Wednesday, March 27, 2013

Deraf Disertasi PhD: Bab 7 Analisis Data dan Penemuan

Aplikasi Prinsip Pemuliharaan Terhadap Kerja Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town oleh Lilawati Ab Wahab, Universiti Sains Malaysia 2013


BAB 7
ANALISIS DATA DAN PENEMUAN


7.1            Pengenalan
Bab ini secara keseluruhannya mengemukakan analisis data yang telah dilakukan hasil daripada pungutan data yang telah dikumpul sepanjang kajian lapangan dan kajian kes yang telah dilakukan ke atas hotel-hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Analisis data yang dilakukan bertujuan untuk mengetahui secara terperinci segala perkara yang berkaitan dengan hotel-hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town terutamanya hotel yang terhasil daripada suaiguna bangunan bersejarah. Hotel yang telah dikenal pasti dianalisis dengan teliti bagi mendapatkan keputusan yang terbaik bersesuaian dengan objektif yang telah digariskan.

Analisis dilakukan berpandukan kepada tiga peringkat penyelidikan, yang mana pada peringkat pertama melibatkan kajian lapangan yang dijalankan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Kajian lapangan ini turut melibatkan keseluruhan hotel yang terdapat di dalam Zon Utama dan Zon Penampan Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Peringkat kedua pula melibatkan kaji selidik dilakukan ke atas hotel-hotel yang telah dikenal pasti terhasil dari konsep penyesuaigunaan bangunan bersejarah, yang telah berjaya dikenal pasti melalui kajian lapangan pada peringkat pertama sebelum ini. Seterusnya peringkat ketiga pula melibatkan kajian kes dilakukan ke atas empat hotel terpilih yang mempunyai ciri-ciri hotel warisan. Hotel-hotel ini telah berjaya dikenal pasti melalui kaji selidik yang telah dijalankan pada peringkat kedua sebelum ini.

Kajian kes yang dijalankan hanya tertumpu kepada empat buah hotel yang mana dua buah hotel terletak di Melaka dan dua buah hotel lagi terletak di George Town dan keempat-empat buah hotel ini terletak di dalam Zon Pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hotel yang telah dipilih bagi kajian kes merupakan antara hotel yang terhasil daripada konsep penyesuaigunaan bangunan bersejarah serta mempunyai ciri-ciri hotel warisan. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan data yang telah diperolehi daripada soalan yang telah dikemukakan di dalam borang soal selidik. Setiap data yang diperolehi telah diceraikan kepada maklumat-maklumat yang lebih kecil bagi mendapatkan data dan maklumat yang tersirat. Analisis data telah dilakukan secara sistematik meliputi proses menganalisis hasil analisis data untuk merumuskan hasil penyelidikan. Analisis yang telah dijalankan dipersembahkan dalam bentuk penerangan dibantu dengan gambar rajah dan graf bagi menyokong segala penyataan yang diberi.

7.2            Objektif Analisis Data
Objektif utama analisis data ini dijalankan adalah bagi mendapatkan kesimpulan dan keputusan bagi mencapai objektif penyelidikan yang telah digariskan. Analisis yang dijalankan dilakukan dengan bantuan perisian komputer bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi tidak tercicir dan dianalisis dengan sempurna. Objektif utama analisis data dijalankan adalah:
1.     Untuk mengatur segala data yang diperolehi dan mengorganisasikan data-data tersebut ke dalam pola yang bersesuaian.
2.     Untuk menghuraikan setiap data dan maklumat yang diperolehi hasil daripada kajian lapangan dan kajian kes dalam bentuk yang lebih jelas dan mudah difahami.
3.     Untuk mendapatkan maklumat secara terperinci yang boleh digunakan dalam memberi cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan yang diperolehi.
7.3            Kaedah Menganalisis Data
Analisis data merupakan salah satu elemen penting dalam setiap penyelidikan kerana kesemua data yang diperolehi sebelum ini iaitu dari sumber primer dan sumber sekunder adalah merupakan data mentah yang belum diproses. Kaedah menganalisis data perlu dilakukan bertujuan untuk memenuhi matlamat dan objektif penyelidikan itu sendiri (Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir, (2001). Untuk menganalisis data yang diperolehi hasil daripada kajian lapangan, kaji selidik dan kajian kes yang telah dilakukan sebelum ini, perisian komputer jenis SPSS 16.0 telah digunakan.

Perisian ini adalah mudah dan senang dikendalikan serta data yang dipindahkan dari Borang Soal Selidik Kajian Lapangan (rujuk Lampiran 1) dapat dianalisis dengan cepat dan tepat. Proses menganalisis data ini telah dilakukan sebaik sahaja kesemua data telah diperolehi dan telah dilakukan dalam lima peringkat seperti mana berikut:
1.     Analisis data peringkat pertama dilakukan untuk menganalisis data primer yang diperolehi hasil daripada kajian lapangan ke atas hotel-hotel yang terdapat di zon utama dan zon penampan sebagai mana yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Data primer ialah data yang dicerap dari borang soal selidik yang telah diperolehi sebelum ini yang melibatkan sebanyak 86 buah sampel hotel.
2.     Analisis data peringkat kedua dilakukan untuk menganalisis data primer yang diperolehi hasil daripada kaji selidik ke atas ke atas bangunan-bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel yang terdapat di zon utama dan zon penampan sebagai mana yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Data primer ialah data yang dicerap dari borang kaji selidik yang telah diperolehi sebelum ini yang melibatkan sebanyak 35 buah sampel bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel.
3.     Analisis data peringkat ketiga dilakukan untuk menganalisis data primer yang diperolehi hasil daripada kajian kes ke atas bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel dan mempunyai ciri-ciri sebagai hotel warisan di Zon Utama Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Data primer di sini ialah data yang dicerap dari borang soal selidik yang telah yang melibatkan sebanyak empat buah sampel bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel iaitu Hotel Puri dan Heeren House di Melaka dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan Hutton Lodge di George Town.
4.     Analisis data peringkat keempat dilakukan untuk menilai tahap penyesuaigunaan yang telah dilakukan oleh 35 buah sampel bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.
5.     Analisis data peringkat kelima dilakukan untuk menilai tahap penyesuaigunaan yang telah dilakukan oleh 4 buah sampel kajian kes iaitu Hotel Puri dan Heeren House di Melaka dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan Hutton Lodge di George Town.

Kesemua data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik dan hasil keputusan analisis data diterangkan dengan lebih lanjut beserta dengan keputusannya dipaparkan dalam bentuk visual iaitu carta pai, carta bar dan dalam bentuk jadual agar keputusan analisis data ini diterjemahkan dalam bentuk yang mudah untuk difahami. Seterusnya satu rumusan juga telah dibuat bagi merumuskan secara keseluruhan keputusan analisis data yang telah diperolehi melalui penyelidikan ini.

7.4            Keputusan Analisis Data Kajian Lapangan ke atas Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Analisis data telah dilakukan berdasarkan tujuh jenis soalan (peringkat pertama) yang telah dikemukakan dalam Borang Soal Selidik Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Soalan telah diberi kepada 86 buah hotel yang telah dikenal pasti sebagai sampel terbaik bagi kajian lapangan. Antara bentuk soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
1.     Di manakah lokasi hotel warisan?
2.     Adakah hotel warisan ini terletak di zon pemuliharaan?
3.     Adakah hotel warisan ini terletak di zon pemuliharaan di Melaka?
4.     Adakah hotel warisan ini terletak di zon pemuliharaan di George Town?
5.     Bilakah tahun bangunan asal hotel warisan dibina?
6.     Apakah kategori hotel warisan?
7.     Adakah bangunan bersejarah telah disuaiguna sebagai hotel?

Hasil daripada analisis data yang telah dibuat, tujuh keputusan analisis data telah diperolehi dan antaranya adalah seperti berikut:
1.     Keputusan analisis data 1 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi jumlah hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town, didapati bahawa terdapat sebanyak 22 buah hotel atau 22% hotel terdapat di Melaka dan selebihnya iaitu sebanyak 64 buah hotel atau 74% hotel lagi terdapat di George Town. Manakala jumlah keseluruhan hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 86 buah.



Jadual 7.1: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Jumlah Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Melaka
22
26
1.26
1.00
1
George Town
64
74
Jumlah
86
100



Rajah 7.1: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

2.     Keputusan analisis data 2 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia mengikut zon pemuliharaan, didapati bahawa terdapat sebanyak 21 buah hotel atau 24% hotel terdapat di zon utama dan selebihnya iaitu sebanyak 65 buah hotel atau 76% hotel lagi terdapat di zon penampan. Manakala jumlah keseluruhan hotel di kedua buah Tapak warisan Dunia ialah sebanyak 86 buah.






Jadual 7.2: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO mengikut zon pemuliharaan.

Jumlah Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Mengikut Zon Pemuliharaan
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Zon Utama
21
24
1.76
2.00
2
Zon Penampan
65
76
Jumlah
86
100



Rajah 7.2: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town mengikut zon pemuliharaan.

3.     Keputusan analisis data 3 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka mengikut zon pemuliharaan, didapati bahawa terdapat sebanyak 6 buah hotel atau 27% hotel terdapat di zon utama dan selebihnya iaitu sebanyak 16 buah hotel atau 73% hotel lagi terdapat di zon penampan. Manakala jumlah keseluruhan hotel yang terdapat di Melaka mengikut zon pemuliharaan iaitu zon utama dan zon penampan ialah sebanyak 22 buah.



Jadual 7.3: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka mengikut zon pemuliharaan.

Jumlah Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka Mengikut Zon Pemuliharaan
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Zon Utama
6
27
1.73
2.00
2
Zon Penampan
16
73
Jumlah
22
100



Rajah 7.3: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka mengikut zon pemuliharaan.

4.     Keputusan analisis data 4 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi jumlah hotel di George Town mengikut zon pemuliharaan, didapati bahawa terdapat sebanyak 15 buah hotel atau 23% hotel terdapat di zon utama dan selebihnya iaitu sebanyak 49 buah hotel atau 77% hotel lagi terdapat di zon penampan. Manakala jumlah keseluruhan hotel yang terdapat di George Town mengikut zon pemuliharaan zon utama dan zon penampan ialah sebanyak 64 buah.





Jadual 7.4: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town mengikut zon pemuliharaan.

Jumlah Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town Mengikut Zon Pemuliharaan
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Zon Utama
15
23
1.77
2.00
2
Zon Penampan
49
77
Jumlah
64
100



Rajah 7.4: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town mengikut zon pemuliharaan.

5.     Keputusan analisis data 5 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi tahun hotel dibina, didapati daripada keseluruhan 86 buah hotel yang ada, terdapat 29 buah hotel atau 34% hotel dibina pada sekitar 1800-1899 dan selebihnya iaitu sebanyak 57 buah hotel atau 66% hotel lagi dibina pada sekitar 1900-1999. Manakala tiada sebuah hotel pun atau 0% hotel yang mana bangunan asal dibina pada sekitar 1700-1799 dan 2000 ke atas.





Jadual 7.5: Tahun pembinaan hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Tahun Pembinaan Hotel
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
1700-1799
0
0
2.66
3.00
3
1800-1899
29
34
1900-1999
57
66
2000 ke atas
0
0
Jumlah
86
100



Rajah 7.5: Tahun pembinaan hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

6.     Keputusan analisis data 6 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi kategori hotel, didapati bahawa terdapat sebanyak 3 buah hotel atau 4% hotel merupakan asrama (backpackers), 68 buah hotel atau 79% hotel merupakan hotel bajet, 1 buah hotel atau 1% hotel merupakan hotel 1 bintang, 2 buah hotel atau 2 % hotel merupakan hotel 2 bintang, 4 buah hotel atau 5% hotel merupakan hotel 3 bintang, 2 buah hotel atau 2% hotel merupakan hotel 4 bintang, 1 buah hotel atau 1% hotel merupakan hotel 5 bintang, 5 buah hotel atau 6% hotel merupakan hotel butik dan akhir sekali tiada sebuah pun atau 0% hotel yang terdiri dari kategori motel.
Jadual 7.6: Kategori hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Kategori Hotel
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Asrama (Backpackers)
3
4
3.63
3.00
3
Motel
0
0
Hotel Bajet
68
79
Hotel 1 Bintang
1
1
Hotel 2 Bintang
2
2
Hotel 3 Bintang
4
5
Hotel 4 Bintang
2
2
Hotel 5 Bintang
1
1
Hotel Butik
5
6
Jumlah
86
100


Rajah 7.6: Kategori hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.


7.     Keputusan analisis data 7 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, didapati bahawa daripada jumlah keseluruhan hotel hasil suaiguna yang ada terdapat sebanyak 35 buah hotel atau 41% hotel telah disuaiguna dan selebihnya iaitu sebanyak 51 buah hotel atau 59% hotel lagi tidak disuaiguna.




Jadual 7.7: Jumlah bangunan yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Jumlah Bangunan yang Telah Disuaiguna Sebagai Hotel
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Ya
35
41
1.59
2.00
2
Tidak
51
59
Jumlah
86
100



Rajah 7.7: Jumlah bangunan yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

7.5            Rumusan Analisis Data Kajian Lapangan ke atas Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Merujuk kepada keputusan analisis data seperti yang telah diperolehi sebelum ini, beberapa rumusan analisis data telah dibuat dan antara rumusannya adalah seperti berikut:
1.     Rumusan analisis data 1 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat sebanyak 21 buah hotel berada di zon pemuliharaan (zon utama) Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. 6 buah hotel atau 29% hotel berada di Melaka dan selebihnya iaitu sebanyak 15 buah atau 71% hotel lagi berada di George Town.

Jadual 7.8: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town mengikut zon pemuliharaan (zon utama).

Jumlah Hotel yang Terdapat di Zon Utama
Bilangan Hotel
Peratus %
Min
Median
Mode
Melaka
6
20
1.71
2.00
2
George Town
15
80
Jumlah
21
100

2.     Rumusan analisis data 2 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat sebanyak 65 buah hotel berada di zon pemuliharaan (zon penampan) Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. 16 buah hotel atau 25% hotel daripadanya berada di Melaka dan selebihnya iaitu sebanyak 49 buah hotel atau 75% hotel lagi berada di George Town.

Jadual 7.9: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town mengikut zon pemuliharaan (zon penampan).

Jumlah Hotel yang Terdapat di Zon Utama
Bilangan Hotel
Peratus %
Min
Median
Mode
Melaka
16
25
1.75
2.00
2
George Town
49
75
Jumlah
65
100

3.     Rumusan analisis data 3 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat sebanyak 22 buah hotel berada di zon pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka yang mana 6 buah hotel atau 27% hotel berada di zon utama dan selebihnya iaitu sebanyak 16 buah hotel atau 73% lagi berada di zon penampan (rujuk Lampiran 2 dan 3).







Jadual 7.10: Jumlah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka mengikut zon pemuliharaan (zon utama dan zon penampan).

Jumlah Hotel yang Terdapat di Melaka Mengikut zon
Bilangan Hotel di Zon Utama
Peratus%
Min
Median
Mode
Zon Utama
6
27%
1.72
2.00
2
Zon Penampan
16
73%
Jumlah
22
100%

4.     Rumusan analisis data 4 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat sebanyak 64 buah hotel berada di zon pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang mana 15 buah hotel atau 23% hotel berada di zon utama dan selebihnya iaitu sebanyak 49 buah hotel atau 77% hotel lagi berada di zon penampan (rujuk Lampiran 4 dan 5).

Jadual 7.11: Senarai hotel di Tapak Warisan Dunia George Town mengikut zon pemuliharaan (zon utama dan zon penampan).

Jumlah Hotel yang Terdapat di George Town Mengikut Zon
Bilangan Hotel di Zon Utama
Peratus%
Min
Median
Mode
Zon Utama
15
23%
1.76
2.00
2
Zon Penampan
49
77%
Jumlah
64
100%

7.6            Keputusan Analisis Data Kaji Selidik ke atas Hotel yang telah disuaiguna di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Analisis data telah dilakukan ke atas 9 soalan (peringkat kedua) yang telah dikemukakan dalam Borang Soal Selidik Penyesuaigunaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town yang turut melibatkan sebanyak 35 buah sampel hotel sebagai kaji selidik. Antara bentuk soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
1.     Adakah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah?
2.     Apakah kategori bangunan asal?
3.     Bagaimanakah keadaan semasa hotel?
4.     Adakah terdapat pembinaan struktur bangunan tambahan?
5.     Apakah elemen bangunan asal yang telah dikekalkan?
6.     Apakah elemen bangunan asal yang telah disuaiguna?
7.     Apakah elemen bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal?
8.     Adakah kerja penyesuaigunaan mengubah reka bentuk asal bangunan?
9.     Adakah kerja penyesuaigunaan menepati konsep hotel warisan?

Hasil daripada analisis data yang telah dibuat, sebanyak 9 keputusan analisis data telah diperolehi dan berikut adalah keputusannya:
1.     Keputusan analisis data 8 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi jumlah hotel yang telah disuaiguna, didapati bahawa terdapat sebanyak 7 buah hotel atau 20% hotel terdapat di Melaka dan selebihnya iaitu sebanyak 28 buah hotel atau 80% hotel lagi terdapat di George Town. Manakala jumlah keseluruhan hotel yang telah disuaiguna yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 35 buah hotel.

Jadual 7.12: Jumlah hotel yang telah disuaiguna dari bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Jumlah Hotel yang Telah Disuaiguna
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Melaka
7
20
1.20
1.00
1
George Town
28
80
Jumlah
35
100



Rajah 7.8: Jumlah hotel yang telah disuaiguna dari bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

2.     Keputusan analisis data 9 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi kategori bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel, didapati terdapat 31 buah hotel atau 89% hotel adalah merupakan rumah kedai dan selebihnya iaitu sebanyak 4 buah hotel atau 11% hotel lagi adalah rumah agam. Seterusnya tiada sebuah pun atau 0% bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel yang terdiri daripada kategori institusi, pentadbiran dan komersil. Manakala jumlah keseluruhan bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 35 buah.

Jadual 7.13: Kategori bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Kategori Bangunan Asal yang Telah Disuaiguna Sebagai Hotel
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Rumah Kedai
31
89
1.11
1.00
1
Rumah Agam
4
11
Institusi
0
0
Pentadbiran
0
0
Komersil
0
0
Jumlah
35
100



Rajah 7.9: Kategori bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

3.     Keputusan analisis data 10 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi keadaan semasa hotel yang telah disuaiguna, didapati bahawa terdapat sebanyak 10 buah hotel atau 29% hotel telah dipulihara dengan baik dan selebihnya iaitu sebanyak 25 buah hotel atau 71% hotel lagi tidak dipulihara dengan baik. Manakala jumlah keseluruhan hotel yang telah disuaiguna yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 35 buah.

Jadual 7.14: Keadaan semasa hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Keadaan Semasa Hotel Hasil Suaiguna Bangunan Bersejarah
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Dipulihara dengan baik
10
29
1.71
2.00
2
Tidak dipulihara dengan baik
25
71
Jumlah
35
100



Rajah 7.10: Keadaan semasa hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

4.     Keputusan analisis data 11 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi pembinaan struktur bangunan tambahan di hotel yang telah disuaiguna, didapati bahawa terdapat sebanyak 7 buah hotel atau 20% hotel mempunyai struktur bangunan tambahan dan selebihnya iaitu 28 buah hotel atau 80% hotel lagi tidak mempunyai struktur bangunan tambahan di hotel yang telah disuaiguna. Manakala jumlah keseluruhan hotel yang telah disuaiguna yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 35 buah.

Jadual 7.15: Pembinaan struktur bangunan tambahan pada hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Pembinaan Struktur Bangunan Tambahan di Hotel Hasil Suaiguna Bangunan Bersejarah
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Ya
7
20
1.80
2.00
2
Tidak
28
80
Jumlah
35
100



Rajah 7.11: Pembinaan struktur bangunan tambahan pada hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

5.     Keputusan analisis data 12 iaitu merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi elemen bangunan asal yang telah dikekalkan pada hotel yang telah disuaiguna, didapati bahawa terdapat sebanyak 22 buah hotel atau 7.1% hotel telah mengekalkan fasad hadapan, 25 buah hotel atau 8.0% hotel mengekalkan dinding luar, 4 buah hotel atau 1.3% hotel mengekalkan dinding dalam, 35 buah hotel atau 11.2% hotel mengekalkan lantai bawah, 33 buah hotel atau 10.6% hotel mengekalkan lantai atas, 32 buah hotel atau 10.3% hotel mengekalkan struktur tiang, 26 buah hotel atau 8.3% hotel mengekalkan struktur tangga, 29 buah hotel atau 9.3% hotel mengekalkan struktur bumbung, 19 buah hotel atau 6.1% hotel mengekalkan elemen pintu, 12 buah hotel atau 3.8% hotel mengekalkan elemen tingkap, 20 buah hotel atau 6.4% hotel mengekalkan kemasan bumbung, 8 buah hotel atau 2.6% hotel pada kemasan siling, 9 buah hotel atau 2.9% hotel mengekalkan kemasan dinding, 11 buah hotel atau 3.5% hotel mengekalkan kemasan lantai, 4 buah hotel atau 1.3% hotel mengekalkan kemudahan bangunan dan akhir sekali 20 buah hotel atau 6.4% hotel pada hiasan seni bina. Manakala jumlah keseluruhan kerja pengekalan elemen bangunan asal yang telah dilakukan pada hotel yang telah disuaiguna di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 309 (rujuk Lampiran 6).

Jadual 7.16: Elemen bangunan yang dikekalkan pada bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Elemen Bangunan yang Telah
Respon
Dikekalkan Pada Bangunan Bersejarah yang Telah Disuaiguna Sebagai
Hotel
Bilangan (hotel)
Peratus (%)
Fasad hadapan
22
7.1
Dinding luar
25
8.0
Dinding dalam
4
1.3
Lantai bawah
35
11.2
Lantai atas
33
10.6
Struktur tiang
32
10.3
Struktur tangga
26
8.3
Struktur bumbung
29
9.3
Pintu
19
6.1
Tingkap
12
3.8
Kemasan bumbung
20
6.4
Kemasan siling
8
2.6
Kemasan dinding
9
2.9
Kemasan lantai
11
3.5
Kemudahan bangunan
4
1.3
Hiasan senibina
20
6.4
Jumlah
309
100.0




Rajah 7.12: Elemen bangunan yang telah dikekalkan pada bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

6.     Keputusan analisis data 13 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi elemen bangunan asal yang telah diubah suai sebagai hotel, didapati bahawa terdapat sebanyak 13 buah hotel atau 5.3% hotel telah mengubah suai fasad hadapan, 10 buah hotel atau 4.0% hotel telah mengubah suai dinding luar, 32 buah hotel atau 13.0% hotel telah mengubah suai dinding dalam, 1 buah hotel atau 0.4% hotel telah mengubah suai lantai bawah, 2 buah hotel atau 0.8% hotel telah mengubah suai lantai atas, 3 buah hotel atau 1.2% hotel telah mengubah suai struktur tiang, 8 buah hotel atau 3.2% hotel telah mengubah suai struktur tangga, 5 buah hotel atau 2.0% hotel telah mengubah suai struktur bumbung, 14 buah hotel atau 5.7% hotel telah mengubah suai pintu, 22 buah hotel atau 8.9% hotel telah mengubah suai tingkap, 14 buah hotel atau 5.7% hotel telah mengubah suai kemasan bumbung, 26 buah hotel atau 10.5% hotel telah mengubah suai kemasan siling, 27 buah hotel atau 10.9% hotel telah mengubah suai kemasan dinding, 25 buah hotel atau 10.1% hotel telah mengubah suai kemasan lantai, 30 buah hotel atau 12.1% hotel telah mengubah suai kemudahan bangunan dan akhir sekali 15 buah hotel atau 6.1% hotel telah mengubah suai hiasan seni bina. Manakala jumlah keseluruhan pengubahsuaian yang telah dilakukan pada elemen bangunan asal bagi tujuan penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 247 (rujuk Lampiran 7).

Jadual 7.17: Elemen bangunan yang telah diubah suai dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Elemen Bangunan yang Telah Diubah Suai Bagi Tujuan Penyesuaigunaan
Respon
Bangunan Bersejarah
Bilangan (hotel)
Peratus (%)
Fasad hadapan
13
5.3
Dinding luar
10
4.0
Dinding dalam
32
13.0
Lantai bawah
1
0.4
Lantai atas
2
0.8
Struktur tiang
3
1.2
Struktur tangga
8
3.2
Struktur bumbung
5
2.0
Pintu
14
5.7
Tingkap
22
8.9
Kemasan bumbung
14
5.7
Kemasan siling
26
10.5
Kemasan dinding
27
10.9
Kemasan lantai
25
10.1
Kemudahan bangunan
30
12.1
Hiasan senibina
15
6.1
Jumlah
247
100.0



Rajah 7.13: Elemen bangunan yang telah diubah suai dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

7.     Keputusan analisis data 14 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi bahan binaan asal yang digunakan pada kerja penyesuaigunaan hotel, didapati bahawa terdapat sebanyak 26 buah hotel atau 9.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada fasad hadapan, 19 buah hotel atau 6.9% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada dinding luar, 3 buah hotel atau 1.1% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada dinding dalam, 24 buah hotel atau 8.8% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada lantai bawah, 23 buah hotel atau 8.4% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada lantai atas, 19 buah hotel atau 6.9% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada struktur tiang, 24 atau buah hotel atau 8.8% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada struktur tangga, 17 buah hotel atau 6.2% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada struktur bumbung, 13 buah hotel atau 4.7% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada pintu, 15 buah hotel atau 5.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada tingkap, 9 buah hotel atau 3.3% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan bumbung, 18 buah hotel atau 6.6% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan siling, 21 buah hotel atau 7.7% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan dinding, 23 buah hotel atau 8.4% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan lantai, 2 buah hotel atau 0.7% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemudahan bangunan dan akhir sekali 18 buah hotel atau 6.6% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada hiasan seni bina. Jumlah keseluruhan bahan binaan asal yang kekal digunakan pada kerja penyesuaigunaan hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 274 (rujuk Lampiran 8).

Jadual 7.18: Elemen bangunan yang kerap mengunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Elemen yang Kerap Mengunakan Bahan Binaan Asal Dalam Kerja Penyesuaigunaan Bangunan
Respon
Bersejarah
Bilangan
Peratus (%)
Fasad hadapan
26
9.5
Dinding luar
19
6.9
Dinding dalam
3
1.1
Lantai bawah
24
8.8
Lantai atas
23
8.4
Struktur tiang
19
6.9
Struktur tangga
24
8.8
Struktur bumbung
17
6.2
Pintu
13
4.7
Tingkap
15
5.5
Kemasan bumbung
9
3.3
Kemasan siling
18
6.6
Kemasan dinding
21
7.7
Kemasan lantai
23
8.4
Kemudahan bangunan
2
0.7
Hiasan senibina
18
6.6
Jumlah
274
100.0



Rajah 7.14:. Elemen bangunan yang kerap mengunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

8.     Keputusan analisis data 14 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, kerja penyesuaigunaan hotel telah mengubah reka bentuk asal bangunan, didapati bahawa terdapat sebanyak 24 buah hotel atau 69% hotel ada mengubah reka bentuk asal bangunan dan selebihnya iaitu sebanyak 11 buah hotel atau 31% hotel lagi tidak mengubah reka bentuk asal bangunan. Manakala jumlah keseluruhan kerja penyesuaigunaan hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 35 buah.

Jadual 7.19: Kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel mengubah reka bentuk asal bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Kerja Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Mengubah Reka bentuk Asal Bangunan
Bilangan
Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Ya
24
69
1.31
1.00
1
Tidak
11
31
Jumlah
35
100



Rajah 7.15: Kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel mengubah reka bentuk asal bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

9.     Keputusan analisis data 16 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah menepati konsep hotel warisan, didapati bahawa terdapat sebanyak 7 buah hotel atau 20% hotel menepati konsep hotel warisan dan selebihnya iaitu sebanyak 28 buah hotel atau 80% hotel lagi tidak menepati konsep hotel warisan. Manakala jumlah keseluruhan kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 35 buah.

Jadual 7.20: Kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town yang menepati konsep hotel warisan.

Kerja Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Menepati Konsep Hotel Warisan
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Ya
7
20
1.80
2.00
2
Tidak
28
80
Jumlah
35
100



Rajah 7.16: Kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town yang menepati konsep hotel warisan.

7.7            Rumusan Analisis Data Kaji Selidik ke atas Hotel yang telah disuaiguna di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Merujuk kepada keputusan analisis data seperti yang telah diperolehi sebelum ini, beberapa rumusan analisis data telah dibuat dan antaranya adalah seperti berikut:
1.     Rumusan analisis data 1 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa bangunan asal bagi 35 buah bangunan yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town adalah 31 buah hotel atau 89% hotel terdiri daripada rumah kedai dan selebihnya iaitu sebanyak 4 buah hotel atau 11% hotel lagi terdiri daripada rumah agam (rujuk Lampiran 9).
Jadual 7.21: Kategori bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Kategori Bangunan Asal yang Telah Disuaiguna Sebagai Hotel
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Rumah kedai
31
89
1.89
2.0
2
Rumah agam
4
11
Jumlah
35
100
2.     Rumusan analisis data 2 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat sebanyak 7 buah hotel yang menepati konsep hotel warisan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town yang mana 4 buah hotel atau 57% hotel berada di Melaka dan selebihnya iaitu sebanyak 3 buah hotel atau 43% hotel lagi berada di George Town (rujuk Lampiran 10).

Jadual 7.22: Hotel yang menepati konsep hotel warisan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Hotel yang Menepati Konsep Hotel Warisan
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Min
Median
Mode
Melaka
4
57
1.42
1.0
1
George Town
3
43
Jumlah
7
100

3.     Rumusan analisis data 3 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa antara 10 elemen utama bangunan asal yang telah dikekalkan pada hotel yang telah disuaiguna menurut peratusan tertinggi ialah lantai bawah sebanyak 11.2%, diikuti dengan lantai atas 10.6%, struktur tiang 10.3%, struktur bumbung 9.3%, struktur tangga 8.3%, dinding luar 8.0%, fasad hadapan 7.1%, pintu 6.7%, kemasan bumbung 6.4% dan akhir sekali hiasan seni bina 6.4% (rujuk Lampiran 11).
Jadual 7.23: Senarai 10 elemen utama bangunan bersejarah yang telah dikekalkan pada hotel hasil suaiguna di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Bil.
Senarai 10 Elemen Utama Bangunan Bersejarah yang Telah Dikekalkan Pada Hotel Hasil Suaiguna
Peratus (%)
1.
Lantai bawah
11.2
2.
Lantai atas
10.6
3.
Struktur tiang
10.3
4.
Struktur bumbung
9.3
5.
Struktur tangga
8.3
6.
Dinding luar
8.0
7.
Fasad hadapan
7.1
8.
Pintu
6.7
9.
Kemasan bumbung
6.4
10.
Hiasan seni bina
6.4
4.     Rumusan analisis data 4 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa antara 10 elemen utama bangunan bersejarah yang telah diubah suai bagi tujuan penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel menurut peratusan tertinggi ialah dinding dalam sebanyak 13.0%, diikuti dengan kemudahan bangunan 12.1%, kemasan dinding 10.9%, kemasan siling 10.5%, kemasan lantai 10.1%, tingkap 8.9%, hiasan seni bina 6.1%, pintu 5.7%, kemasan bumbung 5.7% dan akhir sekali fasad hadapan 5.3% (rujuk Lampiran 12).

Jadual 7.24: Senarai 10 elemen utama bangunan yang telah diubahsuai bagi penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Bil.
Senarai 10 Elemen Utama Bangunan yang Telah Diubahsuai Bagi Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Sebagai Hotel
Peratus (%)
1.
Dinding dalam
13.0
2.
Kemudahan bangunan
12.1
3.
Kemasan dinding
10.9
4.
Kemasan siling
10.5
5.
Kemasan lantai
10.1
6.
Tingkap
8.9
7.
Hiasan seni bina
6.1
8.
Pintu
5.7
9.
Kemasan bumbung
5.7
10.
Fasad hadapan
5.3

5.     Rumusan analisis data 5 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa antara 10 elemen utama bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan menurut peratusan tertinggi ialah fasad hadapan iaitu sebanyak 9.5%, diikuti dengan lantai bawah 8.8%, struktur tangga 8.8%, lantai atas 8.4%, kemasan lantai 8.4%, kemasan dinding 7.7%, dinding luar 6.9%, struktur tiang 6.9%, kemasan siling 6.6% dan akhir sekali hiasan seni bina 6.6% (rujuk Lampiran 13).

Jadual 7.25: Senarai 10 elemen utama bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Bil.
Senarai 10 Elemen Utama Bangunan yang Kerap Menggunakan Bahan Binaan Asal Dalam Kerja Penyesuaigunaan
Peratus (%)
1.
Fasad hadapan
9.5
2.
Lantai bawah
8.8
3.
Struktur tangga
8.8
4.
Lantai atas
8.4
5.
Kemasan lantai
8.4
6.
Kemasan dinding
7.7
7.
Dinding luar
6.9
8.
Struktur tiang
6.9
9.
Kemasan siling
6.6
10.
Hiasan seni bina
6.6

7.8            Keputusan Analisis Data Kajian Kes ke atas Empat Buah Hotel yang telah disuaiguna di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town
Analisis data telah dilakukan ke atas tiga soalan (peringkat kedua) sebelum ini yang telah dikemukakan dalam Borang Soal Selidik Penilaian ke atas Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Antara bentuk soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
1.     Adakah elemen bangunan telah dikekalkan pada hotel yang disuaiguna?
2.     Apakah elemen bangunan asal yang telah diubah suai bagi tujuan menyesuaiguna bangunan bersejarah sebagai hotel?
3.     Apakah elemen bangunan yang menggunakan bahan binaan asal pada kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel?

Analisis data ini pula memberi tumpuan terhadap 16 elemen utama bangunan yang terdapat pada hotel yang telah dijadikan sebagai kajian kes berkenaan dan antara elemennya adalah seperti berikut:
1.     Fasad hadapan.
2.     Dinding luar.
3.     Dinding dalam.
4.     Lantai bawah.
5.     Lantai atas.
6.     Struktur tiang.
7.     Struktur tangga.
8.     Struktur bumbung.
9.     Pintu.
10.  Tingkap.
11.  Kemasan bumbung.
12.  Kemasan siling.
13.  Kemasan dinding.
14.  Kemasan lantai.
15.  Kemudahan bangunan.
16.  Hiasan seni bina.

Kajian kes ini turut melibatkan empat buah sampel hotel sebagai kajian kes dan keempat-empat buah hotel yang telah dipilih sebagai kajian kes ini ialah Hotel Puri dan Heeren House yang terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan Hutton Lodge yang terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Hasil daripada analisis data kajian kes yang telah dibuat ke atas empat buah sampel hotel berkenaan, sebanyak tiga keputusan hasil analisis data telah diperolehi dan antaranya adalah seperti berikut:
1.     Keputusan analisis data 1 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi elemen bangunan asal yang telah dikekalkan pada empat buah hotel yang telah disuaiguna, didapati bahawa terdapat sebanyak 4 buah hotel atau 8.7% telah mengekalkan fasad hadapan, 4 buah hotel atau 8.7% hotel telah mengekalkan dinding luar, sebuah hotel atau 2.2% hotel telah mengekalkan dinding dalam, 4 buah hotel atau 8.7 % hotel telah mengekalkan lantai bawah, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan lantai atas, 4 buah hotel atau 8.7% hotel telah mengekalkan struktur tiang, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan struktur tangga, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan struktur bumbung, 2 buah hotel atau 4.3% hotel telah mengekalkan pintu, 2 buah hotel atau 4.3% telah mengekalkan tingkap, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan kemasan bumbung, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan kemasan siling, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan kemasan dinding, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah mengekalkan kemasan lantai, tiada hotel atau 0.0% hotel mengekalkan kemudahan bangunan, dan akhir sekali 4 buah hotel atau 8.7% hotel telah mengekalkan hiasan seni bina. Manakala jumlah keseluruhan kerja mengekalkan elemen bangunan asal pada empat buah hotel yang telah disuaiguna dan dijadikan sebagai kajian kes di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 46.









Jadual 7.26: Elemen bangunan yang telah dikekalkan pada bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel.

Elemen Bangunan yang Telah
Respon
Dikekalkan Pada Bangunan
Bersejarah yang Telah
Disuaiguna
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Fasad hadapan
4
8.7
Dinding luar
4
8.7
Dinding dalam
1
2.2
Lantai bawah
4
8.7
Lantai atas
3
6.5
Struktur tiang
4
8.7
Struktur tangga
3
6.5
Struktur bumbung
3
6.5
Pintu
2
4.3
Tingkap
2
4.3
Kemasan bumbung
3
6.5
Kemasan siling
3
6.5
Kemasan dinding
3
6.5
Kemasan lantai
3
6.5
Kemudahan bangunan
0
0.0
Hiasan seni bina
4
8.7
Jumlah
46
100


Rajah 7.17: Elemen bangunan yang telah dikekalkan pada bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel.


2.     Keputusan analisis data 2 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, elemen bangunan asal yang telah diubah suai bagi tujuan penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel. Didapati bahawa tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada fasad hadapan, tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada dinding luar, 4 buah hotel atau 23.5% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada dinding dalam, sebuah hotel atau 5.9% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada lantai bawah, sebuah hotel atau 5.9% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada lantai atas, tiada hotel atau 0.0% telah melakukan pengubahsuaian pada struktur tiang, tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada struktur tangga, tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada struktur bumbung, 2 elemen atau 11.8% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada pintu, sebuah hotel atau 5.9% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada tingkap, tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada kemasan bumbung, tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada kemasan siling, 2 buah hotel atau 11.8% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada kemasan dinding, 2 buah hotel atau 11.8% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada kemasan lantai, 4 buah hotel atau 23.5% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada kemudahan bangunan dan akhir sekali tiada hotel atau 0.0% hotel telah melakukan pengubahsuaian pada hiasan seni bina. Jumlah keseluruhan kerja mengubah suai elemen bangunan asal bagi menyesuaiguna bangunan bersejarah sebagai hotel pada empat buah hotel yang telah dijadikan sebagai kajian kes di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town ialah sebanyak 17.





Jadual 7.27: Elemen bangunan yang telah diubah suai di dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di empat buah hotel yang dijadikan kajian kes.

Elemen Bangunan yang Telah Diubahsuai Dalam Kerja Penyesuaigunaan Bangunan
Respon
Bersejarah
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Fasad hadapan
0
0.0
Dinding luar
0
0.0
Dinding dalam
4
23.5
Lantai bawah
1
5.9
Lantai atas
1
5.9
Struktur tiang
0
0.0
Struktur tangga
0
0.0
Struktur bumbung
0
0.0
Pintu
2
11.8
Tingkap
1
5.9
Kemasan bumbung
0
0.0
Kemasan siling
0
0.0
Kemasan dinding
2
11.8
Kemasan lantai
2
11.8
Kemudahan bangunan
4
23.5
Hiasan seni bina
0
0.0
Jumlah
17
100



Rajah 7.18: Elemen bangunan yang telah diubah suai di dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di empat buah hotel yang dijadikan kajian kes.


3.     Keputusan analisis data 3 iaitu dengan merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi elemen bangunan yang menggunakan bahan binaan asal pada kerja penyesuaigunaan empat buah hotel, didapati bahawa terdapat sebanyak 4 buah hotel atau 8.7% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada fasad hadapan, 4 buah hotel atau 8.7% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada dinding luar, sebuah hotel atau 2.2% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada dinding dalam, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada lantai bawah, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada lantai atas, 4 buah hotel atau 8.7% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada struktur tiang, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada struktur tangga, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada struktur bumbung, 2 buah hotel atau 4.3% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada pintu, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada tingkap, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan bumbung, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan siling, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan dinding, 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemasan lantai, sebuah hotel atau 2.2% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada kemudahan bangunan dan akhir sekali 3 buah hotel atau 6.5% hotel telah menggunakan bahan binaan asal pada hiasan seni bina. Jumlah keseluruhan elemen bangunan yang menggunakan bahan binaan asal pada kerja penyesuaigunaan empat buah hotel yang telah dijadikan sebagai kajian kes di Melaka dan George Town ialah sebanyak 46.

Jadual 7.28: Elemen bangunan yang menggunakan bahan binaan asal pada kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Elemen Bangunan yang Menggunakan Bahan Binaan Asal
Respon
Dalam Kerja Penyesuaigunaan
Bangunan Bersejarah
Bilangan Hotel
Peratus (%)
Fasad hadapan
4
8.7
Dinding luar
4
8.7
Dinding dalam
1
2.2
Lantai bawah
3
6.5
Lantai atas
3
6.5
Struktur tiang
4
8.7
Struktur tangga
3
6.5
Struktur bumbung
3
6.5
Pintu
2
4.3
Tingkap
3
6.5
Kemasan bumbung
3
6.5
Kemasan siling
3
6.5
Kemasan dinding
3
6.5
Kemasan lantai
3
6.5
Kemudahan bangunan
1
2.2
Hiasan seni bina
3
6.5
Jumlah
46
100



Rajah 7.19: Elemen bangunan yang menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.


7.9            Rumusan Analisis Data Kajian Kes ke atas Empat Buah Hotel yang telah disuaiguna di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Merujuk kepada keputusan analisis data seperti yang telah diperolehi sebelum ini, beberapa rumusan analisis data telah dibuat dan antaranya adalah seperti berikut:
1.     Rumusan analisis data 1 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa antara elemen utama bangunan bersejarah yang kerap dikekalkan pada empat buah hotel yang telah disuaiguna dan dijadikan sebagai kajian kes menurut peratusan tertinggi ialah fasad hadapan sebanyak 100%, diikuti dengan dinding luar 100%, lantai bawah 100%, struktur tiang 100%, hiasan seni bina 100%, lantai atas 75%, struktur tangga 75%, struktur bumbung 75%, kemasan bumbung 75%, kemasan siling 75%, kemasan dinding 75% dan akhir sekali kemasan lantai 75%.

Jadual 7.29: Senarai elemen utama bangunan bersejarah yang kerap dikekalkan pada bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel (75%-100%).

Bil.
Senarai Elemen Utama Bangunan Bersejarah yang Kerap
Peratus (%)
Dikekalkan Pada Hotel yang Telah Disuaiguna (75-100%)
1.
Fasad hadapan
100
2.
Dinding luar
100
3.
Lantai bawah
100
4.
Struktur tiang
100
5.
Hiasan seni bina
100
6.
Lantai Atas
75
7.
Struktur tangga
75
8.
Struktur bumbung
75
9.
Kemasan bumbung
75
10.
Kemasan siling
75
11.
Kemasan dinding
75
12.
Kemasan lantai
75

2.     Rumusan analisis data 2 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa antara elemen utama bangunan asal yang kerap diubah suai pada empat buah hotel yang telah disuaiguna dan dijadikan sebagai kajian kes menurut peratusan tertinggi ialah dinding dalam dan kemudahan bangunan yang mana peratusan keduanya adalah sebanyak 100%.

Jadual 7.30: Senarai elemen utama bangunan yang kerap diubah suai dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel (75%-100%).

Bil.
Senarai Elemen Utama Bangunan yang Kerap Diubahsuai
Peratus (%)
Dalam Kerja Penyesuaigunaan (75-100%)
1.
Dinding dalam
100
2.
Kemudahan bangunan
100

3.     Rumusan analisis data 3 iaitu dengan merujuk kepada jadual berikut, dapatlah dirumuskan bahawa antara elemen utama bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan empat buah hotel yang telah dijadikan sebagai kajian kes menurut peratusan tertinggi ialah fasad hadapan 100%, diikuti dengan dinding luar 100%, struktur tiang 100%, lantai bawah 75%, lantai atas 75%, struktur tangga 75%, struktur bumbung 75%, tingkap 75%, kemasan bumbung 75%, kemasan siling 75%, kemasan dinding 75%, kemasan lantai 75% dan akhir sekali hiasan seni bina 75%.
Jadual 7.31: Senarai elemen utama bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town (75%-100%).

Bil.
Senarai Elemen Utama Bangunan yang Kerap Menggunakan Bahan Binaan Asal Dalam
Peratus (%)
Kerja Penyesuaigunaan (75-100%)
1.
Fasad hadapan
100
2.
Dinding luar
100
3.
Struktur tiang
100
4.
Lantai bawah
75
5.
Lantai atas
75
6.
Struktur tangga
75
7.
Struktur bumbung
75
8.
Tingkap
75
9.
Kemasan bumbung
75
10.
Kemasan siling
75
11.
Kemasan dinding
75
12.
Kemasan lantai
75
13.
Hiasan seni bina
75
4.     Rumusan analisis data 4 iaitu dengan merujuk kepada ketiga-tiga jadual sebagaimana yang telah ditunjukkan sebelum ini, dapatlah dirumuskan bahawa keempat-empat buah hotel yang telah dipilih sebagai kajian kes ini iaitu Hotel Puri dan Heeren House yang terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka serta dua buah lagi hotel ialah Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan Hutton Lodge yang terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town adalah amat bersesuaian untuk dijadikan sebagai rujukan kepada kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel warisan. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada elemen utama yang terdapat pada bangunan asal ini telah dikekalkan ketika kerja penyesuaigunaan dilakukan berbanding dengan elemen yang terpaksa diubahsuai. Begitu juga dengan kadar peratusan yang tinggi terdapat pada elemen utama bangunan yang menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bagi mengekalkan ciri-ciri keaslian pada reka bentuk seni bina, bahan binaan serta hiasan dalamannya.

7.10     Keputusan Penilaian ke atas Tahap Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Menilai tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town merupakan objektif kedua yang perlu dicapai di dalam penyelidikan ini. Analisis telah dijalankan berdasarkan data primer yang telah diperolehi. Bagi memudahkan penilaian tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel ini dibuat, satu petunjuk tahap penyesuaigunaan mengikut elemen bangunan yang dikekalkan dan dipulihara dengan baik telah disediakan yang mana petunjuk ini adalah berdasarkan skala ‘likert’. Petunjuk tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel mengikut elemen bangunan yang dikekalkan dan dipulihara dengan baik ini direka bentuk untuk mengklasifikasikan tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel pada 5 tahap yang berbeza sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 7.32 berikut:

Jadual 7.32: Petunjuk tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel mengikut elemen bangunan yang dikekalkan.

Skala
(Peratus%)
Tahap Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Sebagai Hotel Mengikut Elemen Bangunan yang Dikekalkan
0%-19%
Tidak memuaskan
20%-39%
Kurang memuaskan
40%-59%
Sederhana memuaskan
60%-79%
Memuaskan
80%-100%
Sangat memuaskan
*Skala Likert.

Merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi elemen bangunan asal yang telah dikekalkan dan dipulihara pada tiga puluh lima buah bangunan yang telah disuaiguna, didapati bahawa terdapat sebanyak 5 buah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel atau 14% hotel hasil penyesuaigunaan telah melakukan penyesuaigunaan tetapi tahap pemuliharaan yang dilakukan pada elemen bangunan yang dikekalkan adalah sangat tidak memuaskan. Manakala terdapat sebanyak 8 buah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel atau 23% hotel hasil penyesuaigunaan telah melakukan penyesuaigunaan tetapi tahap pemuliharaan yang dilakukan ke atas elemen yang dikekalkan adalah kurang memuaskan. Sebanyak 6 buah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel atau 17% hotel hasil penyesuaigunaan telah melakukan penyesuaigunaan dan tahap pemuliharaan yang dilakukan ke atas elemen yang dikekalkan adalah sederhana memuaskan. Manakala terdapat sebanyak 9 buah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel atau 26% hotel hasil penyesuaigunaan telah melakukan penyesuaigunaan dan tahap pemuliharaan yang dilakukan ke atas elemen bangunan yang dikekalkan adalah memuaskan. Terdapat sebanyak 7 buah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel atau 20% hotel hasil penyesuaigunaan telah melakukan penyesuaigunaan dan tahap pemuliharaan yang dilakukan ke atas elemen yang dikekalkan adalah sangat memuaskan.

Jadual 7.33: Tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan elemen yang telah dikekalkan dan dipulihara.

Skala
(Peratus%)
Tahap Penyesuaigunaan yang Telah Dilakukan
Bilangan Hotel
Peratus
Min
Median
Mode
0%-19%
Tidak memuaskan
5
14
7.0
3.0
3
20%-39%
Kurang memuaskan
8
23
40%-59%
Sederhana memuaskan
6
17
60%-79%
Memuaskan
9
26



80%-100%
Sangat memuaskan
7
20



Jumlah hotel

35
100




Berikut adalah graf yang menunjukkan peratusan tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town berdasarkan elemen bangunan yang telah dikekalkan dan dipulihara.


Rajah 7.20: Tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan elemen yang telah dikekalkan dan dipulihara pada hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

7.11       Rumusan Analisis Data Penilaian ke atas Tahap Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Rumusan analisis data bagi penilaian ke atas tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town merujuk kepada jadual 7.33 dan rajah 7.20 sebagaimana yang telah ditunjukkan sebelum ini. Daripada analisis yang dilakukan ke atas 35 buah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah yang terdapat di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town, didapati bahawa tahap penyesuaigunaan mengikut prinsip pemuliharaan menurut peratusan tertinggi adalah memuaskan, yang mana 9 buah hotel atau 26% hotel telah berjaya melakukan penyesuaigunaan mengikut prinsip pemuliharaan dengan memuaskan. Diikuti dengan 8 buah hotel atau 23% hotel didapati melakukan penyesuaigunaan secara kurang memuaskan. Seterusnya diikuti pula oleh 7 buah hotel atau 20% hotel yang didapati melakukan penyesuaigunaan dengan tahap yang sangat memuaskan. Manakala 6 buah hotel atau 17% hotel lagi telah melakukan penyesuaigunaan secara sederhana memuaskan dan hanya 5 buah hotel atau 14% hotel yang melakukan penyesuaigunaan secara tidak memuaskan.

Daripada analisis yang dilakukan dapat dirumuskan bahawa tahap penyesuaigunaan mengikut prinsip pemuliharaan yang dilakukan di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town hanya sederhana memuaskan. Ini berdasarkan peratusan hotel yang melakukan penyesuaigunaan mengikut prinsip pemuliharaan secara memuaskan dan sangat memuaskan tidak mencapai 50% daripada jumlah keseluruhan hotel.

7.12     Keputusan Penilaian ke atas Tahap Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel bagi Empat Kajian Kes di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Menilai tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel bagi empat kajian kes pilihan iaitu Hotel Puri dan Heeren House di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan Hutton Lodge di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town merupakan sebahagian objektif kedua yang perlu dicapai di dalam penyelidikan ini. Penilaian tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel bagi empat kajian kes ini, masih merujuk kepada petunjuk tahap penyesuaigunaan mengikut elemen bangunan yang dikekalkan dan dipulihara dengan baik seperti mana yang telah digunakan bagi keseluruhan hotel hasil suaiguna. Petunjuk ini adalah berdasarkan skala ‘likert’ dan direka bentuk untuk mengklasifikasikan tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel pada 5 peringkat yang berbeza seperti mana ditunjukkan dalam Jadual 7.34 berikut:

Jadual 7.34: Petunjuk tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel mengikut elemen bangunan yang dikekalkan.

Skala
(Peratus%)
Tahap Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah Sebagai Hotel Mengikut Elemen Bangunan yang Dikekalkan
0%-19%
Tidak memuaskan
20%-39%
Kurang memuaskan
40%-59%
Sederhana memuaskan
60%-79%
Memuaskan
80%-100%
Sangat memuaskan
*Skala Likert.

Merujuk kepada jadual dan rajah berikut, dari segi elemen bangunan asal yang telah dikekalkan dan dipulihara pada empat kajian kes iaitu empat buah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna, didapati bahawa Hutton Lodge telah melakukan penyesuaigunaan tetapi tahap pemuliharaan yang dilakukan ke atas elemen yang dikekalkan adalah kurang memuaskan. Manakala Heeren House telah melakukan penyesuaigunaan dan tahap pemuliharaan yang dilakukan ke atas elemen bangunan yang dikekalkan adalah memuaskan. Manakala bagi Hotel Puri dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze, penyesuaigunaan dan pemuliharaan ke atas elemen bangunan yang telah dilakukan adalah sangat memuaskan.



Jadual 7.35: Tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan elemen yang telah dikekalkan dan dipulihara bagi hotel yang dijadikan kajian kes.

Peratus Elemen yang Dikekalkan
Tahap Penyesuaigunaan yang Telah Dilakukan
Bilangan Hotel
Peratus %
Min
Median
Mode
0%-19%
Tidak memuaskan
0
0
1.60
1.50
1
20%-39%
Kurang memuaskan
1
25
40%-59%
Sederhana memuaskan
0
0
60%-79%
Memuaskan
1
25



80%-100%
Sangat memuaskan
2
50



Jumlah hotel

4
100






Rajah 7.21: Tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel berdasarkan elemen yang telah dikekalkan dan dipulihara bagi hotel yang dijadikan kajian kes.

7.13     Rumusan Analisis Data Penilaian ke atas Tahap Penyesuaigunaan Bangunan Bersejarah sebagai Hotel bagi Empat Kajian Kes di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town
Rumusan analisis data bagi penilaian ke atas tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel bagi empat kajian kes di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town iaitu dengan merujuk kepada jadual 7.35 dan rajah 7.21 sebagaimana yang telah ditunjukkan sebelum ini. Daripada analisis yang dilakukan didapati bahawa dua daripada empat buah hotel yang dipilih telah melakukan penyesuaigunaan dengan sebaiknya mengikut prinsip pemuliharaan. Kedua buah hotel tersebut iaitu Hotel Puri dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze telah mencapai peratusan tahap penyesuaigunaan melebihi 85% yang menunjukkan hampir keseluruhan elemen dikekalkan sebagaimana mengikut prinsip pemuliharaan yang digariskan. Manakala sebuah lagi hotel iaitu Heeren House kekurangan 5% untuk mencapai tahap sangat memuaskan dan tahap penyesuaigunaan yang dilakukan hanya memuaskan sahaja iaitu dengan peratusan penyesuaigunaan yang memenuhi prinsip pemuliharaan adalah sebanyak 75%.
Manakala sebuah lagi hotel yang menjadi kajian kes iaitu Hutton Lodge didapati melakukan penyesuaigunaan dengan kadar kurang memuaskan. Ini mungkin disebabkan Hutton Lodge pernah mengalamai kebakaran sebelum ini dan kerja mengembalikan semula Hutton Lodge seperti bangunan sedia ada tidak dilakukan mengikut prinsip pemuliharaan dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tahap penyesuaigunaan yang dilakukan di keempat-empat buah hotel yang dijadikan kaji selidik adalah pada tahap yang memuaskan.

7.14     Penemuan Hasil Penyelidikan
Penemuan penyelidikan merupakan sesuatu yang sangat bermakna bagi kebanyakan penyelidik. Penemuan sesuatu penyelidikan hanya diperolehi setelah semua proses penyelidikan selesai dilakukan dengan sebaiknya. Di dalam menjalankan penyelidikan berkaitan tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town, beberapa penemuan penyelidikan telah ditemui. Bagi penyelidikan ini, penemuan yang dibentangkan adalah berdasarkan objektif yang telah digariskan pada peringkat awal penyelidikan. Objektif penyelidikan digariskan bagi memastikan penyelidikan ini dijalankan berlandaskan matlamat mendapatkan jawapan bagi setiap soalan penyelidikan. Selain daripada penemuan yang diperolehi berdasarkan objektif penyelidikan, terdapat juga penemuan lain yang ditemui sepanjang penyelidikan dijalankan yang mana penemuan-penemuan ini dirasakan penting untuk dikongsi bersama. Bagi penyelidikan ini, objektif-objektif penyelidikan yang digariskan adalah seperti berikut:
1.     Untuk mengenal pasti elemen bangunan yang kerap diubah suai dan dikekalkan dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.
2.     Untuk menilai tahap penyesuaigunaan yang telah dilakukan ke atas bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan prinsip pemuliharaan bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.
3.     Untuk menyediakan panduan asas bagi menilai tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan prinsip pemuliharaan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Hasil penemuan penyelidikan ini diharap dapat membantu masyarakat di dalam menambah pengetahuan, data maklumat dan pemahaman tentang penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel dan tahap penyesuaigunaan yang telah dilakukan berdasarkan prinsip pemuliharaan. Seterusnya penemuan ini juga boleh dijadikan sebagai sumber maklumat bagi semua pihak yang terlibat dalam bidang penyesuaigunaan bangunan bersejarah. Beberapa penemuan penyelidikan telah dikenal pasti hasil daripada kajian literatur, soal selidik dan kajian kes yang telah dibuat sepanjang penyelidikan dijalankan. Penemuan ini sangat penting bagi memenuhi matlamat penyelidikan dan yang paling penting adalah sebagai penyumbang kepada bidang penyesuaigunaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Antara penemuan yang diperolehi dan telah memenuhi matlamat objektif penyelidikan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

7.14.1  Penemuan Penyelidikan Pertama
Penyelidikan yang dilakukan telah membawa kepada penemuan 86 buah bangunan yang beroperasi sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Jumlah tersebut telah diperolehi hasil daripada kajian lapangan yang telah dilakukan di kedua buah Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Daripada 86 buah hotel yang disenaraikan, 22 buah hotel terletak di Melaka manakala selebihnya iaitu sebanyak 64 buah hotel lagi terletak di George Town. Jumlah hotel yang terdapat di kedua buah Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town adalah sangat kecil iaitu 86 buah hotel berbanding 6,543 buah bangunan warisan yang ada. Daripada penemuan ini juga, di dapati bahawa George Town mempunyai kapasiti hotel tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Melaka walaupun pada dasarnya George Town hanya mempunyai kelebihan keluasan setengah ganda dari keluasan Melaka.

Hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan ke atas 86 buah hotel yang terdapat di zon utama dan zon penampan Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town, di dapati 35 buah daripada hotel tersebut adalah hasil daripada suaiguna bangunan bersejarah. Daripada 35 buah hotel tersebut, 7 buah hotel terletak di Melaka manakala 28 buah hotel lagi terletak di George Town. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.12: Jumlah bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town.

Daripada penemuan ini, didapati bahawa George Town mempunyai tiga kali ganda jumlah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah berbanding Melaka. Namun begitu jumlah ini bersamaan dengan nisbah jumlah keseluruhan hotel yang terdapat di kedua buah Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

7.14.2    Penemuan Penyelidikan Kedua
Penemuan kedua merupakan pencarian bagi objektif pertama penyelidikan dijalankan iaitu mengenal pasti elemen bangunan yang kerap dikekalkan dan diubah suai dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel. Elemen bangunan yang kerap diubah suai dalam menyesuaiguna bangunan bersejarah sebagai hotel mengikut kekerapan tertinggi adalah dinding dalam, kemudahan bangunan, kemasan dinding, kemasan siling dan diikuti dengan kemasan lantai. Kelima-lima elemen ini mempunyai peratusan pengubahsuaian melebihi 10% berbanding elemen lain. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.17: Elemen bangunan yang diubah suai dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Elemen dinding dalam merupakan elemen yang kerap diubah suai di dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel. Pengubahsuaian yang sering dilakukan adalah melakukan penambahan dinding dalam bagi membentuk lebih banyak bilik tetamu dan tandas. Seringkali dinding dalam yang dibina, tidak mengikut bahan binaan asal sepertimana dinding dalam asal sedia ada. Kebanyakan pemilik beranggapan bahawa binaan dinding baru tidak memerlukan penggunaan bahan binaan yang sama kerana pembinaan tersebut adalah binaan baru dan tidak termasuk di dalam kerja pemuliharaan.

(1)
(2)
(3)
(4)
(5)


Gambar 7.1: Senarai 5 elemen utama bangunan yang diubah suai dalam kerja suaiguna bangunan bersejarah sebagai hotel iaitu dinding dalam (1); kemudahan bangunan (2); kemasan dinding (3); kemasan siling (4); dan kemasan lantai (5).

Penyelidik juga telah mengenal pasti tiga elemen bangunan yang kerap dikekalkan di dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah yang telah dijalankan. Mengikut susunan kekerapan, elemen-yang sering dikekalkan adalah lantai bawah, lantai atas dan struktur bangunan. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.16: Elemen bangunan yang telah dikekalkan dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Berdasarkan pemerhatian, kesemua 35 buah hotel yang melakukan penyesuaigunaan telah mengekalkan lantai bawah sedia ada di dalam bangunan. Manakala 33 buah hotel telah mengekalkan elemen lantai atas dan 32 buah hotel telah mengekalkan struktur sedia ada pada bangunan yang disuaiguna.

Kebanyakan lantai bawah bangunan bersejarah mempunyai tahap kekuatan yang agak tinggi berbanding elemen lain. Ini mungkin disebabkan faktor kedudukan lantai bawah itu sendiri dan bahan binaan yang digunakan. Manakala bagi elemen lantai atas, dua buah hotel telah melakukan kerja-kerja pembinaan semula disebabkan kerosakan yang telah berlaku ke atas lantai atas yang menggunakan bahan binaan daripada kayu. Bagi elemen struktur bangunan, kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan ke atas struktur tiang yang didapati telah mengalami kerosakan dan diganti dengan struktur baru bagi memastikan kekuatan bangunan bersejarah terus terjamin.

Penyelidik juga telah mengenal pasti lima elemen bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal di dalam kerja penyesuaigunaan yang telah dijalankan. Mengikut susunan kekerapan, elemen-elemen tersebut adalah fasad hadapan, lantai bawah, struktur tangga, lantai atas dan kemasan lantai. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.18: Elemen yang kerap mengunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Berdasarkan pemerhatian, 26 buah hotel daripada 35 buah hotel hasil suaiguna semula telah menggunakan bahan binaaan asal pada elemen fasad hadapan. Pengekalan penggunaan bahan binaan asal pada fasad hadapan oleh kebanyakan hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah memberi nilai ekslusif kepada bangunan tersebut. Kebanyakan pemilik hotel atau pemilik bangunan bersejarah masih mengekalkan bahan binaan asal pada fasad hadapan kerana fasad hadapan melambangkan seni bina dan tahun pembinaaan bangunan bersejarah tersebut. Selain daripada itu, pengekalan fasad hadapan secara maksima adalah sesuatu yang positif di dalam memastikan kawasan pemuliharaan mempunyai ciri-ciri warisan yang boleh dilihat dengan jelas.

(1)
(2)
(3)
(4)
(5)


Gambar 7.2: Senarai 5 elemen utama bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan iaitu fasad hadapan (1); lantai bawah (2); struktur tangga (3); lantai atas (4); dan kemasan lantai (5).

7.14.3  Penemuan Penyelidikan Ketiga
Penemuan penyelidikan yang ketiga merupakan penemuan bagi objektif penyelidikan yang kedua iaitu untuk menilai tahap penyesuaigunaan yang telah dilakukan ke atas bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan prinsip pemuliharaan bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Analisis telah dilakukan ke atas kesemua 35 buah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah dan empat daripadanya telah dipilih sebagai kajian kes. Hasil daripada analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel yang mengikut perinsip pemuliharaan adalah sederhana. Hanya 16 buah hotel sahaja yang mencapai tahap memuaskan dan sangat memuaskan. Manakala selebihnya iaitu 6 buah hotel hanya mencapai tahap sederhana memuaskan, 8 buah hotel kurang memuaskan dan 5 buah hotel lagi adalah tidak memuaskan. Begitu juga dengan hasil analisis yang telah dilakukan ke atas 4 buah hotel yang dipilih sebagai kajian kes telah menunjukkan hanya dua daripada empat buah hotel yang mencapai tahap penyesuaigunaan mengikut prinsip pemuliharaan yang sangat memuaskan.

Hasil daripada penemuan ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pemilik hotel tidak menitik beratkan prinsip pemuliharaan yang telah digariskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan didalam menjalankan kerja-kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel. Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab di dalam memberi kelulusan didalam kerja penyesuaigunaan perlulah memastikan pemilik mengikut segala peraturan yang ditetapkan sebagaimana yang telah dinyatakan ketika permohonan dibuat.

7.14.4  Penemuan Penyelidikan Keempat
Berdasarkan penemuan keempat, penyelidik telah mengenal pasti jumlah hotel yang telah disuaiguna berdasarkan kategori hotel. Didapati kebanyakkan pemilik hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town lebih berminat mengusahakan bangunan milik mereka sebagai hotel bajet berbanding hotel daripada kategori lain seperti hotel yang mempunyai taraf bintang atau hotel butik. Hasil analisis yang telah dijalankan mendapati bahawa 68 daripada 86 buah hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town adalah hotel bajet. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.6: Kategori hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town.

Kebanyakan pemilik hotel memilih hotel bajet sebagai fungsi baru bangunan bersejarah kerana kebanyakan pemilik tidak mempunyai modal yang cukup untuk menyesuaiguna bangunan mereka sebagai hotel warisan yang lebih berprestij. Mengekalkan sebuah bangunan bersejarah sebagai hotel warisan memerlukan sumber kewangan yang tinggi berbanding menyesuaiguna bangunan sebagai hotel bajet. Apabila menyesuaiguna bangunan bersejarah sebagai hotel warisan, pemilik bukan sekadar perlu mengeluarkan modal untuk kerja penyesuaigunaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah sebagai hotel tetapi juga perlu mengeluarkan modal yang lebih tinggi untuk menjalankan perniagaan hotel berbanding perniagaan jenis lain.

Daripada kajian yang dibuat juga mendapati bahawa sebanyak 10 buah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah telah dipulihara dengan baik dan selebihnya iaitu sebanyak 25 buah hotel lagi tidak dipulihara dengan baik. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.14: Keadaan semasa hotel yang telah disuaiguna di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan didapati bahawa majoriti pemilik gagal memastikan bangunan yang dimilikinya dipulihara dengan baik. Pemilik tidak mengikuti prinsip-prinsip pemuliharaan yang telah digariskan oleh MBMB dan MPPP dan ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Walaupun kerja penyesuaigunaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah merupakan kerja yang rumit dan melibatkan berbagai pihak dan proses, namun pemilik dan kontraktor perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya bangunan bersejarah dipulihara sebagaimana asalnya. Kegagalan pemilik bangunan bersejarah di dalam memulihara bangunan bersejarah milik mereka sangat mendukacitakan.



7.14.5  Penemuan Penyelidikan Kelima
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, penyelidik telah mengenal pasti fungsi asal bangunan yang kerap disuaiguna sebagai hotel. Rumah kedai dan rumah agam merupakan fungsi bangunan sedia ada yang sering diubah suai sebagai hotel. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling banyak disuaiguna sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town iaitu sebanyak 31 buah, manakala baki 4 buah hotel lagi merupakan rumah agam. Jadual 7.13: Kategori bangunan asal yang telah disuaiguna sebagai hotel menunjukkan dengan jelas fungsi asal bangunan bersejarah yang telah dan sesuai disuaiguna sebagai hotel.

Berdasarkan analisis dan pemerhatian sepanjang kajian lapangan dibuat didapati bahawa rumah kedai merupakan bangunan yang paling banyak disuaiguna menjadi hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town kerana rumah kedai merupakan majoriti bangunan bersejarah yang terdapat di kedua buah Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Selain daripada itu, rumah kedai juga mempunyai pelan lantai yang sesuai untuk disuaiguna sebagai hotel. Bahagian hadapan rumah kedai atau ruang perniagaan diubahsuai menjadi ruang menyambut tetamu atau ruang pendaftaran manakala ruang dapur dan bilik di tingkat bawah yang terletak dibahagian belakang rumah kedai sesuai diubah suai sebagai dapur hotel dan bilik untuk pekerja. Sekiranya rumah kedai tersebut mempunyai ruang yang luas dan terdapat banyak bilik di tingkat bawah, maka bilik-bilik tersebut sesuai pula dijadikan sebagai bilik tetamu.



7.14.6  Penemuan Penyelidikan Keenam
Kerja penyesuaigunaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah memberi kesan yang berlainan bagi setiap hotel. Bagi 24 buah hotel yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town, kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai sebuah hotel telah mengubah reka bentuk asal bangunan bersejarah. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 11 buah hotel lagi masih mengekalkan reka bentuk asal bangunannya. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.19: Kerja penyesuaigunaan hotel mengubah reka bentuk asal bangunan. Daripada pemerhatian yang telah dilakukan didapati bahawa hotel yang telah mengubah reka bentuk asal melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahan ke atas bangunan mereka bagi memenuhi keperluan pengunjung hotel yang semakin ramai. Penambahan ruang terpaksa dilakukan bagi menyediakan bilik hotel yang lebih banyak dan menyediakan ruang lain bagi memastikan perjalanan pengurusan hotel berjalan dengan lancar.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan juga di dapati bahawa hanya 7 buah hotel daripada 35 buah hotel hasil suaiguna bangunan bersejarah yang menepati konsep hotel warisan. Manakala hotel selebihnya iaitu sebanyak 28 buah hotel lagi tidak menepati konsep hotel warisan tetapi lebih kearah kemodenan. Analisis lengkap boleh merujuk kepada Jadual 7.20: Kerja penyesuaigunaan bangunan bersejarah menepati konsep hotel warisan menunjukkan peratusan hotel yang menggunakan konsep hotel warisan. Daripada pemerhatian yang dilakukan, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan pemilik hotel tidak berminat untuk mempraktikkan konsep hotel warisan kerana kebanyakkannya mengusahakan hotel bajet dengan lebih menumpukan faktor harga sebagai tarikan hotel. Tanpa mengadapatsikan konsep warisan, kebanyakan hotel ini masih mampu menarik perhatian kebanyakan pengunjung yang mempunyai bajet rendah untuk mengunjungi hotel mereka. Manakala bagi 7 buah hotel yang menerapkan ciri-ciri warisan ke atas hotel mereka, didapati 4 buah daripadanya menerapkan unsur Cina Peranakan, sebuah daripadanya menerapkan unsur Kemelayuan, sebuah daripadanya menerapkan unsur Kolonial dan sebuah lagi menerapkan unsur campuran Cina Peranakan dan Inggeris.

(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)



Gambar 7.3: Senarai hotel yang menepati konsep Hotel Warisan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town iaitu Heeren House, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka (1); Heeren Inn, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka (2); Hotel Puri, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka (3); Baba House, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka (4); Ku Din Ku Meh, Jalan Penang, George Town (5); Cheong Fatt Tze Mansion, Lebuh Leith, George Town (6); dan Hutton Lodge, Jalan Hutton, George Town (7).




7.15     Rumusan Penemuan Penyelidikan Keseluruhan
Konsep penyesuaigunaan adalah mengubah fungsi sebuah bangunan kepada satu fungsi yang berlainan dengan sebelumnya. Di dalam penyelidikan ini, penyesuaigunaan yang dilakukan adalah mengubah fungsi asal sesebuah bangunan bersejarah menjadi sebuah hotel disamping memulihara bangunan tersebut sebagaimana keadaan asal memandangkan bangunan bersejarah yang disuaiguna berada dalam zon pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hasil daripada kajian lapangan yang dijalankan telah mendapati bahawa terdapat 86 buah hotel di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town yang mana 22 buah hotel di terletak Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan 64 buah hotel lagi terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Hotel-hotel ini pula kebanyakannya terletak di Zon Penampan yang mana sebanyak 76% hotel berbanding sebanyak 24% hotel terletak di Zon Utama. Sebahagian besar daripada bangunan bersejarah ini dibina pada sekitar tahun 1900an. Hotel bajet merupakan kategori hotel yang paling banyak di dapati di kedua buah Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town iaitu sebanyak 79% berbanding dengan kategori hotel seperti hotel butik dan lain-lain lagi.

Jumlah hotel yang telah disuaiguna daripada bangunan bersejarah hanyalah 41% atau 35 buah hotel daripada 86 buah hotel yang ada di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Daripada 35 buah hotel ini, 28 buah hotel terletak di George Town manakala selebihnya iaitu sebanyak 7 buah hotel lagi terletak di Melaka. Rumah kedai adalah bangunan yang paling banyak diubah suai menjadi hotel iaitu sebanyak 89% berbanding dengan rumah agam sebanyak 11%. Rumah kedai dan rumah agam merupakan bangunan yang paling banyak disuaiguna sebagai hotel kerana faktor lokasi bangunan bersejarah berkenaan yang terletak di tengah pusat bandar disamping faktor susun atur dalaman, reka bentuk seni bina dan hiasan dalamannya yang masih mengekalkan ciri-ciri asal bangunan bersejarah.

Antara elemen bangunan asal yang kerap dikekalkan ialah lantai bawah, lantai atas, struktur tiang, struktur bumbung dan struktur tangga. Manakala elemen bangunan asal yang kerap diubah suai bagi penyesuaigunaan ialah dinding dalam, hiasan dalaman, kemudahan bangunan, kemasan siling dan kemasan dinding. Seterusnya antara elemen bangunan yang kerap menggunakan bahan binaan asal dalam kerja penyesuaigunaan ialah seperti pada fasad hadapan, lantai bawah, struktur tangga, lantai atas dan hiasan seni bina. Hasil daripada analisis data yang telah dilakukan juga mendapati bahawa 69% daripada kerja penyesuaigunaan hotel telah mengubah reka bentuk asal bangunan bersejarah ini dan hanya 20% sahaja daripada 35 buah hotel yang telah disuaiguna ini menepati konsep hotel yang bercirikan warisan.

Hasil daripada analisis data yang dilakukan didapati bahawa sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang telah disuaiguna sebagai hotel ini tidak dipulihara dengan baik dan hanya 29% daripadanya sahaja yang telah dipulihara dengan baik terutama sekali pada hotel-hotel yang masih mengekalkan konsep hotel butik atau hotel warisan seperti Rumah Agam Cheong Fatt Tze di George Town dan Hotel Puri, Heeren Inn serta Baba House di Melaka dengan konsep Cina Peranakan. Selain daripada itu, terdapat sebanyak 20% daripada hotel-hotel ini telah membina struktur bangunan tambahan pada struktur bangunan sedia ada bagi menampung keperluan jumlah bilik hotel yang tidak mencukupi dan sebahagian besar daripada struktur bangunan tambahan yang dibina ini tidak menggunakan bahan binaan asal atau mengekalkan konsep serta reka bentuk seni bina asal.
Penyelidikan ini juga telah mencapai objektif utamanya dengan mengenalpasti tahap penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel berdasarkan prinsip pemuliharaan yang telah dilakukan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town. Daripada penilaian yang telah dilakukan keputusan adalah agak mendukacitakan kerana prinsip pemuliharaan yang dipraktikkan di dalam kerja penyesuaigunaan yang dilakukan adalah amat sederhana sehingga sekiranya tindakan dan langkah tertentu tidak dilakukan, kemungkinan hotel yang terhasil daripada penyesuaigunaan bangunan bersejarah akan hilang keistimewaannya dan sama seperti hotel konvensional lain.

7.16  Rumusan
Analisis data merupakan puncak kepada penyelidikan ini, yang mana segala data yang telah diipungut sepanjang kajian lapangan diproses untuk diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Kesemua data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik yang sesuai dan bagi penyelidikan ini perisian SPSS 16.0 telah digunakan. Hasil analisis data yang dijalankan telah menghasilkan keputusan yang telah diterangkan dengan bantuan visual agar keputusan analisis data mudah untuk difahami. Rumusan dibuat bagi merumuskan secara keseluruhan keputusan analisis data yang diperolehi. Rumusan tersebut telah membawa kepada penemuan-penemuan kepada penyelidikan ini.

Penemuan yang telah diperolehi hasil penyelidikan ini diharap dapat digunakan sebagai sumber rujukan yang dapat membantu perkembangan bidang penyesuaigunaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town khususnya dan Malaysia amnya. Selain daripada itu, penemuan ini juga diharap secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia amnya yang mana dengan adanya usaha penyesuaigunaan bangunan bersejarah sebagai hotel dilakukan dengan meluas dapat menyelamatkan bangunan bersejarah sedia ada daripada pupus dan terus menjadi tatapan generasi akan datang.

No comments: