Saturday, March 10, 2007

USM 2008 Best Research Award (PhD Category) : Building Defects and Method of Statement in Conservation of Malaysia Historical Buildings

The award
The programme
List of winners

Speech by Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak (Vice-Canselor USM)

Award presentation by the Dean of Institute of Graduate Studies University Science Malaysia (Professor Roshada Hashim)
Me, my PhD supervisor (Professor Dr. A. Ghafar Ahmad) & Deputy Dean of Institute of Graduate Studies (Associate Professor Dr. Badaruddin Mohamed)

Friday, March 09, 2007

USM 2008 Finalist for Best Postgraduate Research Project Competition & Postgraduate Research Exhibition

2 years of research products: journals, digital proceedings, conference papers, abstract books, reports, posters & etc.
Explanation to the panel jury
Interviewed by USM Deputy Vice-Chancellors Y.Brs. Profesor Ahmad Shukri Mustapa Kamal (Academic & International Affairs)
My research poster titled Building Defects and Method Statements for Conservation of Historical Buildings in Malaysia
¹Universiti Teknologi MARA, Malaysia²Universiti Sains Malaysia

Organized by: Institute of Graduate Studies USM
Held at: Balai Pesiban Agung, School of Arts, University Science Malaysia from 27th. November-1st. December 2008.

Thursday, March 08, 2007

The Oxford Conference 2008 Powerpoint Presentations and Proceedings, University of Oxford, UK

Following the very successful Oxford Conference 2008 which took place in July, we are are pleased to inform you that most of the power point presentations from the event are now available on-line at: Visit: http://www.oxfordconference2008.co.uk/presentations
Copies of the conference proceedings "The Oxford Conference: A Re-Evaluation of Education in Architecture" are also available for sale. To receive a copy, please complete and return the attached order form.

Proceedings Order Form

Wednesday, March 07, 2007

Kecacatan Bangunan dan Penyataan Kaedah Dalam Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia

Prepared by: Kamarul Syahril Kamal¹
Supervised by: Prof. Madya Dr. A. Ghafar Ahmad²
¹Universiti Teknologi MARA, Malaysia²Universiti Sains Malaysia

2008 Finalist for Best Postgraduate Research Project Competition and Post Graduate Research Exhibition at Balai Pesiban Agung, School of Arts, University Science Malaysia from 27th. November-1st. December 2008.

The Refurbishment of Ipoh Railway Station, Perak, Malaysia: A Case Study

Prepared by: Kamarul Syahril Kamal¹, Lilawati Ab Wahab¹, Prof. Madya Dr. A. Ghafar Ahmad² , Shahruddin Shabri and Saiful Bari Abd Karim ¹Universiti Teknologi MARA, Malaysia ²Universiti Sains Malaysia and University of Manchester UK.

Preserving the Architectural Heritage in the Refurbishment of Batu Gajah District Court Complex, Perak, Malaysia

Prepared by: Kamarul Syahril Kamal¹, Lilawati Ab Wahab¹, Prof. Madya Dr. A. Ghafar Ahmad² , Shahruddin Shabri and Saiful Bari Abd Karim ¹Universiti Teknologi MARA, Malaysia ²Universiti Sains Malaysia and University of Manchester UK

50 Heritage Buildings and Monuments at Ipoh City, Perak, Malaysia

Tuesday, March 06, 2007

Laporan Kajian Dilapidasi Bangunan Suluh Budiman, Tanjung Malim, Perak, Malaysia 2008


The contents of the report is confidential. Some amount of proffesional fees are charged to produce the report.

Monday, March 05, 2007

Pengenalan Kepada Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

PROCEEDINGS OF THE 2nd. BUILDERS SYMPOSIUM (BuSY 2010) "BROADENING HORIZON THROUGH BUILT ENVIRONMENT", 25th. MARCH 2010, UNIVERSITY TECHNOLOGY MARA, MALAYSIA
Kamarul Syahril Bin Kamal1,1Universiti Teknologi MARA, mailto:¹kamarul_uitm@yahoo.co.uk

Abstrak

Sebagaimana yang kita semua maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Namun begitu, dicelah-celah arus pembangunan yang pesat ini terdapatnya bangunan-bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik seperti bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, sekolah, masjid, istana dan lain-lain lagi. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dipulihara dengan sebaik mungkin daripada pupus ditelan arus pembangunan. Bidang pemuliharaan bangunan bersejarah adalah merupakan satu revolusi yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia hari ini. Ia merupakan satu bidang yang melibatkan kerja pemuliharaan, pengekalan dan penjagaan ke atas bangunan bersejarah dilakukan bagi memanjangkan usia bangunan berkenaan. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk memastikan bangunan bersejarah yang dipulihara bebas daripada sebarang masalah kerosakan bangunan dan terpulihara dari segi reka bentuk seni bina dan bahan binaannya. Profesyen sebagai konservator bangunan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah ini terutama sekali sewaktu kerja pemuliharaan sedang dijalankan. Seorang konservator bangunan hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang pemuliharaan bangunan bersejarah terutama sekali yang berkaitan dengan prinsip dan etika pemuliharaan agar kerja pemuliharaan yang dilaksanakan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Bidang tugas sebagai seorang konservator bangunan adalah sangat mencabar kerana ia bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan nilai sejarah, reka bentuk seni bina dan lain-lain lagi faktor yang terdapat pada sesebuah bangunan bersejarah itu dikekalkan dan terus terpulihara untuk tatapan generasi yang akan datang.
Katakunci: Pemuliharaan, bangunan bersejarah, konservator bangunan.

1. Pengenalan

Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Merujuk kepada hasil kajian inventori bangunan-bangunan warisan Malaysia yang telah dilakukan oleh Muzium Negara pada tahun 1992, dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995). Namun begitu, sebahagian besar daripada bangunan bersejarah ini menurut A. Ghafar Ahmad (2009) tidak dipulihara dengan baik dan kebanyakan daripadanya berada dalam keadaan yang buruk disebabkan oleh faktor kerosakan bangunan. Lebih malang lagi ada di antara bangunan bersejarah ini sedang diancam kemusnahan kerana diabaikan oleh pemilik asal dan dirobohkan atas desakan pembangunan serta kurangnya keperihatinan masyarakat dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah (Hamilton & Zuraini Md Ali, 2002). Namun begitu, dengan pengiktirafan dan penyenaraian Bandaraya Melaka dan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO yang juga dikenali sebagai The Historic Cities of The Straits of Malacca di bawah kategori Tapak Warisan Budaya pada 7hb. Julai 2008 (JWN, 2008), telah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat umum di Malaysia tentang kepentingan untuk memulihara dan menghargai warisan yang terdapat di negara ini terutama sekali bangunan bersejarah. Dirasakan bahawa sudah tiba masanya usaha pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah yang banyak terdapat di negara ini dilakukan dalam skala yang besar dan menyeluruh serta terancang demi untuk memanjangkan usia dan seterusnya menyelamatkannya daripada terus diancam kemusnahan (Cohen, 2001; Leask & Fyall, 2006).

Secara umumnya kesedaran terhadap kepentingan untuk memulihara bangunan bersejarah adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat dan bukannya dibebankan ke atas pihak kerajaan semata-mata (Macdonald, 2001). Bangunan bersejarah yang terdapat pada sesebuah negara menurut pendapat A. Ghafar Ahmad (1994) dan Yahaya Ahmad (2006) wajar dipulihara kerana ia memiliki nilai emosi, budaya dan kegunaan yang tidak ternilai harganya. Tanpa usaha pemuliharaan yang berterusan, dikhuatiri bangunan bersejarah ini akan terus lenyap ditelan zaman (Hobson, 2004; Ashurst, 2006). Jesteru itu, usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia perlu dilakukan dalam apa cara sekalipun dari masa ke semasa agar generasi yang akan datang dapat berpeluang untuk melihat dan menikmatinya dalam bentuk sedia ada sebagaimana ia dibina ratusan tahun dahulu atau sekurang-kurangnya dalam bentuk yang telah disuaiguna semula seperti muzium, galeri, hotel dan lain-lain lagi, dan bukannya dalam lipatan sejarah, buku rujukan yang terdapat di perpustakaan atau gambaran dalam poskad kenangan sebagaimana yang berlaku kini (Bridgwood et al., 2008; Highfield & Gorse, 2009). Antara contoh bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia yang wajar dipulihara adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1.1 seperti berikut:

(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).

Gambar 1.1: Bangunan bersejarah di Malaysia yang wajar dipulihara dengan baik bagi mengekalkan ciri-ciri reka bentuk seni bina dan nilai sejarahnya.

Namun begitu, dirasakan bahawa segala usaha yang telah dan sedang dilakukan sehingga kini masih belum berjaya sepenuhnya untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan untuk memulihara bangunan bersejarah. Ini adalah kerana masih kelihatan banyak lagi bangunan bersejarah di negara ini yang berada dalam keadaan usang dengan terdapat pelbagai jenis kerosakan bangunan berlaku ke atasnya. Selain daripada itu, terdapat juga di antara bangunan bersejarah ini yang pada dasarnya tidak dipulihara dengan baik dan diabaikan oleh pemiliknya kerana tiada usaha pemuliharaan yang berterusan telah dilakukan (Paiman Keromo, 2002). Mungkin disebabkan oleh masalah kelemahan dari segi perancangan, kekurangan sumber kewangan, kekurangan kepakaran dan kefahaman terhadap pendekatan kerja pemuliharaan yang betul, usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia masih belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan usaha pemuliharaan sebagaimana yang telah dilakukan di kebanyakan negara lain seperti di Eropah (Watt & Colston; 2003)

Di Eropah sebagai contohnya, bangunan bersejarah telah dipulihara dengan sebaik mungkin kerana keperihatinan dan kepekaan masyarakat di sana terhadap kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah. Selain daripada menjadi ikon dan mercu tanda sesebuah bandar atau negara, bangunan bersejarah ini telah berupaya untuk menarik kehadiran jutaan pelancong untuk melawatnya dan memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada sesebuah negara. Boleh dikatakan bahawa hampir sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang terdapat di kebanyakan negara berkenaan telah dipulihara dengan baik dan bebas dari sebarang masalah kerosakan bangunan yang serius. Walaupun kerosakan bengunan tetap berlaku tetapi skalanya adalah kecil dan ia seringkali dibaikpulih dengan baik dan sempurna secara berterusan dari masa ke semasa sejak ratusan tahun dahulu lagi (Jokilehto, 1999; Orbasli; 2008).

Sebaliknya di Malaysia, masih kelihatan lagi bangunan bersejarah yang berada dalam keadaan usang, tidak dipulihara dengan baik dan hilang ciri-ciri keaslian pada reka bentuk seni bina dan bahan binaannya kerana tidak dipulihara dan diselenggara dengan baik dan telah diubahsuai pada skala yang menyeluruh. Keadaan seumpama ini secara tidak langsung akan mempercepatkan lagi proses kerosakan bangunan dari berlaku ke atas sesebuah bangunan bersejarah disamping memusnahkan identitinya yang asli.

2. Definisi Bangunan Bersejarah

JWN (2009) mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambungan yang disebabkan seni binanya, kehomegenannya atau tempatnya dalam lanskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains. Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai sesebuah bangunan yang dapat memberikan kita perasaan kagum dan menjadikan kita ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya. Beliau turut menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata yang lain, sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ia mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial, politik, rohani dan simbolik. Antara contoh peninggalan bangunan bersejarah di Malaysia yang telah berusia lebih daripada 100 tahun ada ditunjukkan dalam Gambar 2.1 seperti berikut:

(1) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(2) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(3) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).

Gambar 2.1: Bangunan bersejarah di Malaysia yang telah berusia lebih daripada 100 tahun.

3. Klasifikasi Bangunan Bersejarah

Merujuk kepada BWM (1990) bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia bolehlah diklasifikasikan kepada 12 kategori mengikut kegunaan seperti berikut:
i. Residensi seperti rumah Melayu tradisional, istana, banglo, vila, rumah agam dan rumah teres.
ii. Komersil seperti pasar, kewangan, pajabat, gudang, rumah tamu, rumah tumpangan, hotel dan kafe.
iii. Kegunaan campuran seperti rumah kedai.
iv. Ketenteraan seperti kota dan kubu.
v. Pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.
vi. Institusi seperti bangunan kerajaan, mahkamah, penjara, hospital dan kedutaan.
vii. Industri dan pertanian seperti lombong, kilang, pelabuhan dan estet.
viii. Keagamaan seperti masjid, surau, wakaf, gereja, tokong, kuil dan perkuburan.
ix. Rekreasi dan sosial seperti rumah kelab dan panggung wayang.
x. Kebudayaan seperti muzium, teater dan pentas persembahan.
xi. Pengangkutan seperti stesen keretapi, bas, jeti dan lapangan terbang.
xii. Lain-lain seperti menara jam dan monumen.

4. Definisi Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Merujuk kepada ICOMOS (1999) (Piagam Burra), ada mendefinisikan pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat supaya kepentingan kebudayaan dapat dikekalkan. Prosesnya termasuklah penyelenggaraan dan kadang kala termasuk juga proses pemulihan, restorasi dan pembinaan semula serta adaptasi. Pada kebiasaannya ia adalah kombinasi di antara proses-proses ini. Sementara itu, merujuk kepada PERZIM (2006) pula telah mendefinisikan pemuliharaan sebagai kerja-kerja baik pulih monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan kaedah mengekalkan seni bina dan bahan binaan yang sama atau hampir sama dengan bahan asal. Penekanan kerja pemuliharaan adalah terhadap seni bina iaitu rupa bentuk yang terawal atau mula-mula dibina, bahan-bahan binaan iaitu mengekalkan bahan-bahan binaan yang asal sama ada peneguhan atau pembuatan semula dan penggunaan seperti asal pembinaan sesuatu bangunan atau monumen. Antara contoh pendekatan kerja pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia ada di tunjukkan dalam Gambar 4.1 seperti berikut:

(1) Kerja pemuliharaan Bangunan JKR di Batu Gajah, Perak.
(2) Kerja pemuliharaan Stesen Keretapi Ipoh di Ipoh, Perak.
(3) Kerja pemuliharaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister di George Town, Pulau Pinang.

Gambar 4.1: Kerja pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia sedang dijalankan.

5. Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

A. Ghafar Ahmad (2006a) ada menegaskan bahawa segala usaha pemuliharaan bangunan bersejarah perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingannya dari segi nilai sejarah, warisan, seni bina, usia, fungsi dan bahan binaan. Menurut pendapat Fileden (2000), antara kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah seperti berikut:
i. Bangunan bersejarah mempunyai nilai nostalgia, seni bina, estetik, simbolik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani.
ii. Bangunan bersejarah berupaya memberi imej dan identiti pada rupa bentuk bandar dan budaya setempat.
iii. Lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah berupaya untuk menarik minat para pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.
iv. Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam tanahair serta meningkatkan semangat patriotisma.

Manakala DBKL (1996a) pula berpendapat bahawa antara kepentingan utama pemuliharaan bangunan bersejarah dalam sesebuah kawasan bandar pula ialah untuk:
i. Mengekalkan nilai-nilai warisan budaya sebagai langkah ke arah pembentukan identiti reka bentuk tempatan.
ii. Memulihara dan mengekalkan elemen karektor, sejarah dan reka bentuk seni bina yang unik dan menarik.
iii. Mengekalkan nilai-nilai sejarah dan kenangan tentang kewujudan sesebuah bandaraya.
iv. Meningkatkan taraf bangunan bersejarah dari masalah seperti kadar keusangan yang tinggi dan kurang penyelenggaraan.
v. Menyeimbangkan integrasi pembangunan antara bangunan lama dengan yang baru.
vi. Menyimpan rekod seni bina silam sebagai rujukan pada masa yang akan datang.

6. Isu Semasa Berkaitan Pemuliharaan dan Bangunan Bersejarah

Secara umumnya terdapat banyak isu dan masalah yang telah dikenalpasti dan sedang dihadapi oleh bangunan bersejarah di Malaysia sebagaimana yang telah diutarakan sebelum ini oleh pelbagai pihak iaitu DBKL (1996b), MPPP (2005) serta MBMB (2008) seperti berikut:
i. Bangunan bersejarah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
ii. Bangunan bersejarah musnah disebabkan oleh kebakaran.
iii. Bangunan bersejarah tidak dipulihara dan diselenggara dengan baik.
iv. Bangunan bersejarah banyak mengalami masalah kerosakan bangunan.
v. Bangunan bersejarah dipulihara dengan pendekatan kerja pemuliharaan yang salah.

7. Prinsip Asas Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Dalam usaha untuk melaksanakan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah, adalah amat penting bagi konservator bangunan untuk mengetahui, memahami dan mengamalkan prinsip asas pemuliharaan agar ianya menepati kehendak dan piawaian di peringkat antarabangsa. Paiman Keromo (2006) berpendapat bahawa prinsip utamanya ialah keaslian dan beliau telah mengenalpasti dan membahagikan keaslian kepada empat elemen utama seperti berikut:
i. Keaslian dari segi seni bina.
ii. Keaslian bahan-bahan binaan.
iii. Keaslian pembinaan dan penciptanya.
iv. Keaslian teknik sama ada pemasangan atau pembuatannya.

Sehubungan dengan itu, kejayaan dalam setiap kerja pemuliharaan bangunan bersejarah menurut pendapat A. Ghafar Ahmad (2006b) adalah berdasarkan kepada prinsip asas pemuliharaan itu sendiri jika ianya dipatuhi. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kerja pemuliharan bangunan bersejarah dijalankan dengan teknik dan kaedah pemuliharaan yang betul, maka pemahaman terhadap prinsip asas pemuliharaan adalah amat penting serta perlu diketahui dan dipatuhi seterusnya diamalkan seperti berikut:
i. Prinsip meminimakan gangguan seperti membaik pulih hanya struktur dan fabrik bangunan bersejarah yang rosak sahaja manakala yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya.
ii. Prinsip menjalankan kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan dan sifat bahan binaan serta tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak.
iii. Prinsip mendokumentasikan kerja pemuliharaan yang menjadi amalan penting kerja pemuliharaan kerana ia dapat digunakan sebagai bahan rujukan terhadap kerja penyelenggaran bangunan bersejarah pada masa akan datang.
iv. Prinsip mengaplikasikan kaedah pemuliharaan yang terbukti berkesan bagi memastikan setiap pendekatan pemuliharaan yang digunakan semasa kerja pemuliharaan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada bangunan bersejarah yang dipulihara.

8. Etika Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Setelah diketahui tentang prinsip asas pemuliharaan, maka sewajarnya kerja pemuliharaan dilaksanakan mengikut etika pemuliharaan yang sewajarnya. Etika pemuliharaan bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada prinsip asas pemuliharaan. Terdapat banyak pihak yang telah memberikan tafsiran berkaitan etika pemuliharaan seperti Bell (1997) dan Caple (2000) yang menjelaskan bahawa etika pemuliharaan adalah amat penting untuk dipatuhi. Tanpa etika pemuliharaan dikhuatiri kerja pemuliharaan yang dilaksanakan akan mengalami kegagalan dari segi prinsipnya. Sehubungan dengan itu, antara etika pemuliharaan yang perlu dipatuhi ketika kerja pemuliharaan sedang dijalankan menurut Fielden (2000) adalah seperti berikut:
i. Keadaan bangunan bersejarah hendaklah direkodkan sebelum sebarang kerja pemuliharaan dijalankan.
ii. Sebarang bukti sejarah tidak boleh dimusnahkan, dipalsukan atau dialihkan.
iii. Sebarang kerja pemuliharaan hendaklah seminima yang mungkin.
iv. Sebarang kerja pemuliharaan hendaklah dikawal oleh rasa hormat terhadap estetik, sejarah dan integriti fizikal oleh pemilikan budaya.
v. Semua kaedah dan bahan yang digunakan semasa rawatan hendaklah didokumenkan sepenuhnya.

Seterusnya merujuk kepada ICOMOS (1987) (Piagam Washington), tersenarai beberapa etika pemuliharaan yang sewajarnya dipatuhi ketika menjalankan sebarang kerja pemuliharaan dan antaranya adalah seperti berikut:
i. Tidak dibenarkan dibuat sebarang pengubahsuaian pada susun atur dan hiasan pada sesebuah bangunan bersejarah.
ii. Tidak dibenarkan membina, meroboh, dan mengubahsuai mana-mana bahagian bangunan bersejarah yang boleh mengubah bentuk dan warna bangunan bersejarah tersebut.
iii. Tidak dibenarkan mengalih sebahagian atau keseluruhan bangunan bersejarah tersebut kecuali dengan tujuan untuk melindunginya.
iv. Bahan binaan yang digantikan pada bahagian yang hilang atau rosak hendaklah dipilih atau dibuat supaya ianya dapat mengekalkan keharmonian bentuk dan warna asalnya.
v. Sebarang penambahan yang dilakukan hendaklah tidak begitu menonjol sehinggakan ianya boleh menukar kepentingan asal bangunan bersejarah berkenaan dan seterusnya mencemar keharmoniannya dengan alam sekitar.
vi. Dimana perlu, penggalian arkeologi yang sistematik hendaklah dilakukan sebelum kerja pemuliharaan dilakukan ke atas sesebuah tapak atau bangunan bersejarah.
vii. Sewaktu dan selepas kerja pemuliharaan, alam sekitar hendaklah turut dipelihara dan dikekalkan.

9. Pendekatan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Dalam bidang pemuliharaan bangunan bersejarah, terdapat pelbagai pendekatan kerja pemuliharaan yang boleh dan sering digunakan dan setiap satunya membawa maksud yang tersendiri. Lazimnya pendekatan kerja pemuliharaan ini banyak bergantung kepada keadaan bagaimana sesuatu kerja itu hendak dilakukan terhadap sesebuah bangunan bersejarah seperti pendekatan sama ada untuk membina semula, mengeluarkan semula atau mengembalikan semula. Sehubungan dengan itu, pemahaman terhadap maksud setiap pendekatan kerja pemuliharaan ini oleh konservator bangunan adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa kerja pemuliharaan sedang dijalankan. A. Ghafar Ahmad (2006a) berpendapat bahawa pendekatan kerja pemuliharaan adalah amat penting bagi memastikan keaslian dan kepentingan sesebuah bangunan bersejarah itu terpelihara dan tidak terjejas. Memandangkan bangunan bersejarah di Malaysia didapati berbeza antara satu sama lain dari segi aspek gaya seni bina, fungsi, struktur bangunan dan juga kerosakan bangunan yang berlaku ke atasnya maka sudah pasti ianya memerlukan pendekatan kerja pemuliharaan yang pelbagai.

Secara umumnya terdapat sebanyak 10 pendekatan kerja pemuliharaan yang lazim dilakukan ke atas bangunan bersejarah sebagaimana yang telah dikenalpasti oleh Fielden (2000), Burden (2004), Muhammad Ismail Othman (2006) dan Paiman Keromo (2006) seperti berikut:
i. Pengekalan (preservation).
ii. Pengembalian semula (restoration).
iii. Pemulihan (rehabilitation).
iv. Pengeluaran semula (reproduction).
v. Pembinaan semula (reconstruction).
vi. Pengukuhan (consolidation).
vii. Penyesuai gunaan (adaptation).
viii. Kegunaan yang sepadan (compatible use).
ix. Pencegahan (prevention).
x. Penyelenggaran (maintenance).

10. Kesimpulan

Sungguhpun usaha pemuliharaan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia masih berada di peringkat awal dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kebanyakan negara maju seperti di Eropah, namun segala usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pelbagai pihak baik kerajaan mahupun badan bukan kerajaan dan pihak swasta serta orang perseorangan haruslah mendapat pujian walaupun bukan pada tahap yang begitu membanggakan. Akan tetapi sebagai permulaan ia adalah sesuatu tindakan yang positif ke arah yang lebih baik. Adalah diharapkan agar melalui usaha yang berterusan dari semua pihak di negara ini, kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Selain daripada itu, dirasakan bahawa sudah tiba masanya profesyen sebagai konservator bangunan mendapat tempat yang sewajarnya dalam industri pembinaan dan pemuliharaan negara dan dalam masa yang sama lebih ramai graduan dari kalangan generasi muda mula menceburi dalam bidang berkenaan. Ini adalah kerana negara kita Malaysia amat memerlukan golongan pelapis yang berilmu dan berkemahiran tinggi dalam bidang pemuliharaan bangunan bersejarah ini dalam usaha untuk memastikan bangunan bersejarah di Malaysia terus terpulihara daripada diancam kemusnahan dan diabaikan. Ingatlah bahawa warisan bangunan bersejarah yang ada di negara ini tidak ternilai harganya pada sesebuah bangsa dan negara.

Rujukan

1. A. Ghafar Ahmad (1994). Pengenalan kepada bangunan dan monumen lama di Malaysia. Bengkel Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan Lama di Malaysia, 19-22hb. Disember 1994, Perak. Kota Ngah Ibrahim, Taiping.
2. A. Ghafar Ahmad (2006a). Rangka kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27-29hb. November 2006, Melaka. Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Melaka.
3. A. Ghafar Ahmad (2006b). Mendokumentasi kerja-kerja konservasi. Kursus Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 16-18hb. Disember 2006, Pulau Pinang. E & O Hotel, George Town.
4. A. Ghafar Ahmad (2009). Treatment of rising damp and replastering at heritage buildings. Bengkel Bersiri 2009 Konservasi Bangunan Warisan Siri 2: Lepaan Kapur, 17-19hb. Julai 2009, Perak. Dewan Pusat Pelancongan Negeri Perak, Ipoh.
5. Ashurst, J. (2006). Conservation of ruins. Butterworth-Heinemann, Oxford.
6. Badan Warisan Malaysia (BWM) (1990). Malaysian architectural heritage survey: A handbook. Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur.
7. Bell, D. (1997). The historic Scotland guide to international conservation charters. Historic Scotland, Edinburgh.
8. Bridgwood, B., Lennie, L. & Zunde, J. (2008). History, performance and conservation. Taylor & Francis, London.
9. Burden, E. (2004). Illustrated dictionary of architectural preservation: Restoration, renovation, rehabilitation and reuse. McGraw Hill, New York.
10. Caple, C. (2000). Conservation skills: Judgement, method and decision making. Routledge, London.
11. Cohen, N. (2001). Urban planning conservation and preservation. Mc-Graw Hill, New York.
12. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1996a). Garis panduan pengekalan bangunan di dalam kawasan pusat bandar Kuala Lumpur. Unit Reka Bentuk Bandar dan Warisan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
13. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1996b). Garis panduan reka bentuk untuk pembinaan baru kedai/pejabat Taman Taynton View, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Unit Reka Bentuk Bandar dan Warisan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
14. Fielden, B.M. (2000). Conservation of historic buildings. Architectural Press, Oxford.
15. Hamilton, B. & Zuraini Md Ali (2002). BS role in conservation works. 2nd. National Conference on Building Control, 22-23hb. Januari 2002, Selangor. Hilton Hotel, Petaling Jaya.
16. Highfield, D. & Gorse, C. (2009). Refurbishment and upgrading of buildings. Spoon Press, London.
17. Hobson, E. (2004). Conservation and planning. Spoon Press, London.
18. International Council on Monument and Site (ICOMOS) (1987). The Washington Charter: Charter on the conservation of historic towns and urban areas. ICOMOS International Secretariat, Paris.
19. International Council on Monument and Site (ICOMOS) (1999). The Burra Charter: The Australia ICOMOS charter for the conservation of places of cultural significance with associated guidelines and code on the ethics of co-existance. Australia ICOMOS Inc., Burwood.
20. Jabatan Warisan Negara (JWN) (2008). Historic Cities of The Straits of Malacca: Melaka and George Town Towards World Heritage Listing. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur.
21. Jabatan Warisan Negara (JWN) (2009). Warisan Kebangsaan. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur.
22. Jokilehto, J. (1999). A century of heritage conservation. Dalam: D. Watt, (ed). Journal of Architectural Conservation. Volume 5 (issue number 3).
23. Leask, A. & Fyall, A. (2006). Managing world heritage sites. Butterworth-Heinemann, Oxford.
24. Macdonald, S. (2001). Preserving post-war heritage: The care and conservation of mid-twentieth century architecture. Donhead Publishing Ltd., Shaftesbury.
25. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) (2008). Conservation management plan for the Historic City of Melaka. Unit Konservasi, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka.
26. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) (2005). Guidelines for conservation areas and heritage buildings. Unit Warisan, Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pulau Pinang.
27. Muhammad Ismail Othman (2006). Garispanduan konservasi monumen warisan Negeri Melaka. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27-29hb. November 2006, Melaka. Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Melaka.
28. Orbasli, A. (2008). Architectural conservation. Blackwell Science Ltd., Oxford.
29. Paiman Keromo (2002). Pengurusan pemuliharaan warisan negara di kawasan perbandaran. Buletin JMA 2002. Jilid IV.
30. Paiman Keromo (2006). Konservasi secara umum: Garis panduan konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah di Malaysia. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27-29hb. November 2006, Melaka. Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Melaka.
31. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (2006). Pengenalan bengkel konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Melaka.
32. Syed Zainol Abidin Idid (1995). Pemeliharaan warisan rupa bandar: Panduan mengenali warisan rupa bandar berasaskan inventori bangunan warisan Malaysia. Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur.
33. Watt, D. & Colston, B. (2003). Conservation of historic buildings and their contents: Addressing the conflicts. Donhead Publishing Ltd., Shaftesbury.
34. Yahya Ahmad (2006). Kepentingan dan keaslian dalam kerja konservasi. Kursus Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 16-18hb. Disember 2006, Pulau Pinang. E & O Hotel, George Town.

Kajian Lapangan Ke Atas Bangunan Bersejarah Di Malaysia Dari Aspek Kecacatan Bangunan dan Pemuliharaan

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN SISWAZAH ALAM BINA, 4hb. DISEMBER 2008, FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SERI ISKANDAR, PERAK, MALAYSIA
Kamarul Syahril Kamal¹ dan Prof. Madya Dr. A. Ghafar Ahmad²
¹Universiti Teknologi MARA, Perak
²Universiti Sains Malaysia
E-mel:¹kamarul_uitm@yahoo.co.uk, ²mailto:²aghafar@usm.my
Abstrak
Negara kita Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah terutama sekali bangunan bercirikan tradisional Melayu, Cina dan Kolonial yang telah menjangkau usia ratusan tahun. Bangunan bersejarah ini pula terdiri dari pelbagai kategori seperti bangunan pentadbiran, institusi, perdagangan, keagamaan, kediaman dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, kebanyakan daripada bangunan bersejarah ini memiliki rekabentuk seni bina, tata hias dan ukiran yang menarik. Kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat. Sewajarnya bangunan bersejarah ini dipulihara dengan sebaik mungkin kerana ia merupakan peninggalan warisan yang amat berharga kepada negara. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan yang timbul berhubung keadaan bangunan bersejarah di Malaysia seperti keadaan semasa bangunan bersejarah berkenaan sama ada ianya telah dipulihara dengan sebaik mungkin atau sebaliknya. Begitu juga dengan tahap kecacatan yang berlaku ke atas bangunan bersejarah berkenaan. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah menjalankan satu kajian lapangan ke atas bangunan bersejarah di Malaysia dalam usaha untuk mengenalpasti tahap kecacatan bangunan dan pendekatan pemuliharaan yang telah dilakukan sebelum ini. Di dalam kertas kerja ini, penyelidik akan menerangkan secara ringkas berkaitan dengan kajian lapangan yang telah dijalankan di mana antara lain kandungannya akan merangkumi tujuan utama kajian lapangan; pemilihan lokasi dan bangunan untuk kajian lapangan; tumpuan kajian lapangan; bentuk borang kajiselidik yang telah digunakan; dan akhir sekali keputusan analisa data kajian lapangan yang telah diperolehi serta rumusan yang telah dibuat ke atasnya. Adalah diharapkan agar melalui kertas kerja ini, ia dapat membantu penyelidik untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan isu yang sering berlaku ke atas bangunan bersejarah di Malaysia dari aspek kecacatan dan pemuliharaan agar segala permasalah yang timbul dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Kata kunci: kajian lapangan, bangunan bersejarah, kecacatan bangunan, pemuliharaan, jejak warisan.

PENGENALAN
Bangunan bersejarah adalah merupakan sebahagian daripada warisan ketara atau ‘tangible heritage’ iaitu sesuatu yang kekal dilihat. Selain daripada itu, ia juga adalah merupakan sebahagian daripada warisan budaya ketara atau ‘tangible cultural heritage’ yang merangkumi pola kehidupan manusia masa lampau dalam konteks pembentukan tamadun dan dihasilkan oleh perjalanan hidup manusia yang telah diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Fielden (2000) berpendapat behawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik. Sekiranya sesebuah bangunan itu mampu bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Pemuliharaan pula merujuk kepada Burden (2004) didefinisikan sebagai pengurusan sesebuah bangunan untuk mengelakkan kereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau pengabaian. Pendekatan yang paling berkesan untuk megekalkan sesebuah bangunan bersejarah ialah melalui tindakan yang minimum dan tidak akan mendatangkan sebarang gangguan pada masa akan datang. Manakala kecacatan didefinisikan sebagai keadaan yang tidak sama atau tidak teratur yang berlaku sehingga berupaya untuk merosakkan atau melemahkan kekuatan sesuatu struktur, ketahanlasakan atau nilai kegunaannya (A. Ghafar Ahmad, 1993).

TUJUAN KAJIAN LAPANGAN
Tujuan utama kajian lapangan ini dijalankan ialah untuk mendapatkan gambaran awal tentang keadaan semasa bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia dan seterusnya mengenalpasti sama ada skop dan matlamat penyelidikan yang hendak dijalankan oleh penyelidik pada peringkat yang seterusnya adalah bersesuaian. Selain daripada itu, hasil penemuan yang diperolehi melalui kajian lapangan ini dapat digunakan dalam pembentukan objektif penyelidikan yang lebih spesifik. Antara perkara utama yang diberi perhatian ketika kajian lapangan ini dijalankan ialah butiran seperti berikut:
1. Lokasi kajian lapangan.
2. Tahun bangunan dibina.
3. Kategori bangunan.
4. Kegunaan semasa bangunan.
5. Keadaan semasa bangunan.
6. Pemuliharaan bangunan.
7. Kecacatan bangunan.
8. Eleman bangunan.
9. Usaha pemuliharaan.
10. Pendekatan pemuliharaan.

PEMILIHAN LOKASI DAN BANGUNAN UNTUK KAJIAN LAPANGAN
Untuk kajian lapangan ini, penyelidik telah memilih sebanyak 4 buah bandar iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dan Bandar Hilir yang turut melibatkan sebanyak 209 buah bangunan bersejarah. Pemilihan bangunan bersejarah berkenaan dibuat adalah berdasarkan kepada senarai bangunan sebagaimana yang terdapat di dalam risalah Jejak Warisan Kuala Lumpur (Kementerian Pelancongan, 1998a,b,c,d), Jejak Warisan Ipoh (Khoo Salma Nasution dan Abdur Razzaq Lubis, 1999), Jejak Warisan Pulau Pinang (George Town) (Penang Heritage Trust, 2006b) dan Jejak Warisan Melaka (Bandar Hilir) (Kerajaan Negeri Melaka, 1996). Jangka masa kajian lapangan ini dijalankan ialah selama 3 bulan bermula dari 30 Jun 2007 hingga 24 Ogos 2007. Senarai lengkap bangunan bersejarah yang telah dipilih dalam kajian lapangan ini adalah seperti berikut:

Jadual 1: Senarai bangunan bersejarah, tahun, lokasi dan tarikh kajian lapangan dijalankan.
Bil. Nama Bangunan Tahun Dibina Lokasi Kajian Tarikh Kajian
1. Masjid Jamek 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
2. Jabatan Ukur Lama 1910 Kuala Lumpur 30-Jun-07
3. Dewan Bandaran Lama 1904 Kuala Lumpur
30-Jun-07
4. Mahkamah Tinggi Lama 1915 Kuala Lumpur
30-Jun-07
5. Bangunan Sultan Abdul Samad 1897 Kuala Lumpur 30-Jun-07
6. Pejabat Pos Lama 1907 Kuala Lumpur 30-Jun-07
7. Mahkamah Industri 1905 Kuala Lumpur 30-Jun-07
8. Muzium Tekstil 1905 Kuala Lumpur 30-Jun-07
9. Muzium Sejarah Nasional 1888 Kuala Lumpur 30-Jun-07
10. Perpustakaan Memorial Kuala Lumpur 1899 Kuala Lumpur 30-Jun-07
11. Kelab DiRaja Selangor 1890 Kuala Lumpur 30-Jun-07
12. Gereja St. Mary 1895 Kuala Lumpur 30-Jun-07
13. Bangunan PAM 1903 Kuala Lumpur 30-Jun-07
14. Rumah EKRAN 1937 Kuala Lumpur 30-Jun-07
15. Pasar Budaya 1936 Kuala Lumpur 30-Jun-07
16. No. 32 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
17. No. 34 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
18. No. 36 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
19. No. 38 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
20. No. 40 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
21. No. 42 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
22. No. 44 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
23. No. 46 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
24. No. 48 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
25. No. 50 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
26. No. 52 Jalan Hang Kasturi 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
27. Bangunan OCBC 1938 Kuala Lumpur 30-Jun-07
28. Medan Pasar 1937 Kuala Lumpur 30-Jun-07
29. No. 2 Medan Pasar 1906 Kuala Lumpur 30-Jun-07
30. No. 4 Medan Pasar 1906 Kuala Lumpur 30-Jun-07
31. No. 6 Medan Pasar 1906 Kuala Lumpur 30-Jun-07
32. Bangunan Gian Singh 1909 Kuala Lumpur 30-Jun-07
33. Bank Bumiputra 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
34. No. 16 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
35. No. 18 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
36. No. 24 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
37. No. 26 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
38. No. 28 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
39. No. 30 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
40. No. 32 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
41. No. 85 Lebuh Ampang 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
42. No. 34 Jalan Tun HS Lee 1880 Kuala Lumpur 30-Jun-07
43. No. 36 Jalan Tun HS Lee 1880 Kuala Lumpur 30-Jun-07
44. No. 38 Jalan Tun HS Lee 1880 Kuala Lumpur 30-Jun-07
45. No. 40 Jalan Tun HS Lee 1880 Kuala Lumpur 30-Jun-07
46. Bangunan Gudang Persekutuan Lama 1905 Kuala Lumpur 30-Jun-07
47. Syarikat MS Ally 1907 Kuala Lumpur 30-Jun-07
48. Bank Simpanan Lama 1914 Kuala Lumpur 30-Jun-07
49. Tokong Sze Ya 1864 Kuala Lumpur 30-Jun-07
50. Bangunan Lee Rubber 1930 Kuala Lumpur 27-Jul-07
51. Persatuan Kwong Siew 1888 Kuala Lumpur 27-Jul-07
52. Kuil Sri Mahamariamman 1920 Kuala Lumpur 27-Jul-07
53. Balai Polis Lama Jalan Tun HS Lee 1895 Kuala Lumpur 27-Jul-07
54. Institusi Victoria 1893 Kuala Lumpur 27-Jul-07
55. Pejabat Pos Lama Jalan Panggung 1886 Kuala Lumpur 27-Jul-07
56. Cafe Cina Lama 1930 Kuala Lumpur 27-Jul-07
57. Persatuan Chan See Shu Yuen 1906 Kuala Lumpur 27-Jul-07
58. Kedai Peralatan Sembahyang & Pengebumian 1900 Kuala Lumpur 27-Jul-07
59. Colonial Hotel 1930 Kuala Lumpur 27-Jul-07
60. Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng 1920 Kuala Lumpur 27-Jul-07
61. Persatuan Tukang Pekedai Runcit Selangor 1920 Kuala Lumpur 27-Jul-07
62. Masjid India 1863 Kuala Lumpur 30-Jun-07
63. No. 23 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
64. No. 25 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
65. No. 27 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
66. No. 29 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
67. No. 31 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
68. No. 33 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
69. No. 35 Jalan Melayu 1870 Kuala Lumpur 30-Jun-07
70. No. 1 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
71. No. 3 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
72. No. 5 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
73. No. 7 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
74. No. 9 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
75. No. 11 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
76. No. 13 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
77. No. 15 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
78. No. 17 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
79. No. 19 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1915 Kuala Lumpur 30-Jun-07
80. PH Hendry 1920 Kuala Lumpur 30-Jun-07
81. No. 8 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1900 Kuala Lumpur 30-Jun-07
82. No. 32 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1900 Kuala Lumpur 30-Jun-07
83. No. 42 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1900 Kuala Lumpur 30-Jun-07
84. No. 106 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1900 Kuala Lumpur 30-Jun-07
85. Pawagam Coliseum 1921 Kuala Lumpur 30-Jun-07
86. Rex dan Tivoli Hotel 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
87. No. 150 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
88. No. 152 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
89. No. 154 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
90. No. 156 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
91. No. 158 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
92. No. 160 JalanTuanku Abdul Rahma 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
93. No. 162 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
94. No. 164 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
95. Pawagam Odeon 1936 Kuala Lumpur 30-Jun-07
96. Lee Wong Kee 1926 Kuala Lumpur 30-Jun-07
97. No. 233 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939Kuala Lumpur 30-Jun-07
98.No. 235 Jalan Tuanku Abdul Rahman 1939 Kuala Lumpur 30-Jun-07
99.Globe 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
100. P Lal 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
101. Chotirmall 1930 Kuala Lumpur 30-Jun-07
102. Bangunan Dewan Bandaran 1916 Ipoh 9-Jul-07
103. Stesen Keretapi Ipoh 1917 Ipoh 9-Jul-07
104. Bangunan Chung Thye Pin 1907 Ipoh 9-Jul-07
105. Mahkamah Tinggi 1928 Ipoh 9-Jul-07
106. Bangunan Perdagangan Selat 1907 Ipoh 9-Jul-07
107. SPH De Silva 1950 Ipoh 9-Jul-07
108. Firma Peguam Leong Yew 1913 Ipoh 9-Jul-07
109. Pejabat Kesihatan dan Perubatan Negeri 1920 Ipoh 9-Jul-07
110. Tempat Letak Kenderaan MBI 1962 Ipoh 9-Jul-07
111. Bangunan Perak Hydro 1930 Ipoh 9-Jul-07
112. Bangunan Bank Saudagar 1931 Ipoh 9-Jul-07
113. Bank Chartered 1924 Ipoh 9-Jul-07
114. Balai Polis Central 1911 Ipoh 9-Jul-07
115. Gereja St. John 1912 Ipoh 9-Jul-07
116. Asrama Dramatis 1920 Ipoh 9-Jul-07
117. Hongkong dan Shanghai Bank 1931 Ipoh 9-Jul-07
118. Persatuan Ku Kong Chow Kung Wu Perak 1928 Ipoh 9-Jul-07
119. Kian Aik Chan 1930 Ipoh 9-Jul-07
120. Masjid Pakistan 1930 Ipoh 9-Jul-07
121. Pejabat & Kediaman Peguam Seenivasagam 1900 Ipoh 9-Jul-07
122. Rumah Bandar Ali Pitchay 1940 Ipoh 9-Jul-07
123. Akhbar Harian Kin Kwok 1930 Ipoh 9-Jul-07
124. Pejabat Jan Sahib 1930 Ipoh 9-Jul-07
125. Villa Jaya 1930 Ipoh 9-Jul-07
126. Kedai Gambar Mikasa 1908 Ipoh 9-Jul-07
127. Kelab dan Padang DiRaja Ipoh 1898 Ipoh 9-Jul-07
128. Lorong Panglima 1890 Ipoh 9-Jul-07
129. Sekolah Perdagangan Kinta 1950 Ipoh 9-Jul-07
130. Kelab Yat Loo dan Persatuan Perlombongan 1935 Ipoh 9-Jul-07
131. Kinta Aerated Water 1930 Ipoh 9-Jul-07
132. Kerja Percetakan Star 1930 Ipoh 9-Jul-07
133. Gudang Syarikat Perdagangan Selat 1930 Ipoh 9-Jul-07
134. Pejabat Hartanah Ambika 1930 Ipoh 9-Jul-07
135. Institusi St. Michael 1923 Ipoh 9-Jul-07
136. Bar dan Restoran FMS 1923 Ipoh 10-Jul-07
137. Eu Tong Seng 1907 Ipoh 10-Jul-07
138. Masjid Padang Bandar 1908 Ipoh 10-Jul-07
139. Bangunan Oversea 1930 Ipoh 10-Jul-07
140. Tokong Guan Yin 1878 Ipoh 10-Jul-07
141. Villa Foong Seong 1931 Ipoh 10-Jul-07
142. Bar Sinhalese 1930 Ipoh 10-Jul-07
143. Rumah Melayu Kampung Jawa 1886 Ipoh 10-Jul-07
144. Han Chin Pet Soo 1929 Ipoh 10-Jul-07
145. Bazaar Lam Look Ing 1933 Ipoh 10-Jul-07
146. Masjid Kampung Paloh 1912 Ipoh 10-Jul-07
147. Jabatan Bomba Kinta Lama 1913 Ipoh 10-Jul-07
148. Cold Storage Singapura 1930 Ipoh 10-Jul-07
149. Rumah Kelab Rotary King George ke V 1935 Ipoh 10-Jul-07
150. Bangunan Chua Cheng Bok 1930 Ipoh 10-Jul-07
151. Tokong Pa Lo Ku Miao 1872 Ipoh 10-Jul-07
152. Pejabat Warta Kinta 1940 Ipoh 10-Jul-07
153. Pusat Maklumat 1940 Ipoh 10-Jul-07
154. Bangunan Times of Malaya 1930 Ipoh 10-Jul-07
155. Hotel Oriental 1930 Ipoh 10-Jul-07
156. Rumah Mo Ching 1930 Ipoh 10-Jul-07
157. Rumah Dato' Sri Adika Raja 1910 Ipoh 10-Jul-07
158. Rumah Syabil Kathigasu 1930 Ipoh 10-Jul-07
159. Masjid Dato' Panglima Kinta 1898 Ipoh 10-Jul-07
160. Persatuan Drama Amatur Cina Perak 1939 Ipoh 10-Jul-07
161. Bazaar Yau Tet Shin 1961 Ipoh 10-Jul-07
162. Gereja St. Michael 1924 Ipoh 10-Jul-07
163. Sekolah Convent 1927 Ipoh 10-Jul-07
164. Sekolah Perempuan Melayu 1920 Ipoh 10-Jul-07
165. Villa Lam Look Ing 1930 Ipoh 10-Jul-07
166. Bangunan Persatuan Cina 1930 Ipoh 10-Jul-07
167. Rumah Melayu Kampung Kuchai 1903 Ipoh 10-Jul-07
168. Ibu Pejabat Perisikan Jepun 1930 Ipoh 10-Jul-07
169. Kota Cornwallis 1808 George Town 15-Jul-07
170. Dewan Undangan Negeri 1874 George Town 15-Jul-07
171. Dewan Bandaraya 1906 George Town 15-Jul-07
172. Dewan Bandaran 1883 George Town 15-Jul-07
173. Bangunan Mahkamah 1905 George Town 15-Jul-07
174. Sekolah Convent 1852 George Town 15-Jul-07
175. Muzium Negeri 1821 George Town 15-Jul-07
176. Gereja St. George 1818 George Town 15-Jul-07
177. Kediaman Peranakan Penang 1890 George Town 15-Jul-07
178. Tokong Tua Pek Kong 1900 George Town 15-Jul-07
179. Tokong Goddess of Mercy 1800 George Town 15-Jul-07
180. Rumah Kedai Little India 1900 George Town 15-Jul-07
181. Kuil Mahamariamman 1833 George Town 15-Jul-07
182. Tokong Teochew 1870 George Town 15-Jul-07
183. Masjid Kapitan Kling 1801 George Town 15-Jul-07
184. Tokong Kongsi Yap 1924 George Town 15-Jul-07
185. Markas Dr. Sun Yat Sen 1880 George Town 15-Jul-07
186. Kediaman Syed Al-Attas 1850 George Town 15-Jul-07
187. Masjid Melayu Lebuh Acheh 1808 George Town 15-Jul-07
188. Rumah Kongsi Khoo 1906 George Town 15-Jul-07
189. Rumah Kongsi Cheah 1900 George Town 15-Jul-07
190. Gereja Assumption 1861 George Town 15-Jul-07
191. Institusi St. Xavier 1954 George Town 15-Jul-07
192. Rumah Penginapan Pelaut Keturunan Hainan 1900 George Town 15-Jul-07
193. Tokong Persatuan Sekerja Tukang Kayu 1850 George Town 15-Jul-07
194. Tokong Persatuan Sekerja Tukang Emas 1903 George Town 15-Jul-07
195. Rumah Chan Kim Boon 1900 George Town 15-Jul-07
196. Persatuan King Wan 1900 George Town 15-Jul-07
197. Tokong Hainan 1895 George Town 15-Jul-07
198. Masjid Benggali 1803 George Town 15-Jul-07
199. Kediaman Cheong Fatt Tze 1890 George Town 15-Jul-07
200. Kediaman Leong Fee 1907 George Town 15-Jul-07
201. Kediaman Ku Din Ku Meh 1900 George Town 15-Jul-07
202. Gereja St. Francis Xavier 1867 George Town 15-Jul-07
203. Warisan Baba dan Nyonya 1896 Bandar Hilir 24-Ogos-07
204. Tokong Cheng Hoon Teng 1646 Bandar Hilir 24-Ogos-07
205. Masjid Kampung Kling 1748 Bandar Hilir 24-Ogos-07
206. Kuil Sri Poyyatha Vinayagar 1781 Bandar Hilir 24-Ogos-07
207. Gereja Christ 1753 Bandar Hilir 24-Ogos-07
208. Gereja St. Paul 1553 Bandar Hilir 24-Ogos-07
209. Memorial Kemerdekaan Malaya 1911 Bandar Hilir 24-Ogos-07
Jumlah 209 Buah 4 Buah Bandar 3 Bulan

TUMPUAN KAJIAN LAPANGAN
Terdapat sebanyak 10 buah soalan telah dikemukakan dalam borang soalselidik pada peringkat kajian lapangan ini. Pembentukan soalannya adalah berkisar tentang latar belakang bangunan, keadaan semasa bangunan dan tahap kecacatannya serta pendekatan pemuliharaan yang telah dilakukan ke bangunan bersejarah yang dikaji. Pengisian borang soalselidik pula telah dilakukan oleh penyelidik sendiri melalui pendekatan pemeriksaan secara pemerhatian visual ke atas setiap bangunan dengan memberi tumpuan terhadap 10 elemen utama yang diperiksa seperti berikut:
1. Elemen dinding luar.
2. Elemen dinding dalam.
3. Elemen pintu dan kelengkapan.
4. Elemen tingkap dan kelengkapan.
5. Elemen lantai bawah dan atas.
6. Elamen tangga.
7. Elemen siling.
8. Elemen bumbung dan kemudahan.
9. Elemen kemudahan bangunan.
10. Lain-lain elemen.

BORANG KAJISELIDIK KAJIAN LAPANGAN
Setiap satu jawapan yang telah dikenalpasti direkod pada butiran yang disediakan dan diambil gambar fotonya sebagai bahan bukti dan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Format dan bentuk soalan yang terdapat dalam borang kajiselidik ini adalah seperti berikut:

KEPUTUSAN ANALISA DATA KAJIAN LAPANGAN
Segala data yang telah diperolehi melalui kajian lapangan telah dimasukkan ke dalam perisian SPSS for Windows versi 12.01 untuk dianalisa. Data ini kemudiannya dianalisa dan diplotkan dalam bentuk carta bar untuk menunjukkan jumlah dan dan carta pai untuk menunjukkan peratusan agar iannya mudah untuk difahami. Keputusan analisa data berkaitan kajian lapangan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Rajah 2: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 1: lokasi kajian lapangan.
Dengan merujuk kepada rajah 2, didapati bahawa bilangan bangunan bersejarah yang diselidik di Kuala Lumpur ialah sebanyak 101 buah (49%), diikuti dengan Ipoh sebanyak 67 buah (32%), George Town sebanyak 34 buah (16%) dan akhir sekali Bandar Hilir sebanyak 7 buah (3%).

Rajah 3: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 2: purata tahun bangunan dibina.
Dengan merujuk kepada rajah 3, didapati bahawa purata bangunan bersejarah yang diselidik di Kuala Lumpur dibina pada sekitar tahun 1911, manakala di Ipoh dibina pada sekitar tahun 1923, seterusnya di George Town dibina pada sekitar tahun 1872 dan akhir sekali di Bandar Hilir dibina pada sekitar tahun 1755. Manakala purata keseluruhan bangunan bersejarah yang diselidik dibina pada sekitar tahun 1903.

Rajah 4: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 3: kategori bangunan.
Dengan merujuk kepada rajah 4, didapati bahawa kebanyakan bangunan bersejarah yang diselidik terdiri daripada rumah kedai sebanyak 91 buah (45%), diikuti dengan keagamaan (rumah ibadat) sebanyak 36 buah (18%), residensi (rumah kediaman) sebanyak 18 buah (9%), pentadbiran kerajaan (bangunan pejabat) sebanyak 17 buah (8%), institusi (kewangan dan perbankan) sebanyak 16 buah (8%), perniagaan (pasar dan pasaraya) sebanyak 11 buah (5%) dan masing-masing muzium serta sekolah sebanyak 5 buah (2%). Seterusnya ialah hotel sebanyak 3 buah (1%), diikuti dengan masing-masing kelab dan panggung wayang sebanyak 2 buah (1%), stesen keretapi, kota dan lain-lain bangunan (tempat letak kenderaan) sebanyak 1 buah (0%) setiap satu dan akhir sekali ialah istana yang tiada dalam senarai jejak warisan.

Rajah 5: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 4: kegunaan semasa bangunan.
Dengan merujuk kepada rajah 5, didapati bahawa hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang diselidik iaitu sebanyak 188 buah (90%) masih digunakan, manakala sebanyak 13 buah (6%) sudah kosong dan yang selebihnya iaitu sebanyak 8 buah (4%) sudah roboh.

Rajah 6: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 5: keadaan semasa bangunan.
Dengan merujuk kepada rajah 6, didapati bahawa keadaan semasa bangunan bersejarah yang diselidik yang masih berada dalam keadaan baik hanyalah sebanyak 31 buah (15%) diikuti dengan sebanyak 89 buah (42%) berada dalam keadaan biasa, manakala sebanyak 81 buah (39%) berada dalam keadaan buruk dan yang selebihnya iaitu sebanyak 8 buah (4%) sudah roboh.

Rajah 7: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 6: adakah bangunan dipulihara dengan baik.
Dengan merujuk kepada rajah 7, didapati bahawa hanya sebanyak 45 buah (22%) daripada keseluruhan bangunan bersejarah yang diselidik telah dipulihara dengan baik dan kebanyakannya pula iaitu sebanyak 156 buah (74%) tidak dipulihara dengan baik manakala yang selebihnya iaitu sebanyak 8 buah (4%) sudah roboh.

Rajah 8: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 7: adakah terdapat kecacatan pada elemen bangunan.
Dengan merujuk kepada rajah 8, didapati bahawa kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang diselidik terdapat kesan kecacatan pada elemen bangunannya iaitu sebanyak 174 buah (83%), manakala sebanyak 27 buah (13%) tidak terdapat kesan kecacatan dan yang selebihnya iaitu sebanyak 8 buah (4%) sudah roboh.

Rajah 9: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 8: jika ya, pada elemen apa.
Dengan merujuk kepada rajah 9, didapati bahawa hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang diselidik terdapat kesan kecacatan pada elemen bangunannya. Elemen dinding luar mewakili elemen yang terbanyak iaitu sebanyak 173 kesan kecacatan (14%), diikuti dengan elemen bumbung dan kemudahan sebanyak 157 kesan kecacatan (13%), elemen pintu dan kelengkapan sebanyak 152 kesan kecacatan (13%), elemen dinding dalam sebanyak 147 kesan kecacatan (13%), elemen lantai bawah dan atas sebanyak 142 kesan kecacatan (12%), elemen tingkap dan kelengkapan sebanyak 140 kesan kecacatan (12%). Manakala elemen-elemen lain pula iaitu elemen siling terdapat sebanyak 97 kesan kecacatan (8%), elemen kemudahan bangunan sebanyak 78 kesan kecacatan (9%), elemen tangga sebanyak 68 kesan kecacatan (6%) dan akhir sekali lain-lain elemen sebanyak 19 kesan kecacatan (2%).

Rajah 10: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 9: adakah bangunan ini memerlukan usaha pemuliharaan.
Dengan merujuk kepada rajah 10, didapati bahawa hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang diselidik memerlukan usaha pemuliharaan dilakukan ke atasnya iaitu sebanyak 181 buah (87%) manakala yang selebihnya iaitu hanya sebanyak 28 buah (13%) tidak memerlukan usaha pemuliharaan.

Rajah 11: Carta bar (kiri) dan carta pai (kanan) untuk keputusan analisa soalan 10: adakah pendekatan pemuliharaan yang digunapakai sekarang bersesuaian.
Dengan merujuk kepada rajah 11, didapati bahawa pendekatan pemuliharaan yang digunapakai sekarang ke atas kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang diselidik adalah tidak bersesuaian iaitu sebanyak 164 buah (78%) manakala yang selebihnya iaitu hanya sebanyak 45 buah (22%) telah menggunakan pendekatan pemuliharaan yang bersesuaian.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Dengan merujuk kepada keputusan analisa data sebagaimana yang telah diperolehi sebelum ini, dapatlah dirumuskan bahawa:
1. Kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia terletak di dalam kawasan bandar utama dengan purata keseluruhan bangunan ini dibina pada tahun 1903 dan kebanyakannya telah berusia lebih dari 100 tahun.
2. Hampir separuh daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia terdiri daripada rumah kedai yang mewakili 45% daripada keseluruhan bangunan dan 90% daripada bangunan bersejarah ini masih digunakan.
3. Hampir separuh daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia berada dalam keadaan biasa iaitu sebanyak 42% manakala 39% lagi berada dalam keadaan buruk dan 74% daripada keseluruhan bangunan bersejarah ini tidak dipulihara dengan baik. Fakta ini dapat membuktikan dan seterusnya menyokong pembentukan objektif penyelidikan yang pertama iaitu kebanyakan daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia tidak dipulihara mengikut prinsip pemuliharaan yang sewajarnya.
4. Hampir sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia terdapat kesan kecacatan pada elemen bangunannya iaitu sebanyak 83% dan kebanyakan daripada kesan kecacatan ini terdapat pada elemen bangunan seperti dinding luar, bumbung, pintu, dinding dalam, lantai dan tingkap iaitu elemen bangunan yang terdedah kepada faktor cuaca dan kelembapan. Fakta ini dapat membuktikan dan seterusnya menyokong pembentukan objektif penyelidikan yang kedua iaitu terdapatnya kesan kecacatan pada kebanyakan daripada elemen bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia.
5. Hampir keseluruhan daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia iaitu sebanyak 87% memerlukan usaha pemuliharaan dilakukan ke atasnya dan 78% daripada bangunan bersejarah ini tidak menggunakan pendekatan pemuliharaan yang bersesuaian. Fakta ini dapat membuktikan dan seterusnya menyokong pembentukan objektif penyelidikan yang ketiga iaitu pendekatan pemuliharaan yang bersesuaian melalui penyataan kaedah yang betul adalah amat diperlukan dalam kerja- kerja pemuliharaan sesebuah bangunan bersejarah.

Sebagai kesimpulannya adalah dirasakan bahawa satu bentuk penyelidikan yang lebih mendalam perlu dilakukan dalam usaha untuk mengenalpasti permasalahan yang berkaitan dengan kecacatan yang berlaku pada bangunan bersejarah di Malaysia. Seterusnya mencadangkan satu bentuk tatacara pemuliharaan yang lengkap tentang bagaimana untuk merawat kecacatan bangunan yang berpandukan kepada prinsip, falsafah dan etika pemuliharaan yang betul.

RUJUKAN
1. A. Ghafar Ahmad (1993) Conservation of British Colonial Buildings Built Between 1800 and 1930 in Malaysia. Disertasi Ph.D, University of Sheffield.
2. Burden, E. (2004) Illustrated Dictionary of Architectural Preservation: Restoration, Renovation, Rehabilitation and Reuse. New York: McGraw Hill.
3. BWM (Badan Warisan Malaysia) (2006) [Online]. [Capaian 6hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.badanwarisan.org.my/
4. DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) (1996) Garispanduan pengekalan bangunan di dalam kawasan pusat bandar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Unit Rekabentuk Bandar dan Warisan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
5. DK Illustrated Oxford Dictionary (1998) Dalam: J. Metcalf, dan D. Thompson, (eds). London: Dorling Kindersley and Oxford University Press.
6. Erne Hamsah (2006) Pemeliharaan kawasan warisan: kajian kes zon pemuliharaan dan pemugaran. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29hb. November 2006, Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ms.1-16.
7. Fee, C.V. (2003) A future for the past: conservation and reuse. Dalam: C.V. Fee, (ed). The Encyclopedia of Malaysia Architecture. Singapore: Archipelago Press. Ms.126-127.
8. Fielden, B.M. (2000) Conservation of Historic Buildings. Oxford: Architectural Press.
9. JMM (Jabatan Muzium Malaysia) (2006) [Online]. [Capaian 12hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.jmm.gov.my/
10. JWN (Jabatan Warisan Negara) (2007a) 50 Warisan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
11. JWN (Jabatan Warisan Negara) (2007b) Risalah Pengisytiharan 50 Warisan Kebangsaan & Pelancaran Sistem Daftar Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
12. KeKKWa (Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) (2006) [Online]. [Capaian 9hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.heritage.gov.my/kekkwa/
13. Kementerian Pelancongan (1998a) Risalah Jejak Warisan Kuala Lumpur (Dataran Merdeka). Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Badan Warisan Malaysia.
14. Kementerian Pelancongan (1998b) Risalah Jejak Warisan Kuala Lumpur (Lebuh Pasar). Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Badan Warisan Malaysia.
15. Kementerian Pelancongan (1998c) Risalah Jejak Warisan Kuala Lumpur (Chinatown). Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Badan Warisan Malaysia.
16. Kementerian Pelancongan (1998d) Risalah Jejak Warisan Kuala Lumpur (Jalan Tuanku Abdul Rahman). Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Badan Warisan Malaysia.
17. Kerajaan Negeri Melaka (1996) Risalah Jejak Warisan Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Yayasan American Express.
18. Khoo Salma Nasution dan Abdur Razzaq Lubis (1999) Risalah panduan terhadap bangunan dan tapak warisan bagi Ibu Negeri Perak, Ipoh: bandar yang dibina oleh timah. Perak: Kerajaan Negeri Perak.
19. MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) (2002) Asas rujukan kajian pengekalan dan pemuliharaan warisan-warisan bersejarah Bandaraya Ipoh. Perak: Unit Pemeliharaan dan Rekabentuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh.
20. MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) (2006a) [Online]. [Capaian 21hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.mbmb.gov.my/
21. MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) (2006b) Garispanduan pelan tindakan kawasan pemeliharaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Melaka: Unit Konservasi, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
22. MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) (2006) [Online]. [Capaian 18hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.mppp.gov.my/
23. Paiman Keromo (2000) Garispanduan konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah di Malaysia. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 7/12hb. Oktober 2000, Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ms.1-21.
24. PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) (1994) Senarai bangunan-bangunan warisan di Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.
25. PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) (2006a) [Online]. [Capaian 28hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.perzim.gov.my/
26. PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) (2006b) Pengenalan bengkel konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.
27. PHT (Penang Heritage Trust) (1996a) Risalah Jejak Warisan Pulau Pinang 1. Pulau Pinang: Badan Warisan Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan American Express.
28. PHT (Penang Heritage Trust) (1996b) Risalah Jejak Warisan Pulau Pinang 2. Pulau Pinang: Badan Warisan Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan American Express.
29.PHT (Penang Heritage Trust) (2006a) [Online]. [Capaian 21hb. September 2006]. Diperolehi dari Laman Sesawang: http://www.pht.org.my/
30. PHT (Penang Heritage Trust) (2006b) Risalah Jejak Warisan Pulau Pinang. Pulau Pinang: Persatuan Warisan Pulau Pinang dan ARTS-ED.
31. Resali Muda (2006) Akta Warisan Kebangsaan 2005: implikasi dan kepentingan. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29hb. November 2006, Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ms.1-27.

Pemuliharaan dan Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah Bagi Menyokong Industri Pelancongan Warisan Negara

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN SISWAZAH ALAM BINA, 4hb. DISEMBER 2008, FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SERI ISKANDAR, PERAK, MALAYSIA

Lilawati Ab Wahab¹, Prof. Madya Dr. A. Ghafar Ahmad² dan Prof. Madya Dr. Badaruddin Mohamed²

¹Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA Perak, Kampus Seri Iskandar, 32600, Bota, Perak, Malaysia. Tel: 05-3742000.
²Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Tel: 04-6533888.

Abstrak
Warisan merupakan sesuatu yang sangat berharga yang mana ia akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Warisan yang tidak dipulihara lazimnya akan pupus tanpa disedari dan ia adalah merupakan suatu kerugian yang tidak ternilai terhadap sesuatu bangsa dan negara. Antara warisan yang paling nyata dan telah diabaikan ialah peninggalan bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seluruh negara yang mana semakin hari bilangannya semakin berkurangan ditelan arus pembangunan. Kini rakyat telah mula sedar tentang kepentingan memulihara bangunan bersejarah. Kewujudan bangunan-bangunan bersejarah ini mula diambil berat oleh semua pihak, baik pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Banyak bangunan bersejarah telah mula dibaikpulih dan disuaiguna semula untuk pelbagai tujuan apatah lagi setelah mereka mengetahui kepentingan dan potensi yang terdapat pada bangunan- bangunan bersejarah ini. Namun begitu pendekatan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia masih kurang diamalkan dengan konsep dan kaedah yang betul sebagaimana yang dipraktikkan di kebanyakan bandar warisan lain yang terdapat di seluruh dunia. Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang disuaiguna semula di Malaysia tidak digunakan sebaiknya malah tidak berupaya untuk menarik kunjungan dan minat pengguna apatah lagi pelancong dari dalam atau luar negara. Ia merupakan suatu kerugian besar yang mana ianya boleh dielakkan sekiranya penyesuaigunaan semulanya dirancang dengan baik. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan melihat perkembangan pemuliharaan dan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah yang telah dijalankan di Malaysia.

Kata kunci: bangunan bersejarah, pemuliharaan, penyesuaigunaan semula, industri pelancongan, warisan.

PENGENALAN
Setiap individu mempunyai warisan masing-masing. Ia berbeza mengikut jalur bangsa mahupun agama. Warisan seperti mana yang dimaksudkan di dalam kamus Oxford adalah sesuatu yang akan atau telah diwarisi yang mana akan melibatkan dua pihak iaitu generasi lepas dan generasi akan datang. Pada Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972 ada dinyatakan bahawa “...warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi. Kemusnahan atau kehilangan budaya atau alam semulajadi ini akan mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia...”. Produk warisan seperti bangunan dan monumen yang mempunyai nilai sejarah dan senibina, tapak warisan dan juga keunikan budaya masyarakat tempatan adalah antara warisan yang perlu dijaga. Kita perlulah memulihara segala warisan yang ada hari ini bagi mengelakkan kepupusan daripada berlaku sebelum kita kehilangan warisan tersebut. Kepupusan warisan merupakan sesuatu yang amat merugikan. Ia akan hilang tanpa pengganti dan akan terus lenyap dari dunia ini. Kepupusan warisan perlulah dibendung kerana ia penentu corak jalur kehidupan manusia. Di Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972 juga ada disebut, antara warisan yang paling mudah pupus dan perlu kita pulihara adalah bangunan-bangunan bersejarah yang ada pada hari ini. Antara langkah yang boleh diambil bagi melindungi warisan ini daripada pupus adalah dengan memulihara bangunan bersejarah yang sedia ada. Kos yang perlu dikeluarkan bagi sesebuah projek pemuliharaan bangunan bersejarah selalunya adalah amat tinggi. Tidak kira samada pada peringkat kerja pemuliharaan itu sendiri mahupun bagi kerja penyelenggaraan bangunan tersebut sepanjang masa ia digunakan kelak. Kaedah penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah merupakan serampang dua mata di dalam memastikan bangunan yang dipulihara dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Penyesuaigunaan semula bangunan yang berjaya akan memberi keuntungan kepada pihak yang memuliharanya dan ini merupakan satu bonus di dalam kerja-kerja pemuliharaan.

PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Bangunan adalah sebahagian daripada warisan kita apatah lagi jika bangunan tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri. Disebalik tersergamnya sesebuah bangunan, tersirat pemikiran, falsafah, nilai kecantikan, dan budaya pereka dan tuanpunya bangunan. Ia mampu mengembalikan nostalgia yang pernah terjadi di bangunan tersebut, kawasan persekitarannya mahupun negara. Semakin tua umur sesebuah bangunan, semakin tinggi nilai bangunan tersebut. Pemuliharaan bangunan bersejarah merupakan satu bidang yang masih baru di negara kita dan selama ini ia banyak didominasi oleh negara-negara di eropah terutamanya Britain. Mengikut definasi oleh Fielden (2000) pemuliharaan bangunan adalah satu langkah yang diambil bagi menghalang kerosakan. Ia merangkumi semua langkah yang dapat memanjangkan hayat warisan budaya dan warisan semulajadi bangunan tersebut. Piagam Burra (1981: artikel 1.4) pula mendefinasikan pemuliharaan sebagai segala proses untuk mengawasi sesuatu tempat supaya dapat mengekalkan kepentingan kebudayaan. Ini termasuklah juga pemuliharaan, pembaikan, pembinaan semula dan penyesuaian dan biasanya lebih daripada salah satu kombinasi ini digunakan. Kerja pemuliharaan yang dilakukan perlulah menggunakan kaedah mengekalkan senibina dan bahan binaan yang sama atau hampir sama dengan binaan asal. Penekanan perlu diberi terhadap rekabentuk senibina iaitu rupabentuk yang terawal atau mula-mula ia dibina. Pemuliharaan bangunan bersejarah penting kerana bangunan selalunya melambangkan identiti masyarakat dan warisan sesebuah masyarakat. Selain itu ia juga adalah bukti sejarah masa lalu dan merupakan aset yang penting kepada negara. Rakyat Malaysia perlu digalakkan untuk melindungi dan menjaga bangunan bersejarah yang ada kerana ia mewakili perubahan sejarah yang telah dialami negara. Jika dilihat di negara terkenal dunia seperti England, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Turki dan sebagainya, kebanyakan bangunan bersejarahnya dijaga dengan baik bagi menghargai sejarah negara disamping menjadikannya sebagai punca pendapatan negara dari sektor pelancongan. Sebagai sebuah negara yang membangun dan menghargai warisan negara, kita juga seharusnya mengikut jejak langkah negara-negara tersebut. Kepekaan masyarakat terhadap kewujudan dan pemuliharaan bangunan bersejarah sepatutnya ditanam sejak dari usia kanak-kanak lagi. Di negara barat, lawatan ke bangunan bersejarah dan muzium merupakan aktiviti sekolah yang sering dijalankan bagi memupuk minat dan menanam rasa sayang kanak-kanak kepada warisan mereka sendiri. Di Malaysia hari ini, banyak badan dan organisasi yang berkaitan dengan warisan telah mula prihatin di dalam memastikan warisan negara dikekalkan dan terus dipulihara daripada pupus dan kerja-kerja pemuliharaan telah mula dijalankan dengan banyaknya. Antara pihak-pihak tersebut ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Kementerian Pelancongan Malaysia, Badan Warisan Malaysia, ‘Penang Heritage Trust’, ‘Perak Heritage Society’, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Jabatan Muzium dan Antikuiti dan lain-lain. Pemuliharaan bangunan bersejarah amat penting dilakukan di negara kita kerana ia merupakan antara warisan yang amat sukar dicariganti. Secara praktiknya, kerja pemuliharaan melibatkan berbagai pakar dalam berbagai bidang dan profesional seperti akitek, jurukur bahan, kontraktor bangunan, perancang bandar, saintis, ahli sejarah, arkeologi, pakar barangan antik, tukang ukir dan lain-lain. Kesemua pihak ini haruslah bekerjasama dan berganding bahu seiringan dalam usaha untuk memastikan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia adalah mengikut piawai dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa oleh pihak seperti ‘United Nations Educational Scientific and Cultural Organization’ (UNESCO), International Centre for the Study of the Preservation and Restoration of Cultural Property’ (ICCROM) dan ‘International Council on Monuments and Sites’ (ICOMOS).

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Antara persoalan yang sering diajukan oleh generasi muda hari ini ialah mengapa kita perlu memulihara bangunan lama sedangkan kita boleh membina bangunan baru dengan berbagai pilihan rekabentuk dan senibina. Persoalan ini dapat disangkal dengan mudah kerana jika dikaji secara terperinci, bangunan bersejarah mempunyai kepentingannya yang tersendiri antaranya ialah :

1. Kepentingan Sejarah.
Rekabentuk seni bina sesebuah bangunan selalunya akan menggambarkan perkembangan sejarah yang berlaku. Contohnya sejarah negara yang pernah dijajah oleh kuasa luar seperti British selama melebihi 160 tahun boleh dilihat dari senibina kolonial di bangunan-bangunan pentadbiran lama di seluruh Semenanjung Malaysia. Begitu juga dengan bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud di Negeri Melaka yang menceritakan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah pusat perdagangan yang pesat dan penjajahan juga pernah berlaku di sana.

2. Nilai Seni Bina.
Dari hari ke hari jelas dilihat perbezaan yang berlaku pada seni bina bangunan di Malaysia. Jika dahulu rekabentuk kolonial dan rumah kayu Melayu dengan tiang yang tinggi boleh dilihat di serata Malaysia. Ia kini diganti dengan senibina moden dan rumah Melayu sesebuah telah diganti dengan rumah teres atau rumah bertingkat. Bangunan kolonial British yang pernah dibina di Malaysia mempunyai senibina tersendiri yang boleh dikategorikan sebagai ‘Moorish’, ‘Tudor’, ‘Neo-Clasical’ dan ‘Neo-Ghotic’. Rekabentuk seni bina ini amat mementingkan perincian di ruang dinding, tingkap, pintu, tiang dan menara. Manakala rumah kayu Melayu mempunyai rekabentuk berdasarkan ciri-ciri seni bina tempatan dan luar seperti pengaruh dari Siam dan Indonesia. Kebanyakannya mempunyai ukiran halus di bumbung, tingkap dan pintu yang menggambarkan kehalusan seni bina Melayu disamping budaya masyarakat itu sendiri. Kini sukar bagi kita untuk menemui bangunan berbentuk kolonial dan rumah kayu Melayu yang mempunyai rekabentuk yang unik dan kehalusan seni yang tinggi.

3. Industri Pelancongan.
Di negara barat, usaha pemuliharaan bangunan lama telah menjadi salah satu agenda di dalam industri pelancongan mereka. Ini dapat dilihat dengan jelas di negara Eropah seperti England, Perancis, Itali dan Belanda. Selain daripada mengekalkan bangunan tersebut sebagaimana asal, terdapat juga bangunan yang diubahsuai penggunaannya sebagai muzium, galeri seni lukis, restoran dan pusat pelancongan. Usaha ini telah mampu menarik lebih ramai pelancong dan ia membantu menjana ekonomi negara tersebut. Sehubungan dengan itu, konsep pelancongan warisan yang telah dipraktikkan dengan jayanya patut dilaksanakan di Malaysia memandangkan negara kita juga mempunyai banyak stok bangunan warisan yang mempunyai nilai senibina yang tinggi yang dirasakan mampu menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjunginya.

4. Pendidikan.
Generasi muda hari ini semakin lupa dengan susur jalur asal keturunan mereka. Mereka telah dilimpahi dan mengamalkan cara hidup moden yang langsung tidak menunjukkan kebudayaan Malaysia. Setidak-tidaknya dengan masih wujudnya bangunan bersejarah, generasi hari ini masih dapat mempelajari, memahami dan mengkaji tentang bangunan, sejarah kehidupan manusia dan diri sendiri.

5. Pembentukan Minda.
Dengan kehidupan yang serba moden, kita khuatir andai kata minda generasi muda Malaysia hari ini juga dipengaruhi oleh kemodenan. Pemuliharaan bangunan bersejarah penting di dalam membantu pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Dengan adanya bangunan bersejarah ini, generasi muda akan lebih menghargai dan sensitif kepada perkembangan sejarah negara seterusnya menghargai budaya bangsa sendiri.

PENYESUAIGUNAAN SEMULA BANGUNAN BERSEJARAH DENGAN FUNGSI BARU
Penyesuaigunaan semula adalah sebahagian daripada proses pemuliharaan. Ia adalah satu langkah bijak bagi memastikan bangunan bersejarah dipulihara, diberikan nafas baru dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ia juga dapat mempertahankan khazanah warisan terdahulu dari lenyap ditelan zaman. Penyesuaigunaan semula secara umumnya akan melibatkan kerja-kerja seperti pemuliharaan, pengubahsuaian, pembaikan, pengekalan dan pembetulan. Mohd Yusof Ismail (2003) menyatakan bahawa penyesuaigunaan semula adalah bangunan yang diubah untuk penggunaan baru dan meninggalkan fungsi penggunaan yang lama. Selalunya ia memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada bangunan tersebut bagi memastikan bangunan tersebut dapat memenuhi keperluan bangunan baru berkenaan. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah pada dasarnya merupakan satu tugasan yang amat sukar. Ini adalah kerana terdapat akta yang mengawal bangunan bersejarah terutama jika ia telah berumur melebihi 100 tahun. Akta-akta ini digubal bagi memastikan bangunan –bangunan tersebut terus dipulihara dari dirosakkan atau diubah dengan sewenang-wenangnya. Walaupun konsep penyesuaigunaan semula dilakukan, namun kepentingan prinsip pemuliharaan perlulah dititikberatkan ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan bagi mengelakkan berlaku banyak perubahan dari sudut rekabentuk seni bina dan bahan binaan yang digunakan pada bangunan bersejarah tersebut. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merupakan antara badan yang bertanggungjawab di dalam kerja-kerja pemuliharaan dan ia telah menggunakan pendekatan penyesuaigunaan semula di kebanyakan bangunan lama di Melaka. Garispanduan penyesuaigunaan semula sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh MBMB ini juga dikenali sebagai Garispanduan Suai guna (Adaptive Reuse) telah menjadi panduan bagi projek-projek penyesuaigunaan semula yang mana kebanyakkannya adalah bagi tujuan industri pelancongan warisan. Garispanduan ini menyatakan bahawa penyesuaigunaan semula adalah satu proses perubahan fungsi bangunan untuk menempatkan keperluan atau permintaan baru penghuni. Objektif utama penyesuaigunaan semula bangunan adalah bagi mendapatkan peningkatan dari segi pulangan ekonomi dan juga pembaikan ke atas struktur dan keadaan bangunan. Pendekatan suai guna semula yang dijalankan di Melaka adalah berpandukan prinsip pemuliharaan.

Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah telah diamalkan di negara-negara maju berdekad lamanya. Kebanyakan bangunan bersejarah ini diubah menjadi bangunan yang sering menjadi tumpuan pelancong seperti muzium, balai seni lukis, hotel, kedai cenderamata atau kedai makan. Konsep ini didapati dapat menarik tumpuan lebih ramai pelancong berbanding dijalankan dibangunan-bangunan baru dan moden kerana pelancong ingin mengalami sesuatu yang berbeza. Bangunan bersejarah yang disuaiguna semula selalunya mempunyai persekitaran dan keunikan senibina yang bermutu tinggi dan ini merupakan tarikan utama pelancong melawat bangunan tersebut. Selain daripada itu, banyak sebab lain yang menggalakkan penyesuaigunaan semula ini dilakukan. Kebanyakan pemilik bangunan dan pemaju hartanah mula menyedari potensi nilai bangunan bersejarah berbanding membina bangunan baru. Ini juga dapat dilihat dari segi penjimatan kos dalam menjalankan kerja penyesuaigunaan semula itu sendiri. Kosnya adalah 50-80% lebih rendah jika dibandingkan dengan kos membina sebuah bangunan baru dan ini dapat menjimatkan kos pembinaan sesebuah bangunan. Highfield (1987) di dalam bukunya telah mengenalpasti sebab-sebab penyesuaigunaan semula bangunan lama dilakukan. Ia antaranya ialah kelebihan dari segi masa pembinaan yang singkat, kelebihan dari segi ekonomi, kemudahan kelulusan dari pihak berkuasa, undang-undang bangunan yang diwartakan dan kecantikan rekabentuk bangunan lama itu sendiri. Konsep penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah ini amat sesuai dijalankan di bangunan bersejarah yang terdapat di bandar warisan, terutama yang menjadi tumpuan atau pusat pelancongan. Ini dapat memaksimakan penggunaan bangunan yang telah dipulihara berbanding dibiarkan sebagai tontonan pelancong semata-mata. Negara kita mempunyai banyak bangunan bersejarah yang boleh disuaiguna semula terutama di bandar-bandar warisan yang boleh menjadi tarikan pelancong. Deretan rumah kedai di bandar Melaka, Georgetown, Taiping dan Kuching mempunyai berbagai rekabentuk senibina sebelum perang. Kedai-kedai ini berpotensi untuk disuaiguna semula sebagai kedai-kedai menjual barangan cendramata, barang keperluan, kedai gambar, kafe internet, kafe minum, restoran dan hotel. Walaupun konsep penyesuaigunaan semula ini ada dijalankan di negara kita, namun kebanyakkannya tidak mencapai matlamat yang disasarkan dan kejayaan bagi sesuatu projek penyesuaigunaan semula adalah sangat minima. Walaupun penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah dijalankan bagi penggunaan baru, namun ia perlulah mematuhi konsep pemuliharaan bangunan terutama sekali jika bangunan tersebut adalah tersenarai sebagai bangunan yang diwartakan. Di Malaysia sendiri banyak bangunan bersejarah yang telah dipulihara dan diadaptasikan dengan penyesuaigunaan semula. Kebanyakannya telah diubah dari fungsi asal ke fungsi penggunaan yang baru. Antara perubahan fungsi yang sering dilakukan ialah daripada bangunan kediaman ke pusat komersil seperti kedai dan hotel; bangunan pentadbiran diubah sebagai pusat pendidikan, bangunan perindustrian seperti kilang diubah menjadi pejabat, rumah agam diubah menjadi muzium pameran dan sebagainya. Namun tidak semua pendekatan pennyesuaigunaan semula ini berjaya. Ini mungkin disebabkan salah perancangan dan pencaturan pemilik bangunan tentang penggunaan semula yang sesuai bagi bangunan milik mereka. Perancangan dan pemerhatian yang teliti perlu dilakukan bagi mengenalpasti kesesuaian fungsi baru yang hendak dilakukan. Antara bangunan yang telah berjaya dalam menggunapakai kaedah ini di negara kita adalah:

1. Pasar Seni Kuala Lumpur.
Pasar Seni atau dikenali juga sebagai Pasar Budaya Kuala Lumpur telah dibina pada tahun 1936. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah bangunan yang menarik yang mana satu ketika dahulu ia merupakan sebuah pasar basah yang menjual barangan dapur dan runcit untuk keperluan penduduk Kuala Lumpur. Kini ia telah diubah penggunaannya sebagai sebuah pusat pengumpulan hasil seni dan budaya masyarakat tempatan. Rekabentuk senibinanya menunjukkan dengan jelas sejarah pembinaannya yang mana satu ketika dulu rekabentuk bangunan banyak dipengaruhi oleh rekabentuk ‘Art Deco’. Atas cadangan Badan Warisan Malaysia dan diusahakan oleh UDA ia telah dipulihara dan telah diubah suai penggunaannya sebagai sebuah pusat pengumpulan hasil seni dan budaya masyarakat tempatan. Ia juga merupakan tempat pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian dan kraftangan Malaysia. Terrdapat juga kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan antik, cenderamata dan hasil kerjatangan di sini. Kini Pasar Seni Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Setakat ini ia merupakan salah satu bangunan yang telah berjaya disuaiguna semula dengan baik.

2. Deretan Rumah Kedai di Jonker Street Melaka.
Jika di Kuala Lumpur Pasar Seni merupakan contoh terbaik untuk konsep penyesuaigunaan semula, di Melaka pula bangunan bersejarah yang disuaiguna semula boleh dilihat di sepanjang Jonker Street (kini Jalan Hang Jebat) dan Hereen Street (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock). Bangunan lama ini pada asalnya merupakan deretan rumah dua tingkat yang diduduki oleh bangsawan dan pedagang Belanda. Ia merupakan bangunan kediaman pertama di Malaysia yang mempunyai rekabentuk Belanda. Namun disebabkan perdagangan dan perubahan yang telah berlaku di Melaka, rumah ini telah bertukar tangan kepada bangsa Peranakan dan pedagang China. Mereka akhirnya telah mencampuradukkan rekabentuk dan motif Peranakan dan China dalam rekabentuk rumah-rumah ini. Jika dilihat dengan teliti seni bina yang terhasil akibat pencampuran budaya ini, ia merupakan satu-satunya bangunan yang mempunyai rekabentuk yang unik seumpama ini di Malaysia dan sukar diperolehi di tempat lain. Kini bangunan-bangunan di sepanjang Jonker Street telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai harta warisan negara. Namun begitu tanpa melanggar prinsip pemuliharaan, rumah kedai ini telah dikomersilkan oleh pemilik-pemiliknya dengan berbagai fungsi. Ia disuaiguna semula sebagai galeri seni, kedai barangan antik, restoran, kafe dan kedai.

3. Muzium Sejarah dan Etnografi Melaka (Bangunan Stadhuys).
Selain daripada fungsi komersil, terdapat juga banyak bangunan bersejarah yang telah dipulihara dan disuaiguna semula sebagai muzium dan kompleks sejarah oleh PERZIM di Bandaraya Melaka kerana ia merupakan tarikan utama pelancong. Antara bangunan bersejarah yang telah dijadikan muzium dan kompleks sejarah ialah seperti Bangunan Stadhuys yang terkenal di Melaka. Bangunan bercirikan rekabentuk Belanda.yang berwarna merah ini pada asalnya berwarna putih. Ia dipercayai bangunan pertama yang dibina pada tahun 1650an. Bangunan ini pada asalnya merupakan kediaman Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya hingga awal kurun ke-18. Stadhuys di dalam bahasa Belanda bermaksud bandaran. Sebelum ia dijadikan muzium ia telah dijadikan pusat pentadbiran negeri hingga tahun 1961. Kini ia telah dijadikan Muzium Sejarah dan Etnografi yang memaparkan cara hidup masyarakat di Melaka seperti Melayu, Cina, India, Portugis, Baba dan Nyonya, Ceti dan Chitty. Selain daripada itu ia juga mempamerkan sejarah Melaka yang mana merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia terutamanya ketika Malaysia yang mana ketika itu Malaya menuntut kemerdekaan dari British.

Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah merupakan kaedah yang terbaik untuk memastikan sesebuah bangunan warisan terus digunakan. Jika bangunan-bangunan tersebut tidak digunakan ia mungkin akan rosak secara semulajadi dan akhirnya akan menyebabkan ia roboh. Dengan menggunakannya untuk apa jua fungsi sekalipun, secara tidak langsung ia akan memastikan bangunan tersebut diselenggara dan dijaga dengan baik. Walaupun penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah di Malaysia ada dilakukan namun peratusannya adalah kecil. Ditambah pula dengan kurangnya kesedaran masyarakat tentang nilai warisan menyebabkan mereka lebih mengagungkan bangunan baru yang berorientasikan kemodenan dengan meminggirkan bangunan warisan yang ada.

TARIKAN BANGUNAN BERSEJARAH DALAM INDUSTRI PELANCONGAN WARISAN NEGARA
Menurut Pickard (1998) pelancongan adalah penyumbang ekonomi kepada bandar atau pusat sejarah. Ia boleh memberi pulangan yang baik kepada hotel, kedai, perniagaan dan secara positifnya akan menyokong langkah pemuliharaan. Di Malaysia sendiri, kedatangan pelancong ke bangunan bersejarah di bandar-bandar warisan akan memberi banyak kelebihan kepada bandar-bandar tersebut seperti pulangan ekonomi yang tinggi kepada berbagai pihak seperti agen pelancongan, operator pelancongan dan pemilik premis itu sendiri. Disamping itu juga, ia akan mendatangkan banyak keuntungan kepada negara di mana selama ini sektor ini telah menjadi penyumbang kedua ekonomi negara. Kerajaan telah mensasarkan sebanyak 24.6 juta pelancong akan datang melancong ke Malaysia bagi tahun 2010 yang mana ini diharapkan dapat membantu lagi dalam menjana ekonomi negara. Namun begitu, kita perlulah sedar bahawa kedatangan pelancong ke negara kita selama ini adalah atas tarikan alam semulajadi disamping tarikan terkini iaitu karnival membeli belah. Kedatangan pelancong sama sekali bukan disebabkan minat ke atas warisan sejarah yang ada. Satu kerugian besar bagi kita selama ini kerana tidak menggunakan sumber warisan sedia ada seperti bangunan bersejarah dan bandar warisan sebagai salah satu daya tarikan pelancongan negara. Kita sepatutnya menggunapakai bangunan warisan sedia ada ini sebaik-baiknya daripada membiarkan ia rosak begitu sahaja. Keunikan bangunan-bangunan warisan dan bersejarah ini bukan sahaja boleh dipertontonkan sebagai bahan sejarah tetapi boleh juga disuaiguna semula dengan fungsi yang dapat menarik kedatangan pelancong. Ketidaksesuai fungsi asal bangunan bersejarah tersebut boleh disuaiguna semula mengikut fungsi yang diperlukan di dalam industri pelancongan seperti hotel, kafe, pusat pameran, kedai dan sebagainya. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah bagi tujuan menarik pelancong bukan sahaja dapat meningkatkan industri pelancongan warisan tetapi juga dapat membantu meningkatkan kepentingan bandar-bandar warisan seperti Melaka, Georgetown, Taiping, Kota Bharu dan Kuching sebagai destinasi pelancongan negara. Apabila bandar-bandar warisan ini menjadi pusat tumpuan pelancong maka akan banyaklah aktiviti yang melibatkan kebudayaan dan warisan dapat dipersembahkan kepada para pelancong. Secara tidak langsung ia akan membantu pemuliharaan kebudayaan warisan negara dari terus pupus. Antara aktiviti kebudayaan yang boleh dijalankan adalah seperti persembahan lagu dan tarian tradisional, persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, kerjatangan seperti mencantan batik, menganyam tikar, menenun songket dan pentujukan fesyen pakaian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Warisan budaya yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita seperti bangunan bersejarah sepatutnya dipulihara dan disuaiguna semula untuk digunakan sebagai produk industri pelancongan negara. Pemuliharaan bangunan bersejarah di bandar warisan dan penyesuaigunaan semula bangunan tersebut bukan sahaja dapat menarik kedatangan pelancong, tetapi ia juga mempunyai impak yang besar yang lebih luas dan lebih penting, antaranya termasuklah:


1. Dapat memulihara bangunan bersejarah dan bandar warisan daripada musnah ditelan arus pembangunan.
2. Menggunapakai bangunan bersejarah yang telah dipulihara tanpa perlu membina bangunan baru untuk tujuan industri pelancongan warisan.
3. Memulihara warisan bangsa daripada lenyap begitu sahaja.
4. Menarik kedatangan pelancong ke bandar-bandar warisan di Malaysia.
5. Menambah pendapatan penduduk tempatan dan negara hasil dari industri pelancongan warisan.

KESIMPULAN
Fenomena pemuliharaan bangunan bersejarah untuk disuaiguna semula sebagai tarikan pelancongan adalah satu fenomena yang masih baru di Malaysia. Namun begitu, hari demi hari makin banyak pihak yang perihatin dan mengambilberat tentang bangunan bersejarah dan mengambil inisiatif untuk memuliharanya. Pemuliharaan bangunan bersejarah tidak boleh diabaikan walaupun negara sedang mengejar kemajuan. Jika diabaikan, kita akan kehilangan warisan yang telah diturunkan oleh generasi terdahulu dan kita akan lupa asal rumpun bangsa kita sendiri. Kita perlulah menyedari bahawa salah satu daripada kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah adalah bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke dalam negara melalui aktiviti industri pelancongan warisan yang perlu diketengahkan sekarang. Seperti di negara Barat yang mana kebanyakan bangunan bersejarah dipulihara dan disuaigunasemula, begitu jugalah yang perlu dilakukan di negara kita. Di Malaysia, terdapat bangunan bersejarah yang disuaiguna semula, namun jumlahnya tidak banyak dan kejayaannya adalah minima. Terdapat juga bangunan yang disuaiguna semula gagal dalam sasarannya sebagai tarikan pelancong atas pelbagai faktor seperti lokasi, promosi dan sebagainya. Ia merupakan suatu kerugian besar yang boleh dielakkan sekiranya penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah dirancang dan dianalisa dengan baik.

RUJUKAN
1. Ahmad, A.G. (1997). Pemuliharaan Bandar Warisan untuk Pembangunan Pelancongan: Kajian Kes Melaka dan Kota Bahru. Geran Penyelidikan IRPA Jangka Pendek. USM.
2. Ahmad, A.G. (1998). Urban Tourism in Malaysia: Heritage Cities of Georgetown, Malacca and Kota Bharu. Kertas Kerja dibentangkan di 2nd Seminar on European Architecture and Town Planning Outside Europe (Dutch Period): Melaka.
3. Ahmad, A.G. dan Badarulzaman, N. (2003). Adaptive Re-use for Sustainable Heritage Tourism in Malaysia. An International Interdisciplinary Journal.
4. Ahmad, A.G. dan Badarulzaman, N. (2004). Perancangan dan Pengurusan Pelancongan Berteraskan Warisan Sejarah dan Seni Bina di Malaysia. Geran Penyelidikan USM Jangka Pendek. USM.
5. Ashworth, G.J. dan Howard, P. (1999). European Heritage Planning and Management, Intelect Book. Exeter.
6. Ashworth, G.J. dan Larkham P.J. (1994). Building a New Heritage: Tourism, Culture and Identity in the New Europe. Routledge, London.
7. Burns, P. (1999). An Introduction to Tourism and Anthropology. Routledge, London.
8. Fee, C.V. (1998). The Encyclopedia of Malaysia Architecture; Volume 5. Archipelago Press, Singapore.
9. Fielden, B.M. (2000). Conservation of Historic Buildings. Butterworth, Oxford.
10. Foulks, W. (1997). Historic Building Facades. The Manual for Maintenance and Rehabilitation. Preservation Press, New York.
11. Goodal, B. dan Ashwoth, G. (1999). Marketing in the Tourism Industry: The Promotion of Destination Regions. Routledge, London.
12. Hanna, M. (1999). A Yearly Analysis of Trends Affecting England’s Architectural Heritage – A Vital Tourism Asset. English Tourism Council, London.
13. Herbert, D. (1995). Heritage, Tourism and Society. Mansell, London.
14. Highfield, D. (1987). Rehabilitation and Reuse of Old Buildings. E. & F.N. Spon, London.
15. Highfield, D. (2000). Refurbishment and Upgrading of Buildings. E. & F.N. Spon, London.
16. Highfield, D. (2000). The Construction of New Buildings Behind Historic Façade. E. & F.N. Spon, London.
17. Idis, S.Z.A. (1995). Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar. Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur.
18. Law, C (1993) Urban Tourism: Attracting Visitors to Large Cities. Mansell, New York.
19. Law, C. (1992). Urban Tourism and Its Contribution to Economics Regeneration. Urban Studies, Vol. 29, No.3/4.
20. Marsh, P. (1983) The Refurbishment of Commercial and Industrial Buildings. Construction Press, London.
21. Orbasli, A. (2000). Tourist in Historic Towns. E & FN Spon, London.
22. Pickard, R. (1996). Conservation in the Built Environment. Longman, Singapore.
23. Pickard, R. (2000). Management of Historic Centres. Spon Press, London.
24. Pickard, R. (2001). Policy and Law in Heritage Conservation. Spon Press, London.
25. Prentice, R.C. (1993). Tourism and Heritage Attractions. Routledge, London.
26. Timothy, D.J. dan Boyd, S.W. (2003). Heritage Tourism. Prentice Hall, England.
Powered By Blogger