaysia. Dalam: Khairuddin Abdul Rashid, (ed). Research in the Malaysian construction industry and built environment. 7th. Annual Conference Management in Construction Researchers’ Association (MICRA) 2008, 18-19hb. Jun 2008, Selangor. Selangor: Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, International Islamic University Malaysia. Ms.733-755.
12.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2008) The refurbishment of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia: A case study. The Oxford Conference 2008 ‘50 Years On–Resetting the Agenda for Architectural Education’, 22-23hb. Julai 2008, Examination Schools, University of Oxford, UK. Oxford: University of Oxford. P04.04.
13.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2008) Preserving the architectural heritage in the refurbishment of Batu Gajah District Court Complex, Perak, Malaysia. The Oxford Conference 2008 ‘50 Years On–Resetting the Agenda for Architectural Education’, 22/23hb. Julai 2008, Examination Schools, University of Oxford, UK. Oxford: University of Oxford. P04.05.
14.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2008) Kecacatan bangunan dan penyataan kaedah dalam kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Postgraduate Research Exhibition, 27hb. November-1hb. Disember 2008, Balai Pesiban Agung, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pulau Pinang: Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia.
15.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2008) Pilot survey on the conservation of historical buildings in Malaysia. 2nd. International Conference on Built Environment in Developing Countries 2008 (ICBEDC 2008) ‘Sustainable Built Environment: Bridging Theory & Practice’, 3-4hb. Disember 2008, Pulau Pinang. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia. Ms.30-31.
16.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2008) Kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia dari aspek kecacatan bangunan dan pemuliharaan. Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, 4-5hb. Disember 2008, Perak. Perak: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA. Ms.459-471.
17.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2010) International conference on preservation and promotion of heritage, University Science Malaysia, November 2010.
18.  Lilawati Ab Wahab (et al.) (2010) Social changes in the conservation of Malaysia architectural heritage, International University Social Responsibility Conference & Exhibition IUSRCE 2010, University Technology Malaysia, October 2010, pp. 14.
19.  Lilawati Ab Wahab Book (2011) Bab di dalam buku bertajuk Penyesuaigunaan bangunan bersejarah, Pemuliharaan Bangunan Bersejarah. Harun, S.N. et. al, (ed.), University Technology MARA (UPENA) 2010, pp. 121-139. ISBN 978-967-363-056-1.
20.  Lilawati Ab Wahab (2010) Bab di dalam buku bertajuk: Pengenalan Kepada Pemuliharaan dan Kerosakan Bangunan Bersejarah, Kelestarian Warisan Negara, Mohd, S. et. al, (ed.), Universiti Science Malaysia 2011, pp. 1-16. ISBN 978-967-394-042-4.

PENILAIAN TERHADAP PENYESUAIGUNAAN BANGUNAN BERSEJARAH SEBAGAI HOTEL DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO MELAKA DAN GEORGE TOWN

ABSTRAK

Penyesuaigunaan bangunan bersejarah adalah satu proses mengubah fungsi asal bangunan bersejarah ke satu fungsi lain yang dirasakan dapat mengoptimakan penggunaan bangunan bersejarah sedia ada. Pemilihan fungsi baru yang sesuai merupakan faktor penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah bangunan bersejarah yang disuaiguna. Antara fungsi baru yang sesuai dipertimbangkan pada sesebuah bangunan bersejarah terutamanya bagi bangunan yang terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town adalah hotel yang merupakan antara keperluan utama bagi penginapan pelancong. Walaubagaimanapun kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah yang dilakukan di Tapak Warisan Dunia UNESCO bukanlah merupakan satu tugas yang mudah kerana terdapat peraturan-peraturan dan prinsip pemuliharaan yang telah digariskan Pihak Berkuasa Tempatan dan piagam antarabangsa yang perlu dipatuhi. Penyelidikan ini telah dijalankan bagi menilai tahap penyesuaigunaan yang telah dilakukan ke atas hotel-hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town dan mendapatkan gambaran sebenar perlaksanaan kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di kedua-dua tapak warisan dunia tersebut. Hotel-hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah telah dikenalpasti dan dijadikan sampel kajian manakala kajian kes telah dilakukan ke atas empat buah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah bagi mendapatkan keputusan penyelidikan yang lebih tepat. Beberapa penemuan telah diperolehi dan membawa kepada beberapa bentuk cadangan yang dirasakan dapat membantu dalam menjalankan kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah agar ia dapat dilakukan dengan sebaik mungkin pada masa hadapan.

ASSESMENT ON ADAPTIVE REUSE OF HISTORICAL BUILDINGS AS HOTELS IN MELAKA AND GEORGE TOWN UNESCO WORLD HERITAGE SITE

ABSTRACT

Adaptive reuse of historic buildings is a process of changing the original function of the historic buildings to another function that can optimize the use of existing historic buildings. The selection of appropriate new function is an important factor in determining the success of adaptive reuse of historic buildings. Converting historic buildings into hotels is among alternative functions proposed on buildings especially in Melaka and George Town UNESCO World Heritage Site. This is to prioritize the needs for lodging among tourists to these sites. However, adaptive reuse work done on historic buildings on the UNESCO World Heritage Site is not an easy task due to rules and principles outlined by local and international charters that must be abide by. This research is conducted to assess the adaptive reuse work that has been done on the hotels available on Melaka and George Town UNESCO World Heritage Site to get the true picture of the adaptive reuse of historic buildings as hotels. The hotels which are adapted from historic buildings have been identified as samples and the case studies have been performed on four of the historic hotels identified for more accurate research results. Several findings have been obtained which led to several proposals to help adaptive reuse works done as best as possible in the future.

No comments: