Sunday, August 10, 2008

Sejarah Bangunan Loke Chow Kit (Kini Bangunan PAM)

Bangunan peninggalan Loke Chow Kit

MASIH kukuh berdiri dan kekal dengan fizikal asalnya, bangunan ini pada mulanya merupakan milik Loke Chow Kit. Bangunan yang didiami Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, pada hari ini pada asalnya merupakan rumah agam orang kaya Kuala Lumpur, Loke Chow Kit. Dibina pada 1907 di kawasan perumahan mewah warga Inggeris ketika era penjajahan British, bangunan dua tingkat yang pernah dikenali sebagai Dewan Loke itu dikatakan satu-satunya bangunan milik warga tempatan di kawasan yang dikenali sebagai European Quarter itu. "Inilah satu-satunya rumah milik orang tempatan di kawasan ini. Selebihnya ialah milik warga Inggeris. "Bukan saja untuk didiami, rumah ini juga dijadikan pejabat untuk kerja-kerja perusahaan bijih timah. "Bagaimanapun, Loke menjual rumah ini pada tahun 1909 dan kemudian ia dijadikan Hotel Empire diikuti Hotel Peninsular," kongsi Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Konservasi PAM, Ar. Mohd. Zulhemlee An.

PAM menjadi penghuni keempat bangunan itu sejak 1973. "PAM memilih untuk 'mendiami' bangunan ini kerana reka bentuknya yang unik, yang tidak dapat dihasilkan semula dalam era lain. Tambahan ia terletak di kawasan utama. Faktor itu membuatkannya sesuai dijadikan bangunan rujukan untuk ilmu seni bina," jelas Zulhemlee. Terserlah gaya Inggeris atau Eropah. Dilengkapi dengan laman terbuka di tengah-tengah bangunan, kata Zulhemlee, ciri ketara seperti itu kini juga hanya dapat dilihat pada rumah-rumah lama Melaka dan Rumah Agam Cheong Fatt Ze di Pulau Pinang.

"Rumah-rumah lama di China juga menerapkan konsep laman terbuka seperti ini. "Jadi kita tidak dapat menetapkan sama ada idea rekaan seperti ini datang dari negara tertentu," ujarnya. Tidak mustahil, kata Zulhemlee, rekabentuk baluster atau susur tangan pada pagar di sekeliling laman terbuka di aras atas bangunan itu datang dari kedua-dua negara, China dan Eropah, kerana rekabentuk yang sama turut dapat ditemui di Eropah. "Malah, rumah ini dibina selepas Loke pulang dari melawat negara-negara Eropah bersama usahawan ternama, Wong Loke Yew," jelas Zulhemlee.

Kepala tiangnya yang berkerawang jelas sekali menunjukkan pengaruh Eropah, begitu juga gable end atau tebar layar pada bahagian hujung bumbungnya. Biarpun sudah mengalami tiga kali perubahan fizikal kerana empat kali bertukar penghuni, struktur dan kebanyakan bahagian utama asal bangunan itu masih kekal. "Kebanyakan bahagian bangunan yang diperbuat daripada kayu terpaksa kami ganti dengan material lain kerana ia diserang anai-anai dengan teruk sekali. "Tetapi yang masih terselamat, kami kekalkan," katanya yang mendedahkan lantai kayu di aras atas sebahagian besarnya digantikan kepingan besi tebal.

Ciri tradisional Melayu, kongsi Zulhemlee, dapat dikesan pada bahagian depan rumah itu. Dari pintu pagar, satu set anak tangga membawa tetamu ke 'anjung' sebelum sampai ke pintu utama rumah. Darjah perbezaan antara seni bina lama dengan baru sangat ketara dari segi reka bentuk sesebuah bangunan. Namun, siapa sangka, teori pembinaannya juga ada kelainan?Dinding jauh lebih tebal. "Rumah-rumah sekarang ditampung beratnya oleh tiang dan rasuk, sedangkan rumah dahulukala ditampung oleh dindingnya. "Disebabkan itulah dinding rumah lama jauh lebih tebal berbanding dinding rumah sekarang. "Dinding yang diperbuat pada zaman dahulu juga bersifat menyerap dan melepaskan lembapan ke ruang dalaman, membuatkan rumah tidak panas. "Cat yang digunakan juga daripada jenis yang membolehkan dinding bernafas (breathable)," terangnya. Namun, dengan penggunaan pendingin hawa, cat yang digunakan pada hari ini bukan lagi daripada jenis itu. "Cat 'boleh bernafas' masih lagi dihasilkan tetapi sudah tidak ramai yang menggunakannya kerana penggunaan pendingin hawa memerlukan tiada pengaliran udara keluar dan masuk. "Tetapi penggunaan cat tidak boleh bernafaslah yang menyebabkan pembentukan kulat pada dinding bangunan lama yang serupa kerana lembapan dalam dinding tidak dapat keluar dengan baik," tambah Zulhemlee.

Masih yang asal. Kebanyakan bahagian yang dibina daripada kayu terpaksa dirombak dan digantikan dengan kepingan besi kecuali tangga ini. Impian PAM kini ialah untuk mendapatkan hak milik ke atas bangunan itu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepenuhnya."Disebabkan kami sekadar bertindak sebagai penjaga bangunan ini, pergerakan kami untuk melakukan sebarang pengubahsuaian pada bangunan ini sangat terhad. "Sedangkan sebagai sebuah pertubuhan yang menghimpunkan arkitek bertauliah dari seluruh negara, kami mempunyai banyak aktiviti untuk dilakukan seperti seminar, mesyuarat dan sebagainya," ujarnya. Bangunan seluas 1,588 meter persegi itu kini menempatkan sebuah pusat sumber tentang seni bina yang turut dibuka kepada orang awam dan menjadi pusat rujukan kepada 1,600 arkitek berdaftar.

PAM juga, kata Zulhemlee, berhasrat untuk mengembalikan bentuk asal bangunan yang masih berdiri teguh bersetentang dengan Bank Rakyat di Jalan Parlimen itu. "Kami telah mencalonkan bangunan ini kepada Jabatan Warisan Negara agar ia dapat digazetkan supaya terus dipelihara sebagai tinggalan sejarah negara. "Kita memerlukan sekurang-kurangnya satu bangunan untuk rujukan daripada setiap zaman dan Loke Chow Kit bukan nama asing lagi di negara kita," kata Zulhemlee.

Istana Bukit Zaharah (1858), Johor Bahru, Johor, Malaysia


Building History

Upon its completion in 1858, this building was used specifically for royal ceremonies such as the inauguration of the sultan and royal weddings. The ground level was used as a museum for the antique cars of Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim.

Upon the completion of Sultan Abu Bakar Grand Palace, the royal residence was moved to the new palace and this building was left vacant. From the 1970s until the end of 1980s this building was used as the Bukit Zaharah Religious School. However, when the religious school was moved to a new building in Jalan Yahya Awal, the building was left abandoned until today.

The design concept of this building reflects the influence of western architecture. This is clearly shown in the plan and elevation of the building. The plan, which is in the shape of a letter 't' is similar to the clover flower split into four. The design is chosen to accommodate four main groups of foreign dignitaries like the Malays, English, Chinese and Indians during the royal functions.

The Western architectural features can be seen in the use of classical ionic columns, decorative plasters for the outer walls and interiors of the building and decorative glass above the windows and doors of keystone shape. Similar to other western architectural features, the windows of this building are of segmental shape.

Kota Kuala Kedah

Friday, August 01, 2008

Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

PENGENALAN
Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Pada mula pembinaannya di kenali sebagai “Bangunan Baru Kerajaan” (the new Government Offices), kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan”, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai “Bangunan” sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.
'
SEJARAH PEMBINAAN
Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program “Bangunan Tersergam” (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal $152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang di lakukan oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G (Gabenor Negeri – negeri Selat) pada 6hb Oktober 1894. Antara faktor menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

TUJUAN PEMBINAAN
Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat:
  1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O);
  2. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber);
  3. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);
  4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner);
  5. Public Works Department (PWD);
  6. Audit dan Perbendaharaan;
  7. Pejabat Tanah;
  8. Jabatan Galian;
  9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).
REKABENTUK SENI BINA
Pemilihan stail senibina Islam ‘Moorish’ atau ‘Mahometan Style’ pengaruh bangunan awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “the Raj style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini. Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi 41.5m di tengah – tengah binaan berbentuk huruf ‘F’ penampilan identiti dan mercu tanda tersendiri.

Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi. Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894 – 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).

PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB
Antara pegawai–pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.

Sumber: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) http://www.heritage.gov.my/

Syed Al-Attas's Mansion (Islamic Museum), George Town, Penang, Malaysia

Source: Penang Islamic Museum